Negara Di Bawah Telunjuk Asing, Yahudi Jika Anwar Jadi Perdana Menteri
Posted on Monday, March 31 @ 15:55:34 MYT
Oleh S.A Najmuddin
Kuala Lumpur -- Pelbagai peringkat pimpinan Pemuda UMNO hari ini menyokong kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi ingatan agar orang Melayu tidak diperalat bangsa asing terutama golongan Yahudi jika Datuk Ser Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Rata-rata mereka berpendapat bangsa asing khususnya orang Eropah dan Yahudi sememangnya mempunyai agenda yang tersirat apabila memberi sokongan kepada individu seperti Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini sentiasa memburuk-burukkan imej negara di luar.
Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Ghazali berkata liputan luas media asing dan sokongan Barat serta Yahudi terhadap Anwar Ibrahim sememangnya sesuatu yang luar biasa yang sukar diberikan kepada pemimpin lain di negara ini.
Malah katanya rakyat juga perlu ingat tentang tingkah laku Anwar ketika menangani krisis ekonomi negara pada tahun 1997 yang jelas tunduk mengikut telunjuk negara Barat khususnya Tabung Kewangan Antarabangasa (IMF) yang diterajui Yahudi.
"Kita di dalam UMNO sudah lama membuat apa yang termampu menolak Anwar serta mengingatkan ahli serta rakyat tentang tindak tanduknya yang membelakangkan kepentingan negara.
"Namun media asing sentiasa memberi ruang yang luas kepada beliau (Anwar) terutama apabila dia bercakap memburukkan negara dan pemimpin kita. Kita percaya pihak-pihak asing ini mempunyai agenda apabila ketika ini terus menamakan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi", katanya.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas ingatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu akan diperalat bangsa asing terutama golongan Yahudi jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Tun Dr Mahathir berkata orang Eropah dan Yahudi percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu akan menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi.
Kenyataan Dr Mahathir itu dibuat ketika menjawab soalan seorang peserta pada Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong (Permata) Ke-7 di Georgetown di sini, Ahad yang mendakwa laporan media Israel, Jerusalem Post menamakan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.
Suhaimi yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil seterusnya berkata tidak mustahil sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, negara ini akan mengikut telunjuk dan tunduk kepada Barat.
Bagi Ketua Pemuda UMNO Bakri, Hj Fuad Tukirin pula berpendapat walaupun dalam keadaan yang beremosi, rakyat tidak seharusnya hilang pertimbangan.
Beliau percaya jika Anwar menjadi Perdana Menteri, dia tidak akan melaksanakan agenda pembelaan bangsa dan kemajuan negara sebaliknya berasaskan perasaan dendam.
Malah kata beliau lagi Anwar juga menjadi punca keadaan huru-hara di negara ini pada tahun 1998 menerusi gerakan reformasi yang turut disokong kuasa luar.
"Negara berada dalam keadaan tidak menentu ketika itu. Media asing memberi liputan begitu meluas berkenaan gerakan reformasi termasuk sokongan beberapa pemimpin Barat", ujarnya.
Sementara itu, Setiausaha Pemuda UMNO Sabah, Mohd Joh Hj Wid pula berkata ingatan Tun Dr Mahathir itu mempunyai asas kerana orang asing khususnya Barat dan Yahudi sukar untuk memberi sokongan kepada individu tertentu sekiranya tidak mempunyai agenda yang tersirat.
Rakyat sebenarnya kata beliau boleh menilai siapa Anwar Ibrahim di kaca mata orang Barat dan Yahudi menerusi tindak tanduknya yang sering memburuk-burukkan negara.
"Ini penting kerana ia mengenai masa depan negara kita, generasi kita. Apa ertinya bebas dan merdeka sekiranya pemimpin kita boleh dicucuk hidung", katanya.
Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat yang pernah menjadi penyokong paling kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Prof Dr Chandra Muzaffar pernah berkata negara tidak memerlukan pemimpin seperti Anwar.
Ini kerana kata beliau jika ditakdirkan Anwar menjadi pemimpin negara, ia satu petanda bahawa bencana akan melanda kerana Penasihat PKR itu sebenarnya umpama sesumpah, kerana sentiasa boleh berubah imej
Negara Di Bawah Telunjuk Asing, Yahudi Jika Anwar Jadi Perdana Menteri
on Monday, March 31, 2008
by Generasi Pejuang Bangsa
-
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
March
(9)
- Negara Di Bawah Telunjuk Asing, Yahudi Jika Anwar ...
- MENANG SORAK NEGERI MELAYU TERGADAI
- Melayu alat asing jika pilih Anwar
- Tun Dr. Mahathir…KERAMAT HIDUP -Hidup Tun Mahathir
- Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?
- DEB -Dasar Ekonomi Baru dan Sejarahnya
- UMNO LEBIH BERJASA KEPADA GURU KAFA PP
- MUSLIM DIGESA BOIKOT BARANG BELANDA
- 1946 - Bermula Era Perjuangan Melayu
-
▼
March
(9)