Saya memanjatkan syukur terhadap Allah SWT kerana saya masih boleh meneruskan perjuangan saya dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, walaupun telah diputuskan bersalah dan diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO, iaitu peruntukkan mengenai Anggapan Kebersalahan Pihak Ketiga.
Di bawah Perlembagaan UMNO, mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan pelbagai jenis hukuman, antara lainnya, diberi amaran; digantung hak-hak dalam parti; dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi atau dipecat daripada parti.
Seperti yang telah saya nyatakan kepada Lembaga Disiplin, saya tiada kena-mengena dan tiada pengetahuan langsung mengenai perbuatan yang didakwa dilakukan oleh mereka yang dikatakan menjadi ejen saya. Pihak Lembaga Disiplin juga, dalam sidang akhbar semalam, mengakui tiada perkaitan jelas antara kesalahan yang dilakukan oleh mereka dengan saya. Lembaga Disiplin juga mendapati sukar untuk mengaitkan ejen tersebut dengan saya. Kaitan kesalahan mereka yang didakwa menjadi ejen saya dengan saya juga adalah amat lemah.
Atas sebab-sebab seperti yang telah dinyatakan oleh Lembaga Disiplin inilah, saya masih lagi dibenarkan untuk bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini. Namun begitu, saya tetap dengan kenyataan saya kepada Lembaga Disiplin – bahawa saya sememangnya tidak bersalah. Saya juga berharap agar apa yang berlaku ini bukanlah didorong oleh apa-apa agenda politik mana-mana pihak berkepentingan untuk memburukkan nama saya atau menggagalkan perjalanan karier politik saya, terutamanya setelah saya mengumumkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Komen PB
Ada hikmah disebalik keputusan oleh lembaga disiplin UMNO buat Khairy Jamaluddin, Beliau banyak mendapat simpati dari Perwakilan seperti di dalam mana-mana pertandingan . Orang yang dianiayai oleh pihak yang melakukan taktik kotor /konspirasi ini akan menjadi popular walaupun bekas pemimpin besar UMNO terus berkempen di dalam akhbar sehingga menyeru semua perwakilan menolak pemimpin yang didapati bersalah di dalam politik wang .Ini lah taktik dan strategi mereka untuk menjadikan KJ dan Ali Rustam sebagai kambing hitam dan seterusnya ditolak oleh pewakilan dan di halang dari bertanding. Perwakilan bukan bodoh dan mereka tahu apa yang sedang berlaku dalam UMNO .
Menurut bancian , Khairy kini berada di tangga atas dan peluang untuk menang adalah cerah. Simpati kepada beliau banyak diluahkan oleh ketua pemuda UMNO Negeri dan bahagian.
Selain itu , pandangan daripada Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman mengatakan Calon Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dilihat mempunyai peluang untuk memenangi jawatan itu pada pemilihan parti minggu depan kan kerana mendapat 'undi terpijak' daripada penyokong Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin melucutkan kelayakannya untuk bertanding.
"Cara mereka tunjukkan perasaan marah saya yakin tidaklah sampai hendak keluar parti, sebalinya mereka pasti akan berikan kemenangan kepada calon bukan pilihan," katanya.
"Saya fikir mereka tidak akan pilih Muhyiddin bukan sebab mereka tidak suka beliau, tapi kerana sebelum ini Mohd Ali dan Muhyiddin dilihat calon pilihan bagi jawatan berkenaan.
LINK
KJ DIANAIYA
Beruk-beruk tempat lain goyang pokok
Umno Melaka sedih, terkejut nasib Ali
Jika ada Double Standard ? Khairy tidak akan dituduh langsung..
Suratan @ kebetulan
Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
on Thursday, March 19, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
7 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
March
(35)
- Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali
- Berilah saya peluang - KJ
- Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik...
- Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
- TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO
- Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UM...
- KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah
- Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan...
- Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah
- Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan
- Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
- Bungkusan Jampi di meja Pak Lah
- Konspirasi terbaru di dalam UMNO
- Pemuda untuk golongan muda
- Pemuda UMNO akan bangkit !!
- Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ
- Siapa bakal memimpin generasi baru ?? - KJ -
- S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian C...
- Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-...
- Kemunculan wira Melayu Perak YB Osman Jailu
- 8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak
- Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
- Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah
- Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan
- Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
- Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi...
- Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama...
- Cerita disebalik wartawan Perancis Dubus yang meny...
- Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
- Memorandum untuk Datuk Muhkriz
- Khairy jawab isu ECM-Libra
- Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
- Kebangkitan Pemuda UMNO vs Karpal Singh Is King
- Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Ment...
- Di larang menggunakan nama Allah -KDN
-
▼
March
(35)
Salam saudara,
Saudara berada di planet manakah yang menyatakan bahawa Khairi ini mendapat simpati.
Sesungguhnya beliau adalah virus aids di dalam umno.
Pada pendapat aku,
Ali dan Khairy kalau betul-betul sayangkan parti, kamu patut letak semua jawatan yang berkaitan...Tak kisahlah kamu berdua salah ke, tak salah ke, salah sikit je, tikam sikit ke tikam banyak tetapi apabila kamu sudah didapati bersalah mengamalkan politik wang oleh lembaga disiplin kamu patut letak jawatan demi kepentingan parti di masa hadapan...persepsi masyarakat susah nak diubah..buat macam Isa, terima segala-galanya dengan redha...sekali lagi punya pemilihan kamu masuk la balik...kalau kamu menang memang itu rezeki kamu...tapi buat masa sekarang kamu berundurlah dulu dari kancah politik negara...
Itu saranan aku....nak terima ke tak aku tak kisah tapi aku ikhlas...
gapodia
pendapat paling bangang .. hang dengan orang tua nyanyuk tu sama je bangang juga . Oleh kerana kambing hitam terkena ,dan ikan jerung lain terlepas ..maka mula la orang tua itu merapu menyuruh perwakilan jangan memilih pemimpin yang terbabit politik wang .
anda bukan ikhlas tp mahu pemimpin pilihan anda menang ..perwakilan tahu sapa yang main duit tetapi tidak dikenakan tindakan malah terlepas . lepas tu dia seronok la kutuk orang yang terkena tindakan dan menyuruh hormati keputusan ..piraah !!
sekarang ini sudah berlaku pepecahan dalam UMNO terutama di Melaka ..ahli2 di sana tidak yakin lagi kepada Lembaga Disiplin dan anggap keputusan berat sebelah . UMNO kini sudah parah kerana dek kerakusan konspirasi politik yang dirancang cukup teliti untuk menguburkan karier politik orang Pak Lah !!! kalau PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau kalah ,ini bermakna kesan daripada pepecahan yang berlaku di dalam UMNO ini ...
kenapa ahli UMNO tidak puas hati keputusan Lembaga Disiplin !!!
1) Bagaimana Lembaga Disiplin implimentasikan cara memantau dan cara memilih mereka yang mahu disiasat ?
2) Mengapa hanya pemimpin dan calon tertentu saja yang dipilih untuk dibicarakan?
3) Apakah dengan siasatan yang dilakukan oleh Lembaga Disiplin kepada sebilangan calon dan ahli UMNO ini bererti semua yang lain adalah bersih? .
4) Apakah hanya berdasarkan aduan tertentu sahaja Lembaga Disiplin mengambil sebagai kes Disiplin UMNO?
5) Mengapa Ali Rustam , Khairy Jamaluddin , Khir Toyo , Azalina Othman Said, Datuk Norza sahaja yang disiasat? Bagaimana dengan Mukhriz? Muhiyuddin Yassin , Mohammad Mohd Taib , Sharizat , Rafidah dll ? Apakah Lembaga Disiplin telah merasa yakin bahawa mereka - mereka ini bersih walaupun tidak ada sesiapa yang membuat aduan.
6) Mengapa Mukhriz tidak disiasat
? Semua orang tahu apa yang berlaku walaupun Lembaga Disiplin yang tidak tahu , Apa jaminan Lembaga Displin memastikan Mukhriz bersih, Muhiyuddin Yassin bersih ?
7) Kenapa hanya yang memberi disiasat dan diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin , kenapa yang menerima dan yang membuat aduan mereka menerima tidak diambil tindakan. Menerima adalah lagi buruk dari memberi.
8) Kenapa yang disiasat adalah orang-orang yang rapat dengan Pak Lah, bermula dengan Datuk Norza , Ali Rustam , Khairy Jamaluddin , saya tidak mahu menyebut Khir Toyo dan kemungkinan besar Azalina akan dipanggil dan sekiranya Azalina disabit kesalahan fasa 10.1 jiga Lembaga Disiplin mengaitkan dengan SU beliau yang ditahan oleh SPRM , sahlah kesemua yang terbabit adalah orang-orang Pak Lah kerana Khir Toyo tela terselamat dari tuduhan.
9) Kenapa baru sekarang , tinggal beberapa hari saja lagi untuk perhimpunan UMNO , baru Lembaga Disiplin mengumumkan keputusan siasatan , kerana untuk membuat rayuan dan untuk Lembaga Disiplin menimbang dan mengemukakan kembali rayuan mungkin mereka ini tidak sempat untuk bertanding. sama macam tidak perlu membuat rayuan.
saya amat menyokong kenyataan saudara Pejuang Bangsa..
PB ,
saya sebagai ahli pemuda melihat sekiranya tuduhan terhadap khairy adalah terlalu lemah kenapa Lembaga Disiplin masih memberi amaran sedangkan beliau tidak terlibat langsung dalam perkara ini.
Apa kah mereka ada agenda atau ada tangan tangan dibelakang Lembaga Disiplin yang mahu lihat khairy tersungkur sebelum adanya pertandingan atau kerana khary menantu Pak Lah.
Ali dah kata tidak ada konspirasi.Tutup kes.Rayuan tak perlu layan.Nanti kelam kabut lebih teruk lagi.
Yang terbaik buat Ali dan KJ,Lapur sahaja kepada SPRM untk membersihkan nama dan kehormatan mereka berdua.