PAS & Nik Aziz sibuk berpolitik , rakyat Kelantan hidup merana

on Tuesday, July 6, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Ini dasar membangun bersama Islam yang
dikatakan berjaya selama 20 tahun pemerintahan
Nik Aziz dan PAS



Tatkala Nik Aziz mengumumkan mahu mewujudkan Timbalan Exco untuk Adun2 PAS yang bertujuan mengkayakan perut puak2 depa , masih lagi ada rakyat Kelantan yang miskin dan tinggal di kolong bawah rumah, bekas reban ayam. Penderitaan keluarga malang yang tinggal di Kampung Pauh Dalam, Pengkalan Chepa, Kelantan boleh di baca di Utusan Malaysia.


Menteri Besar Kelantan Nik Aziz masih sibuk berpolitik siang dan malam . Beliau tidak habis-habis bertekak dengan Karpal Singh mengenai penubuhan negara Islam sedangkan beliau tahu beliau tidak ada daya dan usaha untuk melawan cakap Godfather DAP yang OKU itu .


Di mana wakil rakyat di Pengkalan Chepa ini ?? Mana ADUN dan di mana Ahli Parlimen kawasan berkenaan? Adakah pemimpin2 PAS ini dok sibuk memenuhkan kantung poket , tukar kereta baru , tambah bini baru dan dok ceramah fitnah kepada UMNO tiap2 malam sehinggakan penderitaan Rakyat tidak diambil peduli?

Daripada maklumat PB dapat , Parlimen P 020 Pengkalan Chepa dimenangi oleh PAS iaitu Dato" Haji Abdul Halim Abdul Rahman. Parlimen Pengkalan Chepa ini merupakan kubu kuat PAS mereka telah menguasai sejak PRU 1999 lagi .

ini Ahli Parlimen PAS Pengkalan Chepa
yang tidak buat kerja di kawasannya
hingga rakyatnya menderita
tinggal di dalam reban ayam


Manakala Adun di dalam kawasan ini pulak adalah Nik Aziz sendiri ( Chempaka ) , Hj Mohd Amar ( Panchor ) dan Hjh Wan Ubaidah ( Kijang ) .Puak2 hanya akan dilihat kelihatan 4 tahun sekali di waktu merayu undi di dalam PRU dengan membawa janji palsu termasuk syurga kepada supaya mengundi mereka . Kalau mereka betul2 menjaga kebajikan rakyat , sudah tentu keluarga tidak lagi tinggal di dalan kolong bawah rumah seumpama reban ayam ini .

Sekiranya PAS sanggup mengeluarkan RM4 juta untuk kelengkapan bloggers PAS menghentam Kerajaan BN seperti didedahkan Kickdefella , tidak bolehkah bagi sedikit peruntukan itu digunakan untuk membina rumah keluarga malang berkenaan. PB lihat banyak rumah2 besar di sepanjang jalan di Kelantan tetapi disebalik yang besar2 itu masih ada rakyat mereka yang miskin hidup merempat di dalam reban ayam .

Itu pun puak2 ini dok kalut lagi nak bolot Royalti minyak untuk perut mereka sedangkan kerajaan pusat janjikan peruntukan dalam bentuk wang ihsan ini akan disalurkan terus untuk pembangunan rakyat Kelantan . Kalau tidak kerana turun padang Menteri KPWM dan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa , tentu tiada sapa tahu masih ada lagi rakyat di negeri Serambi Mekah ini masih lagi hidup miskin dan memilukan . Salah siapa ??

Fikir-fikirkanlah ...................


2 Responses

  1. Cencaluk says:

    Kehidupan ini dipilih sendiri oleh rakyat kelantan kerana lebih percaya kepada PAS dan janji syurga PAS.

    Jika benar KELANTAN adalah serambi mekkah kenapa arak dan judi serta maksiat berleluasa di sana. Peningkatan AIDS juga adalah yang tertinggi dikelantan berbanding negeri lain selain daripada itu rakyat kelantan kebanyakkan hidup dengan wang seludup yang mana ianya adalah wang haram kenapa ini dibiarkan oleh NIK AZIZ walaupun beliau tahu akan hukum hakam dan merelakan rakyat hidup dengan wang haram.

  2. Anonymous says:

    bukan orang pas saja yang tak buat kerja
    orang UMNO pun sama yang mengisi perut mereka
    begitulah budaya orang kelantan yang tak ambil peduli nasib kaum mereka sendiri. mereka akan buat kerja kalau ada imbuhan. harap menteri dapat selalu turun padang di Kelantan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.