Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan Eng berbohong
PULAU PINANG: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, keputusan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan adalah wajar kerana beliau tidak menjalankan tugasnya dengan baik terutama dalam membantu orang Melayu.
Beliau yang dihubungi Bernama berkata, sebagai Timbalan Ketua Menteri I yang mewakili orang Malayu, beliau sepatutnya membantu masyarakat Melayu di negeri ini.
"Memang wajar beliau letak jawatan kerana selama pegang jawatan pun beliau tidak buat apaapa terutama untuk masyarakat Melayu dan pembangunan di kawasannya.
"Apa yang kita nampak orang Melayu di negeri ini terus terpinggir, sedangkan semasa berkempen mereka (PKR) bersungguh-sungguh berjanji akan meningkatkan kehidupan orang Melayu," katanya yang juga ADUN Penaga.
Azhar yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Pulau Pinang turut menyelar sikap Ketua Menteri yang cuba menipu rakyat dengan sebelum ini menafikan peletakan jawatan timbalannya itu.
Katanya sikap Lim itu menunjukkan beliau tidak jujur dan cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai kenyataan bagi menafikan perkara sebenar.
Semalam Lim dilaporkan berkata beliau meluluskan permohonan cuti timbalannya itu atas permintaan Anwar dan bagaimanapun Ketua Menteri itu enggan menjelaskan sebab Fairus mengambil cuti secara tibatiba.
Rabu lepas, timbul desas desus menyatakan Fairus telah meletak jawatan dan Lim menafikan perkara itu dan menganggap penyebaran mengenai perkara tersebut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) adalah khabar angin.
Sementara itu, Pembantu Khas kepada Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Fitri Ibrahim ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai peletakan jawatan bosnya itu dan memaklumkan bahawa beliau sendiri tidak tahu di mana Fairus kini berada.
Bagaimanapun, usaha menghubungi Fairus untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung peletakan jawatan beliau gagal dan tinjauan di rumahnya di Taman Guar Perahu, Permatang Pauh dekat sini juga mendapati tiada sesiapa di rumah yang berkunci sejak beberapa hari lepas.
komen PB
Walaupun fairuz adalah YB Adun Penanti yang juga kawasan tempat saya ,saya menyambut baik perletakkan jawatan beliau ini . Selama beliau menjadi TKM 1,iaitu mewakili bangsa Melayu PP tetapi saya belum nampak apa tindakan dan perancangan beliau membantu orang Melayu PP,menghapuskan miskin tegar dan sebagainya.
LGE memang menipu rakyat PP sebenarnya dan menafikan perletakkan jawatan oleh Fairuz sebelum ini . Kita tidak tak tahu apa alasanya tetapi bukan alasan seorang budak sekolah iaitu sambung study .Alasan ini bukan alasan seorang pemimpin politik yang menjadi pemimpin kepada rakyat dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan setelah memegang jawatan itu .Kalau benar Fairuz mahu sambung study ,beliau tidak seharusnya terjun ke politik dan baik kerja balik pekerjaan beliau yang asal.
Link
Cerita Sebenar kisah Fairuz Khairuddin
Fairus turut kosongkan DUN Penanti?
Guan Eng tolak khabar angin pilihan raya kecil DUN Penanti
Fairus: "Saya kecewa pelbagai tuduhan tidak berasas"
Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan Eng berbohong
on Saturday, March 21, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
2 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
March
(35)
- Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali
- Berilah saya peluang - KJ
- Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik...
- Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
- TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO
- Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UM...
- KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah
- Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan...
- Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah
- Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan
- Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
- Bungkusan Jampi di meja Pak Lah
- Konspirasi terbaru di dalam UMNO
- Pemuda untuk golongan muda
- Pemuda UMNO akan bangkit !!
- Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ
- Siapa bakal memimpin generasi baru ?? - KJ -
- S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian C...
- Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-...
- Kemunculan wira Melayu Perak YB Osman Jailu
- 8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak
- Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
- Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah
- Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan
- Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
- Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi...
- Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama...
- Cerita disebalik wartawan Perancis Dubus yang meny...
- Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
- Memorandum untuk Datuk Muhkriz
- Khairy jawab isu ECM-Libra
- Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
- Kebangkitan Pemuda UMNO vs Karpal Singh Is King
- Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Ment...
- Di larang menggunakan nama Allah -KDN
-
▼
March
(35)
khalifah umar abd aziz berbohong? mana boleh ni, ini mesti fitnah umno? begitulah pendapat puak pas. he..he..
kalau dah kafir tu, kafir juga.
alasan tak logik. tapi ada juga orang akan percaya.
mana anwar? awat dia diam saja. bukan ka semua dia nak kontrol. haprak punya manusia.
fairus kan orang parti dia. dia buat-buat bodoh saja.
fairuz mungkin terbabit dgn penyelewengan kuari yg membabitkan pemimpin PKR negeri ,dan ini mungkin sebab utama desas-desus beliau dipecat ..tetapi mungkin kerana tidak mahu malu ,beliau sukarela resign alasan sambung stdy ..haha
fairuz ini sudah memiliki Ijazah Sarjana Strategik dan Pertahanan, Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan (MBA), Ijazah Sarjana Muda Sains Politik - Hubungan Antarabangsa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Sijil Pengajian Syariah, Universiti Malaya.
apa lagi benda nak dia study ??? alasan tak logik ..