..

..

FAKTA PENJUALAN EDRA 1MDB KEPADA CGN PERLU DIKETAHUI

on Tuesday, November 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




1. Edra Global Energy Berhad (Edra), anak syarikat milik 1MDB bukanlah dijual dengan harga RM9.83 billion sahaja kepada China General Nuclear Power Corp (CGN Group) RM9.83 billion hanyalah melibatkan transaksi tunai. CGN Group dalam membeli semua aset Edra perlu mengambilalih kesemua hutang syarikat berkenaan sebanyak RM8 billion. Transaksi sebenarnya adalah RM9.83 billion tunai campur RM8 billion tunai berjumlah RM18 billion.

2. Tidak timbul soal penjajahan China melalui penguasaan Edra, atau kemungkinan China akan kenakan tarif jualan tenaga yang lebih tinggi atau China akan mengugut Malaysia jika mahukan sesuatu atau China hentikan pengeluaran tenaga dan Malaysia akan mengalami masalah.

Ini kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih pengeluar terbesar dengan kadar 50% pengeluar tenaga di Malaysia manakala Edra hanya mewakili 14% kapasiti pengeluar tenaga. Kedua, pembelian juga merangkumi Perjanjian Pembelian Aset tang telah ditandatangani. Mana boleh CGN Group suka-suka tidak menyediakan keperluan tenaga. Juga mana boleh CGN Group untuk mengenakan tarif yang tinggi kerana syarikat lain juga akan turut membidanya.

3. Penjualan Edra kepada CGN Group adalah disebabkan oleh tekanan pihak Pro-Tun dan pembangkang yang menuduh TNB untuk 'bailout' sekiranya TNB berjaya membida Edra. Sebaliknya TNB mempunyai komitmen untuk membina 3 lagi Indepedent Power Provider (IPP) berjumlah RM21 billion.

Sebelum ini pengkritik dari Pro-Tun dan pembangkang menyatakan bahawa 1MDB bodoh kerana membeli 'besi buruk' memandangkan kesemua IPP sudah hampir tamat tempoh (expired). Bilamana sebuah syarikat China ingin membeli Edra dengan harga tunai RM9.83 billion dan sanggup menanggung kesemua hutang-hutang syarikat sebanyak RM8 billion, pengkritik yang sama juga bising kenapa tidak menjual Edra kepada TNB. Mangkuk-mangkuk ni nak apa sebenarnya?

4. Pelaburan dari China ini pastinya akan meningkatkan Foreign Direct Investment (FDI).

5. Penjualan Edra berjumlah RM18 billion ini bukan merupakan perkara baru. Ini adalah Pelan Rasionalisasi 1MDB yang telah dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB iaitu penjualan Edra Global Energy sebanyak RM18 billion, penjualan 60% ekuiti Bandar Malaysia berjumlah RM11 billion dan penukaran aset-ekuiti dengan IPIC berjumlah RM16 billion untuk mengurangkan hutang syarikat sebanyak RM42 billion. Transaksi itu, yang dijangka selesai pada Februari 2016 juga satu kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015.

Jangan ragu dan jangan bimbang, walaupun dengan penjualan kesemua aset di atas untuk mengurangkan hutang, 1MDB masih memiliki 100% Tun Razak Exchange (TRX), hartanah di Pulau Pinang dan tanah di Pulau Indah yang kesemuanya masih bernilai di antara RM10 ke RM12 billion!


4 Responses

  1. Anonymous says:

    rasanya puaslah mereka2 yang yang anti najib... mereka tau Imdb adalah bagus namun dek disebabkan spin pembangkang dan gagalnga pihak BN menepis serangan maka tergadai lah satu permata negara.... tindakan tun dan tsmy yassin juga memainkan peranan besar atas kehilangan edra kepada group dari china ini.

  2. Anonymous says:

    Najib sebenarnya boleh menggunakan kwsp untuk membaiyai edra tapi disebabkan buah dari hasil belian adalah jangka panjang maka pastinya rakyat yang telah rasuk pemikirannya akan bertindak balas tanpa usul periksa yang mane memungkinkan UMNO dan BN terancam, maka terpaksa lah dilepaskan kentungan ini bagi mengelakan kerugian yang lebih besar...

  3. Guna KWSP ..nanti macai pembangkang hasut rakyat jgn simpan duit dalam kwsp pulak ..haha

  4. Anonymous says:

    apakah tujuan 1mdb?
    apa tujuan 1mdb beli semua IPP?
    setahu aku rakyat yg bodo ni, nak beli sebab nak turunkan tarif.

    jadi kepada jawapan kamu yg pandai ni, kau kata pro TDM adalah penyebab penjualan edra kepada cgn..makna kata, penjualan tersebut adalah lebih kepada padan muka kamu mahathir..

    jadi kalau kau tak kisah 1mdb jual edra kepada cgn, seabb tnb masih menguasai 50% kepentingan tenaga di semenanjung, soalan aku yg bangang ni kepada kau yg pandai sebab makan dedak adalah..kenapa 1mdb beli ipp yg besi buruk?

    hah..jawab!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.