Komen PB
Inilah pemimpin yang mewakili Malaysia ke Forum Dunia Islam anjuran AS dan berjawatan Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia .klik di sini
Bila pulak Anwar ini join BN dan mendapat jawatan Minister of Parliament,Federation of Malaysia . kelakar la bukan setakat satu Malaysia sahaja dia menipu dan kelentong ,rupanya Amerika , pemimpin Yahudi ,tok arab kawan-kawan dia pun kena juga. Apabila pulang Malaysia ,dia mereka cerita di ceramah-ceramah dan blog kata dia diiktiraf oleh dunia sehingga mereka menjemputnya dan memperjuangkan Islam apabila berdepan dengan Yahudi dan AS . Memang hipokrit dan retorik kuat Anwar ini menipu penyokong-penyokongnya dan rakyat .
Apabila Anwar selalu berbangga sebagai ahli panel forum di Doha, Qatar, saya membayangkan sudah tentu Anwar merupakan tetamu istimewa mewakili pihak Islam (terutamanya HAMAS) membelasah kegelojohan Amerika Syarikat menyokong Israel membedil umat Islam di Gazza. Saya membayangkan Anwar memang sibuk berceramah selama dua hari berturut-turut hingga 'tertinggal' kapal terbang untuk balik ke Malaysia menghormati Yang Dipertuan Agung merasmikan sidang parlimen Malaysia.
Ramai Yahudi Amerika yang hadir dalam forum Doha, Qatar itu. Termasuk Madeline Albright (bekas Setiausaha Negara Amerika), Martin S. INDYK (Pengarah Saban Center at Brookings, United States), Michael O’HANLON, Steven HEYDEMANN. Malah penaja utama program itu pun dari dana korporat Yahudi Amerika iaitu The Brooking Institution dan The Saban Center.
Saya jangka inilah kesempatan terbaik untuk Anwar menyuarakan bantahan kepada kumpulan Yahudi di Amerika dalam kesempatan mereka berforum bersama.
Tetapi semua yang saya jangka, yang saya agak melalui penulisan di anwaribrahimblog semuanya salah. Anwar membayangkan tulisan di blognya seolah-olah dialah yang paling hebat dalam forum itu, dialah 'hero harapan baru' umat Islam yang akan membawa suara umat Islam sedunia.
Walhal, apabila saya membaca sendiri jadual program yng diiklankan oleh AIDC fotopages, rujuk di sini saya boleh membayangkan Anwar seperti 'semut hitam di atas batu hitam, di malam yang gelap'
Tiada impak apa-apa sama ada Anwar hadir atau tidak dalam forum itu. Bukan penting pun, hanya sebagai ahli panel untuk salah satu program sahaja. Itupun suara Anwar tenggelam dengan kehebatan Madeline Albright dan David PETRAEUS.
Tetapi bagi Anwar program itu sangat penting, hingga sanggup meninggalkan acara perasmian parlimen di Malaysia.
Bila Anwar diberi kesempatan untuk mengemukakan pendapatnya, tiada kritikan dan kecaman ke atas Israel, tiada usul membeza umat Islam yang dizalimi oleh Israel di Ghazza. Yang ada, Anwar menyusun ayat puji-pujian melangit kepada pentadbiran Obama yang nampak serius untuk terus berdailog dengan negara-negara Islam.
Hebat betul pujian Anwar kepada Obama, seolah-olah Presiden Amerika yang baru itulah penyelamat dunia Islam, walhal semasa era Obamalah, umat Islam dibunuh sesuka hati oleh tentera-tentera Israel di Semenanjung Ghazza dan pada era Obama lah, tentera ditambah berkali ganda di Afganistan.
Macam mana Anwar hendak kutuk Israel dan Amerika, sedangkan Anwar sendiri termasuk dalam 'rangkaian agen Amerika' yang diklasifikasikan oleh RAND Corporation sebagai "Muslim Moderat".
Proses saringan 'agen Amerika' telah dilakukan secara bertapis sehingga Anwar boleh dilantik menjadi pensyarah pelawat di Johns Hopkin, Georgetown, diiktiraf oleh RAND Corporation dan dilantik panel NED (National Endownment for Democracy) serta dijemput menjadi ahli panel dalam mana-mana program anjuran Amerika.
Anwar sendiri adalah penasihat antarabangsa The Brookings Institution, sudah merelakan diri diikat tangan dan dikunci mulut serta sudah dikenal pasti sebagai agen Amerika yang berpengaruh dalam dunia Islam, macam mana dia hendak kritik Israel ?
Kalau dirujuk dalam kebanyakan jurnal kajian ilmiah merumuskan The Brookings Institution dan RAND Corporation adalah penaja berkembangnya ISLAM LIBERAL di seluruh dunia Islam. Anwar sebagai penasihat The Brookings Institution dan Islam Moderat, RAND Corporation, jadi apa diragukan lagi peranan Anwar ?
Yang hadir dan menjadi ahli panel dalam forum itu semuanya pendokong ISLAM LIBERAL yang pro Amerika; Barham SALIH (Timbalan Perdana Menteri Iraq); Ziad ABU AMR (Presiden Palestinian Council on Foreign Relations); Daoud KUTTAB (Director, Community Media Network, Palestine); Bouthaina Shaaban (Minister and Political and Media Advisor to the President, Syrian Arab Republic; Shibley TELHAMI (Nonresident Senior Fellow, Saban Center at Brookings; Anwar Sadat Chair for Peace and Development, University of Maryland, United States); Salih Mahmoud OSMAN (Member of Parliament of the Sudan); Ahmed RASHID, (Freelance Writer and Journalist - Pakistan); Saad Eddin IBRAHIM — (Chairman, Ibn Khaldun Center for Development Studies, Egypt) dan lain-lain.
anwaribrahimDotCom
Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Menteri Parlimen Malaysia
on Sunday, March 1, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
9 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
March
(35)
- Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali
- Berilah saya peluang - KJ
- Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik...
- Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
- TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO
- Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UM...
- KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah
- Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan...
- Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah
- Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan
- Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
- Bungkusan Jampi di meja Pak Lah
- Konspirasi terbaru di dalam UMNO
- Pemuda untuk golongan muda
- Pemuda UMNO akan bangkit !!
- Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ
- Siapa bakal memimpin generasi baru ?? - KJ -
- S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian C...
- Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-...
- Kemunculan wira Melayu Perak YB Osman Jailu
- 8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak
- Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
- Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah
- Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan
- Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
- Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi...
- Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama...
- Cerita disebalik wartawan Perancis Dubus yang meny...
- Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
- Memorandum untuk Datuk Muhkriz
- Khairy jawab isu ECM-Libra
- Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
- Kebangkitan Pemuda UMNO vs Karpal Singh Is King
- Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Ment...
- Di larang menggunakan nama Allah -KDN
-
▼
March
(35)
Anwar sudah tak dapat sembunyikan siapa dirinya yang sebenar..
Sebab itu dia tidak mengulas artikel sebegini.
Sedangkan dia boleh saja menyaman ratus juta jika ia fitnah peribadi.
Buat pejuang....nie aku ambik dari artikel seorang blogger...jangan la marah aku pulak....nie depa cerita tentang Khairy...betul ke
Beberapa cawangan UMNO di Parlimen Bukit Gantang mengingatkan pimpinan negeri Perak tak membawa Khairy Jamaluddin berkempen dalam pilihanraya kecil di kawasan itu, sekalipun beliau memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Menurut sumber, Khairy adalah beban kepada UMNO Bukit Gantang yang menyebabkan UMNO gagal merebut semula kerusi Parlimen di situ. Justeru, menurut sumber itu lagi cawangan-cawangan terbabit mahukan Ahli Parlimen Jerlun Dato Mukhriz Mahathir di bawa berkempen. "Kami sudah mengirim SMS kepada Dato Mukhriz menyampaikan pendirian itu," beritahu sumber berkenaan.
Cawangan-cawangan terbabit menurut sumber itu, menganggap Khairy adalah beban kepada UMNO yang sukar untuk memulihkan semula krisis keyakinan di kalangan ahli-ahli parti. Ketika menghubungi sekretariat Warga Prihatin Malaysia (PRIMA), cawangan-cawangan UMNO di Bukit Gantang tak akan berkompromi dengan isu Khairy sebagai ‘beban' kepada parti.
Bagi menjamin kemenangan UMNO di Bukit Gantang, mereka mahukan pimpinan negeri Perak membawa Dato' Mukhriz berkempen ke Bukit Gantang. "Sekalipun Dato' Mukhriz kalah bagi jawatan Ketua Pemuda, beliau perlu dibawa berkempen ke Bukit Gantang," menurut sumber itu lagi.Betul ke begitu pejuang.....?
Saman fitnah?....tak lah panglima oii...isu rasuah pun sprm pilih-pilih.....sama macam hakim jugak.....boleh tanya v k linggam....apa keputusan krjn sehingga sekarang.....sama macam najib jugak la..saman la geng blogger yang kaitkan dirinya dengan altantuya....saman la Raja Petra atas artikel yang dikatakan melampau...tu... saman pun buat apa? kalu hasilnya boleh diduga......satu lagi najib pun malas nak layan geng blogger picisan yang cuba kaitkan dirinya dengan altantuya...begitu jugak anwar...buat apa layan geng BPN...kalu setakat penulisan yang tidak memberikan apa-apa erti pun.....
terima kasih di atas maklumat anda itu ..
aku tak nampak KJ dianggap beban kepada UMNO malah di KT ,kawasan peti undi dibawah jagaan KJ mencapai kemenangan berbanding dengan Khir dan Muhkriz yang kalah .
aku rasa sumber yang hang dapat ini drpd PAS Bukit Gantang kot . ini semua propaganda murahan saja . Adakah faktor KJ turun pdg ke berkempen menolong untuk partinya dianggap beban ??? Aku rasa PAS takut dengan kehadiran KJ di sana ..haha Husam pun sudah kena dengan dan kini Karpal Celaka anak haram pun sudah hilang kewarasan kerana takut 2 butir peluru .
Saya mulakan acara pagi dengan mengadakan beberapa pertemuan; diantara lain dengan Menteri Luar Qatar, Professor Shibley Telhami yang kini bersama Human Rights Watch dan Institut Brookings serta Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika.
Meneruskan perbincangan yang bermula di Kuala Lumpur tempoh hari dengan Dr Jamal Barzinji (Institut Pemikiran Islam, Washington) dan Dr Annas Ali (Institut Pemikiran Islam, London). Berkesempatan bertemu pengurusan kanan Al Jazeera selain wawancara khas dengan Al Jazeera (Arab) mengenai politik Malaysia dan Al Jazeera (Inggeris) mengenai hubungan Amerika dan dunia Islam.
Saya tegaskan bahawa umat mahu melihat Amerika berundur dari Iraq dan Afghanistan, dan berlaku adil dalam konflik Israel-Palestin. Sementara itu negara-negara dari dunia Islam juga wajar menangani perubahan dengan menghormati kebebasan dan hak asasi rakyat di negara mereka sendiri.
ANWAR IBRAHIM
Saya meninggalkan sidang untuk berkunjung ke kediaman Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, ulama’ muktabar dunia Islam di pinggir kota Doha. Beliau ditemani puteranya Muhammad.
Syeikh Yusuf merupakan antara ulama’ besar yang menghulur sokongan tatkala saya dizalimi dan diaib lebih 10 tahun lalu. Ilmuan kelahiran Mesir ini telah menulis lebih dari 50 buah kitab yang mengupas pelbagai isu antaranya termasuk Islam: Tamadun Masa Depan.
Syukur kerana kesihatannya pulih meskipun kelihatan letih. Beliau dan keluarga turut menanyakan perihal Azizah tidak bersama.
Perbincangan antara kami pastinya menyentuh tragedi Ghazza, pemerintahan baru di Somalia dan juga rundingan penyelesaian isu Darfur di Doha.
Ketegasan beliau terpancar tatkala berbicara perihal dasar Presiden Bush yang rakus menyerang dan menakluk negara lemah. Beliau turut menyuarakan gesaan agar pentadbiran baru yang diterajui Presiden Obama untuk menumpukan usaha membanteras kemiskinan dan menyediakan kemudahan pendidikan.
Pun begitu Sheikh Yusuf menjelaskan pendirian Ittihad Ulama’ (Persatuan Ulama’ Sedunia) yang beliau pimpin terhadap pentadbiran Presiden Obama dengan menjamin kesediaan mengadakan dialog dengan syarat Amerika menghentikan pencerobohan ke atas Iraq dan Afghanistan serta berlaku adil terhadap rakyat Palestin.
Beliau terus menggalakkan saya meneruskan usaha mengukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta menjelaskan pendirian dengan tegas.
Kami turut menyentuh perkembangan mutakhir di Malaysia dan Indonesia. Selain itu beliau mendorong usaha ke arah pembaharuan sambil meningkatkan usaha daawah dan tarbiyah.
ANWAR IBRAHIM
http://anwaribrahimblog.com/page/2/
tohmahan AIDC adalah kurang tepat.DSAI datang sebgai Ketua Pembangkang...lihat dibawah.
Common Challenges: Addressing Together Emerging Global Issues”, Malaysian Parliamentary Opposition Leader Anwar Ibrahim’s keynote address at Plenary Session of the U.S.-Islamic World Forum, 14 February, 2009, Four Seasons Hotel, Doha, Qatar.
PM Flip flop dan Najib Altantuya rasanya tak diundang kerana ketokohan dan tahap keintelektualan masih belum ditahap membanggakan.
forum ini dianjurkan oleh AS dan anwar spt biasa la sekutu rapat mereka dan kwn baik kepada yahudi yang kebyakannya hadir dlm forum itu .
anwar balik ke malaysia dan menulis di dalam blognya kata dia orang hebat la mendapat jemputan AS dan busy dengan forum itu. tetapi berdasarkan jadual ,dia hanya menghadiri untuk menjadi panel mengenai
COMMON CHALLENGES: ADDRESSING TOGETHER EMERGING GLOBAL ISSUES
Moderator:
- Carlos E. PASCUAL — Vice President and Director, Foreign Policy Studies, The Brookings Institution, United States
Speakers:
- Madeleine K. ALBRIGHT — Former United States Secretary of State
- Anwar IBRAHIM — Minister of Parliament, Federation of Malaysia
- David PETRAEUS — Commander, U.S. Central Command
- Barham SALIH — Deputy Prime Minister of the Republic of Iraq
Anwar membayangkan tulisan di blognya seolah-olah dialah yang paling hebat dalam forum itu, dialah 'hero harapan baru' umat Islam yang akan membawa suara umat Islam sedunia.
Anwar hanya hadir untuk satu program sahaja jika kita tengokj jadualnya di sana dan ia tidak memberi sebarang kesan pun dan anwar sanggup tinggal Parlimen kerana program anjuran AS ini.
PM Msia Pak lah walaupun dikatakan flip flop tetapi telah dijemput menghadiri Forum Ekonomi Islam (WIEF)baru-baru ini di Indonesia yang dihadiri ramai pemimpin negara Islam bukan spt forum anjuran AS ini dihadiri oleh pro AS dan pemimpin islam liberal ,seperti Barham SALIH (Timbalan Perdana Menteri Iraq) dan cendiakawan dari institut pemikir islam di UK dan AS.
Anwar ini hanya diiktiraf oleh BARAT ,pemimpin2 AS dan institut pemikir AS dan UK shj dan seorang lagi kwn baiknya Tayipp Erdogan
Pejuang!!betul kata Dulu UMNO sekarang PAS itu. Jangan taksub sangat.Saya pun dapat maklumat yang sama dari kawan-kawan sana memohon agar KJ tidak menyibuk kat sana. Rakyat benci.
Ini sebenarnya persepsi rakyat marhean melihat KJ menantu PM telah mengambil kesempatan merompak harta rakyat.
You jangan melekehkan orang ramai.Jangan terus jawab bila ada orang menegur.Waraskan fikiran.Siasat dulu..Siasat pun cari realiti,jangan cari duit.TQ.
Pejuang!!(sori saya tidak tergamak nak panggil awak Pejuang Bangsa)sebab awak banyak buat komen dan perkiraan berasaskan emosi dan ketaksuban.
Awak ni contoh yang tipikal 'sokong bawa rebah'.
Setakat KJ yang rebah tidak apa, saya takut nanti wadah perjuangan bangsa melayu pun turut rebah akibat degil tidak mahu meneliti hujah orang lain tanpa menyiasat.
Pejuang!! kalau mampu,dengan apa muslihat sekali pun...takut-takut ahli Pemuda UMNO ada yang menjadi ahli 'freemason'.
DSI begitu rapat dengan AS.
Kalau tak dapat pasti pun, perhatikan lah gerakgeri mereka itu.Kalau rasa nak menjadi Pejuang Bangsa yang dihormati!!TQ
anwar kantoi lagi apabila Pengerusi biro politik Hamas,Dr Mousa Abu Marzook telah menolak kenyataan Anwar yg mengatakan pendirian pertubuhan itu selari dgn Anwar yg menyokong usaha melindungi keselamatan Israel...satu lagi pembohongan Anwar kpd rakyat Malaysia!...di forum dunia islam anjuran AS sekali lagi dia klentong wakili negara sbg menteri parlimen Malaysia!.. fikirkan wahai saudara2 demi masa depan anak cucu!