..

..

Kegiatan haram : Kerajaan Dap tiada kuasa hapus jawapan memalukan ! @dzainalabidin @Rrafizal

on Wednesday, December 3, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Isu kegiatan Haram di P.Pinang yang cuba dinafikan dengan angkuhnya oleh  Ketua Menteri Guan Eng jelas semakin menunjukkan kebodohan dirinya sendiri .

Guan Eng mendakwa bahawa kerajaannya menerusi PBT tiada kuasa untuk menutup tempat judi haram dan maksiat dan ia di bawah kuasa Polis .

Sebenarnya PBT atau Majlis Perbadaran  tu ada kuasa dalam setiap  local authority mereka .




Mereka  yang  keluarkan lesen perniagaan dalam jika kita  rujuk Akta Kerajaan Tempatan terdapat peruntukan menjaga kepentingan awam khususnya mengekang aktiviti yg tidak bermoral.

 Ketua Menteri bertanggung jawab secara kolektif mengenai apa jua yg berlaku dalam Negeri P.Pinang  yang di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Manakala  D7  PDRM  diberi kuasa penguatkuasaan melalui  Akta Polis di peringkat Persekutuan. Kuasa ini tidak membebaskan local authority iaitu PBT atau Majlis Bandaraya  untuk tak mengambil tanggungjawab mengekang aktiviti yang tidak bermoral tersebut.

 Jika mereka tidak melesenkan pihak yang menjalankan aktiviti tersebut, Skuad D7 Polis  tak adalah kerja untuk membanteras aktiviti tidak bermoral itu.

Jadi di sini ,   jawapan Guan Eng bahawa kerajaan negeri  tiada kuasa satu jawapan amat memalukan !!





KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG

ISU PERJUDIAN, PELACURAN DAN PUSAT HIBURAN YANG BEROPERASI SECARA HARAM DI PULAU PINANG

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri menyokong kenyataan yang telah dibuat oleh Y.Bhg Datuk Mohd Zaidi semasa berucap di Persidangan Agung UMNO baru baru ini. Beliau telah membangkitkan isu penguatkuasaan sebagai isu utama yang menyebabkan Pusat Perjudian, Pelacuran dan Pusat Hiburan masih berleluasa di negeri ini.

Pemuda UMNO Negeri juga ingin mengulangi cabaran Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang. Jika beliau berjaya menunjukkan lokasi premis Perjudian, Pelacuran dan Pusat Hiburan, Ketua Menteri Pulau Pinang harus meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Pemuda UMNO juga akan memperlihatkan 5 lagi lokasi pusat sebegini kepada Ketua Menteri dan akan meminta beliau menyahut cabaran Y.Bhg Datuk Zaidi.

Kami menyedari pelbagai usaha telah dilakukan oleh Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mereka komited dalam menjalankan operasi bagi membenteras kegiatan haram itu dan buktinya beberapa serbuan telah dilakukan terhadap premis judi dan Pusat Hiburan sepanjang tahun ini.

Antara kejayaan PDRM dalam membenteras gejala ini ialah pada 22 Nov yang lalu, PDRM telah berjaya memberkas 15 wanita warga asing yang berkhidmat sebagai tukang urut dibeberapa buah Pusat Refleksologi haram di Kawasan Bandar Baru Farlim.

Selain daripada itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi telah membuat kenyataan di Bernama yang disiarkan pada 5 November lalu dimana sejumlah 6,771 mesin judi tidak berlesen dirampas dalam operasi polis di negeri ini sejak Januari hingga 31 Okt 2014. Tahniah PDRM Negeri Pulau Pinang.

Ini jelas terbukti kegiatan haram ini benar-benar berlaku di negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh regim DAP dan menjadi persoalan mengapakah pengusaha kegiatan haram ini berani untuk menjalankan perniagaan di negeri ini.

Timbul juga persoalan adakah Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetahui wujudnya kegiatan haram berkenaan di negeri ini ataupun dia hanya sekadar menutup mata dan sengaja tidak mempedulikan dengan apa yang berlaku disebalik aktiviti di negeri naungannya

Laporan media dan statistik yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negeri itu jelas menunjukkan dakwaan mengenai kegiatan haram itu benar-benar berlaku di negeri ini seperti yang dibangkitkan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi dan Ketua Menteri Pulau Pinang wajib menarik balik ungkapan ‘penipuan terkeji' yang dilemparkan kepada Datuk Mohd Zaidi.

Dalam usaha membanteras kegiatan haram di negeri ini, Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang bersedia menawarkan kerajasama dengan pihak PDRM untuk menggempur dan melumpuhkan aktiviti perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan haram. Kami bersedia menjadi mata dan telinga kepada pasukan PDRM bagi membanteras aktiviti haram dari terus berleluasa di negeri ini.

Pemuda UMNO bimbang sekiranya kegiatan haram berkenaan tidak dibendung dengan serius ianya akan mencetuskan pelbagai masalah kepada masyarakat

Kami juga menggesa kepada semua masyarakat agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui berlaku kegiatan haram di mana-mana kawasan di negeri ini.


Rafizal Abd Rahim,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang
2 Disember 2014


One Response

  1. Anonymous says:

    Bukan pbt penang tiada kuasa tapi tiada teloq........... Or banyak telur dah kena gosok......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.