..

..

ARAHAN MINUM AIR KENCING KEPADA MURID BUKAN ISLAM ADALAH PALSU & FITNAH

on Tuesday, June 23, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Susulan dari aduan yang dibuat oleh waris-waris pelajar bukan Islam Sekolah Rendah Kebangsaan Ibrahim kepada Pejabat Pelajaran Alor Star semalam, satu siasatan telah dibuat oleh pihak berwajib.

Hasil siasatan mendapati, dakwaan bahawa Penolong Kanan tersebut menyuruh murid BUKAN ISLAM minum di tandas dan minum air kencing sendiri sebenarnya adalah FITNAH semata-mata.

Tak cukup dengan aduan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, waris-waris pelajar Bukan Islam tersebut juga telah membuat 12 laporan Polis kelmarin kononnya untuk menguatkan dakwaan mereka.

Perkara yang sebenar ialah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Kebangsaan IBRAHIM  iaitu En AMIR bin ABDUL SAMAD bercakap perkara demikian kepada MURID-MURID ISLAM yang ponteng puasa dan makan serta minum di bilik darjah.

Kenyataan Guru Penolong Kanan HEM tersebut juga bertujuan untuk mendidik serta mencegah MURID-MURID ISLAM di sekolah berkenaan dari ponteng puasa dan menganggu murid-murid lain yang berpuasa didalam kelas. Ia juga bagi mengajar MURID-MURID ISLAM menghormati bulan Ramadhan serta rakan-rakan mereka yang berpuasa.

Tidak ada langsung didalam kenyataan Guru Penolong Kanan terbabit yang menyebut "MURID BUKAN ISLAM" dan ianya telah disalah ertikan oleh waris pelajar bukan Islam yang terlampau emosi serta percaya kepada cakap anak-anak mereka tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Sebagai seorang Penolong Kanan yang berpengalaman dan mempunyai tanggungjawab mendisplinkan murid-murid, adalah amat mustahil dan tidak masuk akal En Amir Abdul Samad membuat kenyataan sedemikian kepada murid BUKAN ISLAM. 

Jadi kes ini dilihat sebagai satu cubaan dari waris-waris pelajar BUKAN ISLAM di Sekolah Rendah Kebangsaan Ibrahim untuk menjatuhkan imej seorang Guru Muslim dan menghina imej Sekolah Kebangsaan. 

Sepatutnya mereka berjumpa dengan pengurusan sekolah terbabit dahulu dan berbincang tentang isu yang timbul sebelum membuat tuduhan serta menyebarkan fitnah jahat mereka ke media sosial. Jelas disini perbuatan mereka sengaja mahu mencetuskan sentimen perkauman dan juga perpecahan agama kepada masyarakat.

Apakah kini sudah menjadi satu kesalahan besar bagi Guru-guru Islam untuk mengajar anak bangsa sendiri supaya menghormati agamanya? Dan kenapa pula waris kaum India di Sekolah berkenaan terlampau sensitif dan emosi tak stabil sehingga sanggup menuduh Penolong Kanan terbabit diatas kesalahan yang beliau tak lakukan?

Adakah ini satu lagi cubaan pihak penyokong pembangkang untuk menjatuhkan imej guru-guru melayu di Malaysia? Sebelum ini pada tahun 2013, terdapat fitnah disebarkan oleh mereka bahawa guru memaksa pelajar BUKAN ISLAM makan di tandas sekolah. Padahal yang sebenarnya bilik tersebut adalah bilik persalinan dan bukannya tandas! - Utaranews.com


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Biasalah bangsa asing ni tak reti bahasa.Diorang memang makin mengada2 sekarang ni.Tambah bila ada timbalan menteri bangsa asing yg akan sentiasa membela tanpa usul periksa.Mentang2 melibatkan kaum kafir.Bukan menteri ni aje,itu hari menteri cina melatah disebabkan yg terlibat adalah sebangsa dengan dia.Banyak sangat kes dah yg last2 bila disiasat rupanya tak betul,tapi menteri2 dah melenting sakan.Kalau cakap bias mampus tak mengaku.

    Dulu kes bilik makan dalam 'tandas' pun kecoh juga.Timbalan menteri yg sama juga melenting.Tapi kalau kes melibatkan pelajar atau guru Islam yg jadi mangsa lekas2 tutup kes dan semua pihak drpd timbalan menteri sampai pm akan cuba cover up dan bersangka baik konon salah fahamlah,salah laporlah.Selesai cara tertutup,minta maaf lebih kurang..settle.

    Kapir2 ni makin lemak dan naik tocang pasal kita sibuk sangat nak jaga hati diorang drp bangsa sendiri.Diorang pula pantang dengar silap kita sikit,berduyun2 bersatu padu serang kita walaupun kebanyakannya sengaja direka2 dan ditokok tambah.

    Melayu tolonglah keras sikit jangan lembik 24 jam.

  2. Anonymous says:

    Itu masalahnya bila tidak faham Bahasa Malaysia. Itulah akibatnya hanya faham bahasa tok nenek sendiri saja. Lain kali belajar Bahasa Malaysia sampai faham dan fasih.

    Mengaku rakyat Malaysia dan duduk di Malaysia bertahun-tahun tapi Bahasa Malaysia pun tunggang-langgang. Buat malu dengan bangsa asing yang baru sampai tapi dah boleh faham Bahasa Malaysia dan guna dengan betul.

    Ptuuuuiiiii.

  3. Anonymous says:

    Ambil tindakan terhadap ibubapa terbabit yang tentunya penyokong parti pembangkang. Jangan dibiar jadi pemfitnah tegar yang punya agenda penuh kejahatan.

  4. Anonymous says:

    "O YOU WHO BELIEVE( MUSLIMIN: MALAYS)!IF A REBELLIOUS EVIL WICKED PERSON COMES TO YOU(MALAYS:MUSLIMIN) WITH A NEWS,VERIFY IT,LEST YOU HARM PEOPLE IN IGNORANCE,AND AFTERWARDS YOU BECOME REGRETFUL TO WHAT YOU HAVE DONE.S.AL HUJURAT.V.6.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.