Pemuda Beri Amaran Henti Persoal Kuasa Raja-raja Melayu

on Wednesday, May 7, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Oleh Kazman Kamal

Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menyelar tindakan YB Karpal Singh yang secara berterusan mempersoalkan kuasa yang berhubung Raja-raja Melayu.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan Karpal yang menyentuh hak dan kuasa Raja-raja Melayu ini jelas melanggar ketertiban pembentukan negara ini yang diamal dan dipertahankan sejak wujudnya negara ini.

Tegas beliau Malaysia adalah sebuah Negara Raja Berperlembagaan, di mana ianya berkait rapat di antara satu sama lain.

"Raja-raja Melayu merupakan lambang Ketua Agama Persekutuan dan juga kepada Negeri-negeri Melayu yang lain.

"Ke bawah Duli Tuanku Agong dan Raja-raja Melayu juga adalah juga Payung yang menaungi seluruh rakyat jelata di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.

"Kita tidak boleh pisahkan urusan kenegaraan di antara Institusi Raja dan Perlembagaan Negara. Ia sangat berkait rapat di antara satu sama lain. Kemakmuran dan kerukunan bermasyarakat terbentuk selagi kita menghormati latarbelakang ini", katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini

Justeru, beliau mahu agar tingkah laku menguji kesabaran dan membangkitkan isu sensitif seumpama ini tidak keterlaluan sehingga membawa reaksi tidak senang di kalangan orang Melayu sehingga boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dihentikan segara.

"Hentikan segera perbuatan ini. Raja-raja Melayu bukan sahaja perlu dihormati tetapi institusinya hendaklah dipertahankan oleh semua kaum yang mengaku sebagai rakyat Malaysia.

"Ini soal kenegaraan dan bukan soal undang-undang semata-mata", ujarnya.

Tambah beliau lagi sebagai seorang Peguam dan ahli politik veteran, YB Karpal Singh seharusnya lebih mahir mengenai undang-undang serta sejarah penubuhan negara ini.

Malahan tegasnya YB Karpal Singh mestilah lebih bertanggungjawab daripada orang biasa sebelum membuat sebarang kenyataan umum dan mengambil sebarang tindakan.

"Saya dan Pemuda UMNO tidak akan sekali-kali berkompromi dalam soal ini", katanya.

Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam laporan media hari ini terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.

Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa "rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal."

"Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP," katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).


One Response

  1. Anonymous says:

    "Tegas beliau Malaysia adalah sebuah Negara Raja Berperlembagaan, di mana ianya berkait rapat di antara satu sama lain.

    "Raja-raja Melayu merupakan lambang Ketua Agama Persekutuan dan juga kepada Negeri-negeri Melayu yang lain.

    "Ke bawah Duli Tuanku Agong dan Raja-raja Melayu juga adalah juga Payung yang menaungi seluruh rakyat jelata di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.

    "Kita tidak boleh pisahkan urusan kenegaraan di antara Institusi Raja dan Perlembagaan Negara. Ia sangat berkait rapat di antara satu sama lain. Kemakmuran dan kerukunan bermasyarakat terbentuk selagi kita menghormati latarbelakang ini", katanya.


    CAKAP TAK SERUPA BIKIN .. KES MB TERENGGANU MANA SEMUA PERJUANG RAJA RAJA MELAYU SEMUA.... SAMPAI SANGGUP MENIDAKKAN PERINTAH AGUNG...KES KARPAL CUMA BERTANYA...TERUS JADIK PENDERHAKA.. NIH KES MB PERLIS DAN MB TERENGGANU.. MANA ORANG YANG HUNUS KERIS PEGI.. MANA PRESIDEN GPMS YANG KATA PEJUANG RAJA RAJA MELAYU PEGI...SEMUA JAGA PERIUK NASIK... PENAKUT...

    SEMUANYA CAKAP TAK SERUPA BIKIN... HAHAHAHAHAHA

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.