6 RIBU PEKERJA MAS DIBERHENTIKAN DAPAT PEMBELAAN KERAJAAN

on Thursday, June 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Nasib kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang diberhentikan terbela apabila kerajaan menerusi Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) telah menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagi menyediakan pelan pemulihan yang berkesan kepada syarikat penerbangan nasional itu, Khazanah telah membuat perancangan yang baik dan teliti sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut beliau, secara umumnya, pelan yang dirancang oleh Khazanah itu diterima baik oleh kakitangan MAS kerana ia menepati perjanjian bersama (CA) yang dibuat sebelum ini.

"Tidak pernah ada dalam sejarah negara di mana satu pelan yang begitu mantap dirancang bagi membantu kakitangan untuk mencari pekerjaan selepas ditamatkan perkhidmatan."

"MAS mempunyai satu rancangan komprehensif seperti Pusat Pembangunan Korporat (CDC) yang secara tidak langsung dapat membantu kakitangan MAS yang diberhentikan, kita berharap dengan pelan ini MAS akan lebih cemerlang pada masa hadapan," katanya kepada media.

Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller kelmarin, pihaknya akan mengumumkan jumlah sebenar kakitangan MAS yang bakal diberhentikan dalam tempoh dua minggu lagi, kerana ia bergantung kepada keputusan 14,000 kakitangan syarikat penerbangan itu sama ada mahu menerima tawaran kerja baharu daripada MAS atau sebaliknya.

Katanya, seramai 6,000 kakitangan MAS akan menerima surat pemberhentian pekerja dan 14,000 lagi akan menerima surat tawaran kerja bermula 1 Jun, sepertimana yang termaktub dalam perancangan syarikat. -Utaranews.com


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.