default

Tiada maaf untuk Chin Peng - Muhyiddin

on Tuesday, November 24, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kepada pemimpin Pakatan Haram seperti Anwar ,Karpal Singh, LKS ,Ngeh ,Nga yang mahu membawa pulang ketua pengganas komunis Chin Peng yang pernah membunuh rakyat negara ini ... Ini jawapan Muhyiddin Yassin !!


Chin Peng tiada maaf bagimu:Muhyiddin

PUTRAJAYA - Kerajaan masih kekal dengan keputusan sebelum ini untuk tidak membenarkan kepulangan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, seperti pendirian yang dibuat sebelum ini, kerajaan prihatin atas sentimen rakyat yang masih marah atas keganasan yang dilakukan oleh pemimpin komunis itu semasa darurat dahulu.

"Sebab-sebabnya umum sudah tahu masih ramai dalam kalangan rakyat yang waktu darurat dulu menghadapi musibah daripada keganasan yang sehingga hari ini mereka tidak boleh lupakan.

"Sebagai kerajaan yang prihatin atas sentimen rakyat yang masih membara itu, kita memutuskan untuk tidak bersedia menerima walaupun dia memohon maaf," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-7, di sini.

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai permohonan maaf bekas pemimpin PKM itu yang disiarkan dalam sebuah akhbar Inggeris tempatan semalam.-Bernama

default

Harakah sudah lembik dan hilang taring

on Monday, November 23, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


dipetik dari blogger PAS sendiri yang menulis Harakah di mana bila PAS dan TGNA diserang .

Senang saja jawapan PB, Harakah kini dikuasai oleh Kamaruddin Jaafar , orang Anwar yang berbaju PAS. Sudah tentu akhbar Harakah ini akan bawa kisah Anwar saja di muka depa dan isu ini pernah dibawa di seminar PAS baru-baru ini. Malah cerita Khalifah Umar Abd Aziz PAS iaitu Ustaz Lim Guan Eng pun selalu ada juga dimuatkan .

Harakah hilang taring dan lembik disebabkan juga mereka kini tiada lagi modal @ hujah untuk pertahankan PAS dan banyak isu-isu kini dalam kepimpinan PAS tidak mampu dijawab oleh pemimpin sendiri . Bola tanggung dan modal hujah orang PAS kini sudah tak ada kerana harakah yang dianggap kitab mereka kini tiada lagi nas-nas baru untuk ditulis untuk hantam BN .hehe




oleh http://bloglistpolitik.blogspot.com

Bermula semalam dengan berita PALSU Utusan Meloya menyatakan Datuk Husam Musa akan letak jawatan, hari ini mereka terus menyerang TGNA untuk semua pemberitaannya.

Mereka menyerang nampaknya.

Berbeza dengan Harakah yang dilihat seakan telah hilang taringnya kebelakangan ini. Ramai pembaca mula mengeluh kerana Harakah tak beri modal dan bola tanggung untuk menghentam dan menyerang UBN bagi memulakan hujjah walau pun di kedai kopi.

"Mujur ada bloggers pro pembangkang" komen seorang rakan.

Berita berkaitan yang ditulis Utusan Meloya hari ini.

Nik Aziz tidak akan terima
KOTA BHARU 22 Nov. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menerima peletakan jawatan Datuk Husam Musa sekiranya Exco kanan kerajaan negeri itu benar-benar berhasrat mahu berbuat demikian.

ALOR SETAR 22 Nov. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membincangkan hasrat Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang dikatakan mahu melepaskan kesemua jawatannya di dalam parti dan kerajaan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kunjungannya ke Kelantan Khamis ini.

KOTA BHARU 22 Nov. - Kemelut yang melanda Pas Kelantan bukan sahaja memberi kesan kepada parti itu tetapi rakyat negeri ini turut menerima tempias akibat pentadbiran yang semakin kucar-kacir.

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

SEGAMAT 22 Nov. – Pas dibelenggu amalan ‘pilih kasih’ apabila hanya individu yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin atasan diberi keistimewaan untuk menerajui jawatan penting.

Ni berita Harakah hari ini:-

Jangan gantung kes Perak secara tidak bertali
Harakahdaily

IPOH, 23 Nov: PAS Perak mendesak supaya kes semakan keputusan SPR yang difailkan oleh Speaker Dun Perak, V Sivakumar yang digantung tidak bertali dan masih belum dibicarakan mestilah diputuskan segera.

Ganti Speaker: Dr Abdul Isa bukan sembrono
BASHIR ISHAK dan MOHD SHUBIHI MUHAMAD ZAIN

ALOR SETAR, 23 Nov - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baru-baru ini dikejutkan dengan teguran daripada dua orang Adun Pembangkang yang mempersoalkan kewajaran Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail membenarkan Yahya Abdullah (PAS-Jeneri) menggantikan tempatnya sementara beliau keluar menunaikan solat Asar.

Tragedi Bukit Antarabangsa: Ubah status rahsia untuk kepentingan ramai
Harakahdaily

SHAH ALAM, 23 Nov: Kerajaan negeri Selangor terpaksa menarik balik cadangannya membuka membuka laporan tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa kerana ia telah diklasifikasikan rahsia oleh Jamaah Menterii, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mahkamah tolak permohonan tangguh pilihan raya di Kota Siputeh
Harakahdaily

PUTRAJAYA, 23 Nov: Mahkamah Tinggi mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Kedah.



default

Menantu Nik Aziz diminta letak jawatan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terus menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Abdul Ariffahmi, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini selepas didesak oleh barisan pemimpin kanan parti pagi ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.

Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media - yang disertai oleh Abdul Ariffahmi - selepas pertemuan dengan pemimpin atasan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi. klik di sini selanjutnya

Komen PB

Demi KUASANYA dan HUSAM , Nik Aziz mengorbankan menantunya untuk membersihkan imejnya serta kerajaan negeri yang sudah tercalar ekoran melindungi menantunya yang sekarang ini disiasat oleh SPRM .

PB masih lagi ingat semasa beliau melantik menantunya sebagai CEO PMBK , beliau mempertahankan tindakannya itu dengan menggunakan hujah termasuk menyamakan tindakannya itu sama dengan tindakan Rasulullah yang turut melantik ahli keluarganya memegang jawatan .

default

PRK Kota Seputih , Jom pi gempur di sana !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PB baru mendapat info mengenai Mahkamah Tinggi menolak pemohonan oleh SPR untuk menangguhkan writ mengadakan PRK Kota Seputih . Ini bermakna akan berlaku PRK Dun Kota Seputih selepas 60 hari selepas writ dikeluarkan oleh SPR.

Nah sekarang, pembangkang nak cakap apa lagi ??? Mahkamah tidak adil lagi ka ?? Kalau la keputusan mahkamah ini memihak kepada BN maka dituduh oleh mereka terutama pemimpin PR mengatakan bahawa mahkamah tidak adil , Najib punya arahan , BN/ UMNO takut PRK .....

Sekarang semboyan telah dibunyikan ...

Ayuh pejuang-pejuang UMNO !!

Yakin lah ,perjuangan kita adalah perjuangan yang Haq !!

UMNO tidak pernah gentar untuk berperang dalam Pilihanraya !!

Walau badai datang menggulung ...

Walau berdentum guruh di langit ...

Walau bumi berkeping dua ,takkan mungkin kita berbalik haluan


Hidup UMNO !!!

default

Nizar !! : Guan Eng tipu lagi la , kali ini isu tempat duduknya di majlis

on Sunday, November 22, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Khalifah Umar PAS marah tidak disediakan tempat duduk ? betul ka benda ni ?


Tidak sampai beberapa hari Khalifah Umar PAS menuduh Pegawai Pembangunan Pulau Pinang (SDO ) menekankan kerajaan negeri dan juga tidak menyediakan tempat duduk kepadanya ketika majlis perasmian projek Keretapi Bukit Bendera , Pengarah SDO terbabit En Nik Ali Mat Yunus menafikan tuduhan fitnah Guan Eng itu .

Ini tuduhan Guan Eng a.k.a Khalifah Umar Abd Aziz PAS

“Saya masih boleh bersabar apabila SDO tidak menyediakan tempat duduk ketika majlis perasmian projek Keretapi Bukit Bendera yang turut dihadiri menteri baru-baru ini.

“Saya tidak kisah jika tidak diberi tempat duduk pada majlis itu tetapi akhirnya selesai dengan campur tangan menteri, yang lebih tahu tentang protokol,” katanya kepada media selepas mendengar taklimat projek pembangunan Kebun Bunga yang dibiayai Kerajaan Persekutuan di sini,

klik di sini selanjutnya


Ini pulak kenyataan penafian oleh Pengarah SDO

Tempat duduknya memang disediakan dan ini boleh diakui oleh semua jemputan atau orang ramai yang hadir di majlis itu. Bagaimana beliau boleh mendakwa tidak disediakan tempat duduk. Ini adalah satu fitnah, penipuan atau pembohongan.


“Ketua Menteri lewat 20 minit dan sebaik tiba terus diiringi oleh pegawai protokol Kerajaan Negeri ke tempat duduk jemputan khas. Ketika itu, Yen Yen sedang berucap,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Bual Bicara Kenali Anak Kita di Bagan Ajam, di sini, semalam.

klik di sini selanjutnya

Jelas sama sekali , Guan Eng ini penipu dan putar belit punya orang .. Dia cuba putarbelitkan fakta sebenar dan menyalahkan orang lain . Isu kerusi ini memang remeh tetapi niat beliau sebenarnya mahu menimbulkan kebencian dan persepsi negatif terhadap Pegawai Pembangunan Pulau Pinang .

Bertuah betul Pulau Pinang memiliki Pelakon Terbaik seperti Guan Eng .. kalau orang PAS dan PKR baca , memang depa percaya 100% la Khalifah depa ini cakap dia dianiaya .. sedangkan mereka tidak tahu khalifah Umar PAS ini kaki penipu dan kelentong No 1 .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.