HARIMAU MALAYA MENGAUM DI HANOI , TAKTIKAL DOLLAH LETAK OTAI MENJADI #AFFSuzukiCup

on Thursday, December 11, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN HARIMAU MALAYA & DOLLAH SALLEH  ...

ANDA SUDAH BUKTIKAN MAMPU BANGKIT DI HANOI DENGAN MEMBELASAH  4 - 2 


PEMAIN HARIMAU MALAYA   DAN DOLLAH TELAH BUAT  APA DIMAHUKAN PEMINAT MALAYSIA ..

FAKTOR KEMENANGAN  : -


-   5 PERTUKARAN PEMAIN MENJADI SEKALIGUS PASUKAN BERMAIN DENGAN 
     PENUH BERDISIPLIN   ( SHUKOR - FARIZAL  - AMRI  - INDRA - PIYA  ) 

-   OTAI MASIH BERBISA MEMANG HEBAT   ( AMRI - SHUKOR - INDRA - PIYA ) 

-   VIETNAM TERTEKAN  FIRST HALF DAN KENA 4 -1   ...

-   KEHEBATAN PEMAIN TENGAH TERBAIK  2014  ,   PIYA  YANG BIJAK  HANTAR THROW BALL & LONG PASS KEPADA STRIKER KITA GERUNKAN PERTAHANAN VIETNAM ....( KEKALKAN DALAM FIRST TEAM DI FINAL ) 


- BILA ADA KAPTEN OTAI   SHUKOR ADAN  DI PADANG .. PENGALAMANNYA DAN SEMANGAT MAHU MENANG TAMBAHA KEKUATAN KEPADA RAKAN-RAKAN . ( JERITANNYA ARAH PEMAIN TURUN BANTU ) 






Skuad Harimau Malaya membalas dendam kekecewaan di Shah Alam tempoh hari dengan menumpaskan Vietnam 4-2 dalam aksi timbal balik separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.
Kemenangan dengan agregat 5-4 itu melayakkan Malaysia menempah slot perlawanan akhir untuk 
berdepan Thailand.
Vietnam turun berkeyakinan tinggi apabila beraksi di tempat sendiri ditambah pula berbekalkan kedudukan 2-1, namun ia tidak mematahkan skuad bimbingan Dollah Salleh untuk beraksi baik, sekaligus mengecewakan pasukan tuan rumah di depan penyokong sendiri.

Malaysia meraih jaringan pembukaan seawal minit ke-3 hasil sepakan penalti Safiq Rafim selepas salah seorang pemain Vietnam dipersalahkan kerana menjatuhkan Indra Putra Mahayuddin di dalam kotak penalti.



Jelas moral Harimau Malaya semakin meningkat. Di minit ke-16, Amri Yahyah membuat lambungan jauh untuk disambut Norshahrul Idlan Talaha, sebelum pemain Johor Darul Takzim itu bijak mengambil peluang hasil kesilapan benteng lawan dengan membuat sedikit sentuhan, sekaligus menyumbang gol kedua negara.
Di minit ke-22, Vietnam dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dan ia disempurnakan oleh Lee Chon Vinh.
Kemasukan Badhri Radzi atau Piya tidak menghampakan Dollah apabila kepekaan dan hantaran tepatnya kearah Indra mencetuskan gol. Indra yang menyambut baik bola tersebut, melakukan sepakan kearah gol sebelum tertampan pemain Vietnam, Dinh Tien Thanh sekaligus menerjah gawang tuan rumah.
Ketika Badri mengambil sepakan penjuru dua minit sebelum waktu rehat, pemain pertahanan yang juga kapten negara, Shukor Adan naik ke atas untuk membantu bahagian serangan. Dalam keadaan pintu gol Vietnam cemas, Shukur membuat tandukan mudah untuk menyempurnakan jaringan keempat negara.



Bersambung babak kedua, Vietnam melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu Harimau Malaya, memaksa pertahanan negara bekera keras.
Bagaimanapun, gawang negara bolos di minit ke-78 apabila kesilapan kecil Shukur digunakan sepenuhnya oleh Chon Vinh, dengan melakukan rembatan deras untuk mengecewakan Farizal Marlias.
15 minit terakhir adalah tempoh paling kritikal di bahagian pertahanan negara apabila terpaksa menahanan asakan Vietnam, namun ia berbaloi selepas Malaysia berjaya mempertahankan kedudukan 4-2, sekaligus memenangi perlawanan separuh akhir dengan agregat 5-4.







2 Responses

  1. Anonymous says:

    Save by the bell....out of focus during the last minutes...gasping 4 air.....inconsistence performance....well....spoilt team with child element....sorry...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.