..

..

Pemuda UMNO puashati penjelasan PM pasal isu Dr Mahathir…

on Monday, April 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Tadi hampir semua kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO pusat dan bahagian-bahagian hadir berjumpa dengan Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh Kerajaan dan parti.
Bagi pihak Pemuda UMNO saya telah bangkitkan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat Malaysia secara amnya dan isu-isu yang menarik perhatian ahli-ahli parti.
Najib berucap panjang lebar dan telah memberi penjelasan tentang semua isu yang kita telah bangkitkan.
Pemuda terus komited dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada presiden dalam usaha kepimpinan memperkuatkan semua lapisan dalam parti secepat mungkin.
Jadi hari ini bukanlah soal kesetiaan. Itu kita beri kepada presiden dan pemimpin dan kita akan terus berdiri teguh di belakang kepimpinan UMNO.
Kami berharap presiden akan terus dekati rakyat dan beri penjelasan kepada isu-isu yang berbangkit dari semasa ke semasa kepada rakyat dan setiap lapisan UMNO.
Langkah presiden pada hari ini untuk memberi pencerahan sendiri kepada Pemuda adalah amat dialu-alukan.
Antara isu yang dibangkitkan ialaj Pemuda harap presiden selaku Perdana Menteri dapat memastikan proses pengauditan terhadap 1MDB dapat dipercepatkan dan jika berlaku apa-apa penyelewengan atau pecah amanah, mereka yang bertanggungjawab perlu terus dibawa ke muka pengadilan.
Perdana Menteri telah setuju dan telah nyatakan kesungguhan beliau untuk memastikan proses pengauditan itu dapat dijalankan dengan rapi dan mendalam serta cepat.
Sekiranya ada bukti penyelewengan, pecah amanah dan sebagainya, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan tegas dan cepat.
Saya menyeru kepada semua lapisan Pemuda UMNO untuk terus berdiri teguh di belakang pimpinan dan presiden parti dan menyokong usaha mereka untuk memperkukuhkan parti dan menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia.
Kita telah dengar penjelasan dari presiden, maka kita dapat gambaran lebih jelas berkenaan dengan isu-isu semasa.
Saya juga telah nyatakan bahawa kita tak boleh berada dalam sindrom penafian walaupun kita percaya kita dapat atasi segala masalah yang kita hadapi pada hari ini.
Jangan sesekali kepimpinan UMNO termasuk Pemuda, terperangkap dalam simptom penafian. Kita harus akui bahawa cabaran yang dihadapi oleh parti pada hari ini amat besar.
Tetapi penjelasan presiden adalah langkah yang amat penting sekali untuk kita beri keyakinan kepada Pemuda UMNO supaya kita terus berjuang dan beri sokongan yang padu kepada presiden dan Perdana Menteri.
Antara isu yang dijelaskan ialah isu 1MDB, Altantuya, jambatan bengkok, jet dan GST. Keseluruhan pemuda positif dengan penjelasan presiden.
Mengenai Tun Dr Mahathir, ia telah dijawab dalam soal konteks isu yang dibangkitkan.
Presiden menjawab satu persatu soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Tun M dan lebih daripada itu dia jawab isu-isu lain juga.
Persepsi terhadap Tun M?
Kita menghormati Tun M sebagai mantan presiden UMNO dan negarawan tetapi kita jawab soal isu. Ada jawapan yang diberi dengan lebih terperinci lagi sebab mungkin dalam wawancara (TV) ada keterbasan waktu. Tak dapat pergi satu persatu.
Tetapi oleh kerana kami ada banyak masa iaitu sejam lebih, dapat dikupas dengan lebih mendalam lagi.
Kita mengalu-alukan wawancara yang dibuat oleh PM di TV minggu lepas. Usaha memberi penjelasan itu harus diteruskan, bukan hanya oleh PM tetapi keseluruhan jentera kerajaan, menteri dan kepimpinan parti.
Jadi hari ini sudah tidak ada apa-apa keraguan lagi di kalangan Pemuda dan kita akan teruskan usaha kita untuk bawa penjelasan kepada ahli parti dan orang awam.
Kita sebenarnya telah melalui peristiwa yang lebih mencabar sebelum ini dalam sejarah parti.
1998 masa saya mendewasakan diri dalam parti, kita melalui krisis yang besar pada ketika itu reformasi dan sebagainya. Ratusan ribu membanjiri jalanraya tiap-tiap hari dan kita telah mengatasinya. Kita bagi peluang dan sokongan kepada presiden pada waktu itu, Tun Mahathir untuk pulihkan keadaan.
Hari ini kita tidak melihat kriris itu sebesar apa yang kita hadapi pada era reformasi.
Jadi janganlah kita rasa walaupun ada sedikit cabaran hari ini, walaupun ada gelombang sedikit, jangan kita rasa takut. Jangan kita lari dari medan perjuangan. Kita tetap bersama dengan presiden sebab kalau kita dapat pulihkan keadaan pada 1998, era reformasi, percaya dan yakin hari ini kita dapat kembalikan rakyat lebih kepada BN.
Selepas wawancara, bersama dengan Wanita, Pemuda, esok dengan Puteri, Presiden telah sebut beliau bertanggungjawab kepada rakyat dan parti, bukan kepada mana-mana individu dan ayat yang sama diguna oleh presiden tadi. Kita anggap itu adalah pendirian yang betul. Presiden ada keyakinan untuk turun ke bawah dan menjelaskan isu-isu ini dari semasa ke semasa.
Ada yang persoalkan keikhlasan sokongan terhadap PM sebab setakat ini yang memberi sokongan adalah yang mempunyai jawatan dalam parti dan kerajaan?
Pemuda bukan pengikut yang beri sokongan secara membuta tuli. Kita anak muda dalam UMNO kalau bagi sokongan membuta tuli kepada pemimpin yang bagi pandangan dan pendapat, kita tak boleh dipertahankan, bukan sahaja pemimpin itu akan jatuh, tetapi kapal UMNO akan karam dalam PRU akan datang.
Bagi saya, kalau kita nak bagi sokongan palsu tak guna. Sebab akhirnya kita sendiri akan tersungkur dalam PRU akan datang.
What for kita bagi sokongan palsu? Saja nak bermuka-muka depan presiden? Depan Perdana Menteri cuma semata-mata nak jaga kedudukan kita?
Mungkin saya ada jawatan tapi exco-exco Pemuda rata-rata tak ada jawatan dalam kerajaan. Mereka adalah pemimpin akar umbi. Tak mungkin mereka akan bagi keyakinan kepada saya bahawa Pemuda sokong presiden kalau mereka rasa presiden kita tidak layak untuk disokong?
Kalau kita bagi sokongan palsu, hanya berpura-pura bagi sokongan kepada presiden, kita menipu diri sendiri sebab akhirnya kita akan berdepan dengan rakyat dan kapal UMNO akan karam.
Kita bagi sokongan pada hari ini kerana kita masih yakin dan percaya kepimpinan presiden.
Kita rasa walaupun kita tidak terperangkap dalam sindrom penafian, kita akui ada masalah hari ini tetapi kita percaya bahawa kalau kita bersatu dan bersungguh dan kalau presiden lead the way, maka kita akan dapat mengatasi masalah yang dihadapi hari ini.
Saya tak istilahkan apa yang kita hadapi hari ini sebagai krisis. Dalam perjuangan politik, dalam laluan jalan kita di kancah arena politik, kalau tak ada sedikit duri, ranjau dan onak, ia bukan politik.
Setelah semangat kita ditiupkan oleh presiden, Pemuda akan tampil untuk buat yang terbaik bagi pilihanraya-pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Rompin. We will fight and fight hard bagi membuktikan UMNO akan dapat menang.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Perajurit perajurit...,

    1- Tukan sapu
    2- Tukang gilap
    3- Tukang angkat
    4- Tukang semua diatas - Tukang bodek

    Andai rakyat dah muak apa semua yang diatas boleh buat?

    Ini ayat bukan dari pembakang...beringat lah!

    PRU12 Beginning
    PRU13 Of the
    PRU14 END - Oblivion for UMNO-BN

    If that is not scary enough then you're delusional PEMUDA UMNO.

  2. Anonymous says:

    Pertanyaan kepada Khairy Jamaluddin: Semasa diwawancara di tv, Najib kata duit 1mdb sengaja disimpan di Singapura untuk menjana keuntungan, sebaliknya sebelum itu beliau ada menyebut yang wang tersebut sukar dibawa balik ke Malaysia atas kekangan bank negara [peraturan bank] negara]. Jawapan yang tak sama inilah yang membuatkan Tun M rasa ada yang tidak betul. Itu fasal hingga kesaat ini Tun M masih bertahan dengan hujah2 beliau. Saya harap Khairy dan keseluruhan penyokong Najib tolong berikan pencerhan atau memang korang semua pengampu Najib

  3. Anonymous says:

    hoi kairi org kota gombau
    bodek jgn tak bodek , apalah kau org ni rm45b hangus sokong lagi

    soronok sekejap jib pru sure out,,,,, AKU TERBCA SATU ULASAN
    ''datuknya kata ada keturunan t.razak akan menjahanamkn m'sia,,,,nila kot

  4. Anonymous says:

    Masa untuk mahyuddin jadi PM.....rosmah perosak najib...1MDB soalan tun daim cukup keras 1MDB dimana najib sebagai punaisehat 1MDB .....camana audit nk buat kerja. ... 42 billion 1MDB dibelanjakan kemana. ..... mahyuddin dan isteri low profile....masa untuk berubah....prmbangkang tak kuat...cuma kersjaan dipimpin olrh orang yg sssgt lemah. ...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.