Dalam 2 hari selepas kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO , saya round blog2 dari pembangkang dan juga blog2 penyokong Tun yang menjadikan KJ sebagai musuh No 1 mereka.
http://parpukari.blogspot.com blog ini memang penyokong kuat Tun dan dia mengulas mengenai KJ di BOO dan sebilangan perwakilan Pemuda dan UMNO bagi menggambarkan kemenangan KJ tidak diterima oleh UMNO . Saya masih tidak faham mengapa semua perwakilan tidak dapat menerima kemenangan calon yang menang sedangkan perwakilan sendiri yang memilih calon itu .
Keputusan pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri sebenarnya memeranjatkan orang-orang Mahathir didalam Umno. Khairy Jamaluddin menang Ketua Pemuda manakala Shahrizat Jalil (Penasihat Pak Lah ) merupakan Ketua Wanita Umno yang baru. Rosnah Abdul Rashid pula menewaskan lima lagi pencabarnya untuk diangkat menjadi Ketua Puteri yang baru.
Blog terkenal tetapi bila muncul di TV tidak sehebat mana pun Bigdogdot.com menyalahkan 304 undi perwakilan Pemuda Umno yang memilih KJ jika Umno dikuburkan pada PRU 13 dan tidak faham mengapa Wanita Umno memilih seorang ketua yang kalah dalam pilihanraya. Begitu marah betul blogger ini dan ini menunjukkan beliau cukup emosi menulis dan hantam terus perwakilan Pemuda yang mengundi KJ. Perwakilan yang menang antara 20 Exco Pemuda itu pun bukan semua penyokong KJ tetapi ada juga orang muhkriz dan khir juga .Memetik kata-kata Khairy
‘‘Yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua. Saya dapat 304 undi daripada 793 perwakilan yang ini bukan satu majoriti. Ini hanya majoriti calon tiga penjuru.
Kita tahu kemenangan KJ kebanyakannya tidak dapat diterima oleh para penyokong Mukhriz. Mereka mempertikaikan tentang Khairy yang dikenakan amaran setelah bersalah terlibat dengan politik wang. Penyokong Mukhriz mencerca dan melaung KJ rasuah di luar dewan seperti orang gila dan tidak boleh menerima kekalahan .
KJ hanya mendapat 304 undi ini bermakna 486 tidak menyokong beliau. Menurut maklumat dari blog mso
"Ada sedikit analisa mengenai pertandingan pemuda semalam. Mulanya Khir Toyo berada dalam keadaan selesa. Khir telah meraih sokongan lebih 350 undi. Mukhriz hanya kira-kira 135 perwakilan sahaja, manakala Khairy sekitar 300 undi. Undi Khairy ini adalah undi semula jadi. Sejak awal itulah jumlah undi Khairy... ia tidak bertambah dan tidak berkurang.
Perpindahan undi (undi pecah) yang disifat Khairy sebagai pemuda berani itu berlaku setelah pemuda arif menghayati ucapan dan mesej yang disampaikan oleh Najib Razak dan juga Hishamuddin Hussein. Faktor lain juga mungkin disebabkan Pemuda terikut dengan rentak cakap-cakap mengatakan regim Mahathir akan kembali menguasai Umno"
Apa yang penting ,kita rapatkan semula barisan Pemuda demi menguatkan semula parti UMNO .Jangan hanya pentingkan seorang pemimpin shj akibat beliau kalah dalam pemilihan .Sepatutnya kita mencontohi Ali Rustam yang tidak menentang parti tetapi lebih pentingkan parti daripada segala-galanya .
Video Penyokong KJ meraikan Kemenangan KJ
Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
March
(35)
- Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali
- Berilah saya peluang - KJ
- Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik...
- Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
- TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO
- Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UM...
- KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah
- Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan...
- Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah
- Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan
- Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
- Bungkusan Jampi di meja Pak Lah
- Konspirasi terbaru di dalam UMNO
- Pemuda untuk golongan muda
- Pemuda UMNO akan bangkit !!
- Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ
- Siapa bakal memimpin generasi baru ?? - KJ -
- S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian C...
- Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-...
- Kemunculan wira Melayu Perak YB Osman Jailu
- 8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak
- Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
- Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah
- Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan
- Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
- Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi...
- Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama...
- Cerita disebalik wartawan Perancis Dubus yang meny...
- Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
- Memorandum untuk Datuk Muhkriz
- Khairy jawab isu ECM-Libra
- Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
- Kebangkitan Pemuda UMNO vs Karpal Singh Is King
- Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Ment...
- Di larang menggunakan nama Allah -KDN
-
▼
March
(35)
SAYA SETUJU DENGAN PB,KEBANYAKAN BLOGGER MUKRIZ YANG TAK PUAS HATI..UCAP TANIAH TAPI MASIH KUTUK..SEPATUTNYA MEREKA HAYATI MOTOO MUKRIZ...HANYA SLOGAN DILAUNGKAN TAPI TIDAK MAHU MENGHAYATI NYA DENGAN TINDAKAN..SUDAH SUDAH LA...KITA ADA MISI YANG LEBIH BESAR LAGI DI TIGA PRK YANG SEPATUTNYA KITA TUMPUKAN
RENUNG RENUNG KAN LA
LU PIKIR LA SENDIRI
Datuk Mukhriz sendiri harus menenangkan penyokong2 nya. Dia tak boleh duk diam tengok je, lainla kalau Datuk Mukhriz memang mahukan perpecahan di dalam UMNO. Di harap Datuk Mukhriz segera mengambil tindakan. Tidakkah sekarang waktunya untuk menyatupadukan PEMUDA untuk berperang di 3 PRK yang akan tiba tak lama lagi???
inilah blogger yang paling rasional saya lihat dalam membincangkan soal kemenangan KJ khususnya dan PU amnya. jika diamati betul-betul pun yang nampak bekerja keras dan very energetic memang KJ. DM dilihat terlalu lembek dan banyak bergantung kepada ayahandanya(yang bukan pun ahli UMNO). KT sederhana and memang ditengah-tengah pun kedudukannya. Jika pun KJ kalah mungkin KT yang menang. Masa itu apa pulak orang kata (rasuah juga kan). Well, sememangnya karisma KJ sebagai ketua pemuda memang tinggi. lihat saja laungan beraninya di Perak menuntut Daulat Tuanku, berbahas dengan berani ditengah majoriti pembangkang, MY team untuk menarik minat remaja, dia tampak gagah dan berani itulah lambang pemuda. ahli umno memang mengharapkan keberaniannya. kesilapannya mungkin kerana dia menantu Pak Lah so what! dia rasuah (semua pun lebih kurang juga) jadi kenapa tak accept dia, bagi dia peluang... kalau dia gagal then tendang le dia...kuasa masih ditangan ahli UMNO. Yang penting sekarang, tolonglah atas nama akidah islam dan Melayu tanggungjawab kita lebih besar dari menentang hanya satu insan kerdil bernama KJ!saya bukan pengikut setianya.. tapi saya tau dia deserve to win..
Salam,
Ada pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Jadi selepas ini kenalah kembali rapatkan barisan.
Teruskan perjuangan menentang musuh sebenar kita di luar sana.
Kembali Bersatu.
Uji Minda anda : Dimanakah maksud ayat dibawah ni biasa disebut-sebut??
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
salam...
KJ memang patut menang...dia muda,jiwa muda,umur 33......
Umurnya mudah mendampingi kelompoknya....
Dia hanya menantu bukan hantu...
atau ulat bulu....taklah nampak menyendeng....kat bapak mentua..
Atau ada rekod longlai di negeri
sendiri...
Ketua Pemuda harus ada x-factor...
KJ lah orangnya.....
abang-abang..pakcik-pakcik..atuk-atuk sekian...apa yang rasional nya orang dah didapati bersalah masih dipilih sebagai pemimpin?tengokla hasil myteam,kemana perginya?masih terkial2 rentak bermain.Kalau korang rajin, tolong cari sapa founder syarikat ni,Precision Portal(PP).Bukan la x suka kat Keji Jembut ni,tapi memang benci la ada parasit camni..oit KJ,ko ada baca x komen aku ni?
Saya tidak menyokong mana-mana calon tetapi kenyataan 'anakganu' tadi yang mengaitkan kelemahn KJ dengan kekalahan 'Myteam' menyerlahkan kedangkalan 'Anakganu' dalam membuat analisis.
Pertandingan dalam UMNO adalah normal dan berlaku dalam mana-mana pertubuhan. Jangan sampai kita menganggap keputusan tersebut sebagai sebuah kiamat. Malah Pemuda hanyalah salah satu sayap dalam UMNO.
Salam perjuangan,
Adat bertanding, mesti ada yang tidak puas hati. Pemuda IKS selaku penyokong gerakan BERANI BERUBAH! menerima kekalahan Datuk Mukhriz dengan bermaruah.
Jangan kita bertindak menyalahkan orang lain sedangkan kekalahan itu berpunca dari diri kita sendiri. Kita perlu sedar bahawa jentera kita tidak cukup kuat untuk menang. Kita perlu belajar menerima kekalahan dan mengambil iktibar dari peristiwa ini.
"MEMPERKASA GENERASI BARU"
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
MUAHAHAHAHAHAAHA
BAGUS WAHAI SAUDARAKU, SANGAT BAGUS!
BAGI AKU KALAU ADA BENDA YANG TAK PUAS HATI CAKAP LAH DI HADAPAN, BUKAN MAIN BELAKANG!
HE HE HE
Salam Pejuang Bangsa,
Marilah kita semua berhenti dari terus memecahbelahkan parti UMNO yang telah siap berpecah belah. Rapatkan kembali silaturrahim antara kita. Perbuatan sebegini akan terus membuatkan UMNO lemah.
Yang menang, pimpinlah parti ke arah kegemilangan, yang kalah, teruskan sokongan dan hulurkan bantuan kepada yang menang. Adat pertandingan, mesti ada kalah dan menang. Terimalah keputusan ini. Kenapa kita pulak mesti jadi seperti NIZAR di Perak? NIZAR yang kita sama2 kutuk perbuatan melampau nya apabila beliau tak boleh menerima kekalahan di Perak.
TOLONG LAH WAHAI BANGSA KU!
Kj secara jelas menggunakan empat budak hitam di Putrajaya sebagai tangan ghaib utk memenangkan beliau, wajarlah dia di boo, di kg2semua orang tau KJ adalah penyumbang kepada kejatuhan UMNO, tapi mata duitan seperti budak2 karoke, budak2 suka massage bagi undi pada KJ sebab dapat modal buat maksiat masa PAU.
304 budak melayu Umno yang undi KJ bukan reti erti JATI DIRI melayu, mereka perlu di cari dan di sisihkan dari UMNO kerana mendahului wang dari perjuangan.
KJ akan menolak pemuda umno kebelakang, beliau adalah Anwar Ibrahim versi Umno yang satu hari akan cuba menjatuhkan Najib dengan mengambil alih tampuk TPU dari Muhyidin, sama seperti Anwar buat pada Tun Ghafar.
Beliau akhirnya pasti keluar UMNO dan jadi pengacau spt Anwar Berahim.
304 yang mengundi KJ ini adalah orang yang tidak bermoral dan berintergriti, hatta tidak mempuyai maruah diri kerana kesemuanya telah dijual beli oleh devil-devil perasuah.
Mahu tak mahu, KJ dan 304 orang yang mengundinya telah menjatuhkan maruah Pemuda Umno yang disegani kepada yang tercorot maruahnya..
KJ sepatutnya di TOLAK dan dibenamkan dari arus politik perdana.
304 yang mengundinya di saran masuk DAP kerana mempunyai ideologi yang sama dengan DAP kerana mengadaikan melayu kepada PERASUAH.
Selayaknya Perasuah Politik...kena BOO....
UMNO memerlukan manusia yang ikhlas berjuang untuk parti, agama dan negara.
Seluruh rakyat Malaysia percaya..KJ seorang perasuah politik.
Adakah wajar rasuah politik dijadikan santapan ahli-ahli UMNO?
Jika wajar... tunggulah kejatuhan UMNO di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
ADAM AMIN
Kg Jerlun, Kedah.
TAU TAKPE PAS BANGANG...
TETAPI WALAU KITA TAK SEPENDAPAT, KITA TETAP BERSATU DALAM EMNENTANG
AL JUBURI WAL LIWATI OK...
PEJUANG BANGSA, JANGAN KECIK HATI, AKU NI JENIS CAKAP TERUS TERANG PUNYA OK, MUNGKIN KAU TAK LEH TERIMA AKU TAK TAU LA, TAPI BRO BUKIT GANTANG TU MARUAH NEGERI PERAK DAN MARUAH UMNO...KITA MESTI PERTAHANKAN..
LAGI SATU BAPAK KESAYANGAN AKU DAH MASUK UMNO BALIK NI...TOLONG HORMATI BELIAU OK...TQ
MARI KITA BENAMKAN NIZAR BONEKA DAN AL JUBURI SERTA PARTI WEREWOLF DAN VAMPIRE TU!
AYUH KITA MULAKAN PERANG CYBER...MUAHAHAHHAA
PEJUANG BANGSA TOLONG KIRIM SLAAM KAT KJ YA!
salam,
saya juga berasa kurang senang dengan kemenangan KJ kerana beliau akan sentiasa disyaki menggunakan wang rasuah untuk memenangi ketua pemuda.ini akan menjatuhkan nama dan integriti UMNO.
Assalamua'laikum.
Kepada saudara se agama ku. Mengapa harus kita mempertikaikan kemenangan sdr KJ? Jangan lah kita membuat tomahan/cacian kepada sdr KJ & perwakilan Pemuda kerana mereka juga se agama dgn kita. Tidak adakah sedikit kebaikan dalam diri mereka melainkan hanya keburukan shj yang dipertontonkan. Berilah peluang sdr KJ utk memimpin Pemuda. 1 penggal bukannya lama. Para perwakilan boleh mengubahnya. Apa yang penting skg adalah merapatkan saf Pemuda dalam mencapai matlamat memertabatkan UMNO sebagaimana ucapan & harapan Presiden yg baru. Saya percaya jika mentaliti ini tidak dibuang UMNO hanya menunggu masa untuk dikuburkan jika sifat pewaris (Pemuda)UMNO yang berhasad dengki, mengadu domba dan mementingkan diri sendiri berada dalam diri Pemuda. Bangkitlah Pemuda. Anda lah pewaris perjuangan Agama, Bangsa Dan Negara. Bersatulah lah. Jangan dibiarkan kita menjadi bahan jenaka/lawak kepada puak-puak yang mahu UMNO ini rosak binasa.
AKHIR KALAM : HAYATI LAH RUKUN IMAN YANG KE ENAM.
Soalan Bonus...Politik Wang? Cuba tanya kepada ke tiga-tiga calun Pemuda, ada sesiapa yang tak terlibat....Wassalam
Pas bangang
kau tahu siap budak 4 Putrajaya itu ?? antara drpdnya jg adalah dr team Berani Berubah . jangan cuba mereka cerita tidak betul dan tiada fakta mengenai Pemuda UMNO
304 undi utk KJ jgn la sdr menuduh mereka semua mahu duit @ apa2 faedah .tidak semua perwakilan yang mahu semua itu dan saya sendiri mpy rakan perwakilan dr melaka ..beliau kesal tuduhan perwakilan semua nak duit
KJ bukan versi anwar dan malah bukan anwar. KJ adalah KJ ,dia masuk UMNO ikhlas mahu berjuang untuk parti UMNO membela bangsa ,agama dan negara. Hisyamuddin yang membawa KJ masuk ke Pemuda dan dari setiausaha biro pendidikan ,exco sehingga ke Naib Ketua Pemuda ..bekas bos nya itu lah orang yang membawa KJ ke Pemuda UMNO
Kita akan lihat perubahan KJ akan lakukan spt mana visi dan misi setiakawan sbg taglina beliau .Pemuda kini bukan lagi golongan elit malah Pemuda akan masuk kampung ,kampus ,dan akan temui semua kakitangan kerajaan muda,buruh muda ,imam muda ..
KJ mahu tarik golongan ini ke Pemuda dan anda boleh lihat semalam KJ telah cepat mengadakan mensyuarat pertama dengan Exco baru untuk berbincang bagi menghadapi PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang .
parpu
aku dgn hang mmg berbeza pendapat ..aku mengalu-alukan kemasukan Bapa hang semua ke UMNO
UMNO tidak pernah bersalah dan harap Bapak hang tu akan setia bersama UMNO sampai akhir hayatnya.
Bukit Gantang kita akan pertahankan bersama-sama !! Jeneral kita Muhyidin ,Panglima pula ,Ahmad Zahid akan mengetuai barisan bala tentera ..KJ akan mengetua pemegang panji2 UMNO/BN
Insyallah Kita akan Gempur Bukit Gantang !!
saya yg bukan pemuda pn kurang senang dgn kemenangan kj. saya boleh terima kemenangan kj dgn hati terbuka jika,
- pencalonan drpd bahagian, kj mmg leading
- tidak didapati bersalah dlm politik wang oleh lembaga displin umno sendiri.
tp kedua2nya itu tidak berlaku... bermakna :
- suara akar umbi telah dinafikan oleh 304 pemuda yg dihantar mewakili bahagian
- dan kj menang sebb main duit ( secara naturalnya anggapan ini terjadi kerana dia didapati bersalah menggunakan politik wang..kan?)
lagi satu,
mcm mana kite nak market benda yang dah dicop 'ada defect' oleh manufacturer sendiri? salesman terhebat pn susah nak jual ....
atau kita mmg nak kalah pru 13?
-wirda-
Salam semua...
Memang ramai yang tidak berpuas hati dengan kemenangan KJ, tapi itu semua adalah Qadha' dan Qadar ALLAH. DIA yang lebih mengetahui berbanding kita... Yang penting kita dah berusaha...
Jangan mudah membuat penilaian, dan jangan pula memecahberaikan persaudaraan kita...
Redha bersama-sama, itulah penanda kita beriman kepada rukun iman yang keenam
BAIKLAH PEJUANG BANGSA, MARILAH KITA BERJUANG UNTUK MENGALAHKAN FUCKATAN RIOT DI BUKIT GANTANG!
BACALAH POSTING INI..PEDAS SIOT!
http://parpukari.blogspot.com/2009/03/terima-kasih-nizar.html
HE HE HE
apa yg nak dibanggakan dgn kemengangan KJ. memang benar, org2 yg jadi penyokong, dok terpekik2 sokong dia tuh, sume org luar, yg memang line dia gak "giler duit". hulur je duit, apa pun boleh, srh le jerit apa pun,jalan.. 2 org pemuda dari tempat saya, sape tak kenal.. sorang gemok, sorang hitam, perasan rupa mcm hattan.. dua2 mamat ni, jenis 'touch n go'.. bagi je duit, sume jalan.. boleh ajer.. mana da lubuk blh buat duit, mamat ni mesti ada punya. mmg sesuai arr yg menyokong KJ ni pun sama tahap dgn dia gak..