KENAIKAN TOL BELUM MUKTAMAD TAPI SUDAH BOCOR BERI PERSEPSI BURUK KERAJAAN

on Saturday, June 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kenaikan kadar tol sepertimana yang didakwa masih belum dimuktamadkan.

Jelasnya, perkara tersebut hanya akan diputuskan dalam mesyuarat kabinet beberapa minggu akan datang.

Najib bagaimanapun kesal dengan kebocoran maklumat di media sosial berhubung kenaikan kadar tol dipercayai didalangi orang dalam.

"Malangnya, ada kebocoran maklumat dan ia menjadi hangat di media sosial. Jadi, seseorang telah mengkhianati kepercayaan yang diberi oleh kerajaan," katanya.


eliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC pada Jumaat.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi satu kenyataan memaklumkan, kerajaan masih berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya berhubung perkara itu.

Beberapa perkara diperinci termasuk implikasi kenaikan kadar tol berkenaan kepada pengguna lebuh raya.

Laporan media pada Jumaat mendakwa, kadar tol 16 lebih raya utama di seluruh negara dijangka naik antara 20 sen hingga seringgit pada Ogos ini, jika ia mendapat kelulusan Kabinet.


**Orang dalam yang bocor maklumat mesyuarat ini jelas berniat jahat bagi memberi imej dan persepsi  buruk kepada kerajaan. 


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Telefon tu jgn benarkan dibawa masuk masa mesyuarat..tiada pengecualian..baik PM sendiri. Baru maklumat tak bocor..kena tegas..terhadap manusia berjiwa setan.

  2. Anonymous says:

    Barua btoi la..nk salah org dalam plak..yg kerajaan cadang nk naik tol imej baik ka buruk..mmg kaki bodek la blog ni..blog sampah..

  3. Anonymous says:

    PM kesal? Hmm bukan dia nak bayar tol pun.

  4. Anonymous says:

    Lamà dah org dalam buat kerja jijik dedah maklumat yg masih rahsia kpd kerajaan. Bila rakyat tegur najib sebab lemah sgt mengawal penasihat ( baca punahsihat), najib tak percayapun. Macam bercakap dengan telinga kuali. Tak pernah dengar dan tak pernah responpun. Akhirnya prospek najib sendiri dh jadi calar balar macam sekarang. Baru nak sedar?

  5. Anonymous says:

    Diharap tol x naik.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.