MB TERENGGANU PRIHATIN , AMBIL ANAK PASANGAN GURU MATI LEMAS SEBAGAI ANAK ANGKAT #Pray4PantaiTimur

on Tuesday, December 30, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Menteri  Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman melahirkan rasa simpati kepada enam anak pasangan Suhaimi Awang serta isteri, Nurhayati Sulong yang meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh dari bot yang dinaiki mereka, Rabu lalu.
Kejadian berlaku apabila Nurhayati, guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga dikatakan pulang ke rumah kerana ingin mengambil kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum selesai ditanda permarkahannya.
Ahmad Razif berkata, pengorbanan yang dilakukan oleh beliau amat ternilai sehingga menggadai nyawanya sendiri.
“Saya amat merasa tersentuh dengan apa yang berlaku kerana saya dapat maklumat Allahyarham Cikgu Nurhayati ini, dia pulang ke rumah semata-mata hanya untuk mengambil kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masih belum selesai ditanda.
“Dia seorang guru yang hebat. Tanpa memikirkan keselamatan diri, beliau tetap nak balik mengambil kertas soalan SPM,” katanya.
Beliau ditemui pemberita di Hospital Kemaman selepas menziarahi jenazah Suhaimi semalam.
Sebagai menghargai khidmat bakti pasangan itu, Ahmad Razif berkata pihaknya akan menjaga segala kebajikan dan pendidikan serta akan mengambil keenam-enam anak mangsa sebagai anak angkat Kerajaan Negeri Terengganu.
Mereka ialah Nor Syafiqah Syahira, 12; Nor Izah Insyirah, 11; Muhammad Ifran Irshad, 9; Nur Intisar Iedihar, 6; Muhammad Aqil Amsyar, 4; serta anak bongsu Nor Adifa Arissa, yang merupakan bayi berusia 4 bulan.
“Bantuan khas kepada anggota keluarga mangsa akan kita putuskan sebaik selesai urusan pengkebumian,” ujarnya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.