PASANGAN RAKYAT MALAYSIA DI SWEDEN PUKUL ANAK LEBIH 1000 KALI

on Thursday, February 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Anak kedua pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden atas tuduhan mendera anak-anak mereka, berkata dia telah dipukul lebih dari seribu kali oleh ibunya dan beberatus kali oleh bapanya pada tahun 2013.

Memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, Ammar,12, berkata beliau juga telah disuruh berdiri di satu sudut rumah sepanjang hari sehingga bapanya pulang ke rumah sebagai hukuman.

Kenyataan itu disampaikan dalam video oleh pendakwa Anna Arnell di dalam mahkamah di hadapan Hakim Mattias Moller pada hari kedua perbicaraan.

Memakai seluar jeans dan jaket hijau, Ammar juga memberitahu tentang dua insiden di mana beliau didakwa dipukul oleh ibu bapanya.

Insiden pertama adalah apabila dia mendengar muzik yang kuat ketika melakukan kerja rumah dan ibunya memukulnya dengan penyangkut baju sebagai hukuman.

Insiden kedua adalah ketika dia dan kakaknya bergaduh di dalam kereta semasa bapa mereka memandu mereka ke sekolah. Beliau berkata beliau telah dipukul di bahu oleh bapanya Azizul Raheem Awaluddin setelah memukul kakaknya.

Terdahulu di dalam video berasingan, anak bongsu pasangan itu  Arif telah menunjukkan beberapa objek yang diambil dari rumah mereka dan diminta untuk mengenal pasti yang mana digunakan untuk memukul beliau.

Beliau yang berusia tujuh tahun kemudian mengenal pasti dua rotan dan pembersih karpet sebagai objek yang digunakan oleh ibunya, Shalwati Nor Shal untuk memukulnya.

Beliau menyifatkan ia sebagai "rotan yang mempunyai simpulan".

Mamakai baju kurung berwarna emas, tudung kelabu dan jaket, Shalwati kelihatan tenang sepanjang prosiding itu yang diadakan pada waktu pagi. Dia dan suaminya Azizul duduk bersama peguam mereka Johan Tamm dan Kristofer Stahre. 

Kedua-dua mereka tidak menunjukkan sebarang emosi sepanjang prosiding.

Turut hadir ialah Duta Besar Malaysia, Datuk Badruddin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammed Tayib dan beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan pasangan itu.

Azizul dan Shalwati telah ditahan sejak Disember 2013 kerana didakwa mendera keempat-empat anak mereka , yang kini di bawah jagaan ibu saudara mereka di Kelantan.

Mereka dibawa pulang dari Sweden oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, bulan lepas.

Anak sulung pasangan itu Aishah , 14, dan Ammar kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala manakala Adam , 11, dan Arif kini belajar di Sekolah Kebangsaan Padang Kala, Kota Bharu.

Perbicaraan dijangka berjalan selama 10 hari di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm dan akan melihat Shalwati dan Azizul membuat pengakuan tidak bersalah mereka atas  melanggar integriti anak-anak mereka .




*** BILA DIDEDAHKAN LEBIH 1000 KALI ANAK INI DIPUKUL ... INGATLAH  ANAK ITU ANUGERAH TUHAN . JANGAN GUNAKAN AGAMA UNTUK HALALKAN ANAK UNTUK DIPUKUL ...


7 Responses

  1. Anonymous says:

    ........biasalah, orang Kelantan, darah PAS dah sebati dalam badan, anak sendiri pon boleh jadi musuh. Nama ja duduk oveRsea, pala hotak masih tahap Nicky & Hardy. Orang PAS ney duduk ja mana pon, kalo dah bengap setengah mampoz!!!!

  2. Anonymous says:

    Anak itu adalah hak tuhan bila bila masa allah boleh mengambilnya. Kita sebagai ibu bapa bertanggungjawab menjaga dgn baik penuh kasih sayang kerana mereka masih kecil lagi. Sekiranya anak itu nakal atau degil biasalah budak budak hanya yg mampu kita berdoa pada allah supaya dipermudahkan menjaga. Amat dikesali ibu bapa nya melayu tapi anak tidak boleh bertutur dalam b.melayu akhirnya tuhan nak tunjuk asal tanah melayu juga mereka.

  3. Anonymous says:

    jgn sesekali nak salahkan Islam. Islam tak ajar pon pukul anak. itu langkah yg terakhir. cubalah baca cara Nabi layan anak2 kecil. penuh hikmah. bukan dengan tali pinggang, hanger dll.

  4. Anonymous says:

    setuju anon 11.36..mungkin dah biasa gomo kelate gomo agaknya

  5. Anonymous says:

    Sesekali ada jugak aku pukul anak, anak yg kena pukul, tp mata aku yg berair.

  6. Anonymous says:

    Pasangan tersebut mengalami light psychosis mungkin dizaman kanak2 dua pernah didera ibubapa masing2.

  7. Anonymous says:

    Yang mewnjadi isu bukan pukul anak tapi cara dia memukul anaknya itu yang Negara Sweden tak terima.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.