default

Hot! Jom lihat kebodohan Guan Eng teruja kehadiran PSY

on Tuesday, February 5, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Muka tak malu betul tokong Dap ni...ayat memang tak boleh blah " PENANG mendahului negeri lain kedatangan PSY ke Malaysia"


Seingat GPB la semasa Shah Rukh Khan buat pengambaran filem atau konsert di Malaysia,tak ada pulak ketua menteri atau MB negeri lain  bangga dan cakap besar macam Guan Eng ni.

Memang gila publisiti betul tokong Dap ni.

Selain itu, apa motif Guan Eng arahkan pencacai2 nya  memakai baju kuning , merah dan hijau di rumah terbuka BN?

GPB yakin rakyat PP tak akan  ikut arahan tokong dap ini kerana sebelum ini tak pernah pun rumah terbuka dianjurkan  BN letakkan syarat seperti ini.


Hanya yang akan memakainya nanti adalah pencacai2 dap bukannya rakyat PP. 

GPB harap BN P.Pinang ambil perhatian  segera di atas kenyataan Guan Eng ini kerana kita bimbang akan kemungkinan berlaku kekekecohan .




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng gembira dengan kedatangan penyanyi rap Korea Psy akan mengadakan persembahan di negeri tersebut ketika majlis rumah terbuka BN pada 11 Februari.

 "Pulau Pinang mendahului sekali lagi dengan kedatangan Psy ke Malaysia.


 Kita boleh kata bahawa kali pertama Psy datang ke Malaysia, beliau datang ke Pulau Pinang," kata Lim selepas mengagihkan limau mandarin di Chowrasta Market hari ini. Katanya, beliau yakin ia akan membantu industri pelancongan di negeri itu dan turut menjangka kehadiran orang ramai dari negara jiran ke persembahan tersebut. Beliau juga menyeru orang ramai yang hadir untuk memakai warna kuning sebagai tanda sokongan kepada BERSIH, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang.

default

Amaran Ghaddar kepada skuad Rajagopal sebelum bertemu Qatar !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Qatar tidak menunjukkan prestasi mereka terjejas di bawah kendalian jurulatih baru, Fahad Thani yang menggantikan Paulo Autuori apabila merekod kemenangan 1-0 ke atas Lubnan pada aksi persahabatan di Stadium Jassim Bin Hamad, Jumaat lalu.
Itu perlawanan pertama kendalian Fahad, selepas mengambil alih tugas daripada jurulatih dari Brazil itu, awal bulan lalu.

Kehebatan Qatar yang bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 itu diakui sendiri penyerang Lubnan, Mohammed Ghaddar yang menyaksikan pasukannya tumpas kali ketiga di tangan negara itu selepas dua kekalahan 1-0 pada kempen kelayakan Piala Dunia 2014 tahun lalu.
Ghaddar yang kini beraksi bersama Felda United bagaimanapun hanya menyaksikan perlawanan persahabatan itu dari tempat duduk penonton kerana mengalami kecederaan belakang.

Hasil pengamatannya itu, dia menjangkakan skuad Harimau Malaya yang bakal berdepan Qatar atau dikenali sebagai Al-Annabi (The Maroon) dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015, Rabu ini pastinya berdepan tugas sukar.

“Qatar pasukan yang bagus, mereka sudah lama beraksi bersama. Mereka mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan kepantasan,” kata Ghaddar di Doha semalam.
Ghaddar, 29, yang membantu Kelantan muncul juara tiga piala musim lalu mengingatkan agar barisan pertahanan negara supaya lebih berwaspada terutama ketika mengekang pergerakan penyerang naturalisasi dari Uruguay, Sebastian Soria.

“Qatar memiliki barisan serangan yang bagus, Malaysia perlu mengawal pergerakan Soria. Dia penyerang bahaya,” katanya.

default

Memalukan ! Rakyat Malaysia jadi tauke rumah pelacuran di Sydney !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Seorang wanita, dituduh mengendalikan rumah pelacuran di Sydney, memberitahu enam wanita rakyat Malaysia yang ditahannya dalam kes "perhambaan seks", mereka perlu melacurkan diri untuk melangsaikan bayaran yang dihutang mereka untuk datang ke Australia, mahkamah diberitahu.
Wong Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan perhambaan seks dan enam pertuduhan melanggar visa, termasuk mengeksploitasi pekerja, menurut laporan Australian Associated Press (AAP).
Pada hari pertama perbicaraan kes di Mahkamah Daerah New South Wales di Sydney pada Isnin, Wong yang juga dikenali sebagai 'Yoko', mengendalikan rumah pelacuran Diamonds di Willoughby di utara Sydney antara Ogos 2008 dan 2010.
Dia didakwa menggaji enam wanita keturunan India, yang diambil kerja di Malaysia dan dihantar ke Australia atas visa pelajar.
Pendakwa Raya Carolyn Davenport SC berkata wanita itu hanya tahu sedikit atau tidak tahu langsung bahasa Inggeris, dan mereka diberitahu yang mereka perlu bekerja sehingga selesai melangsaikan kos tiket penerbangan, visa dan yuran kursus - berjumlah kira-kira A$5,000.
"Sebaik tiba di negara ini, mereka juga diberitahu jenis perkhidmatan yang perlu mereka lakukan di rumah pelacuran itu," beliau dipetik berkata demikian oleh AAP. Apabila mereka enggan berbuat demikian, mereka diberitahu yang mereka mesti melakukannya.
"Mereka diberitahu yang mereka tidak dibenarkan meninggalkan rumah pelacuran itu sehingga mereka melangsaikan hutang mereka".
"Walaupun wanita itu telah selesai membayar hutang mereka selepas "tempoh singkat", Wong didakwa megugut akan membatalkan visa mereka jika mereka meninggalkan tempat itu.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Wong, Bruce Quinn, berkata dia "wanita baik" dan hanya bekerja di rumah pelacuran itu sebagai penyambut tetamu.
Beliau berkata perkara itu merupakan "pertikaian perusahaan" dan sengaja ditimbulkan supaya wanita berkenaan boleh tinggal di Australia.
Perbicaraan di hadapan Hakim Deborah Sweeney bersambung. -BERNAMA

default

ATM akan miliki satelit komunikasi sendiri melalui sewaan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Transformasi pertahanan negara kali ini berjaya mengorak langkah ke hadapan apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal mempunyai satelit komunikasinya sendiri yang dijangka akan dilancarkan pada pertengahan 2014.
Panglimanya, Jen Tan Sri Zulkifeli Md Zain, berkata dalam meningkatkan keupayaan sistem pertahanan negara peranan komunikasi amat penting terutama dalam penyampaian dan penerimaan maklumat sulit kepada pesawat tempur dan kapal perang ATM oleh itu negara bersetuju membangunkan sebuah 'Transponder Satellite' bagi tujuan komunikasi.
"Satelit Transponder berperanan sebagai satelit komunikasi dan dijangka dapat meningkatkan sistem komunikasi sedia ada yang mampu berfungsi dengan semaksimum mungkin. Ia sedang dibangunkan melalui kerjasama syarikat satelit terkemuka yang membantu kita dalam penggunaan teknologi ini," katanya ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini di pejabatnya di sini.
Bagaimanapun beliau menjelaskan satelit transponder itu akan disewa ATM dari syarikat berkenaan.
"Kita akan menyewa transponder itu selama 15 tahun kerana ia menjimatkan kos berbanding untuk membangunkan satu satelit ketenteraan yang menelan belanja berbilion ringgit," katanya.
Beliau berkata satelit itu yang menggunakan spesifikasi X-band, mampu beroperasi selama 20 hingga 25 tahun dan ATM dijangka turut mampu meningkatkan keupayaan pertahanan negara dalam tempoh waktu berkenaan.
"Satelit ini khusus bagi meningkatkan keupayaan komunikasi tentera kita yang berada di kawasan yang berisiko rendah menerima isyarat komunikasi," katanya.
Beliau turut menafikan kegunaan satelit yang dibangunkan ATM itu bertujuan untuk risikan sebaliknya ia lebih tertumpu dalam memperkasakan sistem komunikasi.
X-band Satelit Transponder ialah sistem komunikasi digital khas untuk tentera bagi penghantaran data tinggi, suara dan video.
Ia akan menggunakan empat transponder berkuasa 60-MHz dengan satu lagi transponder sebagai simpanan.
Antara syarikat tempatan yang menggunakan satelit transponder biasa, syarikat perkhidmatan televisyen berbayar, Astro. - BERNAMA

default

Hot! Kehadiran Pys ditaja swasta bukan guna duit rakyat

on Monday, February 4, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




 — Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional (BN) yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN hari ini.

 Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong memberitahu penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Beliau menolak tuduhan mengatakan kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi fenomena “Oppa Gangnam Style” sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.


 “Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan,” kata Oh kepada The Malaysian Insider.

“Kami sudah sediakan makanan untuk 50 ribu orang tapi kami jangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti,” kata beliau lagi. Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang, lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.


 Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750,000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

“DAP dan Pakatan Rakyat mahu berkata dan memutar belit dengan mengatakan kerajaan BN membelanjakan sejumlah wang RM2.3 juta hingga RM3 juta untuk konsert Psy,” kata seorang lagi sumber kepada The Malaysian Insider.


 “Ini salah sama sekali memandangkan lawatan Psy adalah sebagai tetamu di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah diaturkan dan ditaja oleh sebuah firma penganjur acara, gergasi. Tiada dana kerajaan atau wang pembayar cukai terlibat.”

 Sumber tersebut yang mendedahkan dengan syarat namanya dirahsiakan memberitahu kehadiran Psy akan menaikkan profil Pulau Pinang dan Malaysia yang mungkin akan menyuntik industri perlancongan.

Oh mengakui Psy akan merupakan tarikan utama pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN kali ini yang mana juga akan menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun tujuan sebenarnya adalah bagi menarik pengundi golongan muda di negeri kepulauan tersebut.


“Ia merupakan kali pertama Psy membuat persembahan di Malaysia, jadi saya sangat pasti bukan rakyat di Pulau Pinang sahaja akan menghadiri tetapi juga akan menarik semua dari Kuala Lumpur, Kedah dan Perak,” terang beliau.

 Beliau juga menerangkan mentaliti orang muda zaman sekarang berbeza dan masih ragu-ragu sama ada kelompok tersebut mudah untuk dipujuk supaya mengundi BN dengan membawa Psy ke sambutan tersebut, dimana mereka ketika adalah pembangkang dibawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat. “

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.