Anwar ditahan di perkarangan rumah oleh pihak polis

on Wednesday, July 16, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan oleh sepasukan polis sejurus menghampiri kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur kira-kira jam 1.00 tengahari Rabu dari Putrajaya setelah memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Difahamkan polis memintas kereta Anwar ketika menghampiri rumahnya dan setelah itu Anwar terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur dengan kawalan ketat pihak polis.

Beliau dibawa ke IPK bagi memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat ke atasnya oleh bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, 28 Jun lalu. Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis tidak diketahui beliau akan terus ditahan reman atau akan dibebaskan selepas memberikan keterangan. Kira-kira jam 1.30 isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat memasuki perkarangan IPK Kuala Lumpur.

Anwar akan dituduh bawah Seksyen 377C, jika sabit kealahan beliau boleh dihukum selama 20 tahun dan juga sebatan. Menurut Wan Azizah beliau risau akan kesihatan Anwar yang mana dia sekarang mengalami
sakit belakang dan pernah membuat pembedahan sebelum ini. Hampir 200 penyokong PKR juga beserta beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang, Tan kok Wai, Fong Kui Lun and Anthony Loke berada di
perkarangan Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Angkat Muda PKR , sdr PKR Shamsul Iskandar, satu kumpulan kecil yang akan berjaga diperkarangan Ibu pejabat polis Kuala Lumpur jika Anwar tidak dibebaskan sehingga malam ini.

Sebelum itu peguam beliau, Sankara Nair tiba di IPK dan disusului dengan kehadiran beberapa penyokong Anwar termasuk beberapa Ahli Parlimen PKR. Sekumpulan pasukan polis telah menangkap Anwar dan di
bawa ke Ibu Pejabatr Polis Kuala Lumpur.

Terdahulu kira-kira jam 10 pagi, Anwar telah pergi ke Ibu Pejabat BPR di Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung dengan laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana didakwa memalsukan bukti semasa kes beliau dipukul dalam tahanan polis pada tahun 1998. Musa dan Gani telah memberi keterangan kepada BPR 11 Julai lalu.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.