..

..

PROTON PERDANA BARU JADI KERETA RASMI KERAJAAN DILANCARKAN @NajibRazak

on Wednesday, December 11, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






PUTRAJAYA 11 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin
.
Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri Kabinet.
Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan. - BERNAMA






One Response

  1. Anonymous says:

    Kah kah kah rakyat dah kena perbodoh.... Hari tu kjaan umum nak guna Honda, ramai protes dan cakap mcm mana rakyat nak percaya dgn Proton kalau kjaan sendiri pun tak percaya... kemudian cadangan nak guna Honda ditarik balik (berlakon) . Last2 buat pakatan dgn Honda dan Proton, guna juga Honda dgn lambang Proton ... kah kah kah ...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.