Pelacuran gah di Kota Bharu , 400 meter dari pejabat Nik Aziz

on Monday, October 31, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Minggu lepas, agen Johnson dan saya kembali ke Kota Bharu untuk membuat tinjauan susulan terhadap aktiviti pelacuran di bandar itu setelah pendedahan kami memaksa Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam bertindak menyerbu sarang pelacuran di sana.

Daripada sumber-sumber risikan kami, tindakan MPKB-BRI yang melepas batuk ditangga itu tidak membawa apa-apa kesan terhadap aktiviti pelacuran di Kota Bharu.

Sumber risikan kami juga melaporkan aktiviti tersebut masih bergiat aktif di lokasi yang sama. Video di bawah adalah bukti yang kami perolehi sendiri hasil Ops Johnson II yang telah menunjukkan kesahihan sumber yang kami terima.

Kami dapati aktiviti pelacuran di Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis, yang hanya 400 meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan terus aktif. Aktiviti di situ bermula seawal jam 7.30 malam dan reda menjelang jam sepuluh malam sepanjang 3 hari tinjauan kami.

Operasi kami juga mendapati tindakan MPKB-BRI dan ceramah politik pimpinan PAS setiap malam berserta kempen-kempen ‘Islamik’ PAS Kelantan sebelum ini ternyata tidak berkesan sama sekali. Menerusi temubual dengan ‘bapak ayam’ di situ ternyata mereka tidak terancam langsung. Bahkan aktiviti pelacuran itu terus dibuat secara terbuka.

Pelanggan mempunyai pilihan sama ada untuk menempah pelacur-pelacur yang berdiri di tepi barisan kedai Jalan Hamzah atau masuk ke kawasan perumahan Limau Manis di mana sekumpulan pelacur lagi sedia menanti pelanggan di hadapan kawasan perumahan di situ. Atau anda juga boleh terus memasuki sebuah lorong kecil dan terus ke sebuah rumah kayu yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan.

Pelacur yang dilanggan dengan harga RM60 untuk ‘satu shot’ ditepi jalan itu akan mengiring anda ke rumah kayu itu dimana terdapat beberapa buah bilik. Memandangkan di dalam operasi yang lalu Agen Johnson sudah masuk ke rumah tersebut, maka kali ini kami menggunakan taktik lain bagi mengesahkan sumber risikan yang kami terima.

Kami bertanya sekiranya pelacur itu boleh di hantar ke mana-mana hotel di sekitar Kota Bharu. Ternyata perkhidmatan itu juga disediakan dengan harga RM150 ‘satu shot’. Pelacur itu akan dihantar dan seorang lelaki akan memastikan bahawa perkhidmatan yang mereka tawarkan itu berjalan lancar tanpa gangguan dengan berkawal di premis yang anda arah agar pelacur itu dihantar.

Video yang kami rakamkan menunjukkan kawasan sekitar Jalan Hamzah, Kampung Limau Manis dan di hotel tempat pelacur itu datang untuk memberikan perkhidmatan.

Pelacuran di Jalan Hamzah terkenal sejak zaman pemerintahan PAS pada era 60an dan 70an lagi. Bagaimanapun, apabila Barisan Nasional mengambil alih Negeri Kelantan pada tahun 1978, kawasan tersebut telah dibangunkan. Tempat yang dulu terkenal dengan pusat ‘Kopi Korek’ telah berakhir. Barisan Nasional kemudiannya mengeluarkan lesen-lesen pusat hiburan dan kebanyakannya tertumpu di dua tiga hotel kecil.

KLIK DI SETERUSNYA DI KICDEFELLA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.