Elok la Pusat Tahfiz Amal ini ditutup oleh Majlis Agama Islam Kedah .KLIK DISINI ..
Ramai yang merungut & banyak penyelewengan dilakukan pengurusan yang mempergunakan kanak2 berkenaan untuk mengutip derma .
Malah kalau anda melihat gelagat sebenar Pengetua mereka berhibur pada ( gambar di atas ) diketika anak muridnya mengutip derma sehingga tengah malam .. tentu rasa geram kan & menyakitkan hati
Cuma jangan ada puak2 PAS di Kedah dok putar belit menuduh bahawa kerajaan BN tutup pusat tahfiz di ceramah2 & tidak menceritakan hal sebenar.
This is why I don't donate to the so called "Pusat Tahfiz Amal" anymore. Dah lama dah tak bagi. Nampak gaya macam kita bagi amal dekat orang tua kutuk ni je. Orang dia dimana-mana. Stesen minyak, kedai makan, buat muka kesian mintak sumbangan "ikhlas" katanya.
Bila bagi seringgit tarik muka... Ambik duit dengan biadap tak pandang kita pun pastu terus blah. Mana akhlakmu?
Kata ikhlas? Kalau tak bagi lagi teruk... Membebel sorang-sorang. Siap ada kawan cerita budak-budak tu siap menjerit "arrgggh!!! Kenapa dengan hari ini ni!!!".
Macam stress tak dapat collection bagus. Mesti budak tu dapat tekanan dari orang atas. Kesian budak-budak tu. Mereka sewenang-wenangnya menggunakan kanak-kanak. Ada kalanya sampai lewat malam masih berpeleseran tanpa pengawasan orang dewasa dekat restoran, stesen minyak, tepi-tepi jalan cari derma. Apalah agaknya nasib budak tu. Tak sekolah ke? Bila masa dia mengaji dan menghafaz?
Pernah ada seorang hamba Allah soal mereka dengan memberi ayat lazim pun tak hafal.
Kata tahfiz. Agaknya dalam ribuan kanak-kanak yang dipergunakan sampai lewat malam tanpa pengawasan tu ada tak sorang yang diculik ke? Diperlakukan tak senonoh ke..? Orang jahat kan ramai kat luar sana. Nauzubillahiminzalik.
Kalau kita kesian dengan mereka (budak-budak tu) jangan bagi duit. Duit belanja pun jangan (sebab ketua diorang mesti akan check satu-satu). Jangan bagi apa-apa. Semoga dengan itu dengan sendirinya sindiket ini STOP. Nak bagi derma sebab kesian pada mereka, bagilah makanan atau apa-apa selain duit. Macam mana nak kenal mereka?
Selalunya mereka bersongkok (yang lelaki) dan bawak beg sandang. Yang lelaki ni target restoran, yang budak perempuan pulak duduk dekat pam-pam minyak berbaju kurung. Yang pastinya mereka akan gunakan resit "Pusat Tahfiz Amal".
Please jangan bagi apa-apa. Post ini bukan nak menghasut supaya jangan sedekah.. tapi supaya sindiket ni tak berkembang biak. Kena jadi kejam sikit untuk stop orang tua ni. Merosakkan nama institusi tahfiz je. Memalukan dan membusukkan nama Islam.
Orang bukan Islam akan nampak Islam ni macam lekeh sangat. This needs to stop. Please.. Share this and help educate people. - Sumber Tengku Nuruddin
Yang ini memang lah obvious, dan memang tepat jangan berderma atau memberi apa-apa. Hantar mesej yang jelas yang kita tidak akan sokong perkara yang mungkar. Sama juga dengan peminta-peminta yang lain. Dulu puak-puak ini minta sedekah, hulur tangan. Kerana dah kurang dapat sambutan, guna taktik derma rumah anak yatim, sekolah tahfiz, dalam Negara dan luar negara. Modal sikit, satu balang, kertas sekeping dengan foto sekolah atau bangunan mana-mana, dan surat. Mereka akan menjaja dan menetap di luar korider pejabat, bank dan pasar. Ini semua unsur yang pada saya amat meragukan. Cukup-cukup lah dengan memperdayakan orang ramai.