Khairy Jamaluddin sedia lepaskan jawatan KP pada pemilihan akan datang

on Wednesday, July 14, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Khairy Jamalauddin berkata beliau sedang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan parti yang akan datang.

Bercakap dalam interbiu dengan Agendadaily di ruang rehat di bangunan Parlimen Selasa, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, keputusannya untuk melepaskan jawatan itu semata-mata kerana mahu memberi laluan kepada bakat baru.

Khairy berkata demikian apabila ditanya sama ada benar atau tidak beliau ada membuat kenyataan mengenai hal itu ketika merasmikan satu mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian di Pahang baru-baru ini.

“Ya, memang saya ada berkata begitu. Walaupun belum muktamad lagi, tetapi saya memang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda,” katanya.

Khairy menafikan langkah yang dilihat untuk ‘ tarik hand brake’ dalam karier politiknya itu kerana merajuk.

“Oh tidak. Kalau saya merajuk, saya terus berhenti dari politik. Tetapi saya tidak ada niat nak berhenti politik,” katanya.

Khairy ganti Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah memenangi jawatan itu dalam peertandingan tiga penjuru dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khir Toyo dalam pemilihan parti yang lalu.

Jawatan nombor dua yakni Naib Ketua Pemuda sekarang disandang oleh Datuk Razali Ibrahim,yang juga Ahli Parlimen Muar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Apabila ditanya tidakkah tempoh beliau memegang jawatan nombor satu dalam Pergerakan Pemuda UMNO itu telalu singkat, Khairy berkata soal sama ada tempoh itu pendek atau sebaliknya adalah relative.

“Saya sudah memegang jawatan Exco Pemuda selama sepenggal, begitu juga sebagai Naib dan Ketua Pemuda. Kiranya dah tiga penggal saya berada dalam kepimpinan tertinggi Pemuda Umno. Dalam politik ini dah kira lama jugalah,” katanya.

“Mungkin ada orang yang cakap dia( ada pihak) tak berapa suka saya jadi Ketua Pemuda UMNO.

Mungkin dalam masa setahun dua ini saya boleh mencari muka baru. Tetapi saya tidak mahu tinggalkan Pemuda kepada orang yagn sama taraf dengan saya. Falsafah saya, kalau kita nak tinggalkan, biarlah kita tinggalkan kepada orang yang lebih baik dari kita.

“Sekarang saya dalam proses mencari dan memerhati. Itulah sebabnya saya memberi banyak ruang kepada Exco kerana saya mahu melihat sama ada mereka dapat memikul tanggungjawab itu atau tidak. Kalau saya sendiri nilai, agak sukar, tetapi sekiranya mereka menonjolkan diri, saya boleh mendapat maklum balas dari rakyat.

“Saya bajet dalam dua tahun ( untuk menilai) . Saya nak selesaikan beberapa perkara, antaranya meletakkan Pemuda di peringkat centrist (kelompok tengah), membantu konsep 1Malaysia diterima semua rakyat, menamatkan program Jelajah 1Malaysia dan menyusun barisan pengganti. Kalau saya dapat selesaikan keempat-empat misi ini, Alhamdulillah,” katanya.

sumber : agenda daily


2 Responses

  1. Anonymous says:

    yea ke KJ, ada berani ke

  2. Anonymous says:

    Alhamdullilah... elok la tu.. dari menyusahkan org lain baik la die letak jawatan.. lagi awal lagi bagus...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.