..

..

MENTERI TUDUH NGO BELIA ADALAH MACAI CUKUP TAK BERTANGGUNGJAWAB - PEMUDA UMNO

on Friday, August 3, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Pergerakan Pemuda UMNO menegur sikap yang diambil oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang melabelkan NGO belia sebagai macai-macai Barisan Nasional (BN).
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Syed Sddiq perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan terutamanya ketika berbahas.
“Beliau perlu berhati-hati ketika berbahas kerana kenyataan beliau di Parlimen hari ini yang menggelarkan NGO seperti GPMS, Belia 4B, Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai macai-macai BN merupakan satu tuduhan atau kata-kata yang amat tidak bertanggungjawab,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyauart Exco Pemuda UMNO, di Menara Dato’ Onn hari ini.

Dr Asyraf berkata demikian sebagai mengulas tindakan Syed Sddiq yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dalam perbahasan di Parlimen tadi menyamakan persatuan belia dengan ‘macai politik’.
“Beliau seharusnya bersifat negarawan. Apabila dilantik sebagai anggota pentadbiran dan sebagai menteri harus berjiwa negarawan. Apa maksud negarawan… sebagai menteri kita harus melihat di luar kepompong kepartian.
“NGO mahu pun pertubuhan belia merupakan mewakili suara anak muda. Adakala mereka menyokong adakala mereka mengkritik. Takkanlah setiap masa dan kadangkala mereka mengkritik kerajaan akhirnya kita melabelkan dengan pelbagai labelan,” katanya.
Kata beliau lagi ketika PH menjadi pembangkang sebelum ini mereka mengutarakan soal budaya politik yang berteraskan soal kebebasan bersuara, hormati perbezaan pandangan dan hormati hak suara anak muda.
“Tetapi takkan baru dua bulan menjadi kerajaan terus melontarkan kata-kata yang tidak bersifat ahli parlimen beradab dan mempunyai nilai moral yang tinggi,” bidasnya lagi. – MediaUMNO


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.