Archive for 07/11/10

default

Bantahan Suara Keadilan digantung !!

on Sunday, July 11, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Suara Keadilan sewajarnya tak layak digantung penerbitannya oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagi saya, akhbar yang sering memuatkan cerita-cerita fantasi dongeng pembangkang dan juga menjadi lidah pembohongan pemimpin-pemimpin PKR ini sepatutnya diharamkan terus daripada bumi Malaysia.

Sejak dari awal penerbitan Suara Keadilan, akhbar ini dilihat selalu sangat mengeluarkan berita-berita yang dimanipulasi sepenuhnya bagi memburuk-burukkan imej kerajaan di mata rakyat. Banyak juga berita yang berbaur fitnah dimuatkan semata-mata hanya mahu mencari publisiti murahan.


Editor Suara Keadilan langsung tak memikirkan tentang implikasi yang bakal timbul diatas segala penerbitan yang dimuatkan kedalam akhbar mereka akibat terlalu mengejar publisiti dan juga mengampu setiap pemimpin-pemimpin PKR.

Saya berpendapat bahawa, keputusan pihak KDN menggantung akhbar itu amat bertepatan malah ianya sepatutnya dilakukan lama dahulu lagi. Ini kerana akhbar tersebut bukan lagi bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada ahli-ahlinya tetapi ianya lebih kepada propaganda menyebarkan dakyah keterlaluan kepada masyarakat.

Saya yakin, tindakan KDN ini pastinya akan mengundang kecaman dan juga kritikan dari pihak pembangkang namun pihak KDN perlu bertegas didalam mempertahankan imej kerajaan dan juga demi menjaga kredibiliti dunia penyebaran maklumat dan media cetak.

Lihat sahaja kenyataan sampah yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan ini tentang isu FELDA yang difitnah telahpun bangrap hingga menimbulkan kemarahan keseluruhan masyarakat FELDA itu sendiri. Apakah tujuan mereka mempolitikkan ketenteraman orang lain hanya demi memenuhi nafsu serakah mereka?

Ini bukanlah kebebasan media namun itulah yang yang dilaung-laungkan oleh Anwar Ibrahim. Tetapi hakikatnya cerita-cerita murahan seperti yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan ini hanya akan membawa kekalutan dan kekacauan lagi di dalam negara. Apakah media akan benar-benar bebas jika cerita-cerita fitnah tanpa usul periksa seperti isu FELDA ini dimainkan tanpa sebarang rasa tanggungjawab?

Sebab itulah tindakan sekadar hanya menggantung Suara keadilan tidak mencukupi. Selain daripada tindakan menyaman akhbar parti pembangkang tersebut, mereka sepatutnya diharamkan terus daripada mengeluarkan sebarang bahan percetakkan yang hanya memuatkan berita fitnah.

Jika KDN bertegas didalam hal ini, saya rasa ianya akan dapat memberikan pengajaran kepada pengamal media lainnya agar berhati-hati dan lebih teliti didalam menerbitkan sebarang berita seiring dengan kebebasan bersuara yang telah diberikan oleh pihak kerajaan.

Biarlah kerajaan dikatakan berat sebelah ataupun dituduh "takut" dengan suara pembangkang kononnya, tetapi tindakan tegas amat perlu dilakukan oleh kerajaan bagi menjamin ketenteraman serta kemakmuran seluruh masyarakat daripada media-media fitnah pembangkang biarpun terpaksa menghadapi maki hamun dari pemimpin-pemimpin hipokrit mereka.

sumber : che wan mykmu

default

Pendedahan blog AS , Anwar alat CIA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


"sepandai2 tupai melompat , akhirnya jatuh ke tanah juga ". Orang US sendiri sudah tahu siapa Anwar Pengkhianat yang terang2 menjadi alat dan pekakas Yahudi dan terbaru pulak CIA . Cuma puak2 taksub PAS dan PKR sahaja dok percaya lagi kepada tokoh agung kebanggana Yahudi ini .

Ini bukan cerita dalam filem tetapi kebenaran yang dibongkar oleh blogger terkenal di US ,Elain e Maine Sukpis . Kalau dalam filem pelakon2 seperti Tom Cruise hanya seorang agen , tetapi Anwar pangkat lagi hebat menjadi alat / pekakas kepada CIA . Ini bermakna duit dan apa segala permintaan Anwar akan dipenuhi bagi bagi menjayakan nafsu serakah dalam dirinya untuk menjadi Perdana Menteri .

PAS yang sekarang dok buat pemukiman di PD, jangan hanya ingat hendak tawan Putrajaya . ini Anwar yang baru saja mohon maaf kepada Yahudi telah dituduh pulak oleh orang US sendiri sebagai alat kepada CIA !!! CIA bukan CEO , mereka adalah agent perisik terkenal US yang cukup merbahaya .


Artikel PB sebelum ini Anwar adalah tool kepada CIA yang ditulis oleh Kumbang akhirnya telah disambut oleh media arus perdana Mingguan Malaysia hari ini . klik di sini



Pantun baik punya untuk puak2 penjilat Anwar nurkilan PB ...

Sungguh indah Amerika Syarikat
Pergi di sana jangan lupa diri
Kalau hidup mahu selamat
Jangan jadi Barua YAHUDI ..

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.