Televisyen Rusia awal pagi Sabtu (waktu Malaysia) menyiarkan "imej satelit" yang didakwa menunjukkan pesawat MAS MH17 yang didakwa ditembak jatuh oleh jet pejuang menjelang sidang kemuncak ekonomi G20 di Australia Sabtu.
Dakwaan Rusia ini bertentangan dengan kesimpulan awal pasukan penyiasat blok Barat terhadap MH17 bahawa ianya jatuh selepas ditembak peluru berpandu darat ke udara. TV Rusia yang menyiarkan imej tersebut Channel One melaporkan ianya diambil beberapa ketika sebelum pesawat membawa 298 penumpang dan anak kapal itu terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai.
"Sebelum sidang kemuncak di Brisbane (lewat malam Sabtu waktu Malaysia), Perdana Menteri Australia [Tony] Abbott telah mengancam untuk berdepan dengan Presiden Rusia mengenai MH17," kata penyampai, Mikhail Leontyev.
"Mari kita cuba untuk membuat tugas beliau sedikit lebih mudah." Pada Jumaat, media antarabangsa Rusia, Russia Today melaporkan firma keselamatan udara Rusia mendedahkan perkara sama. Laporan agensi berita Rusia, RT yang memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Keselamatan Penerbangan, Sergey Melnichenko berkata, terdapat satu atau dua pesawat dipercayai milik tentera berdekatan MH17 dikesan sebelum dan kira-kira 20 minit selepas tragedi itu.
Menurut Melnichenko, maklumat radar berkenaan dikumpul pada hari kejadian oleh stesen radar yang terletak di Rostov, Rusia, dekat sempadan Ukraine.
"Data terbabit jelas menunjukkan ketika pesawat MH17 terhempas dan selepas kejadian, ada pesawat lain terbang ke arah utara di laluan yang sama.
"Pesawat berkenaan kelihatan seperti pesawat tentera kerana jaraknya sangat rapat antara satu sama lain, sekali gus meningkatkan kemungkinan terdapat satu atau dua jet tempur di situ," katanya. Selain itu, Melnichenko berkata, bukti lain yang menunjukkan pesawat terbabit adalah milik tentera kerana mereka tidak bertindak-balas apabila diimbas oleh radar, berbeza dengan pesawat awam yang sering membalas isyarat.
Jelasnya, pesawat tentera kebiasaannya tidak dilengkapi alat elektronik pemancar isyarat atau juruterbang memadamkan sistem berkenaan semasa pertempuran di udara. "Data baharu ini juga konsisten dengan kenyataan tentera Rusia sebelum ini yang menafikan penglibatan dengan tragedi MH17 dan kemungkinan pesawat tempur itu sengaja menembak jatuh pesawat penumpang itu," katanya. Beberapa hari selepas tragedi MH17, Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan bukti bahawa sebuah jet tempur Ukraine jenis Sukhoi SU-25 dikesan terbang menghampiri kapal terbang penumpang itu sebelum ditembak jatuh.
Kiev menafikan dakwaan itu dengan alasan tidak mengerahkan mana-mana jet tempur melakukan penerbangan, tetapi pihak tentera secara rutin melancarkan serangan untuk menggempur kedudukan puak pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine. - (sumber: Agenda Daily) -
hahahah...dah lama dah Russia bentangkan bukti..buta dan bacul mcm Ah Jib Gor dan kerismuddin yg masih sebelah Amerika..percayalah Amerika dan Eropah tidak akan mngaku mereka yg merancang!!MH370 juga begitu!!mustahil hilang begitu!!pemimpin yg dah dipegang telor oleh Yahudi yg memimpin negara ketika ini!!Woi Ah jib gor lu ckp xserupa bikin!!!puak2 liberal dlm UMNO sedang merosakkan UMNO!!ORG DALAM UMNO SENDIRI YG MASIH BUTA DAN PENGECUT!!TAKUT HILANG MATA PENCARIAN!! UMNO kini hanyalah platform mengaut kekayaan!!bukan lagi medan perjuangan AGAMA,BANGSA DAN NEGARA!!NAK LAUNGKAN HIDUP MELAYU PUN TAKUT!! PERCAYALAH PAU 2015 takkan ada laungan Hidup Melayu!!
KHAIRY JAMALUDDIN SI BANGSAT LIBERAL!!!!!!!!
Kes MH370 dn MH17 menunjukkan Najib PM seperti berkonspirasi dan cuba alihkan pemikiran rakyat. Dr bab Agama sehingga bab kapal terbang jatuh Najib mengubah otak rakyat Malaysia supaya percaya apa jua dakyah dan penipuan skrip di atur.
Najib tidak kelihatan spt pemimpin yg resah dan bersunggh2 menghadapi kes MH370 dan MH17 ini. Beliau kelihatan berlakon dan membuat tindakan yg pelik dan tak selari dengan pembelaan isu2 ini.
Najib menyatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi dgn mudahnya tanpa sbrg bukti. Kemudia MH17 pula dibiarkan isu ini tanpa maklumat jelas pd rakyat. Najib lebih membiarkan blok barat menguasai isu ini
Sedangkan jelas bukti Russia dr awal memperlihatakn musuh2 sebenar menembak jatuh MH17
Jika dilancar missile dr darat.. sudah pasti asap/wap tujahan roket pelancar missile tersebut akan jelihatan tak kurang 10 minit di udara.. tp mana dia?
Banyak hal yg Najib kelihatan bersama2 dgn konspirasi ini. Najib menjalankan skrip ini buat rakyat? Isu2 berat Najib ringankan.. apa ini?
BR1M telah jd tukaran kpd 1001 masalah buat negara??
Kenapa Malaysia tidak agresif dlm kes MH370 dn MH17? Najib sibuk menceritakan hal sambutan penghormatan menerima jenazah Mh17.. apakh itu yg dituntut untk membela nasib mangsa tragedi berbanding mendedahkan habis2an siapa dalang dan hukum mereka?
Tun M memerintah negara rakyat dpt lihat dgn jelas strategi dan gaya Tun M sebagai PM.. kesungguhan Tun dlm semua isu2 negara..
tp Najib? berkyahal dgn pemimpin2 dunia.. berselfie dgn Obama itu sudah hebat dh gah bg Najib?
Malaysia di tahap perburuk di zaman Najib..
Mh370 dan MH 17 adalah bukti Najib PM yg paling gagal.
Dia tidak pun kisah atau menggerakan suasana rakyat kpd membela tragedi ini. Org lain yg lebih mengerti dr Najib...
1tv Rusia ada siarkan berita ini di http://www.1tv.ru/news/leontiev/271824