Adakah tiket final Piala Malaysia 2011 layak dinaikkan ke RM 50 ?

on Wednesday, October 26, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia daripada RM30 tahun lalu kepada RM50 tahun ini mencetuskan persoalan apakah sukan bola sepak di Malaysia milik mutlak FAM dan suku-sakat mereka yang ada di dalam persatuan peringkat negeri?

Peningkatan hampir 66 peratus itu bukan sahaja keterlaluan, malah menimbulkan kemarahan penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan, dua pasukan yang berentap di perlawanan akhir yang dijadual berlangsung Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Bukan penyokong kepada kedua pasukan itu pun mungkin kurang senang dengan sikap FAM menaikkan harga tiket ke tahap itu secara sesedap hati sesedap mulut sendiri.

Mungkin juga ada pihak dalam persatuan itu menyangkakan bahawa sukan berkenaan adalah milik Sdn. Bhd. FAM.

Harga tiket itu juga nyata tidak mencerminkan gagasan Rakyat Didahulukan. Ia lebih mencerminkan kantung FAM yang didahulukan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Penguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman menyifatkan kenaikan harga tiket tersebut seolah-olah wujud cubaan mengambil kesempatan atas sambutan hangat di kalangan peminat bola sepak akhir-akhir ini.

“Mungkin melihat sambutan yang menggalakkan dari peminat, ia menyebabkan permintaan tinggi berlaku terhadap tiket perlawanan akhir itu.

“Atas permintaan tinggi dan tempat duduk yang terhad, mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengenakan harga tiket yang tinggi bagi perlawanan tersebut,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Alasan yang diberikan FAM atas peningkatan harga itu ialah hanya 65,000 sahaja tiket berbayar akan dijual dan mahu menyelaraskan perbezaan antara tempat duduk utama dan biasa.

FAM memberitahu, persatuan bola sepak kedua negeri bersetuju dengan peningkatan harga itu.

Mohd Yusof berkata, adalah tidak wajar untuk mengambil kesempatan menaikkan harga tanpa alasan yang munasabah memandangkan tindakan itu mampu merencatkan kemeriahan suasana perlawanan akhir piala paling berprestij tanahair itu.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tentang kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pihak penganjur perlawanan akhir tersebut dan keistimewaannya berbanding perlawanan akhir lain.

“Apakah penganjur perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini memberikan perkhidmatan ‘extra’ yang lebih baik kepada penonton di stadium?

“Untuk menaikkan harga tiket sebegitu tinggi, FAM mestilah membuat justifikasi yang berpatutan agar penonton rasa berbaloi membayar tiket dengan harga yang tinggi,” katanya lagi.

Menurut beliau lagi, FAM juga tidak wajar memberi alasan menaikkan harga tiket untuk mengumpul dana membaik pulih Stadium Shah Alam yang dipilih menjadi medan perlawanan akhir itu memandangkan stadium berkenaan berada di bawah seliaan Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, Mohd Yusof menyerahkan kepada peminat untuk membuat keputusan sama ada mahu ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan pilihan mereka atau sekadar menyaksikan perlawanan akhir di kaca televisyen sekiranya ditayangkan secara langsung pada 29 Oktober ini.

Sementara itu, tinjauan Mynewshub.my di laman web Facebook milik FAM, majoriti penyokong ‘hobin jang hobin!’ dan ‘peteh Terengganu peteh’ memaki hamun tindakan menaikkan harga tiket tersebut serta membuat satu akaun Facebook khas ‘FAM – Apa Hal Tiket Mahal’ sebagai tanda protes.

“FAM cuba mengaut keuntungan demi kepentinggan sendiri,dari memberi kepuasan kepada penyokong2 bola sepak di negara sendiri,dengan menaikan hargga tiket fainel antara n9 dan trnganu pada sabtu ini” kata Yusri Mohd di dinding Facebook FAM itu.

FAM sendiri yg membunuh semangat kesukanan dinegara sendiri…!!!!,” kata Rasul Haidi pula.

kopalo uwan chik korang RM50?! suko-suko yo korang nak naik kan hargo tiket! usah bangang ea tu PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA ( FAM ) !! makan la korang duit kelepet tu. patot la buncit powut sekor2!,” kata Fathul Haqim Baharuddin.

Tiket final Piala Malaysia 2011 mula dijual hari ini dengan harga tiket ditetapkan RM50 bagi semua tempat duduk dan RM5 untuk kanak-kanak.Bagi penyokong-penyokong pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing diperuntukkan 30 ribu tiket, manakala baki lima ribu dijual di Stadium Shah Alam


Komen GPB : 

 Golongan VIP mai tengok bola free je masuk  walhal  depa itu semua  kaya . Yang rakyat marhaen mai dari jauh kena pulak  beli  tiket mahal ..

Lepas ni Najib kena buat pulak tiket bola sepak 1 Malaysia supaya dikenakan harga lebih munasabah sikit. Bukannya pasukan   Terengganu / Negeri Sembilan lawan Man United ke ......


One Response

  1. Anonymous says:

    berpatutanlahtu macamana bolasepak malaysia nak maju baru tiket 50 dah merungut, angan2 pemain kita nak main kat EPL, maju macam epl, cuba tanya paling koman kat s'pore berapa tiket. bukan semua peringkat kena 50. ini peringkat akhirlah, sikit2 nak demo, politik pun masuk campur, nasib baik kelantan dah out kalau tak tentu nik aziz pun buat demo dan fatwa.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.