Archive for 06/12/11

default

Orang Tanjung Tokong pun buat bodoh kehadiran Anwar Ibrahim ....

on Sunday, June 12, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

\
hanya 20 ahli berada di tempat ranting tersebut.



Perasmian ranting PKR dan ceramah Anwar Tanjong Tokong tidak mendapat sambutan.Malah kehadiran penduduk tempatan tidak sampai 30 orang,selebihnya adalah orang luar.Begitulah menurut rakan blogger Mat Kilau Penang .Selanjutnya klik sini




Lakonan Anwar nampaknya sudah basi di negerinya sendiri dan  ia berlaku  di perasmian ranting PKR dan ceramahnya di TgTokong  . 


 Sudah pasti janji kosong la yang akan ditaburkan  di perasmian ranting ini sepertimana janjinya kepada penduduk Kg Buah Pala dan Flat Pdg Tembak . Tetapi nampaknya  penduduk Tg Tokong tak hairan pun dengan kehadiran Anwar ke kawasan mereka. 


Tentu malu Pak Sheikh dengan kehadiran orang seperti ini ....haha lain kali bawa 10 buah bas dari PKR-PAS Prmtg Pauh untuk nak bagi ramai ...

default

Inilah konsep sebenar negara kebajikan ala PAS

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kalau nak tahu bagaimana negara kebajikan ala PAS yang  ikut Al Quran menurut Hadi Awang , baca keratan dia atas yang mana  berlaku di negeri Kelantan . Ini lah konsep sebenar negara kebajikan PAS hingga potong bekalan elektrik dan air kepada peniaga pasar lama MPKB  yang enggan pindah ke Bazar Tok Guru .


Tanpa notis  dan makluman , kerajaan berkebajikan PAS terus zalim kepada peniaga  hingga mahu tutup terus periuk nasi mereka .  Tahniah kepada Hadi Awang kerana telah tunjuk bukti konsep kerajaan berkebajikan PAS ..... 

default

RM 1.2 Billion disalur untuk penerima bantuan JKM , bukan lagi negara kebajikan ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Mengapa sekarang baru PAS hendak bangun dari mimpi dan terus nak bikin negara kebajikan ? Adakah selama ini kerajaan BN memerintah tidak amalkan negara kebajikan ?


Mungkin sebab PAS nak tutup malu tak mahu lagi pejuangkan negara Islam kerana DAP tidak benarkan , itu yang terpaksa tebal muka nak buat negara kebajikan .


Bagi PAS , segala apa yang dibuat kerajaan BN tidak berkebajikan kecuali dibuat  kerajaan PR . Kerajaan DAP di P.Pinang beri RM 100 kepada warga emas  itu baru berkebajikan kerana Guan Eng yang beri bukan Najib . 


Ini bukti yang Najib cakap bahawa BN sudah lama amal negara berkebajikan dan mimpi PAS hendak buat negara kebajikan memang pelik bin ajaib ..



MELAKA 11 Jun — Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan berjumlah RM1.2 bilion kepada 417,552 penerima di seluruh negara pada tahun lepas.


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM73.6 juta disalurkan kepada 23,258 penerima di Melaka.


"Pada tahun ini, kerajaan akan menyalurkan lebih RM1.2 bilion lagi bantuan kebajikan ke seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis mesra kementeriannya dan Masyarakat Bersama Pemimpin Komuniti Cina Melaka di Ayer Keroh hari ini. - Bernama

default

Rakyat sudah meluat , penganjur BERSIH 2.0 bakal berdepan tindakan !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment







Lagi Laporan Polis Bantah Demo Bersih


BUKIT MERTAJAM: Dua buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada Jumaat membuat laporan polis bagi mendesak supaya pihak berkuasa melarang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.


Pertubuhan yang dikenali sebagai Wira Perkasa Pulau Pinang (Perkasa) dan Penawar 1 Malaysia itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini dan mendesak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur iaitu Badan Pengerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS.


Ketua Penerangan Perkasa Norhalim Abdul berkata polis harus mengambil tindakan segera kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur adalah berunsur menghasut rakyat dan mempunyai niat untuk mengganggu ketenteraman awam.


"Penganjuran perhimpunan itu, hanya akan menjejaskan ekonomi negara kerana ia akan menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat kepada pelabur-pelabur asing," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.


Di KELANTAN, penduduk Kampung Wakaf Baharu, Tumpat meminta pihak berkuasa bertindak tegas ke atas Bersih yang merancang mengadakan demonstrasi itu.


Ketua Kampung Wakaf Baharu, Mat Yusoff Mat Musa,60, berkata tindakan menghimpunkan orang ramai dengan tujuan mengadakan demonstrasi membantah kerajaan boleh menyebabkan huru hara.


"Kalau perkara itu dibiarkan dan keganasan berlaku, rakyat akan hidup dalam ketakutan berpanjangan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Wakaf Baharu, di sini.


Dalam laporan media 7 Jun lepas, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengumumkan hasrat kumpulan itu mengajak rakyat negara ini turut serta dalam perhimpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 9 Julai depan.


Katanya ia adalah untuk menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengulas perkara itu berkata pihak penganjur perlu bertanggungjawab sekiranya perhimpunan itu dilaksana dan menganggu ketenteraman awam. BERNAMA



Lagi banyak laporan polis  , bermakna lagi semakin banyak  rakyat marah dan meluat dengan himpunan haram BERSIH 2.0 ini yang bakal membuat kacau dan onar di Kuala Lumpur .  Ini juga menunjukkan bahawa rakyat menentang tegas amalan berdemontrasi secara haram ini hingga mengganggu kententeraman awam seharian .

Walaupun penganjur melaung-laungkan himpunan ini aman ,  bagaimana pulak jika ia menganggu aktiviti perniagaan mereka pada hari berkenaan . Tetapi ada juga kenyataan bangang penganjur himpunan haram ini iaitu  Tian Chua yang cakap himpunan ini menguntungkan peniaga kerana ramai akan beli air minuman dan makanan ... haha  ..BODOH punya jawapan !

Hanya kerana mahu laksanakan agenda politik mereka , mereka sanggup korbankan sumber rezeki rakyat. Macam inikah Pakatan yang hendak bela rakyat ?

default

Bicara Rakyat RTM 1 Pulau Pinang : Janji & Harapan ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Jumaat malam lepas, PB ikut member pergi Bicara Rakyat di  Dewan Cahaya ,  USM yang dibawa live di   RTM 1  yang membincangkan tajuk tentang Pulau Pinang : Janji & Harapan . Menariknya untuk PB ke sana adalah kerana member blogger Pro Kerajaan   iaitu blog MIM  Dr Novandri   yang dijemput menjadi panel dalam program berkenaan .

Antara panel lain ialah Adun BN Seberang Jaya , Datuk Arif Shah Omar dan  Naib Pengerusi Gerakan P.Pinang , Wong Mun Hoe .  PB tak nak cakap tentang apa yang dibahaskan  oleh semua ahli  panel  yang dijemput ini  kerana ia telah ditonton secara langsung di kaca televisyen  .

Cuma di sini PB ingin jawab kepada juak-juak penjilat tegar DAP  termasuk di facebook yang cakap mengapa tiada wakil dari kerajaan negeri DAP. Senang saja sepatutnya wakil Exco DAP  ada dan mereka dijemput  tetapi dia dok buat  ding dong dengan RTM hingga last minute , so tiada wakil mereka lah .

So , kepada juak-juak penjilat2 ini .. RTM sebenarnya sudah beri peluang pun  kepada pemimpin mereka   cari publisiti di TV , tetapi mereka sendiri yang buat hal .

PB memuji   inisiatif RTM 1  yang  buat pertama kalinya  membawa  live Bicara Rakyat ini ke P.Pinang ..harap boleh diadakan lagi akan datang bagi membogelkan pembohongan kerajaan DAP ..







Dr Novandri   menerangkan betapa liciknya Guan Eng yang selalu 
menipu rakyat & menghentam BN 



YB Datuk Arif begitu lantang sekali dedahkan pembohongan 
kerajaan DAP 



Guan Eng cakap amal CAT , tetapi mengapa projek Wifi 
tidak dibuat tender terbuka 


Moderator Sayed Munawar bertanya kepada penonton 
yang ingin kemukakan soalan 











default

Tahniah ! Terengganu bangkit tewaskan Kelantan 2 -1 Final Piala FA 2011

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PB nak ucapkan tahniah kepada pasukan Terengganu yang menjuarai Piala FA 2011 di Stadium Bukit Jalil malam tadi di depan 85,000 penonton .  Sejak dari awal lagi PB sokong bahawa pasukan Terengganu akan menang walaupun  sebelum ini  mereka tewas 3-0 kepada seteru mereka Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah baru-baru ini .

Menariknya , skuad ini bangkit daripada ketinggalan 1-0 dan menyamakan kedudukan pada minit kecederaan sehingga membawa ke masa tambahan lalu menjaringkan gol kemenangan .




PB sokong Terengganu dalam final ini kerana yakin skuad  ini dibimbing oleh  Irfan Bakti mampu tumbangkan keegoaan pasukan Kelantan ini.  Jurulatih berpengalaman seperti  Irfan Bakti pernah buktikan pada 2002 di mana membawa pasukan Pulau Pinang ketika itu menjulang Piala FA telah mengalahkan pasukan pilihan , Perak .  Jadi , ramalan PB adalah   tepat sekali dan tahniah kepada Terengganu !


*** Lepas ni skuad Peteh dapat pi Europe la kerana champion Piala FA ...haha ..dan pasukan Kelantan juga dapat juga hadiah  iaitu  cuti umum la esok diberikan Pok Nik ..kalah pun dapat cuti , orait la ...haha

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.