..

..

BLOGGER PR KANTOI MENIPU, TAK RETI KIRA HARGA AIR COND IKUT GST

on Friday, November 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Beberapa hari lepas, terdapat sebuah artikel yang ditulis oleh seorang blogger pro pembangkang yang kononnya ingin menjelaskan pengiraan GST.

Sayangnya, artikel tersebut memberi contoh kiraan yang salah dan terpesong. Dalam artikel tersebut, penulis berkata bahawa GST yang bakal dibayar oleh rakyat terlalu tinggi dan akan berganda. Penulis memberikan contoh rangkaian penjualan ‘aircond’ dengan cara pengiraan GST yang benar-benar salah.

Penulis berkata beliau menulis setelah berjaya menghadiri dan memahami kursus GST yang disampaikan oleh Kastam. Maknanya, penulis masih gagal memahami kursus tersebut secara mendalam kerana masih lagi tidak mampu untuk mengira GST dengan betul.

Penulis mengatakan GST adalah cukai yang berganda (cascading tax) yang akan meningkatkan kos barangan secara mendadak dan akhirnya rakyat terpaksa membayar sehingga 30% GST. Tanpa penulis sedari, dia sebenarnya memberikan contoh sistem SST yang ada pada ketika ini yang akan digantikan dengan GST. ‘Kelemahan’ GST yang ditulis sebenarnya adalah kelemahan SST yang ada sekarang yang menyebabkan rakyat terpaksa membayar cukai berganda tanpa sedar. Inilah antara sebab utama, kerajaan memansuhkan SST dan menggantikan dengan GST.

Dengan menggunakan formula yang sama (harga dan keuntungan) yang penulis jadikan sebagai contoh, saya mengira semula harga ‘aircond’ tersebut kepada pengguna dalam sistem sebenar GST. Berikut adalah kiraan dan situasi sebenar:

1. Sebuah kilang menjual ‘aircond’ pada pemborong dengan harga RM700 + 6% GST menjadikan kos ‘aircond’ tersebut kepada pemborong adalah RM742. Walaupun semasa pembuatan, pengilang terpaksa membeli material dengan 6% GST, pengilang tersebut boleh menuntut semula GST yang telah dibayar kepada kastam.

Sistem ini dipanggil ‘input tax claim’ atau ‘tuntutan semula’ yang akan memastikan tiada cukai berganda dan kos tambahan kepada barangan tersebut. Jadinya, tidak timbul soal cukai berganda sehingga 12% yang disebut penulis.

2. Pemborong yang membeli ‘aircond’ tersebut daripada pengilang pada harga RM700 + RM42 GST = RM742, boleh menuntut semula RM42 GST yang dibayar daripada kastam. Menjadikan kos tersebut kembali pada kadar RM700.



Kemudian, pemborong itu pula menjual ‘aircond’ tersebut kepada peruncit dengan keuntungan RM50, menjadikan harga ‘aircond’ tersebut RM700 + RM50 + 6% = RM795. (GST RM45)
Jumlah GST yang dikutip dalam transaksi ini cuma RM3 sahaja, selepas RM45 ditolak dengan RM42.

3. Peruncit yang membeli ‘aircond’ tersebut pada harga RM750 + RM45 GST= RM795. boleh membuat tuntutan semula RM45 kepada kastam atas GST yang dibayar, sekali lagi menjadikan harga kos peruncit kembali kekal pada RM750.

Peruncit menjual ‘aircond’ tersebut kepada pemasang dengan keuntungan RM50, menjadikkan harga ‘aircond’ tersebut RM750 + RM50 + 6% = RM848. (GST RM48)

Jumlah GST yang dikutip dalam transaksi ini cuma RM3 sahaja, selepas RM48 ditolak dengan RM45.

4. Pemasang membeli ‘aircond’ tadi dengan harga RM800 + RM48 GST = RM848. Pemasang boleh membuat tuntutan semula RM48 kepada kastam dan menjadikan kos pemasang kembali pada RM800.

Pemasang menjual ‘aircond’ tersebut pula dengan keuntungan dan caj pemasangan RM250. Jadi harga akhir kepada pembeli adalah RM800 + RM250 + 6% GST = (RM1050 + RM63 GST) menjadikan harga ‘aircond’ siap pasang sebanyak RM1113.00

HARGA AKHIR = RM1113.00

Jadi, dalam artikel tersebut jelas nampaknya dia masih keliru dengan konsep GST. Sebab itu harga akhir pada pelanggan yang dia kira adalah RM1369.60.

Penulis pula berkata bahawa tanpa GST, harga akhir ‘aircond’ tersebut siap pasang cuma RM987 sahaja. Saya terfikir adakah penulis sengaja mahu mengelirukan pembaca dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Kalau ikut formula kiraannya sendiri tanpa apa-apa cukai, RM700 (harga kos) + RM50(untung pemborong) + RM50 (untung peruncit) + RM250 (kos pemasangan) adalah RM1050. Jadi bagaimana penulis boleh dapat RM987?

Walaupun nampaknya masih lebih murah tanpa GST, jangan kita lupa bahawa selama ini terdapat banyak barangan yang dikenakan cukai jualan sebanyak 10%. Harga asal kos ‘aircond’ RM700 yang penulis berikan dan saya mengambilnya sebagai contoh kiraan itu mungkin termasuk cukai jualan 10%.

Apabila GST dilaksanakan kelak, cukai jualan 10% itu akan dimansuhkan dan diganti dengan 6% sahaja. Hasilnya, harga ‘aircond’ akan lebih murah dari RM1050 (harga tanpa GST).

Sistem tuntutan semula GST oleh pengilang, pemborong, peruncit yang dilaksanakan oleh kerajaan bukanlah untuk melindungi kepentingan peniaga. Ianya untuk memastikan bahawa cukai tersebut tidak berganda dan memberi kesan pada harga akhir barangan kepada pengguna. Tanpa sistem tuntutan semula, peniaga akan memasukkan kos GST yang telah dibayar dalam harga barangan dan kemudian menambah lagi 6% GST yang perlu dicaj. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘cukai berganda’.

sumber : http://gstMalaysia.com


One Response

  1. Anonymous says:

    Readbean ...anak anjing guan eng ni semua benda dia mau putar....

    Harhtuihh....

    Gst terbukti terbaik dan berkesan sbb tu digunapakai oleh lebih 180 negara didunia...

    Dia asia tenggara hanya msia burma dan brunai saja yg belom.laksana...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.