default

BERITA TERKINI KEHILANGAN PESAWAT MAS KE BEIJING !!

on Saturday, March 8, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.

MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.


Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut. - Bernama

default

AL QURAN DI HINA DI TANDAS MASJID , POLIS BURU SUSPEK

on Tuesday, March 4, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Post Pic
 

SHAH ALAM: Ibu Pejabat Daerah (IPD) Besut, Terengganu mengesahkan menerima laporan daripada tiga imam dari Kampung Limbongan, Kampung Seberang Jerteh dan Kampung Raja yang menjadi mangsa khianat individu tidak bertanggungjawab menyelerakkan al-Quran di masjid berkenaan.
 
Setakat ini pihak polis masih dalam proses menerima keterangan daripada ketiga-tiga imam daripada masjid tersebut. 
 
Selain dimusnah dan dikoyak, sejumlah kitab suci itu turut ditemui dibuang di dalam mangkuk tandas, manakala sejumlah naskhah surah Yassin pula dibuang ke dalam kolah di luar masjid.
 
Kejadian pertama dipercayai berlaku kira-kira pukul 11 malam tadi di Masjid Nasiruddin Shah di Kampung Raja, manakala kejadian di Masjid Limbongan kira-kira pukul 1.30 pagi tadi dan ia dipercayai dilakukan suspek yang sama.
 
Dalam dua kejadian itu, beberapa tompokan darah turut ditemui pada pintu masjid, dipercayai akibat kecederaan kaki suspek selepas bertindak menendang pintu sebelum menceroboh.

default

PRU 13 : PENGUNDI MUDA MELAYU TOLAK PAKATAN , CENDERUNG SOKONG BN - @khairykj @dzainalabidin

on Monday, March 3, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Majoriti pengundi muda Melayu didapati cenderung menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 berbanding pengundi muda kaum lain.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan kajian yang dilakukan badan bebas dan pihaknya sendiri yang mendapati 55 peratus pengundi muda Melayu mengundi BN.

"Walau bagaimanapun, jika dilihat dalam skop keseluruhan melibatkan pengundi muda, kita (BN) masih ketinggalan terutamanya daripada sudut sokongan pengundi muda Cina yang lebih cenderung kepada pembangkang," katanya.

Beliau berucap dalam program Lawatan Ukhuwah Anak Muda dan perasmian kejohanan futsal anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abd. Rahim serta kira-kira 500 golongan muda.




Melihat kepada pola sokongan berkenaan, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, BN khususnya UMNO wajar menghargai sokongan pengundi belia Melayu serta dalam masa sama tidak meminggirkan belia bukan Melayu.

Sehubungan itu menurut beliau, BN perlu terus mendekati dan memahami pengundi muda daripada kaum lain jika berhasrat memenangi semula kawasan yang dikuasai pembangkang.

"Ini kerana statistik menunjukkan terdapat hampir empat juta pengundi baharu berdaftar menjelang PRU-14 dan mereka ini akan menjadi faktor penentu parti mana yang akan menang," katanya.

Dalam pada itu Khairy berkata, Pemuda dan Puteri UMNO di seluruh negara perlu terus mengadakan pelbagai program mendekati golongan muda walaupun di kawasan yang majoritinya mempunyai pengundi berbilang kaum.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, dakwaan pembangkang kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak wajar dikaitkan dengan inisiatif kerajaan kerana sememangnya hak rakyat perlu dilihat dalam skop lebih luas.
"Ingin saya tegaskan, bukan semua kerajaan di dunia mampu menguruskan ekonomi mereka dengan baik sebagaimana yang dilakukan kerajaan BN sehingga kita mampu memberi semula kepada rakyat seperti BR1M," katanya.


default

SUAR & BOM ASAP : KHAIRY SUDAH HILANG SABAR DENGAN SIKAP ULTRAS MALAYA

on Sunday, March 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Tindakan penyokong Ultras Malaya yang membakar mercun serta bom asap pada  perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dengan Filipina malam semalam disifatkan sebagai melampau.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan kekesalan terhadap insiden itu dan menyifatkan ia sebagai memalukan imej negara.

Beliau berkata, kejadian membakar mercun dan bom asap sehingga  menyebabkan perlawanan persahabatan itu terhenti semalam adalah kesalahan sangat serius dan tidak boleh diterima.

"Saya memberi jaminan akan mengambil tindakan  terhadap pihak bertanggungjawab yang bukan sahaja mengganggu perlawanan, malah mengancam keselamatan penyokong lain yang berada di situ," katanya katanya kepada media selepas melancarkan program `Wheels For All  Global Cycling' dan penyerahan Baucar Buku  1Malaysia (BB1M) di Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.

Tambah Khairy, sebelum ini FAM sudah beberapa kali bertolak ansur dengan penyokong Ultras Malaya dengan pembakaran mercun dan bunga api, namun kali ini tindakan mereka tidak boleh dibiarkan lagi.

"Selama ini FAM bertolak ansur dengan penyokong Ultras Malaya terutama dalam insiden pembakaran mercun dan bom asap memandangkan sebelum  ini, tidak hingga tahap mengganggu perlawanan.

"Tapi kejadian semalam saya rasa dah lebih sangat. Tindakan tegas perlu diambil, tidak boleh dibiarkan lagi.

"Sebelum ini, kita sudah ada perjanjian dengan  penyokong Ultras Malaya supaya tidak  mengganggu perlawanan, tetapi semalam mereka sudah melampau," katanya lagi.

Dalam insiden itu, penyokong Ultras Malaya secara tiba-tiba  membakar bom asap dan mercun sehingga menyebabkan pengadil terpaksa menghentikan permainan selama lapan minit, setelah 31 minit perlawanan berlangsung.

Tindakan itu yang dilakukan di Stadium Selayang itu dipercayai sebagai tanda protes terhadap 30 tahun pentadbiran FAM.

default

GAYA URBAN MENTERI MUDA KHAIRY SEMASA KUNJUNG KE P.PINANG HARI INI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Dah terikut fesyen seperti Wak Doyok ke Chief ??  Baju berkotak dan seluar ketat ??











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.