Pemilihan parti pun menipu , Guan Eng tak perlu menyibuk tentang BN - Tunku Aziz

on Friday, June 7, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berterusan menuduh UMNO sebagai parti perkauman dilihat melucukan kerana DAP sendiri terbukti mengamalkan gaya politik cauvinis melampau sehingga meresahkan orang Melayu di negara ini.


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Guan Eng perlu bertanya kepada diri sendiri berhubung sumbangan partinya dalam menjamin keharmonian rakyat pelbagai kaum seperti yang berjaya dilakukan Barisan Nasional (BN) sejak lima dekad lalu.


"DAP dakwa mereka memperjuangkan politik berbilang kaum tetapi itu cakap-cakap kosong dan retorik semata-mata, kalau kita tengok parti ini, bukan parti untuk kaum selain Cina. Tanyalah ahli-ahli parti yang telah keluar dari DAP, orang Cina pun kata parti itu sangat perkauman.


"Meskipun UMNO mewakili masyarakat Melayu, Cina diwakili MCA manakala India MIC, penyatuan menerusi BN berkesan sebagai satu ramuan yang dapat menyatukan hati seluruh rakyat Malaysia, tidak seperti DAP dan pembangkang lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng melalui artikel yang disiarkan di laman webnya diwww.limguaneng.com baru-baru ini.


Artikel itu menyebut keengganan UMNO menjadi parti tunggal yang inklusif atau berbilang kaum menunjukkan parti tersebut berterusan mahu memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara kekuasaan mereka.


Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tuduhan Guan Eng itu dilihat bertujuan menutup imej sebenar DAP.


Mengulas lanjut, Tunku Aziz menegaskan, Guan Eng tidak perlu runsing terhadap UMNO atau BN sama ada ingin menjadi parti tunggal atau sebaliknya, tetapi perlu menumpukan kepada masalah dalaman DAP yang kian memuncak.


Beliau berkata, Setiausaha Agung DAP itu seharusnya memberi perhatian kepada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dan bantahan ahli parti cauvinis itu terhadap kepimpinannya.
"Guan Eng tidak mempunyai kelayakan mengeluarkan sebarang pendapat berhubung parti lain kerana masalah dalaman DAP pun dia tidak mampu menyelesaikan, jadi kenapa dia tuding jari," katanya.


Dalam pada itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, memang menjadi tabiat bagi Ahli Parlimen Bagan itu untuk memulakan sesuatu isu dan bertindak 'lepas tangan' apabila perkara tersebut mendatangkan kontroversi terhadap karier politiknya.
Sambil merujuk kepada isu penggunaan kalimah Allah katanya, Guan Eng tiba-tiba 'lesap' daripada perhatian umum setelah isu tersebut menjadi polemik yang serius dalam kalangan umat Islam.
"Dalam hal parti tunggal ini, saya menghormati pendirian UMNO yang sentiasa terbuka untuk menganjurkan perbincangan berbanding DAP apabila sentiasa dipimpin Guan Eng dalam segala urusan membuat keputusan," 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Cepat2 laa haram parti lakhanat DAP ni. Aku tak sabar nk tgk apa plak lepas ni dlm parti DAP ni.

  2. Anonymous says:

    Assalamualaikum,

    Islam mengajar umatnya bersatupadu namun kita muslim berpecah belah sedangkan bangsa lain boleh bersatupadu

    Kalau nak beli atau jual barang terpakai dan baharu sila ke produkmuslim.info

    Kalau tak beli atau jual pun sila daftar sebab ada cabutan bertuah sebulan sekali

    Sekian, terima kasih.

  3. Mohamad says:

    Jika benar umno perkauman,,bolehkah cina rasa tidur aman--

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.