Nenen jurujual diramas Mat Rempit bisu ketika menunggal motorsikal

on Sunday, October 30, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



ALOR SETAR: Tidak padan dengan bisu, seorang Mat Rempit kemaruk seks meraba buah dada seorang jurujual sedang menunggang motosikal di hadapan kilang beras di Jalan Guar Chempedak-Yan, dekat sini, malam Selasa lalu.

Dalam kejadian pada jam 11.30 malam, mangsa berusia 20 tahun yang bekerja di sebuah kompleks beli-belah di sini, dalam pejalanan pulang ke rumahnya di Kampung Setia Tok Kau, Guar Chempedak.

Difahamkan, suspek berusia 20-an mengekori mangsa dari jauh sebelum mencabul kehormatan gadis berkenaan.

Sumber berkata, apabila tiba di hadapan kilang beras Jalan Guar Chempedak-Yan, mangsa mengesyaki seorang lelaki menunggang motosikal mengekorinya tanpa menyalakan lampu.

"Suspek mengekorinya mangsa dalam keadaan perlahan sebelum menghampiri motosikal mangsa.

"tiba-tiba lelaki itu terus meraba buah dada sebelah kanan sehingga mangsa terkejut dan menjerit sekuat hati," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, suspek tergamam mendengar mangsa menjerit terus memecut motosikalnya.

"Bagaimanapun, mangsa sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal jenis Honda EX5 suspek.

"Mangsa mendakwa mengalami kesakitan pada bahagian buah dadanya akibat diramas dengan kuat," katanya.

Menurutnya, mangsa turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, Asisten Superintendan Syed Nasir Syed Darus ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, polis sudah menahan lelaki berusia 27 tahun di rumahnya di kota Sarang semut, di sini, kelmarin kira-kira jam 1 pagi kerana disyaki terbabit dalam kejadian itu.

"Suspek ditahan berdasarkan maklumat mangsa yang memberi nombor pendaftaran motosikal suspek pada malam kejadian itu.

"Suspek juga bisu direman empat hari mulai kelmarin. Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.