UMNO KINI BERPAKSIKAN POLITIK ISU & PEMANTAU UNTUK RAKYAT MALAYSIA

on Wednesday, June 27, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





ALOR SETAR, 26 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan politik yang berunsurkan pembangunan dan perkhidmatan mungkin akan berubah kepada politik isu kerana UMNO hari ini adalah pemantau kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Ditakdirkan saya dipilih sebaga ketua pembangkang nanti saya akan menentukan bahawa setiap ahli parlimen kita mempunyai kualiti di dalam perbahasan. Saya akan minta Datuk Azalina Othman Said untuk jadi ketua dan kumpulkan seluruh penyelidik untuk membantu ahli parlimen kita supaya kita tidak hanya bercakap berdegar-degar sebaliknya isu-isu yang kita bawa insya Allah berdasarkan kepada isu rakyat yang selama ini ditabur fitnah dan dibalut dengan kebencian.
“Zaman bersedih telah berlalu…biarpun belum 100 hari diperintah mereka tetapi yakinlah rakyat yang mengundi mereka kecewa…di dalam media sosial mula diperkatakan dan kita terbaca penyesalan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pengenalan calon-calon bertanding pemilihan UMNO 2018 peringkat negeri Kedah dan sambutan hari raya Aidilfitri, di Dewan TH, di sini, hari ini.
Tegas Ahmad Zahid apa yang dilakukan itu bukanlah untuk menyanggah atau sebaliknya namun itulah yang dilakukan oleh pembangkang sebelum ini.
“Kita bukan mahu untuk menyanggah mereka tetapi kita bertindak dalam orientasi politik isu kerana itu kehendak mereka dan kerana itulah yang dilakukan oleh mereka sewaktu mereka menjadi pembangkang. Insya Allah kini kita jadi pembangkang dan pendekatan kita harus lebih tersusun, harus lebih berwibawa
“Pembangkang setakat ini ada 71 kerusi di Parlimen. Insya Allah kita akan bersatu hati dengan Pas sebagai pembangkang di Dewan Rakyat. Walaupun ini pertama kali menjadi pembangkang tetapi suara UMNO dan Pas akan kedengaran dengan kuat di Parlimen. Insya Allah,” katanya.
Katanya lagi untuk tempoh yang akan datang, jika diperbetulkan segala kesilapan dan masing-masing bersatu hati dan kembali di dalam satu pasukan UMNO insya Allah parti akan terus menjadi kerajaan semula.
“Tetapi saya juga percaya jika ketidakpuasan hati berlaku di kalangan mereka, maka yang akan berlaku ada perpecahan dan pasti mereka akan mencari UMNO untuk menjadi rakan kongsi bagi kita menjadi sebahagian daripada kerajaan walaupun belum cukup tempoh lima tahun,” katanya.-MediaUMNO


One Response

  1. Anonymous says:



    KU LI adalah Mahadey.. Mahadey adalah KU LI.. UNDI KULI BINASALAH UMNO!!

    hati2 lah wahai bangsaku serigala yang bertopeng sang 'perwira' sedang giat bersandiwara..



    Tengku Razaleigh mahu UMNO mohon maaf

    GEORGETOWN: Tengku Razaleigh Hamzah akan mencadangkan supaya setiap peringkat UMNO memohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas kesilapan tidak menjalankan amanah dengan baik, sehingga menyebabkan parti itu kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

    Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi membolehkan UMNO kembali menjadi relevan dan diterima rakyat.

    "Saya nak menganjurkan supaya kita minta maaf kepada rakyat atas kesilapan kita kerana tidak menunaikan tanggungjawab dengan amanah, dekati mereka dan ajak mereka balik bersama kita.

    "Kenapa kita tidak boleh minta maaf? Saya rasa mereka akan memaafkan...minta maaf kerana kita cuai dengan amanah yang diberikan," katanya ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra bersama UMNO Pulau Pinang di sini, hari ini.

    Tengku Razaleigh yang bertanding buat kali kedua bagi jawatan Presiden UMNO selepas pertama kali berbuat demikian pada 1987, berkata Barisan Nasional (BN) masih kekal relevan.

    Malah, katanya, beliau bercadang untuk bertemu dan berunding dengan semua pemimpin parti komponen BN, terutamanya parti yang sudah meninggalkan BN.

    "Jika saya diberi peluang, saya akan berjumpa dan bercakap dengan semua pemimpin komponen BN. Mengapa mereka buat keputusan ini.

    "Allahyarham Tun Razak adalah pemimpin yang beri idea untuk tubuhkan Parti Perikatan dan ia dibuat kerana kita semua mahu bersatu tanpa mengira fahaman politik.

    "Mungkin mereka ini 'lost track' (sehingga mereka umum keluar parti), kerana kita kalah teruk," katanya.

    -------------------------------------------

    Lihatlah gaya KU LI..

    dia sedang mencaturkan UMNO mengikut hawa NAFUS MAHADEY sebenarnya!

    UMNO mohon maaf?? UMNO buat kesalahan apa? Gone Eng DAPig ada pernah minta maaf kah menghina Agama dan Bangsa Melayu??.. tapi kenapa dia menang jugak dan jadi menteri KANAN lagi??

    Wahai org Melayu tolongan jangan defensive dan bodoh dan dilembukan pemimpin tak tentu halatuju macam KULI atau Madey!

    Ku Li seolah2 MENGIAKAN fitnah dan serangan jahat PH-Madey-DAPig terhadap Najib-UMNO. Tapi sekarang kenapa mereka kekalkan IMDB, teruskan hampri 90% projek idea usaha Najib-UMNO?? Jika korup tutuplah semua dan batalkan semua. Tetapi mereka menipu rakyat 100%!


    Tolong jawab sat kalau macai Madey PH jika lintas di sini???


    Ku Li oii.. Najib awal2 lagi dah minta MAAF di malam kekalahan UMNO BN. UMNO tak kalah BN yang kalah.. kenapa ko tak suruh MCA/ MIC/ GERAKAN mintak maaf wahai Ku Li??

    kenapa ko terlalu sayangkan MCA MIC GERAKAN kerana sepenuhnya ko salahkan UMNO dalam PRU14?

    Makhluk macam ni ke nak di angkat jadi presiden UMNO?

    Setelah ko TIDOOO selama 30 TAHUN dalam ISTANA PUTIH GUA MUSANG..


    now ko datang tunjuk muka tersengih2..salahkan UMNO salahkan Najib.. salahkan Zahid..
    salahkan PEMUDA..salahkan semua UMNO..

    lebih baik ko balik duduk dengan orang ASLI lah Ku Li..

    ko join Mahadey pada 2015 dan 2016 deklaBASI Rakyat untuk jatuhkan BN-UMNO Najib..

    itu sifat pengkhianat bangsa. Najib UMNO jatuh..lihatlah SIAPA yang BERTAING KUASA sekarang??

    Kenapa dalam jutaan orang sihat akal muda cerdik.. dua ekor TUA ini yang orang MELAYU pilih jadi leader.. sekor MAMAK perosak..dan satu lagi ATOK BANGSAWAN..??

    bangsa tengah celaru.. tiba2 datang lagi parasit2 bertopeng 'alim' untuk selamatkan Melayu?

    Semoga orang2 ini takkan menang dan menguasai UMNO.

    Zahid lah paling layak. KJ boleh bantu Zahid. KJ not bad cuma perlu diasuh jadi MELAYU bukan jadi budak OXPORD yang perasan macam OMPUTEH

    KJ ada kebijaksanaan tapi dia masih MENTAH dan masih tak berapa kemas pengangan Adat Agama..

    Tolak KULI jangan kasi proksi Madey Lahnat masuk UMNO!

    #vote4zahidhamidi

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.