Kuasa politik telah terlepas dari tangan orang melayu-Tun Dr Mahathir

on Saturday, May 17, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




May 17th, 2008 oleh hangjebat · Tiada Ulasan
Jumaat 16 Mei, - Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dalam blognya menyatakan bahawa dalam 50 tahun merdeka, kuasa politik yang ada pada orang-orang Melayu membolehkan mereka menjadi ‘Tuan’ di Malaysia. Namun, menurut beliau, pada hari ini kuasa politik pun sudah terlepas dari tangan orang Melayu. Beliau juga menyatakan orang bukan Melayu tidak lagi menghormati orang Melayu dan institusi-institusi Melayu di mana segala-galanya yang dianggap sebagai hak istimewa orang Melayu telah disoal dan dicabar. Beliau kesal kerana orang Melayu tidak membuat apa-apa untuk menangkis semua ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Sebaliknya mereka meminta-minta orang tertentu mempertahankan kedudukan orang Melayu.

Namun Bapa Kemodenan Malaysia itu berkata yang nasib orang-orang Melayu berada di tangan mereka sendiri. Orang Melayu menurut beliau tidak akan jadi “Tuan” dengan mengungkit sejarah semata-mata. Mereka boleh menjadi “Tuan” sekiranya berani bertindak dan juga sanggup menghadapi risiko. Selain itu, mereka juga haruslah berusaha untuk menguasai semua ilmu dan kecekapan sehingga tidak perlu bergantung kepada sesiapa.

Jelas terpampang dalam artikel tersebut mengenai kebimbangan bekas pemimpin no 1 negara itu mengenai nasib masa depan orang-orang Melayu di Malaysia. Adalah tidak dinafikan bahawa walaupun pembangkang kini gah dengan kemenangan PRU12 yang dikatakan kemenangan 5 + 1, namun hakikatnya, kemenangan tersebut telah melemahkan kuasa politik orang Melayu di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Ini kerana ADUN pembangkang dari kalangan orang-orang Melayu bukan lagi majoriti di negeri-negeri tersebut. Mengenai Pulau Pinang pula, mungkin ada yang mempertikaikan bahawa negeri tersebut juga dikuasai parti bukan melayu(Gerakan) sebelum PRU12 namun harus diingat bahawa parti Gerakan adalah salah satu parti komponen Barisan Nasional di mana parti-parti bukan melayu dalam Barisan Nasional bukanlah jenis ‘kurang ajar’ berbanding DAP.

UMNO juga haruslah memainkan fungsi yang efektif dalam memastikan orang-orang Melayu ini akan terus menjadi ‘Tuan’ di tanahair mereka sendiri. Sepertimana saranan Tun Mahathir, mereka haruslah berbuat sesuatu tindakan untuk memperkukuhkan kedudukan mereka. Namun, sekiranya tidak ada sebarang strategi dan perancangan serta tindakan yang sistematik dan efektif mulai sekarang, tidak mustahil, suatu hari nanti orang-orang Melayu benar-benar akan kehilangan kuasa bukan sahaja di negeri malah di Parlimen!


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.