" Rakyat Hakim Negara " buat negara huru hara ...
inilah hasilnya slogan Anwar dan macai2 nya . Agama Islam menegah umatnya menelanjangkan keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan.
Bila Anwar cakap Rakyat jadi Hakim Negara , maka tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara diambil seperti berlaku kepada pencuri ini .
Jadi, perg mampos slogan Rakyat Hakim Negara ini ...
Selain dari dua insiden buli yang hangat diperkatakan dalam media sosial sejak semalam seperti Blog dan Facebook serta WhatsApp, satu lagi isu ialah insiden pukul dan bogel.
Dimana seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan telah dibogelkan oleh orang ramai setelah ditangkap ketika cuba mencuri sebuah motosikal di perkarangan Masjid Pauh Lima, Binjai Kota Bharu.
Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, suspek cuba mencuri sebuah motosikal jenis Honda Ex-5 milik seorang jemaah yang sedang solat di masjid berkenaan sebelum kejadian itu disedari orang ramai yang terus menangkapnya.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa berkata suspek turut cedera di bahagian kepala, bahu serta lengan dipercayai dipukul orang ramai.
"Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini dan keadaannya stabil," katanya ketika di hubungi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam beberapa kes curi motosikal di sekitar Binjai dan Melor.
"Menurut suspek terdapat seorang lagi rakannya yang berjaya melarikan diri ketika kejadian itu," katanya.
Beliau berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 379A/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga setengah tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Mengulas tindakan orang ramai membogelkan suspek itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata Islam menegah umatnya membuka keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan.
"Kita tak boleh mengambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata," katanya menurut AstroAwani
Rentetan dari tersebarnya gambar tersebut di dalam media sosial banyak pihakan telah mempersalahkan jemaah masjid termasuk dengan Imam serta AJK Masjid.
Kerana ramai yang beranggapan suspek tersebut telah dipukul oleh kariah masjid tersebut disebabkan dalam gambar yang tersebar kelihatan jemaah Masjid turut berada disitu.
Persepsi yang timbul dari gambar tersebut ialah suspek dibelasah dan diaibkan oleh jemaah Masjid sendiri..
Bagaimanapun ahli kariah Masjid tersebut menafikan mereka yang memukul suspek, berikut adalah penjelasannya..
Salam hormat...
penjelasan mengenai kes curi motor di Masjid Mukim Pauh 5 semalam (4.11.2014)
Dato/Datin/Tuan/Puan/
Ramai yg mendakwa bahawa suspek telah dipukul dan dan ditelanjangkan oleh jemaah Masjid.
Untuk pengetahuan semua, suspek telah ditangkap oleh salah seorang ahli jemaah yg datang lewat utk solat isya..
Oleh kerana solat berjemaah sedang berada dirakaat akhir dan jemaah belum selesai melaksanakan solat, suspek telah dibawa keluar dari kawasan masjid dan pergi ke tepi jalan ditempat yang ada orang...
Suspek curi telah dipukul di luar kawasan masjid dan semakin ramai orang datang memukulnya termasuk pengguna jalanraya.
Sedikit pun tidak ada kaitan dengan imam dan Ahli jemaah yg lain. Ahli jemaah masjid hanya datang selepas suspek telah dipukul oleh orang ramai...
Akhirnya, saya tegaskan disini perbuatan memukul dan menelanjangkan pencuri motor itu bukanlah perbuatan Imam dan ahli jemaah seperti yg telah didakwa di WhatsApp, Telegram, Fesbuk dan lain2 laman sosial.
Akhir kata.. Siasatlah dulu Sebelum menghukum.
Muda2an kita semua dilindungi Allah..
Oleh: ahli Qaryah Pauh Lima.
Dekat Kota Bharu rupanya.