Pemuda Umno pada Selasa melancarkan portal aduan ForTheRakyat sebagai platform kepada orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan untuk diketengahkan kepada pihak berwajib.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, menerusi portal berkenaan rakyat akan mendapat saluran yang mudah dan pantas dalam mengemukakan permasalahan mereka.
"Antara peranan portal ini adalah sebagai pusat pengumpulan aduan dan permasalahan rakyat dari segenap pelusuk negara.
"Ia akan memudahkan pihak kerajaan melalui agensi-agensinya, pertubuhan bukan kerajaan yang berkenaan atau mana-mana pihak yang prihatin untuk memberi perhatian dan membantu menangani permasalahan rakyat," katanya pada sidang media di pejabat Pemuda Umno di Menara Dato' Onn pada Selasa.
Tambah Khairul Azwan, portal dibawah kelolaan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno merupakan inisiatif pergerakan itu dalam mengambil peduli hal ehwal berkaitan rakyat.
Selain itu katanya selaras dengan inisiatif berkenaan, Biro Aduan Komuniti juga turut mewujudkan 'Klinik Pemuda Umno' yang membolehkan rakyat di semua peringkat tampil mengemukakan aduan secara bersemuka kepada mereka.
"Rakyat boleh datang ke klinik ini untuk mengemukakan aduan dan permasalahan mereka kepada pegawai yang bertugas dan aduan akan diambil tindakan," katanya.
Klinik tersebut akan beroperasi dua minggu sekali dari pukul 10 pagi hingga 12 tenggahhari di Lobi Ibu Pejabat Umno di sini.
ni semua poyo!!kem pemuda liberal mmg lebih kuah dari sudu...