PEMUDA PR POLITIK " REMPUH PAGAR " , PEMUDA BN PEJUANG HAK ANAK MUDA - @khairykj

on Sunday, November 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Terdapat perbezaan ketara corak politik Pemuda BN dan Pemuda PR, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, perbezaan itu merujuk kepada perjuangan BN yang membawa suara anak muda dalam mendepani cabaran hidup, sementara PR pula membawa corak politik yang memperjuangkan individu.

"Kalau kita seminggu dua ini, Pemuda MCA, PPP ada himpunan. Dalam semua himpunan yang dibangkitkan adalah suara generasi anak muda.

"Sementara pemuda PR, akhir minggu ini, dia tidak cakap pasal pembangunan belia tetapi dia cakap pasal 'one man'.

"PR tidak bawa isu kos sara hidup anak muda, isu perumahan belia... tetapi mereka rempuh pagar pertahankan seorang individu, kumpul di mahkamah pertahankan (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tetapi dalam BN kita tidak pertahan individu yang kita pertahankan adalah hak genarasi muda, inilah yang membezakan politik mereka dan  politik kita.

"Politik kita berteraskan kepada nilai dan generasi muda," katanya  ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Pemuda PPP, di Hotel Dnasty di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Khairy menambah, BN akan sentiasa bergerak dalam satu bumbung Pemuda bagi memperjuangkan hak anak muda.

"Kita akan bergerak dalam satu hati dalam memperjuangkan nasib anak-anak muda Malaysia.

"Kita akan bantu mereka, kita akan jadi jurucakap kepada generasi muda," katanya.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.