KJ CAKAP TAK TAKUT KENA LUCUT , KALAU BERANI LETAK JAWATAN

on Monday, August 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





KJ begitu berani mendabik dada bahawa tak takut kena lucut jawatan sebab bersuara lantang dalam isu pertukaran pegawai kanan SPRM ke JPM.  Malah kenyataan ini jelas menghasut ahli-ahli UMNO bangkit bersuara jika mendapat parti bermasalah .


"Saya rasa kalau kita tak sebut kita ada masalah, orang akan gelakkan kita, sebab satu dunia tahu kita hadapi keadaan politik yang sangat mencabar pada hari ini.

"Ahli umno bangkitlah. Jangan cakap tak ada masalah. Bersama-sama bangkit untuk cari penyelesaian dan kembalikan maruah Umno," klik di sini



Pendirian KJ selaku Ketua Sayap  tidak boleh diterima sekali kerana ia seolah-olah  mengajak ahli parti membenci parti sendiri .


Jika benar Khairy sangat berani bersuara dan tidak hairan kepada pangkat serta nama, beranikah Khairy meletakkan jawatan sebagai Menteri dan juga Ketua Pemuda Umno? 

Jika tak tahu untuk setia kepada Presiden parti sendiri, Khairy nampaknya tak lagi layak untuk mengepalai Pemuda Umno.

Seperti nasihat Ahli MT UMNO Datuk Seri  Abd Rahman Dahlan , Pemuda UMNO perlu berdiri teguh dan setia  dibelakang Presiden bukannya terpengaruh dakyah pembangkang !!




KENYATAAN MEDIA

KHAIRY DAN PAUL LOW BERANI LETAK JAWATAN SEBAGAI TANDA PROTES?


Tindakan terhadap beberapa agensi kerajaan baru-baru ini termasuk SPRM menimbulkan persepsi tidak baik bahawa ada pihak yang sedang cuba mengganggu perjalanan proses penyiasatan berkaitan skandal kewangan 1MDB dan isu “derma” politik RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Dato’ Sri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Beberapa orang menteri termasuk Datuk Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan telah jelas menyatakan pendirian tidak setuju mereka terhadap tindakan-tindakan mutakhir ini termasuk pemindahan serta-merta dua pegawai kanan SPRM pada Jumaat lalu.

Namun untuk hanya menyatakan pendirian – walhal mereka menteri – adalah tidak mencukupi.

Berasaskan konsep “kebertanggungjawaban bersama” (“collective responsibility”), selagi mereka masih berada di dalam kabinet Dato’ Sri Najib selagi itu mereka tetap bersetuju dengan dasar dan tindakan-tindakan yang menghakis integriti dan kebebasan institusi-institusi kawal selia yang teramat penting ini.

Oleh itu, kedua-dua mereka sebenarnya patut mengambil tindakan yang lebih tegas sebagai tanda bantahan.

Jika mereka tidak mampu mengubah dasar pentadbiran Dato’ Sri Najib, saya mencabar kedua-dua menteri ini untuk meletakkan jawatan mereka sebelum mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu ini, agar Dato’ Sri Najib mendapat isyarat paling jelas bahawa anggota kabinet beliau sendiri tidak bersetuju dengan dasar serta tindakan-tindakan yang telah berlaku ini.

Rakyat sedang melihat adakah Khairy dan Paul Low orang yang cakap serupa bikin, atau adakah mereka berani untuk hanya mengeluarkan kenyataan?

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN


One Response

  1. zamano says:

    KJ bercakap menggunakan akal yang rasional. Sepatutnya ramai lagi pemimpin UMNO yang terbuka macam KJ!. Terbukti pembatalan pertukaran dua pegawai SPRM oleh KSU pagi ni menguatkan pendapat KJ.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.