..

..

1MELAYU : MUSA TIBAI GERAKAN , TAK AKAN MINTA MAAF SEBUT 1MELAYU #PAU2013

on Sunday, December 8, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




GERAKAN P.Pinang ni dah tak ada kerja ke ?? Bila Malaysiakini petik kenyataan Datuk Musa tentang 1Melayu , terus melompat macam kera kena belacan mendesak Datuk Musa mohon maaf .

Yang Jeff Oii hina penjawat awam Melayu kucing kurap ,ada ke Oh Tong Keong desak minta maaf ?

1Melayu adalah kenyataan penyatuan orang Melayu di perhimpunan agung terbesar orang Melayu. Apa masalahnya nak sebut 1 Melayu pun tak boleh ??


 



Datuk Musa Sheikh Fadzir bertegas tidak akan menyatakan sebarang permohonan maaf kepada mana-mana individu atau anggota organisasi termasuk parti Gerakan berhubung cadangannya menukar slogan 1Malaysia kepada 1Melayu.

Beliau berkata, gesaan tersebut hanya merujuk kepada konteks Perhimpunan Agung Umno 2013 semata-mata dan tiada kaitan dengan konsep yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

" Tak payah nak jadi hero. Orang tahu siapa dia. Orang tahu siapa Gerakan di Pulau Pinang. Saya takkan minta maaf. 

"Pasal apa nak minta maaf? Saya tak buat salah.

"Saya bukan kata nak tukar 1Malaysia dengan 1Melayu. Saya nak satukan orang melayu. Dia (Gerakan) dok kelam kabut buat apa. 

Beliau yang merupakan perwakilan Umno Negeri Pulau Pinang turut mempersoalkan tindakan Parti Gerakan yang tidak menyatakan sebarang pendirian mengenai kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang menghina para peniaga Melayu di Pulau Pinang.

"Baru-baru ni Jeff Ooi kata kucing kurap, mana suara Gerakan? Bila orang kata ROS (Pendaftar Pertubuhan) anjing Umno mana suara Gerakan?," soalnya.

Musa merujuk desakan Setiausaha Parti Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang meminta pimpinan Umno mengarahkan Ketua Umno Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta maaf dan menarik semula cadangannya menggantikan slogan 1Malaysia dengan 1Melayu.


One Response

  1. Anonymous says:

    sokong kenyataan Datuk Musa...pi mamposlah Gerakan..!!! sama je mcm MCA... membebankan BN... menang pun atas ihsan dan kerja keras Umno... sepatutnya Gerakan kena fikir camne nak tawan semula penang...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.