SAYA TIDAK BERSALAH - KJ
Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno walaupun "saya tidak bersalah"
Dalam reaksinya, ahli Parlimen Rembau itu berkata, apa yang penting, walaupun didapati bersalah, beliau hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding.
"Saya masih boleh bertanding (jawatan ketua Pemuda Umno)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Agenda
"Saya tahu terdapat agenda tersebut, tetapi saya tidak siapa yang bertanggunjawab dan mengapa mereka berbuat demikian.
"Saya tetap tidak bersalah," tambahnya.
Menurutnya, beliau telah memberi penjelasan kepada lembaga disiplin.
Ali , Khairy bersalah, Khir Toyo bebas
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini didapati bersalah melanggar peraturan kempen pemilihan parti.
Beliau bagaimanapun hanya diberi amaran dan masih layak untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan minggu depan.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.
Katanya, Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda didapati bersalah di bawah Perkara 10.1, Tataetika Ahli Umno.
Dalam sidang media itu, beliau turut mengumumkan 14 lagi ahli Umno yang didapati bersalah termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti hujung bulan ini.
Mohd Ali yang akan sepatutnya bertanding jawatan Timbalan Presiden bagaimanapun telah hilang kelayakan bertanding kerana didapati bersalah di bawah Perkara yang sama.
Ditanya sebab Khairy hanya dikenakan amaran manakala Mohd Ali hilang kelayakan bertanding sedangkan kesalahan mereka jatuh di bawah Perkara yang sama, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, jenis perlakuan kesalahan yang dilakukan mereka adalah berbeza.
"Mereka tidak ada kes yang sama. Apa yang dilakukan oleh ejen mereka juga berbeza.
"Contohnya antara rasuah makan-makan atau rasuah wang, sudah pasti kesalahan dan hukuman itu juga berbeza walaupun kes itu dalam Perkara Tataetika yang sama," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, seorang lagi calon Ketua Pemuda iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.
Penyokong ALI Rustam jumpa PAK LAH
Kira-kira 150 penyokong Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertemu Perdana Menteri malam tadi meminta beliau mempertimbangkan keputusan Lembaga Disiplin Umno yang melarang Ketua Menteri Melaka itu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan.
Kumpulan penyokong dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang itu, berkumpul di TUDM Subang kira-kira pukul 9 malam bagi menunggu ketibaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Indonesia yang tiba kira-kira pukul 10.45 malam.
"Kami meminta Perdana Menteri supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk melarang Mohd Ali (bertanding) dan beliau memberikan respons yang positif," katanya.
Menurut Mohd Yusoff, pada pertemuan hampir 20 minit itu, Abdullah berjanji akan memikirkan perkara itu dan akan menemui Mohd Ali esok.Ketua UMNO Batu Gajah Datuk Mohd Yusoff Kassim
Komen PB
Adakah terdapat gerakan menghapuskan orang Pak Lah di dalam UMNO ???? jawapannya YA .Gerakan ini sudah bermula dan politik wang dijadikan alasan untuk menguburkan karier politik seorang pemimpin yang dikatakan orang Pak Lah . Bermula dengan Norza,diikuti oleh Azalina yang membabitkan pegawai kanannya yang ditahan oleh SPRM dan terbaru Datuk Seri Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin .
Cakap-cakap dari dalaman UMNO mengatakan keputusan ini dibuat kerana campurtangan `tangan-tangan ghaib' yang masih `berkuasa' di dalam parti bagi memastikan calon-calon pilihannya sahaja yang akan memenangi pertandingan kali ini.
Keputusan Lembaga Disiplin yang berat sebelah ini pastinya memburukkan lagi keadaan di dalam UMNO !! Najib cakap mudah sahaja terima hati terbuka :-
"Saya percaya beliau seorang yang setia kepada Umno dan akan menerima keputusan dengan hati terbuka dan akan terus menyumbang kepada parti," katanya kepada media di Kuala Lumpur.
Kita sedar ada risiko datang bersamanya (keputusan tersebut), tetapi risiko terbesar adalah Umno ditolak oleh orang ramai," katanya.
"Kita tidak boleh menanggung keadaan itu. Setiap orang harus berkorban demi (kebaikan) parti."
Kita jangan hanya memikirkan risiko UMNO ditolak orang ramai ,tetapi bagaimana jika UMNO sendiri ditolak oleh ahli-ahlinya kerana kecewa dengan tindakan lembaga disiplin UMNO ini .Kekuatan UMNO adalah bergantung kepada ahli-ahli nya bukan hanya seorang pemimpin. UMNO bakal hancur jika pepecahan berlaku dikalangan ahli disebabkan oleh keputusan yang berat sebelah Lembaga Disiplin ini yang hanya menguntungkan calon yang ditentukan oleh tangan -tangan ghaib itu yang menjadi master mind untuk pemilihan ini .
Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa kepada Datuk Seri Ali Rustam yang dilarang terus bertanding di dalam pemilihan Timbalan Presiden UMNO. Reaksi dari Pemuda dan ahli-ahli UMNO Melaka bagi saya rasa tentu cukup sedih terhadap apa yang berlaku kepada pemimpin No 1 Melaka itu kerana banayak jasa dan sumbangannya kepada UMNO ini tetapi ini hakikat yang terpaksa diterima oleh beliau . Kepada DS Najib
" KALAU HENDAK UMNO BERSIH , BERSIHKAN SEMUA SEKALI "
pautan
BENARKAH WUJUD KONSPIRASI DI DALAM UMNO
Gurindam Kuasa ANAK MUDA
Khir toyo sebersih salju
MUHYIDDIN DAPAT WALK OVER, KJ yellow card, KT terlepas!!!
Konspirasi terbaru di dalam UMNO
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
March
(35)
- Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali
- Berilah saya peluang - KJ
- Pemuda BN guna pendekatan dialog dan ceramah tarik...
- Musuh KJ tetap tidak puas hati kemenangan KJ
- TAHNIAH KJ !! KJ KETUA PEMUDA UMNO
- Kenapa Anda Perlu Pilih KJ sebagai Ketua Pemuda UM...
- KJ buat laporan polis buku berunsur fitnah
- Fairus letak jawatan: Umno sambut baik, kecam Guan...
- Harapan KJ untuk menang Ketua Pemuda UMNO cerah
- Dari Janda Baik ke Laut Cina Selatan
- Kenyataan KJ Mengenai Keputusan Lembaga Disiplin
- Bungkusan Jampi di meja Pak Lah
- Konspirasi terbaru di dalam UMNO
- Pemuda untuk golongan muda
- Pemuda UMNO akan bangkit !!
- Merakyatkan Pemuda UMNO - KJ
- Siapa bakal memimpin generasi baru ?? - KJ -
- S Ganesan Calon BN Bukit Selambau ,Ismail Safian C...
- Live dari Parlimen - KJ memberi cadangan dan idea-...
- Kemunculan wira Melayu Perak YB Osman Jailu
- 8 orang penderhaka didakwa menghina Sultan Perak
- Ibrahim Ali cadang kekebalan MP ditarik balik
- Khairy Bukti Pemuda Berani Berubah
- Khairy,Ali Rustam dan Zahid dahului saingan
- Tertunaikah Perubahan Yang Dijanjikan Setahun Lalu?
- Perhimpunan Anti PPSMI bertukar menjadi demontrasi...
- Krisis di Perak menurut pandangan Datuk Seri Utama...
- Cerita disebalik wartawan Perancis Dubus yang meny...
- Pemuda PAS cabar Khairy pula berdebat
- Memorandum untuk Datuk Muhkriz
- Khairy jawab isu ECM-Libra
- Kerajaan haram PR bersidang bawah pokok
- Kebangkitan Pemuda UMNO vs Karpal Singh Is King
- Anwar di Forum Dunia Islam anjuran AS rupanya Ment...
- Di larang menggunakan nama Allah -KDN
-
▼
March
(35)
Inilah UMNO... Pemimpin berkaliber macam Khairy cuba hendak dijatuhkan... Sekiranya Khairy menang mesti dia akan diambil tindakan terlibat dengan politik wang... Najib memang sial
Najib + che det (dr belit ) =
Presiden = Najib
Timbalan Presiden = Muhyidin
Ketua Pemuda = Muhkriz
ini semua kerja najib altantunya !!
Pastikan konspirasi gagal. Berkempenlah untuk calon pihan anda.
KALAU NAK TAHU BETUL ATAU TIDAK TANYALAH PERWAKILAN... ADE RAMAI PERWAKILAN...TANYA DAN RISIKLAH MEREKA.
SEMASA PENCALONAN TEMPOH HARI ADE TAK PERWAKILAN INI TERIMA HADIAH/SAGUHATI ATAS SOKONGAN MEREKA.. TANYALAH MEREKA...
tanya ketua-ketua pemuda bahagian ada tak mereka terima apa-apa dari siapa-siapa... ketua pemuda umno bahagian bukan lah ramai sangat...
tanyalah mereka .. dan anda akan tahu jawapannya... tak perlu tunggu lembaga disiplin umumkan.
anda tahu... cuma mungkin anda saja yang buat-buat tak tahu.
mereka ini shj yang tahu tetapi yang buaya di depan mata dilepaskan tapi ikan bilis ini yang kena ..
sumber dr pwtc hari ni ,ramai pemuda yg hadir geleng kepala tidak percaya khir terlepas
apa nak jadi dengan lembaga disiplin UMNO ni ???
yang membajak gunung dan melambakkan gunung di depan mata tak nampak , yang ikan bilis pula yang mereka nampak.
dari 30 orann yang ada di sana semua tersenyum dan seolah-olah malas nak bercerita , lantak lah kata mereka...nak jadi apa jadi lah....... tak kan lah terang- terang dan besar besar , Lembaga Displin tak nampak yang gelap gelap yang kecil-kecil Lembaga disiplin nampak.
Apa pun kita sebagai ahli UMNO kena hormati keputusan Lembaga Disiplin , jika kita tak hormat siapa lagi nak hormat. Hormat saja lah...... Hormat.... Hormat....... Hormat. Hormat keputusan Lembaga Hantu ini kata Najib ..haha
Kita harap Datuk Seri Ali Rustam akan mengemukakan rayuan supaya dibenarkan bertanding semula ..
saya yakin jika Ali tidak dibenarkan bertanding ,bermakna UMNO akan mengalami pepecahan dan menuju kehancuran ..
kesannya kita akan lihat pada PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang
datuk ali kena merayu kalu tak merayu nanti org kata dia benar2 melakukan rasuah..
pak ali..banyak2 bersabaq na...ramai yg dok kat belakang pak ali :D
Salam
Kita semua tahu ada konspirasi politik, sama ada ia datang dari Pembangkang atau pun didalam umno sendiri, Kami team setiakawan bloggers tidak pernah rasa goyah malahan semangat mempertahankan KJ semakin berkobar-kobar...
SAHABAT SETIAKAWAN, KUATKAN SEMANGAT!!! BERJUANGLAH BERSAMA KJ
Perjuangan kita masih belum tamat lagi.
Salam setiakawan
Salam Perjuangan
BJ
sy harap kita selaku org2 umno dapat terima dgn positif. sy berada dlm PC tadi., dan penerangan adalah jelas.. berkenaan dgn khir toyo tuh.., masih ada siasatan. jgn risau.. tuhan akan tunjukkan jua nnt kalau benar..
yg penting kita terima dan menyokong datuk ali..
kalau nak gunakan 'spekulasi' sbg senjata untuk provoke org umno lain., dah banyak kita boleh fikirkan..
1. org2 paklah hendak disingkirkan lah..
2. kononnya org2 aliran tun Dr M yg sengaja buat laporan lah..
3. konon2nya lembaga displin dipegang oleh 'kuasa' lain lah..
haih.....mcm2 spekulasi boleh kita buat semata2 nak memuaskan hati kita..
percaya pada tuhan. yg batil akan nampak jua akhirnya..
aku?.. masih menyokong datuk ali...
masih menyokong pak lah dan najib.. selagi mereka bermatlamat menjaga kepentingan bangsaku, dan negaraku..
dan smestinya bukan anwar ibrahim. sekian
umno PARTI BISNES? Kenapa PAS dan DAP tak ada rasuah politik?
http://pkrpasdap.blogspot.com
UMNO Dulu, kini dan selamanya rasuah.Jangan campak diri anda ke dalam kebinasaan. Selamat kan diri dan keluarga anda ...keluar dan bubar UMNO.
Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.
KALAU KJ DI-DAPATI SALAH MAKA SALAH LAH SI-KJ TU.
APALAGI YANG TAK SALAH.
BUSOK BUSOK LAH TAK KAN WANGI PULA ?
INI JAWAPAN ORANG OXFORD?
SUNGGUH MEMALUKAN AJE...
begitu lah resam politik. Betul la tu..apa nak bising-bising.Siapa yang nak jadi ketua,mesti lah pilih orang yang sebulu dgn bakal presiden.
Masa Pak Lah dulu orang-orang Tun M,Orang-orang Ku Li dan orang-orang Najib dipinggirkan.
KJ,Norza,Merican semua jadi VIP instant macam mee maggie.
Pandai-pandai lah cari camp.Kan ada banyak!Jgn jadi goblok dok tunggu outgoing camp.
kawan,baca dan faham apa yang saya perturunkan dibawah ini.Kalau-kalau boleh dijadikan penawar. Aku pun terjumpa juga binatang ni tapi dah lupa kt mana:
I saw a human skull the other day. There was an inscription below it. It says: ‘Look long and hard at me, for I was once as you are and you will soon be as I am.’ ~ Unknown
Ali salah dan dihukum sebab ejen yg melobi adalah pegawainya...
KJ salah tapi TAK DIHUKUM sebab ejen yg melobi tidak ada bukti kukuh untuk kaitankan dengannya.. (walaupun yg "tabur duit" tu ejennya)
Ahmad Risaudin berkata:
“Berhubung dengan Khairy, yang melakukan kesalahan itu adalah ejennya, tetapi tidak ada restu secara langsung daripada Khairy supaya kesalahan itu dilakukan untuknya. Jadi, kaitan ejen itu dengan Khairy adalah lemah. Memang beliau terbabit, tetapi kaitan itu tidak kuat,”
‘‘Hubungan ejen dengan Khairy juga tidak begitu jelas, bagaimanapun untuk melepaskannya begitu sahaja tidak boleh kerana terdapat sedikit BUKTI melibatkan beliau dengan kesalahan berkenaan,’’
hmm.. Ali mungkin tak se"oxford" KJ.. sbb tu dia terjerat...
tapi kalau kita fikirkan, KJ guna ejen yang guna wang (rasuah ler tu), kalau tindakan ejen tu tak diketahui atau tidak direstui KJ, dari mana diaorang dapat duit tu utk lobi KJ? takkan free jer nak buang duit utk lobikan KJ? takkan senang2 jer "tabur duit" atau "makan-makan" atau yg setara dengannya pada perwakilan...
fikir-fikirkanlah...
tak payah fikir kenyataan org tua Lembaga Disiplin itu ..kita tahu siapa belakang tabir dalam lembaga hantu itu
aku yakin dan percaya jika Ali tidak dibenarkan bertanding ,UMNO akan menuju kehancuran dan pepecahan yang besar .
ramai ahli-ahli UMNO terutama penyokong beliau dari Melaka menangis mengenangkan nasib pemimpin mereka yang dianiaya oleh Lembaga yang dikuasai oleh tangan2 Ghaib di luar UMNO itu .
Najib ,jika mahu UMNO bersihkan dari politik wang ,please jangan pilih bulu dan pemimpin tertentu .Dalama UMNO memang berlaku politik wang tetapi yang terkena tangkap cuma pemimpin tertentu tetapi yang lain ikan besar terlepas ..
sritribuana
bila masa pak lah pingggirkan orang2 tun M ,org najib ..tolong bgtau sapa ?? kalu pak lah pinggirkan orang Tun M , muhkriz itu tidak akan mimpi jadi MP Jerlun ..dan lagi satu kalau pak lah kejam ,sudah lama muhkriz tu dipecat kerana ugut PM meletakkan jawatan selepas PRU 12 ..
SIAPA PINGGIRKAN SIAPA ??
BOLEH KAN DUA EKOR SINGA NAK CONTROL UMNO ?? SILAP -SILAP SINGA SATU LAGI TU TIKAM BELAKANG ..
Mukhriz memberi RM15 ribu kepada 5 orang anggota jenteranya di Johor diketuai oleh KP Simpang Renggam Oya. Perwakilan Melaka pula ditampar RM200 seorang. Di Kelantan, pemberian wang dikendalikan oleh bekas NKP Kuala Pilah Nafiz yang tinggal di Kota Bharu untuk tempoh berkempen ini, dan orang luar ini dibantu perwakilan Rantau Panjang Wan Nasir dan Sazmi Miah KP Machang yang tidak diterima di Bahagiannya sendiri.
Yang pasti kepala Agong akan mula kerap bertukar tangan di antara ejen Mukhriz dan perwakilan. Selain cara biasa, modus operandi pelik Mukhriz akan bertanya perwakilan apa sebarang 'masalah kewangan' dan terus mengarahkan pegawai baruanya Anas untuk memasukkan wang terus ke akaun bank perwakilan.
Hipokrasi Mukhriz yang kononnya tak mahu membayar secawan kopi perwakilan pun kerana ianya merupakan rasuah. Dengan lantang dan tidak menghormati sumbangan dan pengorbanan perwakilan, Mukhriz pernah berkata mengenai kaedah menggunakan dana politik untuk menghargai perwakilan, "Rakyat sukar untuk menerima pemimpin yang terpilih secaraamalan terkeji tersebut". Terkeji? Jadi perwakilan yang menerima wang pun terkejilah? Tapi yang paling penting, mengapa setelah menggambarkan amalan ini sebagai 'terkeji' Mukhriz pula kini yang mahu menggunakan wang sebanyak-banyaknya? Hai, sudah lah lantang tak bertempat, hipokrit juga!
I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don't know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often.
ini sudah bagus..... hahahha... layannn kan saje....
islam hadhari..islam hadhari... hahaha
Salam
Hidup ini adalah perjuangan… Syukur Alhamdulillah walaupun pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan yang harus YB KJ tempuhi, namun perjuangannya diberkati Allah, Allah memimpin YB KJ untuk memimpin dengan kepimpinan yang diredhai. Justeru, marilah kita sama-sama memberi sokongan yang padu kepada YB KJ menerusi laman web YB KJ http://www.rembau.net.my/
Salam setiakawan
Salam Perjuangan
BJ
SABAR BRO, INI SEMUA DUGAAN BRO...KITA BERANI KERANA BENAR BRO...
TAPI SB TU BIKIN WAYANG TAK MASUK AKAL LA BRO...MUAHAHAHA NI MESTI PENCACAI KUNYIT NAK KASI BPN BERGADUH SESAMA SENDIRI NI..HE HE HE
ini memang dugaan untuk UMNO ..UMNO sedang menuju pepecahan ,fitnah pun kian berleluasa dan tidak boleh dibendung lagi .
keputusan Lembaga Disiplin yang berat sebelah telah menyebabkan UMNO kini kian parah ..tuduh menuduh sesama pemimpin UMNO sudah ada dan cakap2 konspirasi politik sudah di kuat kedengaran .
di Pahang pun ,UMNO bahagian sendiri mendesak MB Pahang letak jawatan .. kian bercelaru UMNO sekarang dek kerana perbuatan Lembaga Disiplin yang membuat keputusan berat sebelah dan memilih pemimpin tertentu
Pejuang bangsat!! sahaja yang tidak mahu menerima kenyataan.Muflis intelek.
You orang tahu tak siapa disebelah Ku Din?Yang tak berapa sopan.Asyik mencelah apabila Ku Din bercakap.Pasti korang kenal kan?kan?kan?
Ini orang ah,nama dia mamak. Asal? entah.mungkin dari karalla India kot..Minta KJ dan Ali beware of this man.Dia tu macam Salleh Kamil dalam 3 Abdul.
Nak tahu lanjut cari saya..
Betul!!..."me no speak Inggeris.No bluff.Bluff God angry.Black cloud come.Thunder shoot me".
~bukan setakat itu sahaja.Ada perancangan lain lagiiii!!! Episod ke-2 laaaagi DANGER!!
~Hope for the best and be prepared for the worst~ Good Luck Bros and Sisters.
Ku Din kepala lembaga disiplin semua tu tak boleh pakai ..kita tahu siapa dibelakang Ku din
Sejak Lembaga Disiplin UMNO petang Selasa umum keputusan melarang Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, tersebar pelbagai cakap-cakap politik.
Paling serius ialah dakwaan ia berpunca dari kerja jahat seorang lagi calon yakni Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk ‘mengenakan’ Ketua Menteri Melaka itu agar hilang kelayakan bertanding.
Naib Presiden UMNO itu dikatakan bukan saja mempengaruhi keputusan Lembaga Disiplin malah didakwa ada bagi AP kepada anak pengerusi lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Ritahuddeen dan ia sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
sritribuana pencacai MM ,
lebih baik hang balik ke tempat asal iaitu hutan ..pergi bertapa dahulu sebelum masuk blog aku dan hendak ajar aku ..
Wah sombongnya Pejuang Bangsa(t).
malang lah bagi KJ.Orang macam ni dijadikan 'warlord'.
Sebenarnya orang tahu KJ budak muda yang ada potensi,boleh dinobat sebagai pemimpin TAPI orang ramai(bukan sritribuana sorang je) jijik melihat para penasihat dan 'warlord' yang sombong.Contohnya kamu.
Kalaulah ramai orang macam kamu ni,tak boleh diajar,tak boleh ditegur pastilah kamu ni 'kurang ajar'..