default

TERKINI ! 2 banduan lari ditembak di Kg Pelet !!

on Thursday, January 10, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Polis menembak mati dua daripada tujuh penjenayah yang diburu setelah meloloskan diri daripada tahanan ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth Isnin lepas.

 Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengetuai pasukan khas memburu tahanan terbabit berkata, kedua-dua penjenayah itu ditemui menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana di Kampung Pelet di sini dan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

 "Polis kemudian melepaskan tembakan pada tayar kereta itu yang menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum kereta itu terhumban ke dalam sungai dan kemudian berlaku tembak menembak," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Polis masih belum dapat mengesahkan identiti penjenayah yang ditembak mati itu.



 Katanya, bertindak atas malumat awam, polis juga menyerbu kawasan hutan di Kampung Pelet di situ dan ternampak kelibat beberapa lagi penjenayah terbabit tetapi mereka sempat melarikan diri. Terdahulu itu, polis menerima maklumat awam mengenai seorang daripada penjenayah itu didapati membeli bekalan makanan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kulim-Butterworth dekat sini pada pukul 2 pagi. Abdul Rahim berkata polis terus melancarkan operasi memburu lima lagi lelaki terbabit hingga ke sempadan Kedah tetapi percaya mereka masih berada di kawasan ladang kelapa sawit itu.

 Dalam kejadian pukul 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

 Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala tujuh lagi melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda.- Bernama

default

Hot ! Isteri Mat Yo meroyan, gelarkan Anuar Musa anjing !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 21 Comments





Laser sungguh mulut bini Mat Yo ..GPB yakin peminat2 Kelantan confirm berang  punya kalau Presiden KAFA mereka Tan Sri Anuar Musa   digelarkan anjing . Memang melampau la dan tidak profesional langsung . 

Bagi GPB , kita harus lihat balik  kepada prosedur  & kontrak Mat Yo dengan Kelantan .  Jika benar tuntutan RM 1juta itu termasuk pemindahan ,  penamatan kontrak & insentikf kerugian lain  , beliau perlu jelaskan balik tuntutan itu . 

Dah nama pun kontrak  dan kalau Mat Yo sendiri  mahu menamatkan kontrak lebih awal , jadi beliau perlu jelaskan lah ganti rugi kontrak berkenaan. Jangan ingat boleh suka-suka hati pindah pasukan lain macam tu je dek kerana mendapat gaji lebih lumayan . 



guna  nama Allah kononnya teraniaya  tapi mulut  gelarkan orang lain sebagai anjing ...

Kes Mat Yo: Kafa tuntut RM1 juta

RM1juta! Itu nilai sebenar tuntutan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika mahu menyelesaikan konflik perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim FC.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah tersebut dianggap munasabah berdasarkan status Norshahrul Idlan atau dikenali Mat Yo sebagai penyerang utama kebangsaan dan penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga musim berturut-turut.

“Bila saya bercakap, orang beri gambaran saya mempolitikkan isu ini.
“Saya bukan jaga bola sehari dua. Sebenarnya, isu perpindahan Mat Yo jarang berlaku dan kita sendiri tertunggu nak tengok perkara ini diputuskan mengikut peraturan-peraturan yang betul,” kata beliau.

Annuar menambah: “Ada dua isu melibatkan Mat Yo iaitu perpindahan dan penamatan kontrak.”

Katanya, Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang pertama kali bermesyuarat baru-baru ini memutuskan dia boleh pindah.

“Kita pun tak bantah, asalkan mengikut syarat-syarat ditetapkan dan segala hak Kafa dipertahankan.

“Dia sendiri hantar surat bertarikh 30 Oktober 2012 untuk menamatkan kontrak berkuat kuasa pada 1 November,” katanya.

Justeru kata beliau, ia bermakna penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri. – SinarHarian


default

hot ! Kakak banduan lari rayu adiknya serah diri

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Seorang kakak hari ini merayu adiknya, seorang daripada tujuh tahanan Penjara Pulau Pinang yang meloloskan diri semasa dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth dengan van polis Isnin lepas, supaya menyerah diri kepada polis.

 Norazah Abdul Rahman, 40, berkata Hisham ditahan sejak hujung tahun lepas kerana kesalahan rompak dan difahamkan pada hari kejadian dia dibawa ke mahkamah untuk keputusan hukuman kesnya.

 "Kami semua enam adik beradik merayu dia serah diri kepada polis secepat mungkin, bukan ini caranya (melarikan diri), lagipun sampai bila dia nak melarikan diri macam ini.

 "Saya yakin dia terikut dengan kawan-kawan (tahanan lain)," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pokok Tampang, di sini hari ini. Norazah berkata Hisham yang menduda dan mempunyai dua orang anak tinggal bersebelahan rumahnya seorang diri sejak ibu bapa mereka meninggal dunia dua tahun lalu.



 "Dua minggu lalu, suami kakak ada pergi menemui dia di penjara Pulau Pinang dan keadaan dia sangat gembira, Hisham juga berjanji akan bertaubat serta mengubah sikapnya menjadi seorang yang baik. Pada kejadian 9 pagi Isnin lalu, sembilan tahanan dari Penjara Pulau Pinang meloloskan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth dengan sebuah van polis.

 Bagaimanapun, polis memberkas dua daripada tahanan setelah menemui semula van di Kampung Padang Chempedak di sini manakala tujuh lagi termasuk Hisham melarikan diri di sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda di sini. - BERNAMA

default

Hot ! Bapa & anak dicekup berkhalwat di rumah janda gersang !!

on Wednesday, January 9, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Melaka: Bapa borek anak rintik. Itu yang digambarkan terhadap dua beranak apabila si ayah ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang ibu tunggal dan pada masa sama anak gadisnya ditemui berkurung bersama teman lelakinya di bilik di rumah sama di Bukit Katil, di sini.
Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah didiami seorang ibu tunggal berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun. 
Dalam pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menemui seorang lelaki berusia 48 tahun berstatus duda di ruang tamu rumah berkenaan dan siasatan mendapati dia kenalan rapat kepada wanita terbabit.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani berkata, selepas menemui lelaki berstatus bukan muhrim itu anggotanya terus membuat pemeriksaan lanjut. Selepas soal tanya mendapati ada dua lagi individu iaitu anak kepada wanita terbabit dan anak perempuan lelaki itu yang berusia 14 tahun.

Katanya, ketika pintu sebuah bilik diketuk ia dibuka remaja perempuan berkenaan dan apabila diperiksa menemui seorang lelaki berusia 18 tahun menyorok di dalam almari.- Hmetro-


** Semakin teruk pegangan agama institusi keluarga ini ..anak gadis sendiri sudah diajar membuat maksiat..

default

Bilionair rancang nak bina bandar di planet Marikh !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




NEW YORK - Bilionair yang merupakan pengasas sistem pembayaran internet, PayPal merancang membina penempatan masa depan di planet Marikh untuk beribu-ribu penjelajah angkasa lepas, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Bilionair berkenaan, Elon Musk merancang membina sebuah bandar di planet itu untuk 80,000 penjelajah.
Musk, 41, memiliki roket Falcon 9 yang digunakan untuk membawa kargo Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
Tamadun baharu itu kelak akan dibekalkan dengan teknologi canggih dan terhad kepada golongan yang suka memakan sayur-sayuran.
Bercakap kepada Persatuan Aeronautik Diraja, usahawan tersebut berkata, beliau telah menunggu selama 10 tahun untuk berkongsi visi tersebut.
"Adalah tidak munasabah kerana tiada roket, tiada prasarana dan NASA yang mendominasi penjelajahan angkasa lepas tidak merancang untuk meneroka Marikh.
"Namun, dengan usaha saya dan ramai lagi usahawan sektor swasta, misi itu semakin hampir menjadi kenyataan," katanya.
"Di Marikh, anda boleh memulakan sebuah tamadun baharu," tambah Musk.
Beliau yang juga seorang jurutera pernah bercadang untuk menghantar sebuah roket ke Marikh.
Roket tersebut akan membawa beberapa suka-relawan dengan bayaran £300,000 (RM1.4 juta) seorang. - Agensi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.