..

..

PERUBAHAN BESAR DALAM UMNO MAMPU KEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT

on Friday, June 29, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments





 Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin berharap semua perwakilan di seluruh negara menggunakan pemilihan parti pada kali ini, sebagai peluang untuk membawa perubahan besar di dalam parti sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO.
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata pemilihan kali ini sangat penting kerana ia bukan sahaja dinantikan oleh anggota UMNO sendiri, malah seluruh rakyat kini memberikan tumpuan dan mahu melihat sesuatu yang berbeza berlaku di peringkat kepimpinan parti itu.
“Rakyat nak lihat kami dapat buat perubahan besar dan dapat memilih kepimpinan UMNO yang dapat mengembalikan kepercayaan rakyat,” katanya kepada pemberita di Dewan 2020 di sini, hari ini.
Beliau berkata UMNO juga berhadapan cabaran yang sangat besar dan paling utama adalah untuk mengubah pemikiran, budaya dan perlu dilihat sebagai parti yang berhemah, sentiasa bersama rakyat, tidak sombong atau angkuh serta berhujah berteraskan ilmu.
Dalam pada itu Khairy berkata beliau selama ini telah menjadi seorang pengikut parti yang setia dan kini masa untuknya tampil bagi membawa transformasi besar yang dikehendaki rakyat sebelum mereka dapat memberi semula kepercayaan kepada UMNO.
Pada pemilihan kali ini yang bakal berlangsung esok, Khairy bakal berhadapan dengan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.








5 Responses

  1. Anonymous says:

    Calan 02 biawak lidah cabang liberal.. ko tubuh lah parti pak mertua ko untuk kasi bangsa kapir masuk ramai2.. bodoh punye calon..takde maruah jaditidiri..musuh melaut fitnah kalahkan parti ko baru sekali ko dah ubah prisip.. ko kutuk pulak ex boss ko... konon nak tunjuk sifat 'berubah'. Rakyat dah rosak dengan ph..ko turut nak ikut sama.. bullshit KJ!

  2. Anonymous says:

    Pemilihan presiden umno bukan mcm pilih kerajaan....
    Cuma sekadar nk pilih siapa jadi boss atau ketua...yg kalah akan contribute to particdan terus bantu presiden...yg menang kena mengggarap tanggungjawab...
    Semoga Umno bangkit semula...
    PH sekarang penuh dgn dendam, persepsi dan ramai menteri tak tahu buat kerja serta mulut longkang...
    Bila madey dh tak ada nnt, rasanya pbbm akan berkubur...semua akan kembali kpd umno...

  3. Anonymous says:

    Saya tak layak mengundi kerana saya hidup tidak berparti. KJ masih ada bagasi kisah silam yang menghantuinya. Tapi saranan melakukan perubahan yang dia bawa saya sokong. Undi saya yang satu ini dengan rela hati saya akan berikan kembali kepada UMNO setelah perubahan yang dicanangkan benar-benar berlaku.

    Tidak timbul isu saya menyesal mengundi PH sebelum ini. Hasrat saya menolak Najib telah pon berjaya. Tak perlulah dimomokkan apa yang telah saya lakukan. Tumpukan kepada usaha mengembalikan kepercayaan golongan seperti saya kembali kepada UMNO. Tanpa kami UMNO dapat 54 kerusi. 2023 nanti, adakah UMNO akan berpuas hati dengan 54 +/- 3 atau 4 kerusi?

    Bilangan pengundi yang segolongan saya ramai juga tapi bilangan pengundi baru akan lebih ramai lagi. Hanya KJ yang bersuara seirama dengan kehendak kami. Tapi yang paling penting, setakat ini, dia yang lebih berwibawa membawa kumpulan pengundi baru kepangkuan UMNO. Bukan 2018 jadi tumpuan. Fikirkan 2023 nanti.

    Semuga berjaya UMNO.

  4. Anonymous says:

    Semua ahli UMNO kena bersatu
    Pemilihan hanyalah untuk memilih pemimpin dan bukannya untuk pilih kerajaan.
    Yg kalah pun adalah ahli UMNO juga...so, kena ikut semnagt demokrasi.
    Yg kalah akan menyokong yg majoriti


    Start buat kerja, kukuhkan parti
    Bersatu semua


    PH sekarang adalah kerjaaan yg paling lemah
    Bila2 masa ajer boleh tumbang kalau ahli Amanah dan PBBM keluar PH

    atau bila PKR join UMNO buat kerajaan perpaduan..

    PBBM akan pupus bila madey dah tak ada....sebab PBBM tak ada pemimpin yg berkaliber dan tak ada pemimpin yg ada suara yg kuat ....semua MP PBBM akan join UMNO semula...


    PH tak lama...percayalah.


    PM yg akan datang ialah Anwar Ibahim pemimpin kerajaan perpaduan PKR/UMNO/PAS

  5. Anonymous says:

    Sampai kiamat pun rakyat dah tak percaya......kihlihkih......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.