inilah kali pertama saya terlibat dengan mesyuarat peringkat UMNO cawangan di bahagian permatang pauh . sebagai ahli pemuda ,mesti la melalui mensyuarat pemuda cawangan terlebih dahulu. jelas seperti yang abah saya beritahu tiada apa2 pertandingan ,semua dicalon dan disokong terus sebulat suara setuju. nama2 untuk peringkat bahagian pun kita tidak kenal tetapi nama itu di bagi dalam sekeping kertas terus dicadangkan . Walau bagaimanapun , ini diperingkat cawangan dan perkara ini sudah biasa dari dahulu dalam perlantikan jawatan ..jika dia rajin dan buat kerja ,namanya akan dicadangkan untuk jawatan AJK .
cuma apa yang saya hendak sentuh ini ialah senario sekarang sudah berubah di negeri2 yang ditawan pembangkang seperti cawangan saya di kubu kuat PKR . ada usul dari pemuda yang mengatakan dulu kita kita mensyuarat dalam dewan dan bangunan ,kini cuma di dalam khemah sahaja. pemohonan untuk menyewa dewan PPK kampung pun ditolak dan mungkin bos baru PPK adalah orang PKR . Jelas inilah antara kesan selepas PRU 12 kepada ahli2 umno yang selama ini selesa dan kini mensyuarat cuma dalam khemah sahaja.
saya cukup tertarik dengan semasa usul yang dicadangkan oleh wakil pemuda yang mengkritik dengan kritikan untuk menyedarkan ahli2 selepas PRU 12 ..kita tidak menjalankan kerja2 dengan baik ,meraih undi dan sebagainya .. .beliau juga turut mengkitik pemimpin2 UMNO yang berlagak dengan status elit mereka ,dengan kereta2 besar dan ia menyerlahkan lagi tanggapan rakyat yang mengatakan UMNO hanya untuk golongan elit2 .
saya juga turut mengemukakan usul agar UMNO bahagian menarik lebih ramai keanggotan ahli dari golongan muda terutama dalam pemuda dan puteri .antara faktor kekalahan UMNO dan BN adalah undi dari pengundi muda . untuk cawangan saya sendiri pun pemuda yang hadir adalah 15 orang ..hanya 15 orang ini yang buat kerjasemasa pilihanraya dulu..jadi jawatan2 AJK dan lain2 dipenuhi oleh orang yang sama sahaja . apa yang saya lihat UMNO perlu berubah dari peringkat akar umbi seperti peringat cawangan ini. tangisan dari Tuan Haji selaku Ketua cawangan sememangnya dijangka melihat keadaan senario yang berlaku sekarang ..saya menghormati beliau dan perjuangan mereka dari dahulu dengan Arwah tok wan saya ialah untuk pertahan PP dari jatuh ke tgn DAP dan ia berlaku juga akhirnya ia berlaku juga hari ini.
bagi saya , tarikh 20/7/2008 akan bermulanya perjuangan saya dalam UMNO . Dengan penerimaan surat yang berserta no ahli UMNO iaitu 04029745 dari UMNO Pusat maka bermula la perjalanan karier politik saya dan meneruskan tradisi perjuangan datuk nenek berjuang di dalam parti kebanggaan bangsa Melayu ini iaitu UMNO .
Generasi Pejuang Bangsa akan meneruskan perjuangan membela Bangsa,Agama dan Negara
UMNO Dulu ,KINI dan Selamanya
BERSATU ,SETIA ,BERKHIDMAT
Mesyuarat Umno Cawangan bermula ...
on Sunday, July 20, 2008
by Generasi Pejuang Bangsa
-
1 Comment
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
July
(18)
- Hidup Melayu Gegar Pdg Rengas
- Kuil di kawasan majoriti Islam di negeri Perak
- Ezam gegarkan Perak
- Komen Pembaca Blog Mengenai Isu Anwar
- Bila Islam Dijual Beli Dengan Kuasa
- PAS akui pertemuan dengan Umno
- Keterbukaan pilihan Shabery perjuang pendirian ker...
- Mesyuarat Umno Cawangan bermula ...
- DEBAT ANWAR- KOMEN TUN DR MAHATHIR
- Anwar tipu rakyat lagi dalam debat
- Anwar ditahan di perkarangan rumah oleh pihak polis
- Hujah Anwar kosong dan memutarbelitkan tajuk debat
- Tanah 999 tahun boleh bagi, anak melayu tuntut wan...
- Altantuya: Najib bersumpah depan pimpinan UMNO sel...
- Perjanjian Pangkor II - Bukti Nizar hanya MB Bonek...
- Kenikmatan Ketuanan Melayu di dalam BN -
- DEBAT ANWAR VS SHABERY 'ON'
- Teori konspirasi…awas bila bergambar
-
▼
July
(18)
Golongan muda dan profesional sudah tidak melihat umno sebagai wadah perjuangan..kerana umno dikelilingi org elit,kaya .Senario sudah dijangka sebelum PRU..golongan profesional seprti doctor ,engineer di kilang sudah lama meninggalkan umno..ini kenyataan.Mahasiswa IPTA hampir 70% pro Pakatan .. mereka terdedah dgn maklumat email ,blog dan website ..dan sememangnya tahu apa berlaku di msia...mungkin gol veteren dan org lama..belum mampu utk mendpt maklumat yg tepat.