Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2011-09-25

default

PANAS ! Rakyat marhaen muak ,maki twitter Anwar kritik bajet 2012

on Friday, October 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Elok la  giliran   rakyat -rakyat pulak ambil tempat pi maki Ketua Pembangkang kuat penipu & berlakon ni .  Kami geng blogger setiap hari dah  lanyak kaki peliwat dan pengkhianat bangsa ni .

Di sebalik keceriaan semua rakyat dari Perlis sampai ke Sabah gembira pelbagai hadiah dan bantuan diberikan kerajaan sempena Bajet 2012 ini ,   bila bajet untuk rakyat ini dikutuk ... sapa pun marah sebab ia baik untuk semua  rakyat .

default

PAS dakwa bajet 2012 tiru Pakatan , ingat 2 malam ke boleh siap ?

by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Seperti kebiasaan setiap bajet dibentangkan oleh kerajaan BN akan dipertikaikan & dikutuk oleh pembangkang . Siti Zailah Ahli Parlimen Rantau Panjang terus menuduh bajet  ini meniru Bajet Pakatan Rakyat yang dibentang oleh Anwar Ibrahim beberapa sebelum bajet 2012 hari ini .

Cakap guna la otak sikit Zailah ... Memalukan seorang Muslimat PAS menjadi Ahli Parlimen !

Tak kan Bajet Anwar Ibrahim yang baru dibentangkan beberapa hari dalam minggu ini , tiba-tiba Najib ciplak  dan masuk dalam bajet 2012 .  Ingat bajet sebuah negara boleh siap dalam 2 hari ka ?

Ia sudah tentu mengambil masa yang lama beberapa bulan dan memerlukan pandangan2 dari banyak pihak termasuk pakar  dalam Majlis Ekonomi Negara dan Bank Negara.  .

Tentang dakwaan cukai korporat tak banyak diturunkan itu , GPB rasa lebih baik beliau baca betul2 balik teks ucapan .

Begitu juga dengan negeri Kelantan nya yang cakap dipinggirkan , GPB rasa nama tempat Wakaf Che Yeh  di negeri terbabit  pun ada dalam bajet Najib ..

Jangan bohong la ....seluruh negara lihat Najib berucap . Apapun yang jelas Bajet 2012 kali ini memang khas untuk RAKYAT  .   Biar la pembangkang nak cakap apa , tapi yang untung adalah rakyat .




KUALA LUMPUR, 7 Okt: Secara keseluruhan, Bajet 2012 yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya bajet pancing undi bagi memastikan BN terus kekal memerintah," kata Siti Zailah Mohd Yusoff. Menurut Ahli Parlimen Rantau Panjang itu, apa yang jelas dalam bajet itu hampir semua ransangan yang dibuat hanya dalam bentuk pembangunan fizikal, tidak ada penekanan dalam bentuk pembangunan rohani dan pemulihan akhlak masyarakat. 


"Banyak perkara juga yang diciplak dari bajet Pakatan Rakyat.Tiada insentif yang banyak pada sektor swasta," katanya sebagai respon awal kepada Harakahdaily.


GST menunggu


Disebalik insentif yang bersifat "gula-gula" pilihan raya itu, beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS mengingatkan rakyat agar tidak lupa cukai barangan perkhidmatan GST yang akan dibentang di Dewan Rakyat yang sekaligus akan membebankan pengguna.


"Kita tidak nampak penurunan cukai kepada sektor koperat. Walaupun ada banyak cukai tak lansung diturunkan, namun rakyat jangan lupa cukai GST sedang menunggu akan diluluskan dalam sesi ini di Dewan Rakyat. "Maka semua rakyat akan dikenakan cukai pada semua jenis perkhidmatan dan barangan yang bakal dilaksanakan lepas PRU 13.


Kelantan terus dipinggir


Beliau juga mendakwa, bajet pilihan raya Najib itu memperlihatkan kesinambungan peminggiran terhadap rakyat Kelantan. Beliau merujuk kepada peruntukan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) satu bilion ringgit yang diumum Najib yang hanya meliputi Perlis, Perak dan Johor sahaja. Bagaimanapun beliau mengalukan semua bonus dan manfaat yang diberikan untuk rakyat, namun mempersoal kenapa ianya dibuat secara terpilih.

default

Intipati Bajet 2012 PM Dato Sri Najib Tun Razak untuk rakyat

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tema Bajet 2012 : (Belanjawan Transformasi) Membela Rakyat, Mensejahtera Negara 

Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion

BERIKUT adalah intipati Belanjawan 2012:

* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.

* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.

* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan.

* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.

* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.

* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.

* KDNK diunjur berkembang lima hingga enam peratus pada 2012.

* Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan semua rancanganpembangunan kerajaan.

* Pendapatan kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM186.9 bilion pada 2012berbanding RM183.4 bilion pada 2011.

* Defisit belanjawan dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNKberbanding 5.4 peratus pada 2011.

* Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa pada2012, merangkumi perkhidmatan hospital swasta, perkhidmatan pakar perubatan danpergigian, arkitek, kejuruteraan, perakaunan dan percukaian, perundangan,perkhidmatan kurier, perkhidmatan pendidikan dan latihan serta perkhidmatantelekomunikasi.

Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.

*"Rolling plan" kedua akan diperuntukkan RM98.4 bilion dengan RM49.2 bilionmasing-masing untuk 2012 dan 2013.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.

* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.

* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.

* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD. * Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.

* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dan traksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.

* Valuecap Sdn Bhd akan menyediakan RM200 juta sebagai dana permulaan bagi Dana Dagangan Bursa yang mematuhi Syariah. * Felda Global Ventures Holding akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 bagi mengumpulkan dana untuk menjadi sebuah syarikat berstatuskonglomerat global.

* Kerajaan akan memberikan kadar cukai konsesi 10 peratus ke atas dividenpelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam amanah pelaburanhartanah bagi lima tahun dari 2012 hingga 2016. * Satu skim Dana Pembiayaan PKS yang mematuhi Syariah berjumlah RM2 bilionakan dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih pada 2012.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi SME Revitalisation Fund yangakan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.

* Kerajaan akan menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta untukmembantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.

* Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid dankereta elektrik dilanjutkan sehingga 2013.

* Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkandengan peruntukan RM420 juta.

* Kerajaan mencadangkan pengusaha hotel di Semenanjung Malaysia yang melaburdalam hotel empat dan lima bintang baharu, diberikan galakan taraf Perintisdengan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 60peratus bagi tempoh lima tahun.

* Kadar cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula.

* Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh Syariahberjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik.

* Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi galakanTaraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selamalima tahun.

* Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektorpertanian.

* Kerajaan mencadangkan menaikkan had harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku daripada maksimum RM220,000 kepada RM400,000 bermula Januari 2012. * Di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sejumlah 7,700 rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja pada 2012.

* Pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah di bawah PR1MA. * RM443 juta diperuntukkan bagi pembinaan 8,000 unit untuk jualan dan 7,000unit untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000 unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan kerajaan memberi subsidi baki RM20,000. * RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. * Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

* MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskankonsep "Management Buyout".

* Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

* Kerajaan mencadangkan peruntukan bagi TEKUN dinaikkan kepada RM300 juta. * Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion bagi pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada jumlah ini, RM100 juta disediakan untuk usahawan India Malaysia dan RM100 juta lagi bagi usahawan Cina.

* Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara perjanjianpembiayaan mikro kredit.

* MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta.

* RM200 juta diperuntukkan bagi latihan dan kemahiran belia menerusi Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY1Malaysia). * Kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai.

* RM50 juta diperuntukkan untuk membina kemudahan padang tiruan yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara. * Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta untuk mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya di kejohanan sukan peringkat antarabangsa.

* Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.

* Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus. * Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

* Mulai tahun 2013, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji. * Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.


KLIK untuk teks ucapan penuh

default

Guan Eng mesti cemburu FDI Malaysia tertinggi di Asia sebanyak RM 21.2 Billion !

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kemaskini :  

Kemasukan pelaburan asing di Malaysia adalah tertinggi di ASIA dalam masa 6 bulan iaitu RM 21.2 Billion !
Najib berkata ia meningkat 6 kali ganda !

Inilah kejayaan hasil usaha kerajaan Barisan Nasional  .. bukan seperti kerajaan DAP yang  ambil kredit usaha kerajaan pusat.

default

Nurul Izzah pertahan Papa hebat tapi Dr Hoogland cakap Anwar tak mampu lakukan seks

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

AIDCNews – 7/10/11 – Arah tuju kes liwat II kini menjurus kepada potret Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang lelaki tua, berumur 63 tahun, tidak berupaya dari segi zahir dan batin serta mempunyai pelbagai penyakit.

Imej seperti ini sudah tentu tidak sesuai kepada ‘seorang tokoh’ yang sering dilaung-laungkan sebagai ‘bakal Perdana Menteri (PM) Malaysia’


Sebab itu, sebelum ini, jika ada tohmahan Anwar adalah ‘Lelaki Melayu Terakhir Yang Sudah Melewati Peghujung Usia‘ yang sudah tidak relevan lagi menjadi PM, anaknya Nurul Izzah akan mempertahankan papanya.


“Jika tanya saya kekuatan papa, saya pasti beri komen yang memihak kerana ada kaitan kekeluargaan, namun harus diakui stamina beliau bukan sahaja mengalahkan saya, bahkan hampir semua pimpinan yang ada,” kata Nurul Izzah dalam tajuk muka depan Sinar Harian, tahun lalu.
Malah lebih melucukan sekitar Februari 2009, Ketika Anwar berceramah di Bintulu, Sarawak, pengerusi majlis yang juga aktivis PKR mempotretkan Ketua Umum PKR itu sebagai ‘Barack Obama Malaysia’ dan bakal PM Malaysia.

Lucu bukan, kerana Barack Obama yang berusia 50 tahun ketika itu baru dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS), maka para penyokong Anwar di Malaysia mahu menyamakan Barack Obama dengan Anwar Ibrahim di Malaysia yang sudah mencecah umur 60 tahun ketika itu.

Maklumlah ketika itu, pakatan pembangkang baru sahaja memenangi Pilihanraya Umum ke-12 dengan majoriti yang besar yang sering disebut-sebut sebagai ‘faktor Anwar’, maka umur Anwar dikurangkan 10 tahun supaya sama dengan Barrack Obama.

Anwar dituduh meliwat pembantunya pada 26 Jun 2008, ketika itu, Anwar masih berulang alik ke AS setelah bermastautin di negara itu dalam tempoh yang agak lama.

Ketika itu usia Anwar dalam lingkungan lewat 50-an, berpewatakan stail Barat dan berkaca mata. Manakala pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berusia lebih kurang 23 tahun, seorang pemuda yang tampan, ada bau-bau bacang seperti adik angkat Anwar, Sukma Darmawan, ketika usia muda.

Namun, setalah menunggu hampir tiga tahun, ketika usia Mohd Saiful sudah mencecah 26 tahun dan Anwar, 60 tahun, barulah kes itu dapat dibicarakan secara serius di mahkamah, tanpa penangguhan lagi.
Tetapi kini, Anwar menukar taktiknya, dari bertahan dan mengelakkan diri daripada dibicarakan, kepada taktik pilihan terakhir, iaitu seorang lelaki tua yang tidak berupaya.

Tujuan ‘doktor peribadi’ Anwar, Dr Thomas Hoogland dari Munich, Jerman dianggap sebagai talian hayat terakhir untuk mencapai objektif itu.

Portal pro Anwar, Malaysiakini sudah menggerakkan propangandanya untuk mempengaruhi minda rakyat bahawa Anwar adalah ‘Lelaki Tua Yang Tidak Berupaya’.

“Persoalan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim “boleh melakukannya” terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tinggal misteri, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya prosiding itu didengar secara tertutup selama kira-kira 10 minit, dalam perbicaraan kes liwat Anwar hari ini.

“Bagaimanapun, dari keterangan pakar bedah ortopedik Belanda dan pakar sakit belakang, Dr Thomas Hoogland sejak pagi tadi, pihak pembelaan telah menegaskan bahawa secara logik ataupun fizikal, aksi sedemikian tidak mampu dilakukan”, lapor portal itu.

Lapornya lagi supaya lebih suspen, “galeri awam mahkamah telah dikosongkan sebelum Hoogland memberi keterangan selama 10 minit…Malah, Presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beredar dari galeri itu selepas polis mengarahkan ia dikosongkan..”
Malah dalam keterangan Hoogland sebelum ini, beliau berusaha menggambarkan Anwar masih berpenyakit lama.

Menurutya, pada 7 Februari 2005, beliau melakukan pemeriksaan dan mendapati Anwar masih mengalami sakit belakang.

Katanya, terdapat peningkatan yang ketara dalam keadaan Anwar sebelum pembedahan, tetapi tidak banyak berubah selepas beliau keluar dari hospital pada 24 September 2004.

“Kerosakan saraf, stenosis mengehadkan pergerakannya, dan kerosakan kepada sendi (tulang belakang) juga menyebabkan masalah berterusan,” katanya.

Kadangkala agak bombastik juga keterangan Hoogland kerana menggambarkan Anwar mempunyai gerakan belakang yang terhadp apabila dibongkokkan kepada 10 darjah ia akan merasa sakit yang selalunya ada kaitan dengan aktiviti solat.

“Saya menasihatkan Anwar untuk solat, dengan melakukannya secara berhati-hati dan perlahan-lahan.
“Anda boleh bengkok ke hadapan dengan cepat tetapi apabila anda kembali, lakukannya dengan sangat perlahan-lahan (bergerak kembali tegak dan berdiri).”katanya.

Malah cara gambaran Hoogland itu memberi gambaran kepada kita bahawa Anwar sangat uzur, “Anwar mengalami lumbar sclerosis, yang menjejaskan kaki dan tangan pesakit”, “Anwar bukan sahaja pernah mengalami cakera tulang belakang yang tergelincir beliau juga mengalami ‘spinal stenosis’ (penyempitan luar biasa tulang belakang yang boleh berlaku dalam mana-mana daripada kawasan-kawasan tulang belakang),
“Anwar mempunyai athritis (sendi) teruk dan stenosis serius pada leher” dan “Anwar akan kesakitan jika menggunakan aktiviti menggunakan pinggul”

Halatuju penerangan Hoogland sudah diketahui matlamatnya.

Sebenarnya penerangan seumpama itu adalah seolah-alah membogelkan Anwar, namun semua itu terpaksa dilakukan kerana Anwar sudah habis talian hayat, terutamanya satu nyawa penting iaitu alibi.AIDCNews – 7/10/11 

LINK

Anwar tak mampu lakukan hubungan seks 

default

Ceramah Hudud PAS dah ditolak majoriti rakyat Kelantan ??

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Semakin muak rakyat Kelantan terhadap isu hudud PAS yang kembali dilaungkan PAS  walhal dalam Pakatan sendiri menolak sekeras-kerasnya .Anda boleh lihat sendiri kehadiran rakyat Kelantan ke ceramah penerangan hudud ini di stadium Kota Bharu .

Selalunya penuh padang dan stadium kehadiran orang tetapi kini  tak ramai pun .Sudah tentu yang hadir ini hanyalah penyokong tegar PAS .

Adakah rakyat Kelantan tidak percaya lagi PAS mampu laksanakan hudud ? Atau mereka sudah tahu PAS sengaja politikkan semula isu ini untu raih undi ....


haprak daily cakap puluhan ribu laungkan nak hudud ...
banyak ini lautan manusia  penganut PAS  ?


Hudud  politik PAS yang ditolak bukan hudud Allah ..


oleh : oh politik


Umum tahu, Pas di Kelantan sedang membuat road tour pusing satu klate untuk menerangkan HUDUD kepada rakyat sebagai persediaan kepada PRU13. Isu HUDUD ini menjadi panas apabila PAS yang pada mulanya berani, tapi hari ini sekali lagi tunduk kepada DAP.


Isu ini dilihat menjadi penyebab jatuhnya atau hilangnya sokongan cina Dan melayu kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Aku bawakan apa cara PAS dan AnwarIbrahim bagi penjelasan kepada rakyat berhubung isu ini. Bagi AnwarIbrahim, dia menyatakan, untuk laksana HUDUD Pakatan memerlukan Lebih banyk undi Dan sokongan Dari orang melayu Dan PAS terutamanya. Namun, dalam penjelasan mengenai HUDUD itu, tidak dinyatakan dengan jelas bahawa Pakatan akan laksana. Sebaliknya lebih banyak cubaan untuk spin ke arah menyalahkan UMNO.


Hadi Awang, Presiden PAS pula lebih ke arah melalut kisah UMNO Dan sejarah HUDUD. Langsung tidak diulas tenting sekutu mereka DAP. Bagi Hadi, DAP tolak HUDUD takpe, DAP bukan Islam. UMNO juga disalahkan kononnya UMNO adalah punca segala masalah HUDUD gagal dilaksana.


Apapun aku melihat ini sebagai hasil muktamar Dan persetujuan antara DAP, PAS Dan PKR. sepakat untuk 'spin' isu ini dengan meletakkan segala kegagalan PAS kepada UMNO. Kira balik kepada kisah lama. UMNO tolak HUDUD Dan sebagainya. Yang menarik perhatian aku adalah, DAP, PAS Dan PKR bersatu hanya satu matlamat, jatuhkan UMNO Dan terus melangkah ke Putrajaya. HUDUD? Entahla. Cuma gimik politik PAS semata-mata.

default

Guan Eng penipu kantoi lagi , Adun DAP sapu tanah negeri dibongkarkan !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments







GPB masih ingat lagi  selepas  Ketua Regim DAP  ini bila berkuasa di Komtar  , semua wakil rakyat DAP "diharamkan" sama sekali  memohon tanah selagi pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang dan yang ingkar akan dikenakan tindakan disiplin.

Itu lah janji dan jaminan   dilontarkan Lim Guan Eng, tepat dua minggu selepas ditabal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang 24 Mac 2008 sebagai bukti ketelusan kerajaan rejim DAP negeri baru kepada rakyat. Masa itu bertepuk tangan lah semua juak-juak taksub Khalifah ini terutama penyokong PKR dan PAS memuji anak jantan Kit Siang sebagai pemimpin hebat.

Hari ini  Guan Eng dan janji  kerajaan DAP sebenarnya satu pembohongan bila mana ada dakwaan  Adun DAP Padang Lalang  Tan Cheong Heng  telah diluluskan sebidang tanah, satu hektar di Bukit Mertajam .

Sekali lagi kerajaan CAT Guan Eng telah ditangkap menipu dan berbohong kepada rakyat !


Confirm nanti bila Guan Eng jawab bahawa ini satu fitnah besar ....hahaha



" Dulu cakap 1 inci tanah di PP tak kan dipohon tapi kini sudah 1 hektar tu .." 



Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan berkata beliau mendapat maklumat tanah 1.1 hektar itu diluluskan kepada Adun DAP Padang Lalang, Tan Cheong Heng.Tanah berkenaan di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, sebuah lokasi strategik memandangkan kawasan itu sedang pesat membangun.


Ia didaftarkan atas nama beliau dan juga abangnya Tan Chong Hock sebagai pemilik bersama.


Justeru Cheng Guan mempersoal bagaimana permohonan Adun DAP itu, diluluskan.


Menurut Naib Presiden PCM Huang Cheng Guan, "Last time they said tak akan ambil satu inci tanah pun but now what happened? Dia yang cakap kita dengar kata. Tapi ini bukan inci, ini ekar. Jadi mereka perlu jelaskan kepada rakyat Pulau Pinang. Jangan pandai cakap saja. Bagi saya slogan cat tak laku lagi. No more competency, accountability, transparency kalau betul cat jawab la ini isu kepada semua.


Beliau turut meminta kerajaan negeri menjelaskan dakwaan Cheong Heng diberi diskaun sehingga 80 peratus untuk premium tanah berkenaan.


Menurut Heng lagi,"We as any ordinary people boleh dapat ka 80 peratus diskaun? Jawab la orang biasa boleh dapat ka macam mana dia boleh dapat diskaun premium. Saya mau tanya itu betoi ke dia dapat?


Cheng Guan memberi tempoh tiga hari kepada kerajaan negeri untuk menjawab.Jika tidak mendapat jawapan memuaskan, beliau akan membawa perkara ini ke perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

default

PANAS ! Rembau diserang penyokong Komunis & Unit Amal PAS !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Memang kecoh dan panas la di ceramah Mat Sabu semalam di Rembau .Unit amal PAS yang  tidak bertemadun & menggila telah menyerang orang awam dari kumpulan NGO untuk menyerahkan memorandum kepada Mat Sabu .  Nasib baik la ada FRU yang datang mengawal keadaan di situ , kalau tak jadi la pergaduhan besar  antara penyokong Komunis dengan  rakyat marhaen .

Ikuti gambar panas di blog Jinggo World.

Tahniah Mat Sabu kerana  terus menjadi buruan rakyat yang bencikan Komunis ... itu baru yang sokong , belum lagi bapa komunis Chin Peng yang DAP nak bawa balik ke negara ini .

default

PANAS ! PAS tolak pembangunan sebab nak jual Melayu Kg Baru kepada DAP

on Thursday, October 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments





Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahril Samad hairan dengan sikap Pas yang begitu bersungguh-sunguh menolak pembangunan Kampung Baru walaupun ia bertujuan untuk membangunkan tanah orang Melayu di situ.

“Pas tuduh kononnya akan memberi keuntungan kepada syarikat dan individu yang berkepentingan tapi sudah terhad kepada empat buah syarikat yang tegap-tegap, PNB, Tabung Haji, Yayasan Hartanah dan Putrajaya Holding

“Saya rasa mana-mana pun yang dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat tersebut, saya ingat memang bagus untuk pembangunan tanah Melayu di Kampung Baru. Tambahan pula, mana-mana individu pemilik tanah yang ingin bangunkan sendiri tanahnya pun boleh, tetapi dia kena rujuk balik kepada Perbadanan Kampung Baru,” ujarnya mengulas sikap pihak Pas yang berusaha menolak rang undang-undang pembangunan Kampung Baru semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru seterusnya berkata melalui kerjasama ini, semua kepentingan pemilik tanah Kampung Baru terjamin termasuk kepentingan Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) sebagai badan penasihat.

“Kepentingan pemilik juga terjamin, mereka boleh bangunkan sendiri, atau mencari partner lain ataupun bangunkan dengan badan amanah kerajaan yang mana memang tegap dan teguh ini.

“Jadi bagaimana Pas menentang sangat pelan pembangunan Kampung Baru ini. Saya ingat mereka nak jual Melayu kepada DAP sahaja. Kalau saya, orang kata yang UMNO yang jual Melayu atau apa sahaja, kita tak jual Melayu pun sebaliknya kita bantu Melayu buat, membangunkan tanah mereka,” ujarnya.

Tegas beliau, Pas sengaja nak timbulkan isu memandangkan mengikut kajian yang dibuat, tuan punya tanah hendakkan kepada pembangunan melalui Perbadanan Kampung Baru.

“Pas mahu lihat penduduk Kampung Baru mundur, miskin dan mewujudkan rasa marah penduduk di Kampung Baru memandangkan Pas mendapat sebahagian sokongan dari penduduk Kampung Baru. Kalau nak diikutkan sekarang, bukan semua penduduk di situ pun bukan semuanya warganegaraMalaysia, sebaliknya ramai orang luar.

“Tapi yang saya lihat, Pas ini hanya bangkang, bangkang, bangkang , walaupun punya kepentingan Melayu rugi tidak apa, asalkan dia bangkang, tambah lagi DAP ada, dia ikutlah telunjuk DAP sekarang ini, jual Melayu kepada DAP ini,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan sama, beliau melihat langkah berani yang dibuat kerajaan, pelan pembangunan Kampung Baru ini dilihat cara yang terbaik untuk membangunkan kepentingan Melayu, khususnya di tengah bandar. -MediaUMNO

default

CSI AS pun dah tengok video terbaru Anwar ??

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Komen GPB

Hebat Anwar Ibrahim ...sampai CSI pun buat  kajian tentang video terbarunya yang dikatakan di Thailand .

default

Dr Hoogland cakap secara tertutup tentang Anwar Ibrahim di mahkamah

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



AIDC NEWS : Sesi sebelah petang keterangan saksi pembela ketujuh, pakar bedah ortopedik, Dr. Thomas Hoogland hari ini dipohon oleh pihak pembela dibuat secara tertutup.

Katanya Dr Hoogland mahu memberi keterangan yang sensitif berkenaan latar belakang kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kaitan dengan kes liwatnya dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kali pertama, pihak pembela mohon keterangan tertutup ketika pengadu mahu menerangkan secara terperinci Anwar meliwatnya.

Kali ini pula pihak pembela mohon lagi keterangan tertutup ketika Dr Hoogland mahu menerangkan sesuatu yang sensitif berkenaan Anwar.

Apa agaknya isi keterangan Dr Hoogland itu ?


default

PANAS !! DAP hidup tak senang kalau sehari tak berbohong !

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 “Berbohong adalah tugas hakiki DAP. Setiap hari berbohong, kalau sehari tak berbohong hidup mereka tidak sempurna malah matipun kena bohong. Itulah kerja mereka, putar belit dan berbohong,” ujar Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Mejar Huan Cheng Guan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menuduh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berbohong dan membuat tuduhan palsu berhubung isu bahasa Melayu di negeri itu dipinggirkan.

Katanya, parti DAP adalah membawa maksud ‘Damn Arragont Party’ sebab itulah pemimpinnya suka putar belit dan menuding jari kepada orang lain.

Kita lihatlah betapa banyak pembohongan yang telah DAP buat. Sebelum memerintah Pulau Pinang, pelbagai janji mereka taburkan antaranya menghapuskan semua bayaran tempat letak kenderaan. Namun sehingga kini bayaran masih dikenakan malah hari Sabtu dan Ahad juga telah dikenakan bayaran.

“Bukan itu sahaja janji yang telah mereka taburkan. Janji untuk mengecat rumah pangsa di Padang Tembak dan menghapuskan tol Sg Nyior juga tinggal janji kosong. Tiga tahun telah berlalu, saya tidak nampak apa yang telah DAP lakukan yang boleh dibanggakan. Mereka hanya pandai putar belit keadaan dan berbohong kerana perkara itu telah menjadi darah daging mereka,” katanya.

Menurut Cheng Guan, sikap sentiasa merasakan diri betul menjadikan Guan Eng seorang yang bongkak dan besar kepala sehinggakan tidak mahu mendengar rintihan ataupun pendapat orang lain malah tanpa segan silu memboikot sesiapa sahaja yang tidak menyokongnya termasuk pihak media.

“Sebab itulah pihak media disalahkan apabila baru-baru ini timbul isu Guan Eng memburukkan negeri Johor. Walaupun terang-terangan sudah ada bukti tetapi dia tetap tidak mahu mengaku kesalahannya dan meletakkan kesalahan tersebut kepada pihak media. Sikapnya ini langsung tidak mengambarkan bahawa dia layak bergelar seorang pemimpin.

“Apa yang ada difikiran mereka adalah bagaimana cara untuk memutar belitkan fikiran rakyat bagi meraih undi agar dapat terus berkuasa. Inilah sikap mereka,” katanya lagi.


Komen GPB

DAP  dah lama jadi kaki pembelit ,pembohong dan penipu ini   ...depa tuduh  la  BN perbodohkan rakyat , tetapi depa lagi teruk kencingkan rakyat terang-terang !  

default

Awat Doktor tulang belakang Anwar jadi saksi pulak hari ini ?

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pakar tulang belakang dari Jerman yang pernah merawat Anwar selepas dibebaskan dari Sg Buloh, Dr Thomas Hoogland dipanggil sebagai saksi peguam bela.

Doktor yang didakwa sebagai pakar terkenal dan juga merupakan sahabat karib Anwar ini akan memberi keterangan berhubung tahap kesihatan dan fizikal Anwar dihadapan Hakim Mahkamah.


Berikut kronologi perbicaraan di mahkamah hari ini:

9.29: Galeri awam dipenuhi hadirin dan juga wartawan.

9.35 pagi: Mahkamah bersidang. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membacakan keputusan beliau terhadap permohonan mengenepikan perintah sapina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Permohonan Najib dan isteri dibenarkan mahkamah.

9.44 pagi: Mahkamah terus bersidang untuk kes Fitnah II. Peguam-peguam yang mewakili Najib dan Rosmah beredar meninggalkan mahkamah.

9.45 pagi: Saksi ketujuh pembela, pakar tulang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland mengambil tempat di kandang saksi.

9.46 pagi: Dr Thomas mengangkat sumpah dan memberitahu beliau berumur 66 tahun.

Beliau tamat pengajian perubatan pada tahun 1972 dan pada tahun 1973 memulakan latihan ortopaedik di Amerika Syarikat.

Sehingga ke hari ini, beliau memberitahu mahkamah beliau sudah menjalankan kira-kira 14 ribu pembedahan tulang belakang.

9.54 pagi: Menurut Dr Hoogland, beliau pernah memberi keterangan dalam mahkamah sebelum ini dan keterangan beliau diterima mahkamah.

Kali terakhir beliau memberi keterangan di mahkamah adalah sekitar bulan Julai lalu di County Court Oklahoma City.

9.57 pagi: Dr Hoogland menerangkan struktur tulang belakang manusia menggunakan model rangka tulang manusia dalam mahkamah.

Menurutnya, tulang belakang manusia ada 7 vertebra, 12 torasik dan 5 vertebra lumbar.

10.17 pagi: Dr Hoogland pertama kali merawat kecederaan tulang belakang Anwar dalam bulan April 2001.
Rawatan seterusnya adalah pada bulan September 2004 selepas Anwar dibebaskan dari penjara.

11.02 pagi: Mahkamah berhenti rehat 15 minit.

11.55 pagi: Sankara Nair bertanya kepada Dr Hoogland samada Anwar bertanya kepada beliau tentang pergerakan dalam solat (selaku seorang pesakit tulang belakang).

Dr Hoogland berkata beliau banyak ditanya perkara itu oleh pesakit Muslim terutamanya dari Timur Tengah.

Beliau berpesan kepada Anwar agar melakukan sebarang pergerakan dengan sangat berhati-hati dan dengan sangat perlahan agar kecederaan tulang belakangnya tidak berulang.

Sebelumnya, Dr Hoogland memberitahu mahkamah Anwar bukan sahaja pernah mengalami cakera tulang belakang yang tergelincir beliau juga mengalami stenosis.

12.00 tghhari: Mahkamah berhenti untuk makan tengah hari dan akan disambung semula jam 2 petang nanti.


Komen GPB 


Apa hal dipanggil doktor tulang belakang sebagai saksi peguambela ?? 


Untuk tunjuk bahawa Anwar tak ada kudrat nak melakukan hubungan seks lagi ke ?? haha .... ... kiranya tak boleh meliwat sekali la ..


Dah hilang modal dah untuk berhujah melawan bukti pendakwaraya ..

default

Standard DAP memerintah, bahasa kebangsaan memang dipinggirkan !

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Bahasa Inggeris dan bahasa Cina digunakan secara meluas di negeri ini sejak Kerajaan DAP Pulau Pinang diberi mandat menerajui Pulau Pinang sejak 8 Mac 2008.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, hasil pemantauan yang dibuat pihaknya dalam tempoh tiga tahun setengah ini menunjukkan bahasa kebangsaan semakin dipinggirkan terutama dalam majlis rasmi yang melibatkan khalayak dari kalangan masyarakat Cina.

Menurut Zainal Abidin, jika adapun, bahasa Melayu hanya digunakan sebagai 'kata aluan' atau 'pembuka kata' dan kemudiannya disusuli dengan pengunaan bahasa Inggeris atau bahasa Cina sepenuhnya.

"Jangan terkejut jika di Pulau Pinang bahasa Cina dan bahasa Inggeris digunakan secara meluas berbanding bahasa kebangsaan. Itu sudah jadi 'standard' di negeri ini terutama sejak DAP memerintah. Bahasa kebangsaan dikebelakangkan.


"Begitu juga dengan rakyat terutama yang tinggal di kawasan perkampungan Cina, kebanyakannya tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan.

"Mereka ini rakyat Malaysia, tapi tidak fasih bercakap bahasa Melayu. Justeru, saya berasakan teguran yang dibuat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung perkara itu amat tepat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menuduh Rais berbohong dan membuat tuduhan palsu berhubung isu bahasa Melayu diketepikan dalam satu majlis rasmi di negeri ini baru-baru ini.

Pada majlis itu, pengurusan Kolej Han Chiang hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin.

Zainal Abidin berkata, UMNO Pulau Pinang amat kesal dengan sikap Guan Eng yang sentiasa cuba mencari helah apabila sesuatu kesalahan itu diletakkan kepadanya.

Menurut beliau, tindakan berkenaan amat jelas menunjukkan jiwa, mentaliti dan perasaan Setiausaha Agung DAP itu masih dikuasai dengan ideologi sebagai pembangkang.

"Bila jiwa, mentaliti dan perasaannya masih pembangkang, sudah pasti dia (Guan Eng) tidak dapat menyesuaikan diri apabila dilantik sebagai pemimpin kerajaan. Amat jelas, dia tidak boleh langsung menerima sebarang kutukan atau teguran. Bila kena, pasti ada sahaja helahnya," kata Zainal Abidin.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Guan Eng tidak sepatutnya mengikut emosi sebaliknya menerima teguran yang dibuat Rais dan berusaha membetulkannya.

"Ini tidak, dia tuduh dan putar- belitkan apa yang berlaku. Namun, sebagai rakyat, kita tidak terkejut langsung dengan apa yang dilakukannya. Inilah sikap Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya.

"Padanya, hanya dia sahaja yang betul. Orang lain semua tidak betul. Tetapi, jika terbukti apa yang ditegur Rais itu betul, saya harap dia bertanggungjawab kerana tindakannya (menuduh Rais berbohong) memalukan rakyat negeri ini terutama orang Melayu

default

DAP sah parti rasis ,Guan Eng goyang kaki tapi Manoharan kena tindakan

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




NGO India , Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang melahirkan rasa tidak puas hati tindakan Majlis Tertinggi DAP yang mengantung Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan selama enam bulan berhubung satu kenyataan tentang Jalur Gemilang menerusi Facebook, minggu lalu.

Bendaharinya, Vincent David berkata, persatuan faham bahawa Manoharan memang telah melakukan kesilapan sehingga beliau digantung selama enam bulan, tetapi dalam masa yang sama Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng juga telah melakukan kesilapan dengan mengutuk dan membuat dakwaan yang buruk terhadap negeri Johor sehingga menimbulkan kemurkaan Sultan Johor tidak dikenakan sebarang tindakan.

“Jadi DAP wajar mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Lim Guan Eng sebagaimana tindakan terhadap Manoharan. Bagi saya, sebagai NGO melihat DAP memang merupakan sebuah parti yang rasis, kalau Guang Eng buat mereka tidak akan mengambil apa-apa tindakan, sebab dia anak Kit Siang.

“Namun jika mana-mana ahli atau pemimpin DAP berbangsaIndiamelakukan kesalahan, tindakan segera akan diambil. Jadi kami dari Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang mengecam tindakan terhadap Manoharan sedangkan dalam masa yang sama, Lim Guan Eng dibebaskan,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Sehubungan dengan itu, Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang mencabar Majlis Tertinggi DAP mengambil tindakan yang sama terhadap mana-mana ahli DAP termasuk terhadap Lim GuanEng.

“Kami memerhatikan apa yang dibuat DAP itu salah. Maka kami berharap agar Majlis Tertinggi DAP buat sesuatu yang adil kepada mana-mana ahli DAP tanpa mengira status dan kedudukan walaupun Lim Guan Eng merupakan Setiausaha Agung, tidak dikenakan apa-apa tindakan walaupun beliau sendiri telah mengaku membuat silap dan meminta maaf terhadap Sultan Johor.

”Maka DAP harus buktikan ketelusan dan keadilan sebagaimana yang mereka war-warkan selama ini,” tambahnya. -MediaUMNO


default

Video Lancau 2.0 untuk budak gila publisiti Namewee ...

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

default

Adakah Kelantan tak ada paip air di masjid & surau ?

on Wednesday, October 5, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sebelum GPB nak ulas tentang gambar ini , terima kasih kepada bro MPP yang share  lakonan terbaik  Nik Aziz tahun ini .

Apa  kejadahnya Pok Nik ini pi amik wudhuk di tepi sungai sedangkan semua masjid dan surau ada air paip ?

Adakah pemimpim agung PAS ini saja  berlakon politik untuk diambil gambar  supaya disebarkan ke seluruh rakyat Kelantan ?

Tapi yang best ada orang cakap ini Nik Aziz nak ajar rakyatnya guna air sungai sebab negeri mereka ada masalah air yang kritikal sekali .

Lihat di bawah fakta dan bukti PAS & Nik Aziz tidak jaga kebajikan rakyat dengan sempurna ...


7,000 pengguna di Gua Musang hadapi masalah bekalan air bersih


KOTA BAHARU - Kira-kira 7,000 pengguna di jajahan Gua Musang menghadapi masalah bekalan air bersih selama seminggu mulai semalam hingga Isnin ini.


Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Hazwan Hassan berkata gangguan itu berikutan kerosakan pam air mentah di loji rawatan air di Sungai Ketil dekat situ sejak dua hari lepas.


Beliau berkata kerosakan itu juga menyebabkan kapasiti pengeluaran bekalan air bersih menurun secara mendadak.


"Antara kawasan terlibat ialah Bandar Gua Musang sendiri dan sekitarnya yang membabitkan kira-kira 7,000 pemegang akaun di kawasan berkenaan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.


Hazwan berkata kerja-kerja membaik pulih loji tersebut sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya Isnin depan.


Beliau berkata pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan melalui nombor 1300-88-2572 untuk maklumat lanjut berhubung perkara itu.- Bernama



default

Rakyat harus percaya penuh Bajet Pakatan Rakyat - Pemuda PAS

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments







Bajet Pakatan Rakyat terbaik

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia mengalu-alukan pengumuman Bajet Alternatif Pakatan Rakyat yang bertema “Kesejahteraan Untuk Semua” seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam di Bilik Taklimat Bangunan Parlimen.

Bajet Alternatif Pakatan Rakyat memperuntukkan RM 220 bilion bagi belanjawan tahun 2012 dengan usaha untuk mengurang defisit pada kadar 4.4 peratus berbanding 6 peratus daripada KDNK.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia menyifatkan Bajet Alternatif ini benar-benar menepati aspirasi dan perjuangan Pakatan Rakyat di dalam memberikan pembelaan dan mendahulukan kesejahteraan rakyat.

Bajet Alternatif ini juga merangkumkan secara menyeluruh kumpulan-kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan bantuan dan galakan untuk mereka meneruskan penghidupan yang lebih baik dan berimbang dan membanteras sebarang amalan salah laku dan pembolotan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia cukup yakin dengan keupayaan pakar-pakar ekonomi Pakatan Rakyat di dalam menyediakan Bajet Alternatif ini kerana sudah pasti mereka telah mempertimbang dan membuat rujukan yang teliti terhadap ekonomi, sumber-sumber kewangan dan simpanan kewangan negara sebelum membentangkan Bajet Alternatif ini.

Oleh itu rakyat perlu memberikan kepercayaan penuh kepada Pakatan Rakyat untuk merealisasikan kemampuan melaksanakan Bajet Alternatif ini dengan mengangkat Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Pusat menggantikan Barisan Nasional.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia percaya seluruh rakyat Malaysia akan dapat menerima pembentangan Bajet Alternatif ini kerana ianya adalah sesuatau yang boleh dilaksanakan berdasarkan ketelusan dan kebertanggungjawaban serta intergriti pimpinan Pakatan Rakyat di dalam menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat di Negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Bajet Alternatif Pakatan Rakyat adalah benar-benar mesra rakyat dengan imbuhan yang akan memberikan penhidupan yang lebih baik kepada rakyat.

Pakatan Rakyat juga bertegas untuk menghentikan segala amalan-amalan salah urus kewangan, ketirisan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah membabitkan kehilangan kewangan yang cukup banyak semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Jabatan pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia mengharapkan semoga rakyat Malaysia akan bangkit menolak Barisan Nasional yang telah lama menindas rakyat dengan cukai-cukai yang zalim dan memberikan peluang kepada kroni mereka mengaut keuntungan hasil mahsul negara ini.

Dengan memberikan satu peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional memerintah negara ini dan mengembalikan hak dan kemuliaan rakyat pada tempat yang sepatutnya.

MOHD SANY HAMZAN
PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA




Komen GPB

Janji PRU 12 pun belum tunaikan sepenuhnya di negeri Pakatan, sekarang nak paksa dan  suruh rakyat percaya bajet mereka ini dan seterusnya menukar kerajaan dalam pilihanraya akan datang .

Janga bodohkan rakyat la ..........

default

Kerajaan anak jantan Kit Siang muka tak malu , ambil kredit kerja kerajaan BN

by Pejuang Bangsa
 - No Comments






Itu lah realitinya kerajaan DAP yang diketuai anak jantan Kit Siang .  Segala apa yang dilakukan kerajaan Pusat diterajui BN diambil kredit semaksimum mungkin . Dari pelaburan masuk ke negeri ini sampai lah ke membaiki sistem perparitan dan longkang serta jalanraya .

Yang mereka tahu hanya beri duit RM 100  saja untuk meraih undi politik walhal banyak masalah  rakyat  yang tidak ditangani kerajaan negeri .

default

Guan Eng semakin desperado , tutup kesalahannya serang Rais Yatim !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terbukti mengamalkan taktik desperado dalam usaha untuk menyelamatkan diri daripada terus menjadi bahan dalam perbincangan khususnya yang menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman melihat tulisan entri terbaru Guan Eng bertajuk Datuk Seri Rais Yatim Should Not Lie Like Utusan Malaysia But Prove Which Penang State Official Function He Attended Sidelined Bahasa Malaysia sengaja diwujudkan bagi mengalih tumpuan masyarakat terhadap isu-isu ke atas dirinya sebelum ini.


“Guan Eng sebelum ini telah bermatian membuat penafian memburukkan negara apabila berada di negara luar dan apabila terbukti dia memohon maaf kepada Sultan Johor bagi melenyapkan semua kisah-kisah terbabit namun tidak semudah itu lantas setelah terdesak, dia cuba mencari satu platform baru bagi membersihkan semula namanya sebagai seorang pemimpin parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya.

Dilaporkan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menuduhnya berbohong dan membuat tuduhan palsu berhubung isu bahasa Malaysia diketepikan dalam satu majlis rasmi di negeri itu baru-baru ini.

“Guan Eng bertindak demikian sebagai perancangan bagaimana mahu menengakkan semula kepimpinannya sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang setelah dia dilihat gagal dalam isu-isu sebelum ini.”

Jelasnya, hal-hal fundemental yang membabitkan pakatan pembangkang juga tidak dapat diselesaikan dengan baik hinggakan ikatan dalam pembangkang itu sendiri dilihat semakin rapuh.

“Masyarakat menilai bagaimana kepimpinan pembangkang termasuklah Guan Eng dalam hal-hal fundemental misalnya isu hudud yang gagal mencapai penyelesaian baik dan mempalitkan kesan negatif kepada mereka.


“Inilah taktik Guan Eng yang gagal menyelesaikan masalah sedia ada sebaliknya mengambil taktik desperado dengan cuba mengalihkan perhatian melalui serangan kepada pihak lain atas harapan ia mampu menjadi satu polemik baru yang akan menutup kelemahan-kelemahan serta aibnya sebelum ini sebagai pemimpin,” tegasnya.

Sebelum ini Guan Eng telah dipaparkan berserta transkrip kenyataan yang dikatakan memburuk-burukkan Johor dengan disiarkan oleh media termasuk televisyen dan beberapa blog.

Namun demikian, Guan Eng masih enggan mengakui kesilapannya dan memebritahu beliau memohon maaf kepada Sultan Johor atas dasar penubuhan perjuangan DAP adalah untuk membela Perlembagaan dan bukannya menentang institusi raja. - MediaUMNO

default

DAP dengki ! Ini bukan China Doll tapi Amoi MCA 1 Malaysia ....

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

Ada jugak puak mata sepet yang jeles bila MCA bawa masuk jelitawan hadir ke majlis Mesyuarat Pemuda MCA... mungkin jelitawan ini bakal menggugat kedudukan ranking aso, nyonya tukang karut dari parti DAP yang dikatakan semakin tidak relevan.

Ini jelitawan real punya, rakyat Malaysia bukan Chinadoll bro! lai... lai... lai... Kalau nak berkenalan mari join MCA sekarang!




Kehadiran tujuh jelitawan muda pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA pada Sabtu lalu, cukup mencuri tumpuan para perwakilan dan sesetengah media memilih menyiarkan gambar mereka di halaman utama di akhbar mereka pada keesokan harinya.

Semalam, ketua Beliawanis MCA, Tee Hooi Ling menolak dakwaan bahawa wanita berkenaan bukan ahli bona fide parti itu.

"Hal ini tidak benar, mereka adalah semua ahli. Jika tak silap, ada antara mereka adalah dari bahagian Subang. Saya tidak tahu bagaimana orang boleh tergamak membuat dakwaan seumpama itu," katanya.

Tee berkata bahawa ia "sangat menjijikkan" untuk netizens (warga di internet) mempersoalkan keanggotaan wanita berkenaan semata-mata kerana mereka berpendapat wanita itu cantik.

Katanya, ahli-ahli Beliawanis itu hadir pada Sabtu lalu kerana menerima jemputan Pemuda MCA yang akan membuka sayap itu kepada ahli-ahli wanita tahun depan.

"AGM hanya untuk perwakilan pusat, dan Beliawanis daripada beberapa bahagian telah dijemput ke Mesyuarat Agung Tahunan untuk menjadi pemerhati," katanya. Walau bagaimanapun Tee tidak pasti bahagian-bahagian yang dijemput itu.

Menurut beliau gambar-gambar ahli Beliawanis MCA yang terpampang di dada akhbar itu adalah ahli "yang agak baru", sambil menambah bahawa Pemuda MCA boleh mula merekrut ahli-ahli wanita sebelum dasar itu menjadi rasmi.

Beliawanis sebelum ini ditempatkan di bawah Wanita MCA dan khusus untuk ahli-ahli wanita yang berusia 18 hingga 35.

sumber : Bro jinggo



Komen GPB 

Ini bukan China Doll tapi amoi 1 Malaysia maa..... tahun depan confirm  nak pergi la Perhimpunan Agung MCA sebab nak ambil gambar amoi2 MCA ni ...

default

Najwan Halimi tergagap disoal pendakwaraya , akui bukan kenalan rapat Saiful

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Berapa juta agaknya Anwar bayar kepada Najwan untuk jadi saksi burukkan peribadi Saiful ??

Baca juga pendedahkan menarik blog Dr MIM di mana anak muda penyokong PKR  berebut untuk memegang diari merah Anwar Ibrahim .

Mungkin itu yang Najwan dengki sangat kepada Saiful kerana berjaya memiliki diari tersebut . KLIK DI SINI

default

Kren menghempap bangunan , tentu dituduh BN yang luluskan projek ini !

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



GEORGETOWN - Menyedihkan. Itulah nasib seorang warga emas yang meninggal dunia apabila dihempap dinding konkrit ketika tidur di rumahnya yang dibina sebelum perang di Jalan Transfer dekat sini.

Mangsa, Liang Yip Kwang, 65, juga seorang tukang besi maut serta merta, manakala tiga lagi ahli keluarganya, Chew Hong Choo, 76, Luar Chooi Guan, 70-an, dan Luar Seng Ean, 54, cedera parah dalam kejadian ngeri itu.

Menurut sumber, Yip Kwang ketika itu, sedang nyenyak tidur di tingkat atas rumahnya dan mayatnya ditemui tertimbus bersama sisa dinding konkrit dan bumbung rumah, manakala tiga lagi ahli keluarganya mengalami kecederaan parah.

Tindakan pantas pasukan bomba, berjaya menyelamatkan tiga mangsa yang ketika itu dalam keadaan cedera parah dan berada di celah runtuhan rumah terbabit.

Saksi enggan namanya disiarkan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah malam kelmarin dalam keadaan hujan renyai dengan menara kren ‘gergasi’ itu berada dalam keadaan melintang dan menghempap bangunan berdekatan.

“Ketika kejadian, saya dan rakan-rakan sedang minum di kelab malam di sini. Kejadian ini benar-benar menggemparkan kerana dentumannya kuat menyebabkan pengunjung kelab malam, semuanya lari menyelamatkan diri.

“Mulanya kami menyangka ada kemalangan, namun setelah melihat di seberang jalan, kami mendapati menara kren sepanjang 60 meter tumbang dan menghempap rumah terletak di persimpangan jalan antara Jalan Transfer dan Jalan Bahari,” katanya kepada Sinar Harian kelmarin.

Difahamkan, menara kren itu digunakan untuk projek pembinaan hotel 20 tingkat terletak kira-kira 30 meter dari rumah mangsa. Menara kren itu turut menghempap bangunan menempatkan pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan mengalami kerosakan di tingkat tiga dan lima.

Pengarah Bomba negeri, Azmi Tamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.20 pagi dan lima jentera membabitkan Balai Bomba Jalan Perak, Lebuh Pantai, Bagan Jermal, Bayan Baru dan bomba sukarela bergegas ke lokasi kejadian.

“Dua mangsa awal termasuk seorang wanita dilaporkan parah di kepala dan badan berjaya dibawa keluar kira-kira jam 12.30 pagi dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Mangsa ketiga, seorang lelaki warga emas turut mengalami kecederaan terpaksa dibawa turun melalui tingkap, kira-kira jam 1 pagi manakala mangsa terakhir yang maut dikeluarkan kira-kira sejam kemudian,” katanya di lokasi kejadian kelmarin.

Menurutnya, usaha mengeluarkan mayat dilakukan dengan berhati-hati kerana pasukan penyelamat terpaksa mengangkat runtuhan dinding konkrit dan juga kren terbabit.

Hasil siasatan awal kita tidak menolak kemungkinan faktor angin kuat dan keadaan hujan sejak beberapa hari lalu, membuatkan menara kren itu tumbang. Bagaimanapun, kes ini akan diserahkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Dosh) untuk siasatan lanjut selain mengenal pasti punca kejadian,” katanya.


Komen GPB 

Nak bina hotel 20 tingkat di tengah bandar ... persoalannya siapa yang lulus projek pembinaan ini ???

Silap-silap puak-puak DAP ini tuduh kerajaan BN zaman Tsu Koon yang luluskan projek sepertimana projek parking di Bukit Bendera.

default

Pembangkang terkejut Najib bebaskan 125 tahanan tahanan kediaman terhad

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan untuk membebaskan seramai 125 orang yang dikenakan perintah tahanan kediaman terhad.

Perintah berkenaan berkuat kuasa serta merta hari ini, katanya ketika membentangkan usul untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad untuk kali kedua di Dewan Rakyat.

Serentak itu juga, kerajaan membatalkan sebanyak 200 waran perintah sama yang belum diserahkan kepada individu berkenaan, tambahnya.

Tahniah PM yang mengotakan janji beliau sebelum ini ...  pembangkang semakin pening dan hilang modal dah ....haha

default

Saya tengok bukti jelas Anwar liwat Saiful - Zul Nordin

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Komen GPB :   Bukti  Anwar meliwat semakin jelas   .....konspirasi apa kejadah lagi ??

default

Bajet Anwar Ibrahim kena balun kaw-kaw dengan Tun Mahathir ...

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


 “Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada.” Itu merupakan jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Pembangkang.

Dilaporkan Pakatan Pembangkang akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

“(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja,” kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini hari ini.

“Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalty minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya),” katanya.

“Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah,” kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

default

Isu Cincin USD 24 juta terbukti fitnah , Pakatan memang sah penipu !

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Bohong & penipu rakyat kantoi !  ...isu cincin USD 24 juta yang  dijaja oleh Pakatan untuk burukkan  Datin Seri Rosmah akhirnya terjawab dan ternyata satu  tuduhan fitnah !

Pakatan nampaknya semakin terdesak hingga  terpaksa fitnah Datin Seri Rosmah  demi menghalalkan cara untuk rampas Putrajaya .  Cuma GPB kesian la kepada ostat-ostat PAS yang berceramah la tentang cincin dari tazkirah bulan Ramadhan sampai la kuliah subuh untuk burukkan Rosmah dan Najib .

Walhal depa itu tak tau isu cincin ini adalah fitnah & bohong !  Tanggung la dosa wahai ostat2 PAS dan lepas itu bohong pulak dalam masjid !






Chegubard tak nak cakap apa-apa  ka ?? Lepas cincin apa pulak lagi nak fitnah ?? Kasut , gelang , atau tak pun jam omega ??




KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan tiada sebarang pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata cincin kontroversi berkenaan turut dikembalikan kepada syarikat pemunya cincin itu selepas beberapa hari.


"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes berkenaan kepada JKDM dan pihak mereka mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut," katanya dalam jawapan bertulis diDewan Rakyat pada Selasa.


Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin mengetahui status siasatan pihak polis dan SPRM berhubung dakwaan pembelian cincin tersebut.


Bagaimanapun menurut Mohamed Nazri, kes berkenaan tidak berada di bawah bidang kuasa SPRM kerana suruhanjaya itu hanya menjalankan siasatan bagi kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewenganseperti mana dalam peruntukan Akta SPRM 2009.


Sebelum ini, Rosmah turut menafikan mengenai pembelian cincin berkenaan dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah.

default

Sebak seorang raja bertegas untuk pertahankan Islam

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Titah Raja Nazrin di Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia 


Segala puji tertentu bagi ALLAH Subhanahu Wata’ala yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi Nya (pula) segala puji di akhirat, dan Dialah saja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan Nya.[1] Hamba-Mu ini, dengan hati yang bening – ingatan yang hening, melafazkan seikhlas tutur dari denyut nadi – menzahirkan setulus kalam dari pancaran hati, kalimah kesyukuran yang setinggi-tingginya atas anugerah rahmat dari Mu jua Ya ALLAH, mengangkatkan martabat Hamba-Mu ini untuk menyempurnakan satu tanggung jawab fardu kifayah di pagi ini. Dengan segala kerendahan sifat – kelemahan kudrat, hamba-Mu mohon mendapat petunjuk dan panduan dari Mu jua.
2. Selawat dan kesejahteraan ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, semulia-mulia kejadian. Demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas sekalian para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan. Semoga memperoleh ihsan daripada ALLAH Subhanahu Wata’ala sehingga ke hari kebangkitan.

“ WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI

Maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini. Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri.”

3. Demikian lafaz ikrar sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Utama Negara. Status Ketua Utama Negara bukan sekadar simbol hiasan. Status Ketua Agama Negara menuntut kepada penyempurnaan tanggung jawab besar memenuhi amanah. Terkandung lima kata kunci dalam sumpah jawatan tersebut; ia itu: Undang-undang, Perlembagaan Negeri, Agama Islam, Adil dan Aman.

4. Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia yang berlangsung pada 26 dan 27 September ini, dianjurkan, menyusuli ketetapan yang telah diperkenankan dalam Persidangan Majlis Raja-Raja. Menjunjung titah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Patik merafak sembah junjungan kasih setinggi-tingginya atas limpah perkenan Duli-Duli Tuanku, memberikan pengiktirafan ke atas batang tubuh Patik, menyempurnakan hasrat Duli-Duli Tuanku, untuk Patik menzahirkan Titah Diraja atas tema “MAJLIS AGAMA ISLAM PEMACU TRANSFORMASI UMMAH”.

5. Setiap yang tersurat dizahirkan dari yang tersirat. Ketetapan Majlis Raja-Raja memperkenankan kelangsungan Kongres ini, perlu direnung secara tajam, diamati secara halus dan diselami secara mendalam; betapa keprihatinan yang tersirat dalam ruang minda Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu tentang senario semasa negara; senario semasa negara yang harus dirangkaikan dengan lima kata kunci yang terkandung dalam sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong; senario semasa negara berkaitan Islam, survival ummah dan perpaduan ummah, soal keluhuran Perlembagaan, soal kedaulatan undang-undang, soal keadilan, soal keamanan; serta lebih utama keprihatinan Duli-Duli Yang Maha Mulia itu, sebagai pewaris kepada Tujuh Wasiat yang telah diperkenankan kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu oleh sembilan Raja Melayu pada tarikh 5 Ogos 1957, lalu memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

6. Perlembagaan Persekutuan secara nyata menetapkan kewajipan penting Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, selaku Ketua Utama Negara untuk memelihara kesucian agama Islam pada setiap masa. Tanggung jawab penting tersebut didukung bersama oleh sembilan Raja Melayu di Negeri-negeri. Tanggung jawab penting tersebut telah sekian lama diamanahkan kepada Raja-Raja Melayu dan Raja-Raja Melayu telah menyempurnakan amanah tersebut dengan memastikan kesucian Islam tidak ternoda, syiar Islam terus dikembangkan dan umat Islam dilindungi dari penyerapan fahaman lain hingga boleh dimurtadkan. Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Negeri menggubal undang-undang untuk mempertahankan agama Islam dan penganutnya dari dipengaruhi unsur-unsur agama lain.

7. Islam mula berakar di negeri-negeri Tanah Melayu sejak kurun keempat belas. Islam terpahat kukuh di persada sejarah negara. Islam telah tersebar di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu lebih awal dari Melaka[3]. Dengan pengislaman Raja Melaka dalam tahun 1409[4], Islam bertapak lebih kuat di alam Melayu[5], dijadikan agama rasmi Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1458)[6] Kesultanan Melaka dianggap sebagai salah sebuah Kerajaan Islam yang ulung di Asia Tenggara, berperanan sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara[7].

8. Risalah Islam memberikan impak besar kepada jiwa dan minda masyarakat Melayu. Islam mengisi kandungan rohani, begitu serasi – begitu sebati dengan jiwa dan budaya Melayu. Ajaran Islam diterima pakai sebagai asas yang mutlak dalam kehidupan umat Melayu di Malaysia. Islam mengubah anutan agama umat Melayu kepada satu agama wahyu yang ditanzilkan oleh ALLAH Subhanahu Wata’ala[8]. Proses pengislaman di alam Melayu berlangsung dalam masa yang singkat dan merupakan tenaga terkuat yang mencorakkan kepercayaan, nilai dan sikap masyarakat[9]. Ajaran Islam cepat menyerap di kalangan umat Melayu kerana Islam merupakan satu keratan lapisan yang diletakkan atas sistem kepercayaan yang sedia wujud, memperlihatkan kebijaksanaan umat Melayu melakukan asimilasi, menyesuaikan sistem kepercayaan lama dengan yang baru[10].

9. Islam memberi dimensi baru kepada minda Melayu. Ia telah mencetuskan satu revolusi pemikiran di kalangan umat, berupaya menyemai nilai dan semangat keagamaan yang luhur[11]. Islam telah merobah bukan sahaja struktur zahir masyarakat Melayu malah turut menyentuh struktur batinnya[12]. Berpalinglah pandangan hidup umat Melayu, gugur dari singgahsana alam seni dan mitos yang khayal, berpindah ke alam akal dan budi yang menuntut kepada gaya tertib yang lebih teratur, berjaya membina daya rasionalisme dan intelektualisme di kalangan umat, mengangkat adab dan susila serta kesedaran terhadap kemuliaan insan dan keagungan Tuhan[13].

10. Beberapa pengubahsuaian lantas berlaku dalam sistem pemerintahan dengan pengenalan identiti baru. Raja dan Kerajaan diberi taraf baru, menghapuskan konsepsi lama yang menganggap Raja sebagai ‘penjelmaan tuhan di bumi’, status yang meletakkan Raja sama taraf dengan tuhan, beralih kepada konsepsi bahawa Raja adalah ‘bayangan ALLAH di muka bumi (zillulah fi al-Ard)”[14]. Hubungan batiniah Raja dengan para dewata ditinggalkan, di sebaliknya talian spiritual dirangkaikan dengan Allah dan Rasul serta kekudusan tokoh para aulia dan anbia[15]. Berdasarkan konsepsi baru ini, Raja hanya bertaraf wakil atau khalifah di bumi dengan sifat-sifat kemanusiaan. Kuasa Raja disandarkan dengan hukum kerana Raja juga tidak boleh mengingkari tuntutan syarak. Kemuliaan Raja dinilai dari sudut amal makruf Baginda menyempurnakan tanggung jawab, lantas menginsafkan Raja bahawa kuasa pemerintahan adalah satu amanah ILAHI yang sama sekali tidak boleh disalahgunakan. Raja wajib menjunjung amanah pemerintahan dengan melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH Subhanahu Wata’ala[16].
11. Islam dan Melayu adalah tunggak utama Tanah Melayu. Undang-undang Islam diguna pakai untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Negeri Melaka telah mengkanunkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka berdasarkan Hukum Syarak[17]. Di negeri Perak, Undang-Undang 99 juga digubal berdasarkan prinsip Hukum Syarak; Terengganu, Kelantan dan Kedah menyerap pengaruh Islam dalam pentadbiran masing-masing[18].

12. Selepas kejatuhan Melaka, kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu meneruskan tradisi pemerintahan beraja yang kekal berpandukan undang-undang Islam sehingga munculnya penglibatan Inggeris dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Inggeris telah memisahkan urusan pentadbiran negeri dengan agama Islam. Proses peralihan kepada sistem pentadbiran perundangan Inggeris telah dilakukan dari negeri ke negeri. Hal ehwal Islam ditadbirkan secara berasingan dengan penubuhan institusi-institusi khusus untuk urusan Agama Islam dan adat istiadat Melayu.

13. Di negeri Perak, pentadbiran Islam dipertanggungjawabkan kepada beberapa Orang Besar Negeri yang dilantik oleh Sultan[19]. Salah seorang Orang Besar Delapan, Imam Paduka Tuan dilantik memegang jawatan Kadi[20]. Di pertengahan abad kesembilan belas, terdapat gelaran-gelaran Imam Seri Raja Kota Lama Kanan, Imam Siraja Pakih Kota Lama Kiri, Imam Malaikat Amin Ketior, Imam Siraja Diraja Geronggong, Imam Seri Jidin Sayong, Imam Siraja Mahkota Bota, Imam SyakuI-Islam Pasir Salak dan Imam Siraja Dalam Istana Sultan[21]. Dalam abad kedua puluh, Majlis Orang Besar-Orang Besar dan ulama ditubuhkan untuk mengambil tanggung jawab mengurus tadbir hal ehwal Islam di Perak[22].

14. Amat ketara, urus tadbir berpaksikan Islam yang merangkumi aspek perundangan, toleransi, ekonomi dan sosial ketika itu, telah diterima sebagai cara hidup masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di bumi ini[23]. Pengiktirafan tersebut selanjutnya diterjemahkan melalui kes Raman – lawan Laton, apabila Mahkamah Rayuan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu memutuskan bahawa Islam adalah “lex loci of the land”[24]. Begitu ketara Inggeris mengakui hakikat bahawa Islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf sebagai agama bagi negeri-negeri Tanah Melayu, berkedudukan tertinggi berbanding agama-agama lain.

15. Berasaskan hakikat tersebut, Hakim Abdul Hamid yang menganggotai Suruhanjaya Reid telah bersetuju dengan memorandum yang dikemukakan oleh Parti Perikatan supaya Islam dijadikan agama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Parti Perikatan adalah gabungan parti-parti politik yang mewakili masyarakat Melayu, masyarakat Cina dan masyarakat India, tiga kaum utama di kalangan penduduk Tanah Melayu. Dengan pertimbangan bahawa sudah terdapat 15 buah negara di dunia ketika itu meletakkan agama dalam Perlembagaan mereka, Hakim Abdul Hamid mengakui bahawa Islam memiliki kedudukan istimewa di Negeri-Negeri Tanah Melayu dengan menyatakan:

Petikan:

“ If in these countries a religion has been declared to be the religion of the State and that declaration has not been found to have caused hardships to anybody, no harm will ensure if such a declaration is included in the Constitution of Malaya. In fact in all the Constitutions of Malayan States a provision of this type already exists. All that is required is to transplant it from the State Constitution and to embed it in in the Federal”[25]

16. Tradisi pengiktirafan Islam sebagai agama Negara telah diterjemahkan melalui persetujuan yang telah dicapai oleh kaum-kaum dan kumpulan- kumpulan agama yang menghuni Tanah Melayu untuk menerima Perkara 3(1), meletakkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan Perkara 3(2) untuk menjamin hak-hak, keistimewaan, kuasa prerogatif Raja-Raja di Negeri-Negeri. Islam adalah ‘Magna Carta’, satu kontrak sosial yang tersirat, dan adalah komponen yang terkandung di dalam Perlembagaan, satu kontrak sosial yang tersurat di negara ini.

17. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang diperlengkap dan diperkukuh dengan beberapa peruntukan lain[26], telah memartabatkan Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan; dan hakikat akan penerusan kedaulatan Raja-Raja Melayu di Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya di kenali sebagai Malaysia. Adalah penting untuk Perlembagaan Persekutuan ditafsirkan secara menyeluruh untuk memastikan kesemua peruntukan yang terkandung di dalamnya adalah berikat dan berkuasa.[27]

18. Perkara-perkara utama mengenai Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah. Ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan, demi memastikan, tujuan sebenar peruntukan-peruntukan tersebut tidak dimanipulasikan hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam.

19. Dalam kes Dato’ Menteri Othman bin Baginda & Anor melawan Dato Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus[28], Ketua Hakim Negara ketika itu, Yang Amat Arif Raja Azlan Shah memutuskan antara lain:

Petikan:

“ In interpreting a constitution two points must be borne in mind. First, judicial precedent plays a lesser part than is normal in matters of ordinary statutory interpretation. Secondly, a constitution, being a living piece of legislation, its provision must be construed broadly and not in a pedantic way – with less rigidity and more generosity than other Acts”

(see Minister of Home Affairs v Fisher (1979) 3 All ER 21)

Yang Amat Arif Raja Azlan Shah seterusnya menyatakan:

Petikan:

“It is in the light of this kind of ambulatory approach that we must construe our Constitution. The Federal Constitution was enacted as a result of negotiations and discussions between the British Government, the Malay Rulers and the Alliance Party relating to the terms on which independence should be granted. One of its main features is the enumeration and entrenchment of certain rights and freedoms. Embodied in these rights are the guarantee provisions of Article 71 and the first point to note is that, that right does not claim to be new. It already exists long before Merdeka, and the purpose of the entrenchment is to protect it against encroachment.”

20. Segala yang terpahat di dalam Perlembagaan adalah dalam semangat menjunjung Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang secara tegas menetapkan antaranya, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Tanah Simpanan Melayu diperuntuk dan dipertahankan, kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain dilindungi, kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah Negara kekal terjamin. Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan semata-mata melalui suara majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat atau ahli-ahli Dewan Negara tanpa perkenan Raja-Raja. Perkara-perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan modal politik untuk kepentingan politik. Perkara-perkara tersebut adalah prinsip asas, prinsip utama yang tidak boleh sama sekali diperdagangkan.

21. Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak di dalam Perlembagaan Persekutuan[29]. Yang Arif Hakim Mohd. Noor Abdullah dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman Ishak dan yang lain – lawan – Fatimah Sihi dan yang lain,[30] telah memberikan tafsiran berikut:

Petikan:

“… Peruntukan ‘Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai’ bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdidiri sama tegak. Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna Kerajaan bertanggung jawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang, dan agama-agama lain hendaklah diatursuai dan dihalatuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam….”

22. Setelah lima puluh empat tahun tanah air mencapai kemerdekaan, setelah tiga belas Raja Melayu secara bergilir bertakhta di singgah sana Ketua Utama Negara, setelah dua belas kali pilihan raya umum dilangsungkan, dan setelah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Persekutuan, pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia, amatlah penting diperingatkan semula, malah wajib terus diperingatkan sepanjang masa. Segala persetujuan yang telah dicapai wajib dihormati. Prinsip-prinsip asas terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan. Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka. Ummah wajib berdiri teguh – berpendirian tegas, tidak berundur ke belakang walau setapak sekalipun.

23. Pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan di masa lalu, hari ini perlu dibayar dengan harga tinggi oleh ummah. Abdul’llah Munsyi mencatatkan bahawa dalam adat resam Melayu, pengajian Al-Quran diperkenalkan kepada anak sebelum mempelajari Bahasa Melayu; tetapi Rafles pada tahun 1810 telah menganjurkan supaya pelajaran bahasa Melayu hendaklah diasingkan dari dasar pelajaran Al-Quran[31]. Satu arahan yang pada hakikatnya merupakan senjata halus, memulakan pemisahan pengajian Islam dalam sistem pendidikan di kalangan ummah. Muhammad Nejatullah Siddiqi, yang dianggap penulis paling berpengaruh di kalangan generasi pertama ahli Ekonomi Islam, menghuraikan bagaimana sistem pendidikan yang diwarisi di negara-negara Islam memisahkan pendidikan sekular dengan agama lalu menghindarkan peluang kepada umat Islam menguasai pengetahuan ekonomi[32]. Pelbagai muslihat yang dilakukan di masa lalu, hari ini telah menidakkan ummah kepada haknya; betapa kedaulatan Kesultanan Melayu Johor terhakis sepenuhnya dari lakaran sejarah Singapura dan betapa pula Kedaulatan Kesultanan Melayu Kedah di Pulau Pinang turut dipadam, dan betapa Melaka pada hari ini sudah tidak beraja lagi; dan betapa Hukum Kanun Melayu dihakis dari menjadi sumber undang-undang setelah diketepikan dengan penerimaan Common Law Inggeris.

24. Penghakisan martabat agama Islam di bumi ini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau tidak dirancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara. Jika dihalusi, usaha-usaha pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh. Ia mungkin bermula dengan satu jamuan – satu nyanyian, satu perkhemahan – satu lawatan; ia mungkin bermula dengan segenggam garam – setahil emas, ia mungkin bermula dengan satu kalimah – satu ceramah.

25. Beta pernah menzahirkan peringatan bahawa pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula dari satu ungkapan, satu ucapan, satu khutbah, satu tazkirah atau satu doa; ia bermula dari pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam.[33]

26. Hari ini, kemusnahan ummah dan watan tidak lagi perlu menghadapi pencerobohan dari Alfonso de Alburque atau Rafles atau Francis Light atau Yamashita atau Mac Michael. Pencerobohan-pencerobohan baru boleh berlaku melalui manipulasi fakta sejarah, melalui perbuatan mempersendakan lagu kebangsaan, melalui penghinaan bendera negara, melalui pelanggaran menghormati kalimah suci ALLAH yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam. Keangkuhan semakin berlaku - toleransi umat Islam semakin dicabar. Ummah kelihatan semakin dilemahkan, ia mungkin berpunca dari satu kenyataan, satu ungkapan. Ia mungkin berpunca dari satu kekaburan dasar atau satu tafsiran yang salah; ia mungkin berpunca dari perlakuan rasuah atau perbuatan pecah amanah. Walau apa puncanya, ia laksana anai-anai yang semakin membesarkan busut – yang semakin mereputkan ummah.

27. Umat Islam wajib menghayati semangat “BERSATU TEGUH-BERCERAI ROBOH”. Umat Islam wajib mengambil iktibar dari peristiwa penyatuan yang dicerminkan oleh kaum lain dalam mempertahankan maruah mereka. Dua patah perkataan yang terselit di antara ribuan perkataan dalam sebuah novel, yang dianggap menghina kaum mereka, telah menyatupadukan warga berketurunan India Malaysia untuk membantah secara habis-habisan. Meskipun tidak ada niat penulis novel untuk menghina mana-mana kaum, tetapi atas semangat mempertahankan maruah bangsa, warga Malaysia berketurunan India dari pelbagai kumpulan politik, baik yang bersama kerajaan mahupun yang tidak bersama kerajaan, para akademia dan pelbagai organisasi, bercantum tekad – bergabung usaha, bersatu suara – bersatu tindakan atas nama mempertahankan maruah. Tuntutan mereka menghasilkan kejayaan. Semangat bersatu sedemikian atas nama maruah bangsa, sewajarnya dijadikan teladan.

28. Islam akan terhakis apabila tanggung jawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas. Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa, sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada perkara-perkara prinsip menyentuh aqidah. Hari ini nama suci ALLAH, dilaporkan telah diguna pakai tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam – tanpa mengendahkan potensi yang boleh mengelirukan aqidah anak-anak Islam – tanpa mempedulikan betapa terhirisnya perasaan ummah. Nama suci ALLAH yang termaktub di dalam Al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. ALLAH adalah kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam, kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain. Kalimah suci ALLAH bukan sekadar “nama am” yang bermaksud “Tuhan” walau apa bentuknya. Kesucian kalimah ALLAH amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut bila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. ALLAH adalah nama khas, Tuhan Maha Suci – Tuhan Maha Agung. ALLAH adalah satu-satunya Tuhan berdasarkan Kalimah Syahadah yang dilafazkan:

“Bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH”;

29. Amatlah bahaya jika prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik. Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku, merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini. Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh ALLAH Subhanahu Wata’ala terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini; ujian ILAHI terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya, di kalangan ummah, ulama, barisan pemimpin, organisasi politik hatta Raja-Raja. Ia adalah ujian terhadap ketegasan umat Islam untuk mempertahankan kalimah tauhid, KEESAAN ILAHI, ALLAH yang “SATU” lagi berkuasa di atas segalanya, ALLAH yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan. Dalam menghadapi cabaran besar ini, berpegang dan yakinlah kepada kalam ALLAH mengikut yang terkandung dalam ayat 26 Surah Al Imran yang bermaksud:-

Petikan:

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerinthan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki; Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu[34]”

30. BERPEGANGLAH kepada kebesaran ILAHI, dengan bersendikan keteguhan iman, untuk berani menegakkan yang hak, menentang perlakuan mungkar. Yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah ALLAH, datangnya dari ALLAH, dan ALLAH akan memberi berkat, memberi petunjuk, memberi perlindungan dan memberi kemenangan kepada mereka yang memiliki kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid. Hanya sanya kerana politik, umat Islam jangan sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang sesiapa sahaja “mengALLAHkan” apa sahaja yang mereka anggap tuhan. Satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan aqidah.

31. Sudah terlalu lama umat Islam di bumi ini, berfikiran selesa dengan status bangsa, status agama dan status sejarah. Sudah terlalu lama umat Islam berfikiran selesa sebagai pewaris kepada tanah air pusaka bangsa. Sudah terlalu lama umat Islam berpendirian selesa sebagai penduduk majoriti di sebuah negara merdeka, sudah terlalu lama umat Islam bersandarkan keselesaan kepada tiang politik yang disifatkan kukuh. Keselesaan umat Islam telah mengulitkan mereka leka tidur di siang hari bermimpikan bahagia. Hari ini segala-galanya telah berlalu. Tanpa sesuatu langkah strategik – langkah berani, umat Islam dibimbangkan sedang menghitung hari, berada di ambang untuk menghadapi nasib bermusafir kelana di rumah sendiri. Ada kalanya umat Islam yang berani bersuara tentang bangsanya dan umat Islam yang berpendirian tegas untuk mempertahankan kesucian agamanya, dianggap melakukan dosa kepada negara-bangsanya.

32. Ummah mengimpikan pencapaian ekonomi yang lebih baik, profesion pekerjaan yang lebih baik, taraf hidup yang lebih baik, urus tadbir negara yang lebih baik. Ummah mengimpikan pemerintahan adil lagi saksama; pemerintahan yang berlandaskan undang-undang yang tidak dilaksanakan secara diskriminasi, melalui badan kehakiman yang berintegriti; pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender, keadilan sosial, menyediakan kemudahan pendidikan yang dapat membangunkan potensi insan. Ummah mengimpikan negara yang bebas dari kekacauan dan persengketaan; negara yang mengagihkan kemakmuran secara saksama. Sesungguhnya masih ada jurang di antara menggapai harapan dengan realiti, lalu mencetuskan pelbagai reaksi – pelbagai kebimbangan – pelbagai keresahan.

33. Raja-Raja Melayu sejak zaman berzaman memiliki sifat prihatin terhadap kelangsungan bangsa dan kesucian agama, dua perkara yang begitu dekat di hati Raja-Raja Melayu. Rekod-rekod perundingan membuktikan, semasa era pentadbiran Inggeris, Raja-Raja Melayu senantiasa mengingatkan Inggeris untuk memastikan berlakunya perimbangan terhadap peribumi dalam program yang diperkenalkan oleh Inggeris baik dari segi pendidikan, pertahanan, pekerjaan, penghijrahan, pembukaan tanah dan pelbagai perkara lagi.

34. Raja-Raja Melayu sangat prihatin terhadap masalah perpaduan ummah di hari ini. Ummah kelihatan berada dalam babak yang begitu taksub untuk menang ‘sorak’ tanpa memikirkan kampung lamannya mungkin tergadai. Raja-Raja sedang memerhatikan pendirian taksub kepimpinan politik di kalangan ummah, memilih untuk berpatah arang berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi puntung-puntung arang; pimpinan politik di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menghayati semangat biduk berlalu kiambang bertaut.

35. Dalam suasana pimpinan poltik di kalangan umat Islam tidak lagi mahu bersepakat, umat Islam perlu mempunyai platform penyatuan yang kukuh – platform penyatuan yang bebas dari politik berparti. MAJLIS di bawah payung naungan Raja-Raja perlu berada di barisan hadapan memenuhi peranan kritikal ini. Roh Islam wajib dikembalikan. Islam itu adalah sumber kekuatan perpaduan yang amat hebat. Islam berperanan sebagai penentu identiti, sebagai peta spiritual di dalam hidup, memberikan panduan dan makna, tujuan dan harapan, serta berperanan sebagai faktor tersangat penting untuk membina perpaduan. Dalam konteks negara ini, Islam memberikan identiti ummah dan identiti negara. Islam adalah benteng pertahanan kekuatan ummah, benteng pertahanan yang gagal ditembusi oleh setiap kuasa yang pernah melakukan penjajahan politik, penjajahan budaya, penjajahan ekonomi di bumi ini.

36. Islam tidak wajar dilihat melalui lensa politik, kerana lensa politik boleh berubah. MAJLIS AGAMA ISLAM (MAJLIS) adalah institusi bukan politik, institusi yang bertanggung jawab secara langsung kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Negeri. MAJLIS AGAMA ISLAM diwujudkan melalui Undang-undang Tubuh Negeri sebagai Pihak Berkuasa Utama Negeri mengenai hal ehwal Islam selepas Raja Pemerintah. Institusi ini hendaklah berstatus bebas sebebasnya dari pengaruh dan campur tangan politik berparti; dan Raja pada setiap masa wajib memastikan takhta kekal di atas politik kepartian.

37. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI berada dalam kedudukan yang boleh memenuhi dua peranan secara bijaksana untuk memastikan kelangsungan Islam dan survival umat Islam di negara ini. Dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan dalam perkara-perkara yang tidak menderhaka kepada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, ‘MAJLIS’ wajiblah memenuhi peranan pelengkap, bekerjasama erat dengan Kerajaan yang dipilih secara demokratik; tetapi dalam apa juga usaha yang bercanggah dengan semangat asal Perlembagaan dan berunsur menderhakai Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, ‘MAJLIS’ wajib secara tegas – secara lantang, berpegang kepada prinsip, menolak serta menentang; serta segera menyembahkan kepada perhatian Raja-Raja cadangan-cadangan alternatif demi mempertahankan syiar Islam – demi menjamin ummah tidak berakhir dengan nasib berdagang di bumi sendiri.

38. Peranan MAJLIS kini semakin kritikal dan masa tidak memihak kepada umat Islam kerana kekayaan ekonomi dan kekayaan intelek masih belum memihak kepadanya. MAJLIS AGAMA ISLAM wajib keluar dari kepompong pendekatan yang usang dan berani mencabar tradisi yang jumud. Dalam mendukung tanggung jawab besar terhadap ummah, ‘MAJLIS’ perlu melakukan perekayasaan, membawa minda keluar dari sangkar kurungan ciptaan Inggeris, mencelikkan pandangan untuk berupaya merangka rancangan dan tindakan yang lebih substantif.

39. Hassan Al Bana dalam Usul Ishrin menggariskan Islam ialah sistem yang syumul merangkumi seluruh aspek hidup, Islam adalah negara dan watan, pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman; Islam merangkumi material dan harta benda, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, akidah yang benar dan ibadat yang sah.[35] Insan yang menerima Islam sebagai pegangan agamanya, memiliki ikatan dan komitmen yang mendalam kepada Tuhan Maha Pencipta. Islam adalah Addin, satu cara hidup yang lengkap dan berkesinambungan, mengaitkan kehidupan di alam dunia dan di alam akhirat, perlu dibincangkan secara berintegrasi tanpa memisahkan komponen duniawi dengan komponen ukhrawi. ‘MAJLIS’ wajib menghayati tafsiran sedemikian dalam hasrat melakukan transformasi peranan, transformasi agenda dan transformasi pendekatan.

40. Justeru itu, peranan MAJLIS harus diluaskan, dimerdekakan dari minda lama yang dengan sengaja disempitkan oleh Inggeris. Peranan MAJLIS hendaklah ditakrifkan secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran dan tenaga pelaksana berwibawa untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik. Selagi tindak tanduk MAJLIS tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, Negara hendaklah mengiktiraf MAJLIS sebagai institusi strategik, berpotensi menyempurnakan tanggung jawab fardu kifayah, berperanan sebagai benteng terakhir dan terpenting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah walau apa pun senario politik yang berlaku di dalam negara.

41. MAJLIS perlu menimbangkan empat platform untuk diberikan fokus utama untuk berperanan lebih berkesan dalam membela nasib ummah.

Pertama: menyemak dan menghalusi dasar-dasar negara dan pelaksanaan dasar agar tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan tidak bertentangan dengan wasiat Raja-Raja Melayu.

Kedua: mengenal pasti, memantau, membantu dan memperlengkap usaha-usaha Negara untuk membangunkan taraf ekonomi, taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi ummah.

Ketiga: menerokai usaha untuk membangunkan modal insan dan modal sosial di kalangan ummah agar tidak tercicir dan ketinggalan dengan menyuntik perisian dan komponen latihan yang lebih relevan dengan keperluan guna tenaga semasa dalam institusi-institusi pendidikan agama di semua peringkat terutama di luar bandar.

Keempat: memaksimumkan kegunaan infrastruktur agama Islam yang sedia ada seperti masjid dan surau, dipelbagaikan aktiviti dan dibangunkan sebagai pusat pembangunan kecemerlangan ummah.

42. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga yang dianjurkan dalam tahun 1992, dan Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat yang berlangsung dalam tahun 1999, begitu juga Kongres Ekonomi Islam Ketiga pada tahun 2009, merumuskan resolusi khusus mengenai peranan masjid. Ditegaskan pentingnya masjid berperanan lebih aktif, sebagai pusat pembangunan ekonomi, perkembangan ilmu dan pembangunan sosiobudaya. Beta juga sering kali menzahirkan saranan supaya peranan masjid diperluaskan sebagai pusat pembangunan ilmu, pembangunan budaya dan pembangunan ekonomi. Banyak masa terlibat dalam urusan merancang pembinaan sesebuah masjid, banyak sumber digunakan untuk membina sesebuah masjid. Sebaik sampai ke Medinah, Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam tidak sekadar membina masjid, tetapi membangunkan masjid. Baginda lebih mengutamakan komponen perisian untuk memakmurkan masjid. Falsafah di sebalik pembinaan masjid harus diselami, supaya belanja besar membina bangunan tersergam, dilengkapi pendingin udara, dihamparkan permaidani tebal, dikilau cahaya chandelier, tidak menjadi monumen sepi, sekadar dimakmurkan seminggu sekali di hari Jumaat, tiga puluh malam setahun di bulan Ramadhan, dua pagi setahun di pagi Aidilfitri dan Aidiladha. Selebihnya, ia tinggal dalam isolasi sebagai bangunan sepi lagi sunyi. Banyak masa, banyak usaha, banyak belanja, banyak sumber digunakan di bumi ini untuk membina masjid tetapi sedikit sekali usaha dilakukan untuk membangun dan memakmurkan masjid.

43. Kongres Ekonomi Islam Ketiga berlangsung di Dewan Merdeka ini pada 12 hingga 15 Januari 2009. Ramai pemikir dalam bidang ekonomi Islam membentangkan pelbagai fakta, huraian, pandangan dan cadangan. Status pencapaian ekonomi umat Islam dibentangkan, ketidakcapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dihuraikan, merangkumi tanggapan-tanggapan negatif terhadap DEB, terutama dari aspek penyelewengan dan ketirisan yang dilakukan oleh ummah yang mengutamakan kepentingan peribadi dan tergamak mengorbankan kepentingan ummah. Kongres menyedari pentingnya disedarkan ummah tentang cabaran sistem ekonomi persaingan yang dinamik lagi didorong oleh faktor pasaran.

44. Salah satu kertas yang dibentangkan dalam Kongres Ekonomi Islam Ketiga, melaporkan bahawa, dalam tahun 1999, jumlah dana masjid yang terkumpul dianggar berjumlah tiga ratus juta ringgit tetapi disimpan beku dalam akaun pelaburan [36], mencerminkan keterbatasan pemikiran, keterbatasan pengetahuan, keterbatasan pengalaman dan keterbatasan pendedahan di kalangan ummah untuk mengupayakan mereka melaburkan dana terkumpul tersebut secara lebih produktif yang dapat dimanfaatkan untuk pertumbuhan ekonomi.

45. Turut dipaparkan perkembangan data kutipan zakat di Malaysia, meningkat dari 320.4 juta ringgit dalam tahun 2001 kepada 806.3 juta ringgit dalam tahun 2007[37]; peningkatan kutipan 150 peratus dalam tempoh enam tahun, meningkat pada kadar purata 25 peratus setahun. Kutipan yang bertambah hendaklah diperlengkap dengan program yang memberi impak untuk membangunkan status ekonomi Islam. Zakat hendaklah dilihat dari lensa ekonomi yang lebih luas, dilakukan transformasi imej dan transformasi peranan, diuruskan secara lebih produktif sebagai sumber kekuatan membangunkan ekonomi ummah yang lebih bermakna hingga berupaya menjadi institusi paling berjaya membanteras kemiskinan.

46. Data di Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri menunjukkan pada tahun 2006, terdapat hampir lapan puluh sembilan ribu (89,000) ekar tanah wakaf di seluruh negara.[38] Sebahagian besar tanah tersebut tidak dapat dibangunkan secara produktif. Dilaporkan terlalu banyak halangan dari segi syarat dan hukum yang menyebabkan sumber ekonomi umat Islam ini terikat dan tidak dapat dimajukan. Senario ini tentulah menuntut kepada keperluan untuk para ulama dan umara di era ini melakukan ijtihad. Kertas-kertas yang dibentangkan dalam Kongres Ekonomi Islam Ketiga, di samping melaporkan status ekonomi ummah, mengandungi banyak saranan bernas; antaranya mengenai Yayasan Wakaf Tunai, Koperasi Islam yang sangat berpotensi untuk digerakkan, Potensi Membangunkan Tanah Wakaf, Pengukuhan Institusi Mal. Laporan lengkap Kongres setebal 875 halaman, membuktikan ummah sebenarnya tidak ketandusan idea. Kelompangan berlaku di peringkat melaksana, cabaran berlaku di peringkat membawa keluar pemikiran sebahagian ummah untuk bersedia dan berani melakukan tafsiran yang lebih relevan dengan suasana ekonomi, suasana politik dan suasana sosial di era globalisasi. Telah dua tahun sembilan bulan Kongres Ekonomi Islam Ketiga berlalu, sejauh manakah tindakan yang telah disusul? Institusi manakah yang telah mengambil tanggung jawab susulan secara serius? Hari ini umat Islam sekali lagi berkongres di Dewan Merdeka ini.

47. Sistem ekonomi Islam diturunkan oleh ALLAH Subhanahu Wata’ala kepada umat manusia melalui wahyu[39] . Ia adalah sebahagian dari ajaran Islam kerana itu segala hukum dan peraturannya adalah berasaskan Al-Quran, Al-Sunah, Al-Ijmak dan Al-Qias[40]. Kerana itu tindakan umat Islam dalam usaha melakukan pelbagai kegiatan ekonomi dikira ibadah dengan bermatlamatkan keikhlasan kerana ALLAH Subhanahu Wata’ala.

48. ‘MAJLIS’ sebenarnya menghadapi cabaran besar, cukup untuk mencetuskan perasaan keterujaan. Cabaran besar memerlukan institusi yang berwibawa untuk menghadapinya. Jika MAJLIS bersungguh mahu menghadapi cabaran besar ini, dan jika Negara ikhlas mahu melihat MAJLIS bertenaga dan berupaya melaksanakan tanggung jawab besar ini secara berkesan dengan memberi impak yang signifikan, maka MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI hendaklah dipertingkatkan keupayaan dan diperkasakan. Langkah-langkah awal berikut perlu dirintis:

Pertama: Mengemaskinikan Enakmen MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI untuk mempunyai bidang kuasa yang membolehkan MAJLIS berfungsi secara lebih berkesan, memiliki autonomi dan akauntabel kepada ALLAH dan Raja.

Kedua: Memastikan MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI bebas dan bersih dari sebarang pengaruh, campur tangan dan penglibatan politik kepartian serta memastikan keanggotaan MAJLIS tidak disertai oleh individu yang aktif dalam parti politik melainkan yang diperkenankan oleh Raja Pemerintah dilantik atas jawatan bagi mewakili Pihak Berkuasa Negeri atau sesuatu institusi yang penting kepada MAJLIS.

Ketiga: Melantik keanggotaan yang lebih representatif dengan bilangan yang cukup dan dari kalangan yang memiliki pelbagai kepakaran untuk menjadi tenaga penggerak berupaya melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi, perniagaan, perdagangan, pendidikan dalam hasrat membangunkan taraf sosioekonomi umat Islam di samping melindungi kesucian Islam

Keempat: Menerokai kaedah dan pendekatan yang dapat memperkukuhkan kedudukan kewangan MAJLIS secara lestari.

Kelima: Menjadi pemegang amanah kepada institusi pendidikan, tabung kewangan, dan hartanah yang strategik untuk umat Islam.

Keenam: Memperkukuhkan sumber manusia pentadbiran Majlis secara kuantiti dan kualiti dengan imbuhan setimpal yang dapat menarik modal insan berkualiti tinggi.

49. MAJLIS hendaklah dirangka sebagai satu Dewan Pentadbiran Islam di bawah naungan, pengawasan dan pemantauan Raja, bertanggung jawab terhadap perkara berkaitan Islam. MAJLIS dapat berperanan sebagai jambatan penghubung di antara umat Islam dengan Raja, di antara umat Islam dengan Kerajaan pilihan rakyat dan di antara umat Islam dengan warga yang tidak beragama Islam. Negara wajib melihat MAJLIS sebagai rakan strategik yang boleh diberikan kepercayaan dan sokongan untuk kepentingan jangka panjang ummah. MAJLIS tidak harus dibiarkan hidup bagaikan musafir kelana bersendirian mengusahakan rezeki secara kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, terus berada dalam parameter sempit yang telah digariskan oleh Inggeris pada satu masa dahulu. Pembiayaan atau ‘endowment’ secara khusus wajib disediakan untuk akhirnya membolehkan MAJLIS mencapai status yang tidak lagi perlu membebankan negara.

50. Jabatan Agama Islam hendaklah memahami secara jelas akan maksud dan keperluan penubuhannya. Ia ditubuhkan untuk berfungsi kepada MAJLIS dan akauntabiliti Jabatan Agama Islam adalah berbeza dengan jabatan-jabatan Kerajaan yang lain. Bahawa dari segi rohnya, penubuhan Jabatan Agama Islam, adalah untuk melaksanakan dasar-dasar dan perkara-perkara yang diputuskan oleh Majlis. Tanggung jawab Jabatan Agama Islam adalah kepada MAJLIS dan kepada Raja. Untuk itu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri perlu menghormati batas sempadan dan bidang kuasa yang terletak secara langsung di bawah budi bicara Raja, demi mengelak dari berlakunya keadaan satu kapal dua nakhoda. Apa jua hasrat Pihak Berkuasa Negeri menyentuh Islam dan Adat Melayu hendaklah disampaikan melalui saluran MAJLIS atau dipersembahkan untuk pertimbangan Raja Pemerintah.

51. Dalam urusan Agama Islam, Kuasa Raja Pemerintah berada di tahap paling tinggi dan wajib dipertahankan. Ummah hendaklah mempunyai fahaman dan melakukan tafsiran yang jelas bila merujuk kepada Raja Pemerintah; bahawa yang didaulatkan adalah Takhta Pemerintahan sebagai satu institusi negara dan hendaklah disisihkan dengan sebarang perasaan kurang selesa dengan mana-mana batang tubuh peribadi. Bahawa yang dipertahankan itu, bukan sekadar batang tubuh peribadi seorang Raja tetapi Kerajaan Baginda: kerana tanpa Kerajaan tidak akan wujud sebuah negara, tanpa negara apalah ertinya suatu bangsa[41] . Jika takhta pemerintahan ditiadakan, akan hilanglah payung negara – payung yang selama ini memberikan naungan kepada status Islam di negara ini. Tanpa institusi Raja berperanan sebagai Institusi Ketua Agama Islam, Islam akan berpecah kepada pelbagai puak – pelbagai kumpulan – pelbagai kabilah; masing-masing di bawah pimpinan yang berasingan; akibatnya kekuatan penyatuan usaha amar ma’ruf nahi mungkar akan beransur-ansur lemah. Islam akan menjadi agama yang diamalkan secara individu. Pada akhirnya Islam gugur dari tanggung jawab negara, tinggal sebagai amalan rakyat yang masih cintakan agamanya; sedangkan yang tipis fahaman agamanya, akan menjadi semakin liberal – semakin bebas, malah ada di antara mereka akan sampai ke peringkat melakukan perkara-perkara yang menodai kesucian Islam. Demikian nasib yang telah menimpa ummah di negara-negara tertentu di Asia Tengah; negara yang di suatu masa dahulu pernah menjadi pusat perkembangan tamadun Islam, melahirkan ramai ulama dan cerdik pandai Islam, kini segala-galanya hanya menjadi bahan kajian sejarah.

52. Agama Islam dan pegangan aqidah ummah wajib dipelihara dan dilindungi sepanjang masa oleh Ketua Negara. Islam InsyaAllah kekal menjadi identiti negara dan watan selagi kuasa dan tanggung jawab terhadap Islam kekal di bawah bidang kuasa Raja-Raja. Secara tersurat, sejarah mencatatkan bahawa dalam perjanjian dengan Inggeris, bermula dengan Perjanjian Pangkor, Raja-Raja menyerahkan kuasa mentadbir negeri kepada Inggeris dan Inggeris bersetuju mengekalkan Islam dan Adat Melayu di bawah kuasa Raja. Tafsiran yang tersurat harus juga menyelami kemungkinan-kemungkinan yang tersirat; bahawa dalam perkenan Raja menyerahkan kuasa-kuasa lain, mungkin Raja sendiri sebenarnya ada muslihat, berasaskan nasihat para ulama, berpandukan petunjuk dari ILAHI, telah tidak sama sekali memperkenankan urusan Islam dan Adat Melayu disentuh, satu pendirian berwawasan jauh Raja-Raja ketika itu, yang telah menyelamatkan agama dan ummah di bumi ini. Pernahkah digambarkan keadaan di negara ini dan nasib ummah di hari ini, jika Inggeris juga turut diberikan kuasa mentadbir urus agama dan adat. Tentunya hari ini, status Islam tidak akan termaktub di dalam Perlembagaan Negara; sementara umat Islam tidak memiliki kekebalan dari diayah fahaman lain; membolehkan murtad begitu mudah berlaku di kalangan ummah.

53. Betapa status Islam dan nasib malang yang bakal dihadapi oleh ummah jika institusi Raja ditiadakan, dan kerajaan pilihan rakyat yang berkuasa pada satu hari nanti, berpegang kepada doktrin pemerintahan, bahawa agama adalah urusan individu – agama adalah di luar bidang tanggung jawab negara. Akan berkelanalah ummah, Masjid Ubudiah, (begitu juga masjid-masjid lain), mungkin bertukar menjadi muzium, tempat para pelancong dimaklumkan bahawa di suatu masa dahulu, bangunan yang begini cantik seni binanya ini, adalah tempat ‘pengikut ajaran Muhammad’ menunaikan sembahyang. Barang dijauhkan ALLAH dari berlakunya senario menyayat hati itu. Untuk itu kuasa Raja Melayu dalam urusan Agama Islam dan Institusi Islam sangat perlu dipertahan dan diperkukuhkan, demi memastikan Islam terus kekal menjadi identiti Negara. Senario yang berlaku di serata dunia menunjukkan hanya negara yang masih memiliki sistem pemerintahan beraja yang dapat meletakkan Islam sebagai agama rasmi Negara. Dalam hasrat membina kekuatan ummah dan jati diri bangsa dan dalam hasrat memastikan kelangsungan ummah, kuasa-kuasa prerogatif yang kekal diperuntukkan kepada Raja-Raja wajib dirujuk secara bijaksana.

Ya ALLAH, Ya AZIM, Ya AZIZ, Ya MALIK, YA WAHID, TUHAN yang MAHA BERKUASA lagi MAHA MENGETAHUI

54. Kepada Mu jua hamba-Mu memohon agar ISLAM kekal menjadi identiti negara – identiti watan; identiti ummah – identiti bangsa. Kepada Mu juga hamba-Mu ini memohon agar melimpahkan kekuatan dan kegagahan, keberanian dan ketegasan di kalangan mereka yang telah Engkau angkatkan darjat menjadi khalifah, di kalangan mereka yang telah Engkau amanahkan dengan tanggung jawab sebagai ulama dan umara di bumi ini. Hamba-Mu amat insaf akan Firman Mu yang terkandung dalam ayat 72 Surah Al-Ahzaab; bermaksud:

Petikan:

“ Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggung jawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan[42]”

Kepada Mu jua YA ALLAH

55. Limpahkanlah segala nur dan petunjuk kepada Raja-Raja kami, demikian juga kepada para ulama dan umara kami, untuk bersatu niat – bersatu usaha; bersatu hati – bersatu jiwa, sama-sama berjaya membentuk sebuah negara yang sejahtera dan mendapat keampunan Mu – ‘BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR’[43] seperti mana yang Engkau gambarkan dalam ayat 15 SURAH SABA. Limpahkanlah segala ihsan Mu kepada Raja-Raja kami yang mendukung tanggung jawab berat selaku Amirul Mukminin seperti yang terkandung dalam lafaz ikrar sumpah jawatan untuk memelihara Islam – untuk menyempurnakan pemerintahan secara adil dan aman. Hamba-Mu amat insaf betapa amanah dan tanggung jawab tersebut akan dinilai di hari kebangkitan seperti peringatan Mu yang terkandung dalam ayat 9, Surah Al Imran bermaksud:

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada keraguan padanya, Sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janji Nya[44]”

Mohon kami YA ALLAH mendapat rahmat bimbingan dan pengampunan dari Mu jua. Amin, Ya Rabul Alamin.

56. Adat Melayu menetapkan tugas Raja di junjung, kerja sendiri dikendong. Dalam semangat adat Melayu itu, sekadar ini yang dapat Patik menjunjung titah menyempurnakan hasrat Duli-Duli Tuanku Raja-Raja Melayu untuk Patik menyampaikan amanat di Kongres ini. Dalam kapasiti patik selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, patik merafak sembah penuh taat – penuh setia kepada Duli-Duli Tuanku, dan dengan limpah rahmat dari ILAHI juga, serta daulat dan perkenan Duli-Duli Tuanku, Patik dan ahli-ahli MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK akan setiap masa, berazam mempertahankan kesinambungan tradisi negara beraja – rakyat bersultan, agar kekal subur sepanjang masa dan akan pada setiap waktu menjunjung titah hasrat Duli-Duli Tuanku selaku payung agama dan payung negara.

Semoga Duli-Duli Tuanku Selamat Bertakhta.

DAULAT TUANKU,

ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.