
Adakah Pilihanraya masjid oleh kerajaan DAP dapat perkenan YDP Agong ?
Bila Kerajaan DAP mahu laksanakan pilihanraya masjid yang mana hari ini merupakan hari terakhir menghantar nama calon , adakah tindakan mereka ini mendapat perkenan Yang Di-pertuan Agong ?
Menurut Exco Agama Malik Kassim , mereka telah putuskan perkara ini hanya dalam satu mesyuarat khas MAIPP dan JAIPP sahaja . Jadi , adakah perkara ini diperkenankan oleh Yang Di -Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam P.Pinang ?
Jika Malik Kassim tidak mendapat perkenan ini , maka beliau sudah mencabar kuasa Yang Di Pertuan Agong . Memang satu tindakan celaka dan derhaka oleh seorang pemimpin Melayu yang menjadi balaci kesayangan DAP .
DAP memang kita sudah tahu mereka memang tidak suka Raja-Raja Melayu sepertimana dulu krisis di Perak sehingga mereka derhaka dan cuba heret Sultan Perak ke mahkamah oleh Karpal .
Di Pulau Pinang pulak mereka gunakan Malik Kassim sebagai Exco Agama sebagai master mind bagi memecahbelahkan orang Melayu di kariah masjid . Ramai orang sudah melihat dasar pecah dan perintah DAP sedang berjalan secara halus dan pilihanraya masjid merupakan agenda mereka bagi kekalkan kuasa di Pulau Pinang pada PRU 13 .

PANAS ! Fakta mengenai pilihanraya masjid ciptaan DAP
Di bawah adalah beberapa perkara yang dibangkitkan tentang isu 'pilihanraya masjid' yang diperkenalkan oleh kerajaan Lim Guan Eng DAP Pulau Pinang.
1. Malik Kassim mendakwa sistem pemilihan terbaru ini adalah persetujuan di antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
2. Persetujuan itu untuk mengadakan kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus dan bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak kariah memilih pemimpin mereka.
3. Satu tatacara pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi tempoh 2012-2013 dan borang pencalonan telah diedarkan kepada semua masjid.
4. Senarai jawatankuasa yang dilantik melalui kaedah itu ialah seorang pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, bendahari, sembilan AJK termasuk dua wakil wanita dan dua pemeriksa kira-kira.
5. Tarikh tutup pencalonan ialah 7hb Jun 2011 jam 12 tengahari.

Di bawah pula adalah pemerhatian MiM terhadap isu ini.
1. Apakah Lim Guan Eng dan Malik Kassim faham dengan maksud pilihanraya?
2. Siapakah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut dan apakah pertubuhan itu mewakili kebanyakan orang Islam di negeri Pulau Pinang?
3. Apakah sudah ada senarai lengkap kariah setiap masjid seperti senarai pengundi pilihanraya Umum?
4. Apakah setiap kariah tahu serta diberitahu tentang tatacara dan borang pencalonan yang telah diedarkan?
5. Yang paling penting sekali ialah kenapakah Malik Kassim meneruskan penghantaran tatacara dan borang pencalonan walau pun proses pemilihan jawatankuasa masjid negari memerlukan perkenan daripada Yang Dipertuan Agung?
6. Kenapakah Malik Kassim, MAIPP dan NGO tidak mengikuti protokol yang sangat penting iaitu perkenan Yang Di-Pertuan Agung?
6. Apakah mereka sengaja menguji sistem perlembagaan negara?
DS Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyatakan bahawa proses pemilihan jawatankuasa tersebut perlukan perkenan Yang Di-Pertuan Agung.
Dengan pelbagai kelemahan, kekurangan dan belum mendapat perkenan Ketua Agama Negara,kenapakah kerajaan DAP Pulau Pinang begitu tergesa-gesa mahu melaksanakan sistem baru ini?Apakah ianya kena mengena dengan ura-ura yang mengatakan bahawa Lim Guan Eng DAP akan membubarkan DUN dalam masa yang terdekat ini?
Apakah dengan kaum Melayu dan Islam Pulau Pinang kelam kabut dan bercakaran sesama sendiri akan menjadi batu loncatan untuk DAP mendapat undi akibat tindakan mereka itu?
sumber : blog MIM

Pulau Pinang bakal buka cawangan jual salai babi
Isu Malik Kassim bersama kerajaan DAP tipu umat Islam di Pesta Coklat Antarabangsa di PISA baru-baru ini sebenarnya ada udang disebalik mee. Mana mungkin syarikat jual salai babi di Singapork tiba-tiba sanggup jadi penganjur utama untuk sebuah ekspo dengan kerjasama kerajaan DAP .
Syabas kepada bro MPP yang buat pendedahan panas ini.KLIK DISINI
Sudah tentu kerajaan DAP mempunyai agenda tersembunyi tanpa pengetahuan umat Islam di PP disebalik penganjuran pesta makanan ini .
Mengapa syarikat Bee Cheng Hiang dari Singapura ini tiba-tiba jadi titanium sponsor event ini ? Mungkin ini lah hasilnya lawatan selalu oleh kerajaan DAP ke negara Kota Singa untuk mencari pelaburan tetapi akhirnya pelaburan tauke jual salai babi dijumpai .
PB yakin syarikat pengedar salai babi terbesar ini pastinya telah deal projek besar dari kerajaan DAP P.Pinang dan tak mustahil selepas ini akan ada cawangan penjualan babi terbesar syarikat itu dibuka di negeri ini . Pesta Makanan di PISA ini sebenarnya hanya sekadar mempromosi atau test market di sini .
Tahniah kepada Melayu PAS dan PKR yang telah mengundi DAP menerajui kerajaan P.Pinang . Hang pa semua telah bantu P.Pinang semakin menjadi terkenal dengan pengenalan terbaru hub Salai babi terbesar ..

Fuyoo Malik Kassim ! Pesta Coklat bertukar kepada Pesta jual Babi
Babi dengan kerajaan DAP memang tidak dapat dipisahkan sampaikan satu ekspo makanan pun dijual salai BABI ! Yang bestnya itu bagi menarik pengunjung beragama Islam ke situ , dibuat la risalah Pesta Coklat dan serta tukang rasmi adalah pencacai kesayanganya Guan Eng iaitu Malik Itik .
Maka kena tipu hidup-hidup la semua pengunjung beragama Islam yang ke ekspo dengan kerjasama kerajaan negeri DAP ini . hahaha . Asalnya depa hendak merasa kesedapan coklat tetapi nampaknya kena menghidu bau daging salai babi la ..hahaha
Pengunjung Islam tak boleh salahkan penganjur ekspo ini kerana mereka perlu tahu penganjur ini adalah sebuah syarikat pengeluar daging babi salai terkenal di Singapura . Dah nama syarikat babi mesti la depa kena jual babi juga di ekspo itu . Lagi satu depa ini syarikat dari luar negara dan sudah tentu tidak akan faham sensitiviti umat Islam negara ini .
Jadi , yang patut disalahkan adalah kerajaan DAP dan Malik Kassim sendiri yang jelas telah menipu orang Islam yang berkunjung ke situ . Kerajaan negeri merupakan pihak yang melantik penganjur ekspo ini dan mereka perlu bertanggungjawab dalam isu ini .
Lagi seorang adalah Malik Itik yang digunakan sebagai pelakon beragama Islam untuk rasmikan ekspo jual babi ini . Memang mangkuk la seorang Exco Agama Penang ini yang tidak dapat beza babi dengan coklat .
Entah berapa Malik Itik dapat dari syarikat salai babi bagi rasmikan ekspo ini ? hahaha....
**Babi dijual di Ekspo Makanan Pisa sama hari dengan kemenangan Abg Mat Sapu 121 di muktamar ..satu kebetulan kot ...

Guan Eng ajak rakyat rasa tidak selamat tinggal negara ini
Bila PB baca kenyataan Guan Eng lahanat ini , macam sial sekali kenyataannya yang cuba perbodohkan rakyat . Guan Eng ini bila buka mulut saja asyik nak bohong dan adakah beliau tahu bahawa penurunan kadar jenayah menerusi NKRA telah memberi imej baik kepada negara di mata dunia .
PB yakin apek DAP ini pasti tidak senang bila lihat ranking Malaysia selaku Negara Paling Selamat Di Dunia yang terkini dikeluarkan .
http://www.visionofhumanity.org/gpi-data/#/2011/scor
Pasti Guan Eng bengang bila negara keduanya Singapore berada di bawah Malaysia ...hahaha MALAYSIA BOLEH !
Ranking negara kita berada ditanggap 19 dalam dunia dan No 3 di Asia selepas Jepun dan Qatar
Persoalanya di sini , di mana alat mainan politik yang dimaksudkan Guan Eng ? Guan Eng tak usah tipu rakyat lagi dengan kenyataan tiada fakta dan hanya persepsi ini .
Jenayah boleh berlaku di mana-mana dan ia memang tidak boleh dihapuskan 100 % . Bila ada peluang dan keinginan untuk melakukan jenayah , ia akan berlaku juga.
Tetapi sekurang -kurangnya kerajaan telah berjaya kurangkan kadar jenayah di negara ini dan hasilnya ranking GPI negara telah meningkat .
Cuma sekarang ini persepsi rakyat perlu diubah seperti kata TPM . Tetapi yang menjadi batu api adalah puak-puak DAP inilah yang suka tipu dan hasut rakyat . Guan Eng lahanat inipun bekas banduan juga ...hahaha

Guan Eng akan bubar DUN sebelum PRU 13 ?
oleh : rbf
Cakap-cakap di sebelah pihak Pas, PKR dan DAP sekarang ini mengatakan PRU 13 akan diadakan pada bulan Julai dan ada yang kata pada bulan September. Baru-baru ini Lim Guan Eng berkata jika PM bubarkan parlimen pada tahun ini , mereka tidak akan turut serta bubarkan Dun. Khalid Ibrahim juga pernah berkata begitu. Anwar Ibrahim juga berkali-kali keluar kenyataan termasuk dalam tempoh terdekat menyatakan keyakinannya bahawa p/raya akan diadakan dalam masa terdekat.
Kenapa Mat Sabu memilih bulan Julai untuk mengadakan demo BERSIH ? . Pada saya itu semua adalah perangkap. Nanti saya terangkan di bawah.Harus diingat Mat Sabu dan Guan Eng bagai isi dengan kuku
Bagaimana puak-puak sebelah sana boleh mengetahui PRU 13 akan diadakan pada bulan Julai atau September sedangkan PM tidak pernah beri isyarat seperti itu. Adakah mereka menghantar sejenis makhluk yang boleh membaca hati PM ?
Kedudukan hari ini ramai di antara pemimpin-pemimpin atau penyokong-penyokong BN beranggapan negeri-negeri yang diperintah oleh PKR , Pas dan DAP akan membubarkan Dun mereka selepas BN membubarkan parlimen dan Dun negeri-negeri yang diperintah BN dan selepas p/raya berkenaan selesai. Senang cerita, orang-orang BN jangka mereka akan bubarkan Dun lambat lagi, tiba-tiba mereka yang bubarkan dulu.
Dengan beberapa perkembangan muktahir ini dan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan mereka saya merasakan negeri-negeri yang diperintah oleh mereka akan membubarkan Dun sebelum PM membubarkan parlimen. Jika ini benar-benar berlaku, maka sudah pasti ianya satu kejutan yang besar kepada BN. Saya yakin dan saya pasti BN benar-benar tidak bersedia lagi pada waktu itu.
Saya jangkakan ada dua kemungkinan.
Pertama, mereka akan bubarkan serentak DUN Kelantan, Selangor, P.Pinang dan Kedah.
Kedua, mereka akan bubarkan secara berasingan dan akan bermula di P.Pinang.
Saya lebih merasakan mereka akan guna cara kedua.
Jika cara kedua digunakan, saya jangkakan mereka akan bubarkan DUN P.Pinang terlebih dahulu kerana mereka yakin dapat mengekalkan P.Pinang. Mereka akan gunakan cara sebagaimana mereka buat gelombang dalam PRN Sarawak baru-baru ini. Semua jentera dari seluruh negara akan dikerahkan ke P.Pinang untuk memastikan kemenangan bergaya.
Selepas P.Pinang mereka akan bubarkan DUN Kelantan pula. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika DUN Kelantan dibubarkan disaat-saat Tok Pa sedang sibuk dengan lawatan ke luar negara dan di saat-saat pasukan gelombang merah mereka masih terkial-kial mencari rentak. Jawabnya terlepas lagilah Kelantan.
Semangat kemenangan bergaya di P.Pinang akan dibawa ke Kelantan. Semangat kemenangan Kelantan pula akan dibawa ke Selangor dan seterusnya ke Kedah. Mereka bentuk gelombang-gelombang di negeri-negeri berkenaan terlebih dahulu, supaya keadaan mereka menjadi kuat, dan apabila PM bubarkan parlimen dan p/raya diadakan sudah pasti gelombang-gelombang dari negeri-negeri berkenaan akan membadai BN di seluruh negara dalam PRU berkenaan.
Apabila melihat kemenangan demi kemenangan yang mereka dapat kemudian mereka bakar pula semangat rakyat dengan berkobar-kobar untuk menumbangkan BN, maka tidak mustahil negara ini akan terlepas kepada mereka dalam PRU akan datang jika BN tidak bersiap sedia dengan segera.
Mereka akan mulakan dulu dengan perhimpunan BERSIH untuk membakar semangat kemarahan orang ramai. Selepas itu barulah mereka akan adakan p/raya di negeri-negeri mereka.
Adakah BN telah bersedia sekarang , sekiranya tiba-tiba bulan depan Lim Guan Eng bubar Dun P.Pinang atau Khalid Ibrahim bubar Dun Selangor ? Saya yakin tidak...
Ini kerana mereka beranggapan negeri-negeri berkenaan akan bubarkan Dun selepas PRU 13 selesai atau pun mereka beranggapan Dun-Dun negeri berkenaan akan dibubarkan serentak dengan BN.
Ingat kepada kata-kata Guan Eng minggu lepas yang mereka tidak akan membubarkan Dun sekiranya BN membubarkan parlimen tahun ini. Itu semua perangkap. Dia cuba gambarkan yang dia akan bubarkan Dun selepas PRU 13. Dia hendak selesakan BN, tiba-tiba dia umum bubarkan Dun, terkejut BN dibuatnya.
Semasa PRU lepas, Guan Eng berkata DAP tidak boleh lawan BN untuk tawan P.Pinang, mereka hanya sekadar hendak mengurangkan majoriti BN. Maka pemimpin-pemimpin BN P.Pinang pun selesa dengan kata-kata itu. Keluar keputusan, terduduk Tsu Koon dan Pak Lah ditolak DAP.
Begitu juga dengan kata-kata Anwar Ibrahim yang sudah beberapa kali diungkapkannya bahawa p/raya akan diadakan pada tahun ini. Kalau tidak ada udang di sebalik batu dia tidak akan berkata begitu. Orang BN buat endah tak endah sahaja dengan kata-kata itu kerana bagi mereka kata-kata Datuk Seri Najib lebih penting.
Bagi orang-orang mereka pula, mereka mengambil berat apa yang dikatakan Anwar. Anwar tak boleh dan tak mampu nak beritahu seorang demi seorang pengikut-pengikutnya apa rancangannya kerana bimbang muslihat mereka diketahui musuh. Maka dia beritahu secara umum dan dia gambarkan seolah-olah Datuk Seri Najib akan adakan p/raya dalam tahun ini. Tiba-tiba mereka yang bubarkan Dun negeri-negeri mereka terlebih dahulu. SETERUSNYA.........

Mat Taliban sudah overdose , gelarkan Mufti Perak sebagai Syaitan !
KUALA LUMPUR 5 Jun - Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa sekali lagi bertindak biadab apabila mendakwa mufti sebagai syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu.
Dakwaan itu dibuat kerana mufti di negara ini kononnya membisu dalam isu yang jelas bercanggah dengan syarak yang dinyatakan dalam al-Quran.
Kenyataannya itu merujuk kepada isu budaya fitnah yang kononnya dibawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi memenangi pilihan raya umum di negara ini.
Seolah-olah mufti hari ini tentang bab lain dia berani bangkit. Terutamanya mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria). Apabila sebut dia marah... Seolah-olah mufti Perak mufti poco-poco, mufti yoga.
"Seolah-olah mufti hanya melihat tari-tarian... Boleh beri fatwa tentang poco-poco, tentang yoga tetapi isu-isu hari ini yang jelas nyata dalam al-Quran yang bercanggah dengan syarak, mereka membisu.
"Kalau mereka syaitan bisu tak apa juga. Tetapi mereka ini seolah-olah syaitan yang bercakap. Buat kenyataan media sana-sini...
Dia bukan bisu tetapi syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika tampil bagi menyokong usul dibawa Mohd. Fadzil Mohd. Noor yang mengutuk fitnah menggunakan video pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar di sini hari ini.
Komen PB
Lagi kuat kutuk dan maki Mufti Perak ..lagi famous . Mungkin itu la yang Mat Taliban a.k.a Ostat Norazli suka sangat bila berbuat demikin . Terbaru beliau gelarkan Mufti Perak sebagai syaitan yang cakap lebih teruk dari syaitan bisu . Ada blog pencacai PAS dah cakap Ostat Mat Taliban ini berani bercakap benar ..berani kepala otak hang ! ..hahaha
Sebenarnya syaitan telah masuk pun dalam diri Mat Taliban ini , itu yang terlampau sawan hingga kata orang lain syaitan . haha

Pilihanraya masjid ciptaan DAP, agenda pecahbelahkan umat Islam !
Selepas kerajaan DAP diketuai Lim Guan Eng gagal mengadakan pilihanraya PBT , kali ini mereka create pulak pilihanraya pelik dah tak pernah dibuat orang iaitu memilih Jawatankuasa Kariah masjid pulak untuk seluruh negeri P.Pinang .
Siapa la punya cadangan gila dan bangang ini ? Sudah tentu la dari kerajaan DAP yang menggunakan pencacainya tertinggi mereka Malik Itik selaku Exco Agama yang mengarahkan pemilihan jawatankuasa masjid di seluruh negeri mulai tahun ini akan dijalankan melalui proses ‘pilihan raya’ .
PB cukup tak bersetuju dengan cadangan gila ini yang jelas mempunyai agenda memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan Melayu dalam kariah masjid . Semalam PB telah duduk berbincang dengan beberapa jawatankuasa kariah sebuah masjid . Mereka sedia pertahankan jawatan terbabit daripada jatuh ke tangan puak2 PAS - PKR dan tidak akan menyerah begitu mudah . Kita sendiri boleh lihat kesan daripada pilihanraya masjid ciptaan DAP ini jelas telah memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dalam satu kariah kampung .
Sudahlah orang Melayu berbeza fahaman politik iaitu UMNO , PAS dan PKR , kini nampaknya DAP cuba menambah lagi dengan menggunakan Malik Itik supaya adakan pilihanraya masjid . Zaman Rasululullah dulu ada ka pilihanraya masjid seperti ini ?
Isu ini juga turut diselar oleh Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh , Sdr Zaidi Mohd Said yang menyifatkan sebagai agenda tersembunyi DAP yang mahu lihat sesama Melayu bergaduh kerana nak berebut masjid .
" Selepas kita berkelahi dalam parti , bergaduh dalam NGO , kemuncaknya DAP mahu lihat kita ( Melayu) bertumbuk dalam masjid . Apa yang berlaku di negara-negara Arab akan berlaku pada kita hasil kelicikan DAP dan kebodohan PAS dan Melayu PKR " katanya menerusi sms yang dikirimkan .
PB berharap kepada mana-mana pihak seperti NGO Melayu dan Islam yang merasakan bimbang akan pepecahan umat Islam menjadi lebih teruk angkara institusi masjid diresapi politik kepartian melalui pilihanraya masjid ini , mohon segera melakukan bantahan atau memorandum kepada MAIPP serta YDP Agong yang menjadi Ketua Agama Islam di P.Pinang .
Semua orang tahu ini adalah bukan keputusan yang dibuat MAIPP tetapi adalah arahan daripada kerajaan DAP sendiri .
Artikel PB seterusnya akan ulas pilihanraya masjid sebagai kajian DAP hadapi PRU 13 !
LINK
MENGAPA DAP TAK ADAKAN PILIHANRAYA TOKONG & KUIL ?
DAP adakan pilihan raya masjid

GEMPAR ! Memang sah IRI terbabit kursus PKR di Hotel Sunway
Bila Pemuda UMNO P.Pinang cabar PKR Pulau Pinang supaya jawab tentang kursus menghadapi pilihanraya yang dibuat oleh agen CIA iaitu IRI (International Republican Institute) kepada pemimpin PKR di Hotel Sunway , Sbrg Jaya , nampaknya mereka tidak berani jawab. Klik di sini dan sini
Blogger Pisau.net hari ini mendedahkan bukti pembabitan IRI ini dalam kursus pilihanraya untuk PKR . Jadi , untuk Syed Mikael AMK PP , memang betul la kursus hang pa ini diberikan oleh 2 orang Yahudi untuk ajar macamana nak jatuhkan kerajaan BN . ....haha
Surat bertarikh 18 Jun 2007 yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim menggunakan platform ibu pejabat Anwar di AS iaitu syarikat AIA di 585 Grove Street, Suite 135, Herndon, Virginia, 20170. Klik sini, sini sini, sini, dan sini

Beza UMNO & PAS dalam prinsip perjuangan parti ...
a) Mengapa PAS sudah gadai prinsip pejuangan menegakkan negara Islam ? Kalau tiada dalam Al Quran seperti Hadi cakap , mengapa PAS selalu cakap di ceramah2 mereka tentang pejuangan negara Islam ...
Mereka sudah tentu tak boleh jawab punya ...hahaha...

Ada budak pencacai PAS ugut supaya delete video Ostat Bob Lokman di You Tube ...

Hadi Awang di Muktamar ibarat kencing tak lawas
Ucapan dasar Presiden PAS Hj Hadi ibarat kencing tak lawas,beliau menyalahkan apa saja yang lalu didepan matanya.Kecamannya kononnya zalim dan mendakwa Umno menjadi punca segala masaalah jelas mengambarkan beliau cuba menyakinkan tuan besarnya bahawasanya PAS wala' kepada perjuangan DAP.
Rakyat bukan tidak tahu,kenyataan zalim itu sebenarnya kerajaan menghalang mereka menghalalkan cara mereka untuk mencapai matlamat.Kita bukanya bodoh sangat untuk faham dengan ucapan sebegini.Makanya Presiden 3 kupang suku sen ini pukul rata supaya nampak bergaya dan garang didepan gerembolan perwakilan dan pemerhati dari parti seangkatan.
Ulama yang dikatanya menyebelahi Umno dipersalahkan kononnya tidak faham Islam dan cetek pengetahuan didalam politik.Ini kerana ulama yang diluar sana tidak mempolitikkan agama tidak menggangap parti politik itu satu tariq atau gerakan agama.
Jelas berlawanan dengan fahaman PAS yang sudah jauh menyimpang menggangap parti politik mereka menjadi sebahagian agama.Hinggakan ada golongan didalam PAS menggangap pertembungan 2 parti politik melayu adalah satu pertembungan akidah.
Hadi turut mendabik dada dengan angkuh kononnya PAS menjalankan tanggungjawab untuk membersihkan politik jijik,fitnah dan perkauman sempit parti lawan.Sedangkan kita semua sedia maklum sejak dari dulu lagi bagaiman disetiap ceramah PAS dipenuhi caci nista,fitnah malah golongan ini juga yang mula mula mengelar Al-juburi menyerang peribadi pemimpin.Kita juga tidak lupa bagaimana kempen mereka menyerang DS Najib dengan tuduhan tanpa bukti yang akhirnya terjawab kesemuanya adalah fitnah. Kenyataan ini jelas ibarat meludah kelangit.
Kita tidak lupa juga dengan sikap ganas dan zalim ahli ahli PAS yang kurang ajar mencederakan orang ramai pada setiap kempen pilihanraya.mereka juga yang menyerang penyokong parti lawan hingga berlaku kerosakan harta benda. Malah mereka sanggup untuk membunuh atas nama jihad fisabillilah sepertimana seruan itu berlaku ketika PRK Bagan Pinang.Kesemua ini ikrarnya diulangi sekali lagi oleh Hj Hadi apabila menyeru PAS mesti mengambil peranan dan amalan politik “Matlamat Menghalalkan Cara” .Ya mereka semahunya bebas melakukan apa saja asalkan matlamat mereka tercapai.
Pisau sifatkan ucapan Hj Hadi seperti mahu memuaskan kehendak DAP,ungkapan PAS sebagai kuda tunggangan DAP ternyata benar benar berlaku apabila beliau mempertahankan kerjasama tersebut.Hingga menyifatkan ia adalah sebahgian fekah politik Islam.
Adakah mengadai prinsip dan maruah agama menjadi sebahagian fekah Islam? Adakah tindakan PAS menghalalkan segala tindakan DAP sebahagian daripada fekah Islam.Islam yang dibawa oleh rasullullah jauh berbeza dengan Isle PAS,fekah dan akidahnya jelas berbeza.
Ikrar Hj Hadi ini sekadar mahu menyelamatkan perkahwinan PAS bersama DAP malah mahu menyelamatkan anak anak hibrid DAP didalam kandungan hasil persenyawaan antara benih PAS dan DAP.
Sebenarnya ucapan Hj Hadi lebih menonjolkan kelemahan diri sendiri.Berdegar degar diatas pentas tetapi menikus didepan Lim Kit Siang,Karpal dan Lim Guan Eng.
sumber: pisau.net

(Video Inside) Kerajaan DAP P.Pinang tidak pedulikan rakyat marhaen mahu miliki rumah kos rendah
Isu ketiadaan rumah kos rendah di Pulau Pinang dibina sejak 3 tahun kerajaan DAP menjadi satu isu besar di negeri ini . Hal ini kerana di kawasan pulau terutamanya ,rakyat terus dihimpit dengan pembangunan rumah mewah ratusan ribu yang tidak mampu dimiliki golongan berpendapatan rendah tetapi dibenarkan dibangunkan oleh kerajaan DAP .
Kerajaan DAP akui di sidang DUN bahawa tiada langsung dibina rumah kos rendah sejak 3 tahun memerintah negeri ini . Ia berbeza sekali dengan zaman kerajaan BN dulu memerintah yang telah membina rumah kos rendah sejak tahun 1976 di Air Itam . Ini semua untuk membantu golongan berpendapata rendah dari semua kaum untuk memiliki rumah kediaman dengan harga berpatutan .
Tetapi di bawah kerajaan populis DAP yang hanya bangga dengan wang RM 100 ini jelas tidak pedulikan nasib rakyat yang mahu memiliki rumah sendiri di negeri kelahiran mereka .

PAS tersungkur di pintu syurga
Dengan kemaraan geng Erdogan ,ejen DAP dan anwarinas dalam PAS,telah membuka satu lembaran baru dalam sejarah perjuangan sebuah parti antara yang tertua selepas UMNO ditubuhkan pada tahun 1946.PAS yang dahulunya dengan terkenal dengan Negara Islam, Hudud dan pelbagai unsur keislaman yang cuba diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat.Tapi lihat selepas muktamar PAS , apa dah jadi???
Kini PAS sedar agenda mereka tidak sampai kepada rakyat dan tidak diterima pakai khususnya oleh golongan bukan islam . Golongan bukan islam tidak faham konsep yang cuba dibawa oleh PAS satu ketika dahulu yg begitu hebat dengan pendirian mereka terhadap islam.
Tapi kini, PAS sudah berubah corak dengan cuba menarik sokongan melayu dan bukan islam melalui apa yang diucapkan oleh Hj Hadi pada muktamar baru-baru ini .
![]() |
| Islam bukan perjuangan kita lagi, Kebajikan perjuangan kita |
“Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.
Tema Negara Kebajikan pula yang dicetuskan oleh Hj Hadi, mana perginya "Daulah Islamiyyah" yang dulunya kuat dilaungkan oleh Pemimpin PAS???? Takkan sampai disini sahaja perjuangan islam PAS, negara kebajikan yang macam mana PAS cuba nak ketengahkan. Kerajaan sekarang bukan negara kebajikan ka??
Saya ingin memetik kata-kata Mufi Perlis, Datuk Juanda Jaya yang menganggap muktamar PAS kali ini secara rasminya memperlihatkan retorik negara islam yang diperjuangkan parti itu selama 30 tahun lalu ditinggalkan sahaja.
PAS kini yang diterajui oleh Barisan Kepimpinan Tertinggi yg baru dijangka bakal menerima tempias menjelang PRU-13 ini . Akar umbi PAS sudah banyak bercakap dan kedengaran ketidakpuasan hati mengenai kemenangan Mat Sabu dan konco-konconya yang menewaskan golongan Ulama dalam pemilihan kali ini. Sokongan Melayu dijangka akan meleset buat PAS dan pengundi atas pagar banyak akan memilih BN sebagai platform menyuarakan suara mereka. Mereka merasa perjuangan PAS sama seperti perjuangan PKR hanya untuk menaikkan Anwar Pandikutty sebagai PM selepas melihat barisan kepimpinan PAS baru yang banyak dimenangi oleh peyokong kuat anwar dan DAP
PAS ibarat sudah tersungkur dipintu syurga yang mereka janjikan buat ahli-ahli dan penyokong mereka dengan keputusan yang mengecewakan akar umbi PAS sendiri dan amnya pengundi diluar sana .
sumber : Keris Pusaka

Ahli PAS akar umbi tak puas hati kemenangan Erdogan kuasai parti
Tidak sampai 24 jam selepas barisan baru kepemimpin PAS yang memenangi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dibentuk - sudah mula kedengan suara-suara sumbang yang gelisah dan sukar menerima keputusan daripada para perwakilan tersebut.
Kegelisahan ini ada rasionalnya - hakikat yang sebenarnya ialah Mat Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS adalah berpunca daripada perpecahan golongan ulama dalam parti tersebut. Sekiranya salah seorang daripada calon ulama untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, sama ada Nasharudin mahu pun Tuan Ibrahim menarik diri, InsyaAllah kepimpinan ulama masih boleh dipertahankan.
Realitinya, perwakilan masih menginginkan kepimpinan ulama. Seandainya jumlah undi yang diterima oleh Nasharudin dan Tuan Ibrahim dicampur, maka aspirasi perwakilan PAS masih mahu mengekalkan ulama bagi mengisi jawatan nombor dua tersebut. Tetapi - malangnya, keinginan untuk mengejar kuasa dan pengaruh mula menyelubungi kepimpinan ulama sejak beberapa tahun yang lalu, sehingga jawatan tidak lagi dilihat sebagai beban yang akan digalas di akhirat nanti, sebaliknya jawatan dalam parti sudah mula digambarkan sebagai satu bentuk keistimewaan dan jalan pintas untuk menjadi calon pilihan raya yang akan datang!
Rata-rata ahli PAS akhir umbi sudah mula menunjukkan rasa tidak puas hati atas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS - menurut mereka, jumlah undi yang diterima oleh Mat Sabu membuktikan bahawa majoriti perwakilan masih menolak beliau. Dengan kata mudah - Mat Sabu sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh daripada perwakilan PAS, sekali gus menyukarkan beliau untuk melakukan gerak kerja parti. KLIK DI SINI SELANJUTNYA

PAS sudah jadi parti sekular , kepimpinan ulamak ditolak !
Selepas melihat keputusan pemilihan PAS ini, apa yang PB boleh katakan parti yang dikatakan dikatakan pejuangkan Islam sejak dahulu kini sudah masuk muzium sejarah . Ditambah lagi Hj Hadi sudah cakap tiada lagi pejuangan menegakkan negara Islam oleh PAS dan hanya ada negara kebajikan .
Pemilihan kali ini juga dapat memperlihatkan kumpulan Erdogan yang pro Anwar telah isytiharkan sepenuhnya menguasai PAS selepas jawatan tertinggi parti iaitu Timbalan Presiden dimenangi Mat Sabu dan 3 Naib Presiden dimenangi Husam , Salahudin Ayub dan Mahfuz Omar . Cuma Hj Hadi seorang lagi la pro Ulama yang nasibnya baik menang tanpa bertanding .
Pemilihan ini juga merupakan sejarah di mana golongan Ulama yang telah kuasai PAS sejak era penubuhan parti itu lagi tewas teruk kepada golongan profesional iaitu Erdogan . Ini bermakna perwakilan PAS telah melakukan sejarah apabila menolak terus kepimpinan ulama dalam PAS .
Walaupun pelbagai gesaan oleh Ketua Dewan Ulama , Datuk Harun Taib dan Ustaz Haron Din semasa Muktamar mahu kepimpinan ulama dikekalkan tetapi nampaknya ditolak serta merta perwakilan . PB yakin pengaruh ulama dalam PAS seperti Dewan Ulama dan Majlis Syura akan terhakis bila menangnya Mat Sabu yang pro DAP serta 3 Trio Naib Presiden yang pro Erdogan .
Nampaknya PAS kini sudah jadi cacar marba bila mana ramai kumpulan telah wujud selepas pemilihan ini . Hadi Awang selaku Presiden memang golongan ulama ,manakala Mat Sabu pulak pro DAP dan 3 Trio Naib Presiden ini pulak pro Erdogan yang juga penyokong kuat Anwar .
Jadi , hari ini sudah muktamad bahawa PAS sudah tidak jadi parti Islam dan bertukar kepada SEKULAR dan LIBERAL !
SENARAI PENUH KEPIMPINAN BARU PAS ...
Biru : Erdogan Pro Anwar
Hijau : Pro Ulamak
Merah : Pro DAP
Presiden : TG Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden :
Mohamad Sabu (420 undi)
Tuan Ibrahim Tuan Man (399)
Nasharudin Mat Isa 224
Naib Presiden :
Salahudin Ayub (753)
Husam Musa (660)
Mahfuz Omar (616)
Idris Ahmad (491)
Nik Amar Nik Abdullah(321)
Nizar Jamaludin (217)
AJK PAS Pusat Sesi 2011-2013 :
Mazlan Aliman (804)
Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
Datuk Kamarudin Jaafar (739)
Hanipa Maidin (735)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
Dr Zulkefly Ahmad (702)
Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
Khalid Samad (643)
Abdul Ghani shamsuddin (579)
Amiruddin Hamzah (576)
Abdul Wahid Endut (556)
Abu Bakar Chik (527)
Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
Dr Siti Mariah Mahmud (445)
Datuk Mahfodz Mohamed (449)
Datuk Hassan Ali (437)
Abdul Ghani Abd Rahman (430)
Nuridah Salleh (416)

Anwar sebenarnya bapa pengasas IPP semasa jadi Menteri Kewangan
Bila timbul isu harga minyak nak naik dan kerajaan nak mengurangkan subsidi , Anwar Ibrahim dan konco-konco mula menuduh kerajaan zalim dan tidak adil kerana masih lagi memberi subsidi gas dan minyak kepada IPP .
IPP ini diluluskan oleh siapa ketika menjadi Menteri Kewangan ?? Bukan Pak Lah Badawi atau Najib Razak tetapi ialah Anwar Ibrahim sendiri . Bila harga minyak semakin melambung tinggi bukan seperti zaman Anwar menjadi Menteri Kewangan , pentadbiran Najib telah umumkan akan mengkaji semula pemberian subsidi kepada IPP ini .
sumber : angin perubahan
Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang menyalahkan kerajaan bila bercakap tentang isu subsidi kepada IPP (Independent Power Producers). Mengikut senarai IPP dalam Suruhanjaya Tenaga, terdapat 14 IPP yang diluluskan ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Apakah Anwar Ibrahim kini sedang menghentam tindakan tindakan silap yang dilakukannya dulu dalam kerajaan? Anwar menjadi Menteri Kewangan pada 1991 dan menjadi TPM pada tahun 1993. Projek IPP yang pertama adalah pada 7 April 1993.

Benarkah Guan Eng ini betul bodoh ?
Mahu tau pasepa depa kata Guan Eng ini bodoh , layan video ceramah Pentas Pemuda UMNO di Bkt Mertajam .

Friendly : Malaysia seri 1 - 1 dengan Hong Kong
Pasukan Harimau Malaya hanya sekadar mencatat keputusan seri 1 -1 dengan Hong Kong dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Mong Kok Stadium . Gol pasukan negara dijaringkan oleh pemain gantian Abd Hadi Yahya selepas menerima hantaran cantik dari Mohd Asrarudin Putra dari sebelah kiri .

Pulau Pinang kini sudah ada Istana Maksiat ....
Pulau Pinang bukan sahaja negeri No 1 catat pelaburan tertinggi FDI , tetapi juga No 1 dalam serbuan penangkapan GRO dan pelacuran oleh pihak polis . Terbaru serbuan polis di sebuah Kelab ala istana pulak di Pulau Tikus dan 30 orang GRO berjaya diberkas .
Yang banyak kena cekup adalah ayam-ayam segar dari China dan kita tidak tahu berapa banyak lagi yang masih berada di negeri yang terkenal Amar Ma'aruf Nahi Mungkar ini .
Mungkin ini lah hasil daripada lawatan kerja pemimpin kerajaan negeri yang kerap di China dan promosi pelancongan memang dibuat tetapi yang nampaknya ramai ke sini adalah Doll untuk diratah lelaki bertuhankan nafsu .
Memang tepat la slogan ...
30 GRO Diberkas Di Kelab 'Ala Istana' Di P.Pinang
GEORGE TOWN, 2 Jun - Polis menyerbu sebuah kelab "ala istana" di Pulau Tikus di sini Rabu malam dan menahan 30 wanita asing yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) menyediakan khidmat seks.
Ketua Unit Maksiat D7 Bukit Aman, ASP Shahrulizam Jaafar, berkata pusat hiburan itu, yang sering diserbu polis tahun lepas, menggunakan taktik baru menjadi sebuah kelab eksklusif dengan memberi layanan seperti "maharaja" kepada pelanggannya.
Beliau memberitahu pemberita di sini Khamis bahawa wanita yang diberkas dalam serbuan pada 8 malam tadi itu terdiri 29 warga China dan seorang rakyat Vietnam berusia antara 20 dan 30 tahun.
Shahrulizam berkata siasatan awal mendapati kesemua wanita terbabit menyalahguna pas lawatan serta tidak mempunyai permit.
"Ketika serbuan, tiga daripada mereka cuba memasuki sebuah kedai pakaian untuk menutup pakaian seksi mereka," katanya.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen kerana menyalahguna pas lawatan, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya. - BERNAMA

Kalau Nurul Izzah kaki penipu , inikan pulak Setpol dia ...
PKR ini kalau bab kerja nak bohong dan menipu memang semulajadi dah . Dari Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga la Setiausaha Politik Anak dia pun keja nak menipu juga. Tapi yang best kena satu denda baik punya ekoran tak ada duit nak bayar .
Fahmi Fadzil, Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Politik Nurul Izzah terpaksa mohon maaf melalui Twitter kerana membuat kenyataan berunsur fitnah melalui Twitter kepada sebuah syarikat penerbitan majalah .
Beliau terpaksa memohon maaf sebanyak 100 kali dan setiap permohonan maaf tersebut perlu dikeluarkan dalam Twitter setiap setengah jam dalam masa 3 hari . Jika tidak, tindakan Mahkamah akan diambil. KLIK DI SINI
Mereka ingat ada twitter dan pengikut yang ramai boleh suka hati tweet dan fitnah orang . Dia ingat dengan jawatan besar Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan dan Setpol Nurul Izzah , tak ada orang berani gertak dia kot . hahah ..boleh blah la samdol !!
Kesimpulannya , juak-juak PKR ini semua tak boleh percaya baik di twitter , facebook dan blog ...Tak ada kerja lain keja nak menipu dan fitnah !
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Memang Melayu hilang di S’gor Times1 day ago
-
-
-
-
-
-
Sebuah Dokumentari Hebat!!4 days ago
-
-
-
Kepincangan Pakatan4 weeks ago
-
-
-
-
-
Salam Maal Hijrah 1433H2 months ago
-
-
Pejuang Maya
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Syurga Dadah Di Selangor???1 hour ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tiada Logo 1Malaysia, Tiada Subsidi?9 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
IMF on Malaysia1 day ago
-
-
-
-
-
-
-
PAS Kedah bunuh parasit3 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Azwan Ali - Ummi Hafilda Ali sudah berdamai3 weeks ago
-
-
-
-
RM19K sebulan.....2 months ago
-
-
-
-
-
-
Pejuang yang salah dan kalah4 months ago
-
-
-
KEMBALI : REVO MOHON MAAF PADA SEMUA !!7 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog Pilihan GPB
-
-
The Jerusalem Post celebrates Anwar’s Support for Israel56 minutes ago
-
-
TIME-4-ABAI1 day ago
-
BAJET PERTAHANAN 20121 day ago
-
-
-
-
Politik warna angpau yang menjijikkan3 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BRC Conference 2012 Brunei2 months ago
-
-
-
-
-
-
IDEOLOGY1 year ago
-
Alter Terahsia Bangsa Melayu
- Alter Terahsia Bangsa Melau XIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu III
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IV
- Alter Terahsia Bangsa Melayu IX
- Alter Terahsia Bangsa Melayu V
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu VIII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu X
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XI
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XII
- Alter Terahsia Bangsa Melayu XX
- Dilema Melayu dan Siam
- Misteri Antara bangsa & Bahasa
- Piramid berasal dari Nusantara
- Sejata-senjata kerajaan Melayu disembunyikan
- Teknologi Kapal Melayu merempuh badai
Laman Ilmu
- Dilema Dunia Islam
- Arkib perbicaraan Anwar Ibrahim
- Aqidatul Tanzilah
- Bacaan Ayat Al Quran
- Jabatan Wakaf,zakat dan haji JPM
- Khairaummah
- Blog Layar Bahtera
- English Club.com
- Pernah terfikir untuk berubah?
- Rahsia lelaki Melayu
- Loco driver
- Goenawan Mohamad
- wikipedia melayu
- Dunia Penyair Melayu
- Puisi Melayu
- Melayu World



































