Oleh : Cr. Lukman B. Moidin
Kekalahan Barisan Nasional dan kehilangan banyak kerusi UMNO mengundang banyak persoalan yang sukar dijawab. Bencana tsunami politik yang melanda wajar dinilai untuk menginsafi diri khususnya oleh pimpinan UMNO semua peringkat. Saya melihat senario ini sebagai undi percubaan atau melepaskan geram kerana dihasut oleh perasaan marah yang berjaya dimainkan pembangkang. Kesempatan perasaan marah yang ditiup berjaya digunakan pembangkang untuk menafikan kekuatan BN. Jangan terlupa syaitan telah meresapi pemikiran apabila pintu marah ini terbuka (terdapat 15 pintu Syaitan dalam diri kita.. Pintu utama ialah PINTU MARAH).
Kita menjangkakan pastinya rakyat akan menerima kesan yang bukan sedikit atas keputusan mereka ini, realitinya ia berlaku hanya selepas beberapa hari pembangkang berkuasa. Kebanyakkan pengundi tidak peduli tentang masa depan atau prestasi Barisan Nasional yang terbukti membela nasib rakyat. Malah faktor ahli UMNO yang semakin tidak berkualiti dan tidak setia juga semakin ketara. Di kebanyakan tempat UMNO menghadapi masalah pengkhianat parti dan sentiasa tidak puashati. Mereka tidak lagi melihat perjuangan UMNO sebagai JIHAD sebaliknya PAS lebih menggunakan cogankata UMNO Parti Keramat “BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT”. Ahli PAS dilihat jauh bersemangat, bersatu dan setia terhadap keputusan parti mereka tanpa mengira calon berbanding UMNO yang mementingkan siapa calon dan ganjaran untuk bertugas. Mereka lupa nikmat yang telah diperolehi sebelum ini dan makin tamak merebut habuan semasa pilihanraya.
Tun Dr. Mahathir telah meletakkan kesalahan ini di bahu Pak Lah yang dilihat gagal dan tidak menepati kehendaknya dalam banyak perkara. Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Pak Lah seharusnya melihat desakan Tun Dr. Mahathir ini sebagai cabaran dan tanggungjawab untuk memulihkan keadaan khususnya dalam UMNO. Kita berharap agar Pak Lah menerima sokongan padu dari semua ahli UMNO dan komponen Barisan Nasional untuk memulihkan keyakinan rakyat sama seperti yang diberikan kepada Tun Dr. Mahathir dahulu. Kita harus bersama di saat getir ini bagi membantu kepimpinan Pak Lah. Tun Dr. Mahathir juga harus membantu.
Sebagai bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir seharusnya diberikan tempat sejak dahulu lagi untuk menyampaikan pandangan bagi membantu UMNO dan BN. Ramai pimpinan UMNO tidak dapat menilai dari mata hati akan kata-kata Tun yang dianggap seolah-olah mencampuri urusan kerajaan dan UMNO selepas persaraannya. Jauh di sudut hati kita berasa amat kesal apabila terdapat usaha meminggirkan Tun Dr. Mahathir selepas meninggalkan tampok pemerintahnya selama 22 tahun. Beliau tidak lagi dilihat penting dan berharga oleh UMNO dalam banyak keadaan dan keputusan. Cadangan dan pandangannya tidak pernah diambil peduli oleh pimpinan UMNO hingga ada yang sanggup mencemuhnya. Beliau terlalu dilukai selepas melepaskan jawatan. Hingga budak hingusan dalam UMNO yang tamak sudah mula bimbang dengan suara Tun Dr. Mahathir. Bagi saya Tun Dr. Mahathir bukan sebarang orang dan pandangannya selalunya lahir dari keikhlasan kerana sayangkan bangsanya.
Sepanjang mengenali Tun Dr. Mahathir semasa menjadi PM dan juga selepas persaraannya, setiap surat atau kad yang saya hantar AKAN DIBALAS oleh beliau. Sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain.
Isu jambatan bengkok turut merentap hati Tun Dr. Mahathir kerana pada awalnya dipersetujui tetapi akhirnya dibangkang oleh pemimpin kabinet yang sama ketika pentadbirannya . Secara jelas kita telah tunduk dan hilang kedaulatan dalam membuat keputusan demi menghormati Singapura yang angkuh.
Kelahiran Khairi Jamaludin dalam politik UMNO pernah dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir juga tidak mendapat perhatian pimpinan UMNO. Ini kerana kedudukan Pak Lah sebagai Presiden UMNO menghalang suara dari bawah untuk mengekang kebangkitannya. Tatakala Tun Dr. Mahathir menegur sikap menantu Pak Lah ini maka Tun Dr. Mahathir dilihat berniat buruk terhadap Pak Lah.
Bukanlah satu rahsia lagi peranan Khairi Jamaludin dalam pelbagai isu yang berkaitan khususnya melonjakkan ramai kroninya untuk mencorak kepimpinan UMNO dari sekarang. Sebagai orang tua (sewajarnya dihormati) dan mempunyai sensitiviti mendalam terhadap UMNO, Tun Dr. Mahathir sudah menghidu ketamakan kumpulan ini untuk menggunakan UMNO dengan niat yang buruk.
Hakikatnya hari ini kita dapat melihat musibah dan tanda-tanda kiamat untuk politik Khairi Jamaludin, walaupun menang tetapi dengan undi yang amat rendah. Dengan tenaga Siti Nuhaliza pun KJ meranapkan majoriti cemerlang 2004 di Rembau. Begitu juga kepada rangkaian jaringannya yang rata-rata tersungkur tanpa diduga. Malah Mukhriz yang sengaja diletakkan di kawasan Parlimen Jerlun akhirnya menang dengan majoriti lebih dari tahun 2004 hanya dengan bantuan ‘Siti Hasmah’ dan ‘Sentuhan Tun Dr. Mahathir’.
Keramatnya UMNO semakin tidak boleh dinafikan kerana bukanlah mudah untuk ahlinya yang tidak ikhlas menggunakan parti ini untuk kekayaan dan menimbun harta. UMNO bakal tersungkur jika membiarkan kumpulan golongan muda yang rakus kuasa ini memperkudakan parti keramat orang Melayu ini. Tunggulah saat-saat kehancurannya jika PEMUDA dan Pimpinan UMNO masih buta hati !
Kita juga mengetahui halangan yang dilakukan terhadap Tun Dr. Mahathir untuk berceramah dan menyuarakan pandangan ikhlasnya kepada ahli UMNO. Hinggakan usaha beliau bersuara melalui saluran UMNO juga dinafikan oleh ahlinya sendiri. Kita melihat dengan mata kepala bagaimana beliau dimalukan dengan begitu aib dalam pertandingan G7 di Kubang Pasu, tempat yang pernah beliau berbakti sepenuh hati.
Amat menyedihkan apabila Negarawan yang pernah berkorban ikhlas untuk agama, bangsa dan negaranya dianggap sampah oleh pimpinan UMNO Kubang Pasu dan Pimpinan UMNO Kedah dengan menggunakan taktik tertentu bagi menghalang beliau bersuara membela nasib bangsanya. Membuktikan Keramat Tun Dr. Mahathir, dengan izin Allah, keputusan pada 8 Mac 2008, kemenangan parti pembangkang dan nasib malang yang menimpa UMNO dan Barisan Nasional Kedah tanpa diduga oleh sesiapa pun termasuklah parti pembangkang sendiri yang berjaya menguasai Kedah.
Apa yang terjadi terhadap kepimpinan UMNO Kedah wajar dilihat sebagai satu malapetaka dan balasan Allah yang dilakukan terhadap Tun Dr. Mahathir sebelum ini. Penghormatan dan jasanya yang tidak dihargai ketika beliau tiada jawatan sedangkan Kedah adalah negeri tempat tumpah darah beliau. Semoga hari ini pimpinan UMNO Kedah dapat menginsafi peristiwa ini. Inilah pengajaran berharga untuk semua pimpinan UMNO di seluruh peringkat semoga ianya tidak berulang kembali.
Kesempatan ini diambil oleh pembangkang untuk membawa Tun Dr. Mahathir dalam program dan majlis mereka kerana sanjungan untuk Tun tidak pernah luntur dari kebanyakkan rakyat Malaysia. Malah pembangkang sendiri telah mengakui kehebatan Tun dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.
Mengapa pimpinan UMNO tidak melihat sesuatu dari Tun Dr. Mahathir yang dapat dihidu oleh pembangkang. Saya amat berterima kasih kepada Tun yang berjaya menyedarkan saya tentang nasib Melayu dan agama Islam semasa perletakan jawatan beliau pada 2003.
Sebelum dari itu, saya menyokong sepenuhnya barisan pembangkang kerana dendam dan kebencian kepada Tun yang memecat Anwar Ibrahim. Tanpa disangka saya dapat melihat dari mata hati akan tindakan Tun yang amat tepat dan menyelamatkan negara kita. Malah kita dapat melihat bagaimana orang kuat Anwar iaitu Dr Chandra Muzaffar, Ezam dan Nalakaruppan mengakui bertapa bahayanya Anwar Ibrahim kepada negara.
Kebanyakan rakyat Malaysia hanya melihat Anwar Ibrahim (Pengkhianat Melayu dan Agama Islam) dari mata kasar kerana ketokohannya dan pidatonya yang hebat tetapi tidak mahu melihat dari mata hati yang jarang menipu kita. Kita mengharap dan berdoa agar Allah memperlihatkan sesuatu tentang Anwar agar rakyat Malaysia terselamat dari bencana kepimpinannya. (Cadangan: Bawa Ezam M Noor ke pangkuan UMNO, dia tahu ‘Siapa Anwar Ibrahim’)
Tun Dr. Mahathir bagi saya adalah Keramat Hidup yang berbisa kata-katanya, selalu betul dalam segala tindakannya, terlalu mendalam pandangannya dan jarang dari kita membaca gerak hatinya. Pengalaman panjang sebagai seorang negarawan yang ikhlas jiwanya tidak seharusnya diketepikan. Malanglah bagi UMNO jika Parti Keramat ini meminggirkannya dalam pelbagai perkara. Dengan Keramat UMNO dan Keramat Tun Dr. Mahathir pasti kita dapat memulihkan UMNO yang berjasa ini. Pandangan Tun bukan sekadar ucapan biasa kerana setiap lontaran ucapannya mengandungi azimat yang beliau nampak dari firasatnya sebagai bekas pemimpin ulung bangsa Melayu.
Fikirkan sejenak duhai pimpinan dan ahli UMNO, beliau bukan calang-calang orang kerana Tun Dr. Mahathir ialah seorang pemikir, penulis, pengkaji, pénelaah, tidak tamak kuasa, memiliki daya intuitif yang sangat tinggi, tidak mudah percaya dan menerima segala maklumat dengan membuat kajian, tidak mudah berjanji tetapi jika berjanji akan ditepati. Beliau sangat menghormati masa, tiada kepentingan diri apatah lagi kroni, tidak khianat kepada sesiapa kerana keikhlasan sepenuhnya dicurahkan kepada UMNO yang amat disayanginya. Malanglah bagi kita jika membiarkan Tun Dr. Mahathir berada di luar gelanggang. Beliau sewajarnya dihormati kerana pengalaman dan pandangannya yang tidak menjangkau pemikiran kita. Rugilah untuk UMNO jika masih gagal menilai kehebatannya dan ketokohannya untuk memperkasakan UMNO kembali.
Secara ikhlas saya mahu mencadangkan agar Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai PENASIHAT AGUNG UMNO sementara hayatnya masih ada kerana kebangkitan UMNO dan Hidupnya UMNO adalah atas sebahagian pengorbanan beliau yang perlu diakui dengan tulus ikhlas dari kita sebagai pendokong Parti Keramat ini. Dengan bantuan Keramat Hidup Mahatgir insyaAllah kekuatan Parti Keramat UMNO akan dapat kita kembalikan.
LUKMAN B. MOIDIN
NO 150, TAMAN JATI
06300, KUALA NERANG, KEDAH
TEL : 04 7865 882 / 019 411 9882
BUDIMU Tun Dr. Mahathir
Terima kasih Tunku Abdul Rahman…BAPA KEMERDEKAAN
Terima kasih Tun Abdul Razak… BAPA PEMBANGUNAN
Terima kasih Tun Hussein Onn… BAPA PERPADUAN
Al Fatihah.. Semoga roh mereka aman.
Jika hari ini …MALAYSIA BERJAYA
Jika hari ini….MALAYSIA TERNAMA
Jika hari ini…KITA BERBANGGA
Dan jika hari ini…MEGAHNYA MENJADI WARGANEGARA
Jika hari ini….TANAHAIR INI DIPANDANG MULIA..PERKASA BICARA
Jika hari ini…KEMAKMURAN TERASA
Sejarah keunggulan bermula …
Darimu……Tun Dr. Mahathir Mohamad
Kau arkitek Malaysia moden
Mewarnai wajah indah Malaysia
Melakar panorama memukau Putrajaya
Membentuk bangsamu merentas benua
Menghampar laluan membuka dunia
Memagar kekuatan membina nusa
Memacak tiang seri di persada maya
Menobat mahkota negara ke puncak mercunya
Budimu…tiada terbalas dengan kata-kata
Jasamu.. tiada ungkapan secantik bahasa
Kegigihan hidupmu menabur bakti
Allah S.W.T. jua membalasnya
Bangsamu berbangga,kerana kau milik kami
BAPA KEMERDEKAAN PEMIKIRAN
BAPA PEMBANGUNAN BERWAWASAN
BAPA PERPADUAN BERILTIZAM
Baktimu tetap subur menyinar
Sebagai permata bernilai negara
Jasamu harum semerbak
Sebagai negarawan berwibawa
Namamu terpahat ..Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Dalam Sejarah Peradaban Dunia
Lukman Moidin
Kuala Nerang
mykmu.net
***aku sebagai ahli Pemuda Umno menyokong penuh Tun Mahathir menjadi Penasihat Umno untuk menyelamatkan UMNO dan Negara
Tun Dr. Mahathir…KERAMAT HIDUP -Hidup Tun Mahathir
on Sunday, March 30, 2008
by Generasi Pejuang Bangsa
-
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
March
(9)
- Negara Di Bawah Telunjuk Asing, Yahudi Jika Anwar ...
- MENANG SORAK NEGERI MELAYU TERGADAI
- Melayu alat asing jika pilih Anwar
- Tun Dr. Mahathir…KERAMAT HIDUP -Hidup Tun Mahathir
- Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?
- DEB -Dasar Ekonomi Baru dan Sejarahnya
- UMNO LEBIH BERJASA KEPADA GURU KAFA PP
- MUSLIM DIGESA BOIKOT BARANG BELANDA
- 1946 - Bermula Era Perjuangan Melayu
-
▼
March
(9)