17 PENGGANAS RANCANG SERANG BALAI POLIS ,KEM TENTERA & CULIK VVIP @PDRMsia

on Tuesday, April 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Balai polis dan kem tentera dipercayai antara yang menjadi sasaran serangan oleh 17 individu yang ditahan polis pada Ahad. 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia disyaki untuk memperoleh senjata api.

Beliau berkata mereka yang berumur antara 14 hingga 44 tahun itu juga disyaki merancang melakukan penculikan terhadap beberapa individu berprofil tinggi.

"Mereka juga merancang membuat bom kerana terdapat nota yang memperincikan proses pembuatan bom yang diperoleh daripada Imam Samudra dari Indonesia," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Ahmad Zahid berkata antara yang ditahan ialah bekas anggota Kumpulan Mujahidin Malaysia dan bekas tahanan ISA selain ada yang pernah menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Sulawesi.

Menteri itu seterusnya berkata ada juga yang pernah terlibat dalam cubaan merompak senjata api dari Balai Polis Guar Chempedak, Kedah pada 2001 selain ada yang baru sahaja pulang dari Syria selepas menyertai kumpulan militan IS.

Katanya, dua daripada mereka merupakan anggota tentera, dua pelajar, seorang pengawal keselamatan dan dua juruwayar.

"Ancaman ini adalah ancaman yang benar dan langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan," tegasnya.


One Response

  1. Yang buat kerja Polis...yang buat risikan pun Polis...tiba-tiba menteri dedah 17 indivudi yang ditangkap tu nak buat saotaj di malaysia...mungkin kot KDN ada unit risik sendiri dan unit tempur sendiri sehingga mengalahkan Polis....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.