default

ANTARA BERI SUBSIDI BR1M ATAU SUBSIDI MINYAK ?

on Friday, November 17, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Dalam pembentangan Bajet 2018, kerajaan telah umumkan peruntukan RM3.9 bilion untuk subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.
Manakala RM1.6 billion untuk subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG). BR1M adalah jumlah yang paling besar diberikan iaitu sejumlah RM6.8 billion daripada keseluruhan RM9.56 subsidi yang ada dalam Bajet 2018.
Jumlah pemberian BR1M ini adalah 71% daripada semua jumlah subsidi yang lain. Ini bermaksud pemberian subsidi dalam bentuk BR1M adalah kaedah subsidi yang terbaik untuk dinikmati oleh rakyat yang benar benar memerlukan bantuan.
Jumlah BR1M yang diberikan meliputi 7 juta orang. Ada tiga kategori penerima BR1M iaitu kategori pertama, rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000 akan mendapat RM1,200 berbanding RM1,000 sebelum ini.
Kategori kedua adalah yang berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, menerima BR1M sejumlah RM900 berbanding RM800 sebelum ini. Manakala kategori ketiga pula adalah bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.
Mana lebih penting? Subsidi minyak petrol atau beri subsidi kepada barang barang dapur? Tentulah lebih penting gas memasak, tepung, minyak masak dan elektrik. Setiap hari digunakan untuk mengisi perut. Minyak petrol orang tidak makan dan minum setiap hari. Isi perut bagi penuh lebih utama dari bagi minyak kenderaan penuh.
Minyak petrol isi penuh boleh tahan dalam seminggu. Harga RON95 bagi pemilik Viva kalau diisi penuh adalah RM2.38 sen x 36 liter, sama dengan RM85.68. Harga RON95 , RM2.38 seliter kalau diisi dalam kereta Myvi 1.3 (40 liter) adalah sejumlah RM95.20 sen. Jika naik 7 sen baru jadi kosnya RM2.80 seminggu.
Kalau naik kereta Proton Saga FLX 1.3 (40 liter), jika disi penuh minyaknya sama harga seperti kereta Myvi. Kalau seminggu kos kenaikkan pemilik kereta Myvi dan Proton Saga FLX hanya RM2.80. Jadi jika setahun jumlahnya akan jadi RM2.80 x 48 minggu iaitu RM134.40.
Hanya RM134.40 sahaja, kerajaan beri BR1M lebih banyak lagi berbanding RM134.40 ini. BR1M diberi RM1,200 setahun, ada lagi baki RM1,065.50. Boleh belanja lagi untuk beli rokok dan macam macam lagi. Kalau beli rokok tidak cukup duit BR1M itu.
Kalau “heavy smoker” hisap tiga kotak Dunhill 20 sehari. Harga sekotak Dunhill ini adalah RM17 sekotak. Jadi untuk ‘heavy smoker’, sehari habis sejumlah RM17 x 3 kotak, RM51. Setahun akan jadi RM18,615.
Kalau hisap Dunhill sekotak untuk tiga hari, jumlah bulanan kosnya akan jadi RM510. Setahun akan jadi RM6,120. Lebih mahal rokok dari minyak, namun orang beli juga rokok biarpun harganya terus naik. Harga minyak ada juga turun naik. Harga rokok tidak pernah turun, namun tidak ada yang marah sebab harga rokok naik.
Hidup akan tertekan kalau naik kereta Bugatti Veyron yang “full tank” minyak 80 liter. Kalau sudah naik Buggati Veyron, takkan isi minyak RON95? Mestilah isi minyak RON100 yang harganya RM2.80 seliter. Jadi kalau penuh tangki jumlahnya akan jadi RM224 sekali isi.
Hidup juga akan tertekan kalau naik kereta Porshe Cayenne yang “full tank” minyak adalah 85 liter. Kereta Porshe Cayenne ini juga akan guna minyak RON100 dan bukannya RON95. Sekali isi minyak penuh jadi RM238. Hidup akan tertekan kalau isi minyak kapal layar yang mewah.
Namun di Malaysia ini, tidak ramai yang naik Bugatti Veyron dan Porshe Cayenne atau kapal layar, ramai yang naik Viva atau motorsikal. Sekali isi minyak motorsikal yang tangkinya 2.5 liter dengan minyak RON95 baru RM5.95 sen.
Jika naik 7 sen, kos kenaikan adalah 2.5 liter x 7 sen = 17 sen. Murah lagi 17 sen dari caj plastik di negeri Selangor yang nilainya 20 sen. Mana lebih kerap? Isi minyak penuh tangki atau masuk kedai kena caj plastik 20 sen?
Jangan mimpilah kalau tukar kerajaan maka kerajaan yang baru naik itu akan turunkan harga minyak. Plastik 20 sen pun mereka tidak mansuh, tol 50 sen pun mereka tidak mansuh, inikan pula hendak turunkan harga minyak.
“Kita ambil maklum mengenai peningkatan harga minyak. Kalau daripada peningkatan ini kita dapat lebihan, mungkin boleh sumbangkan kepada golongan berpendapatan rendah terutama yang terima BR1M. Kemungkinan besar kita boleh tingkatkan BR1M dengan jumlah sedikit lebih,” kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II dalam parlimen semalam.
Lebih baik tingkatkan BR1M, beri kepada rakyat yang memerlukan. BR1M yang ada sekarang kalau dihitung betul betul sudah pun atasi kos kenaikan bahan bakar yang berlaku. Mana ada kerajaan yang beri subsidi tersasar sebegini baik kepada rakyatnya, hanya di Malaysia sahaja.
Harga minyak di Malaysia adalah yang ke-17 termurah di dunia. Antara lima negara teratas yang murah minyaknya adalah Venezuela, Turkmenistan, Algeria dan Iran. Lihatlah di mana kedudukan ekonomi negara negara ini. Berapa kadar pengangguran di negara ini dan pertumbuhan ekonomi di negara yang murah harga minyaknya ini.
Apakah sesuatu negara itu berjaya dari segi ekonomi jika harga minyaknya terlalu murah? Jawapannya, tidak. Pembangkang pun setuju hendak teruskan BR1M, bermaksud subsidi BR1M adalah lebih baik daripada beri subsidi kepada harga minyak.
Rakyat yang benar benar memerlukan akan dapat BR1M. Kalau bagi subsidi minyak secara pukal, orang yang naik Bugatti Veyron dan Porshe Cayenne pun dapat juga. Subsidi melalui BR1M lebih baik berbanding subsidi harga minyak.

default

FAKTA DISEBALIK PERBANDINGAN HARGA MINYAK MALAYSIA

on Thursday, November 16, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Ada whatsapp mesej yg aku dapat, pasal comparison harga minyak antara pengeluar2 besar yang katanya sepatutnya Malaysia murah mcm negara-negara tu. rujuk gambar utk tgk list.

1. HARGA

pertama sekali seeloknya kita updatekan harga minyak negara-negara tu.. dh tak banyak yg bawah seringgit mcm dlm tu auta

UAE RM2.17
EGYPT RM1.55
BAHRAIN RM1.75
QATAR RM2.01
KUWAIT RM1.46
SAUDI RM1.00
IRAN RM1.42
NIGERIA RM1.67
TURKMENISTAN RM1.21
VENEZUELA RM0.04

2. PENGELUARAN MINYAK

keduanya, kita kena tengok pulak pengeluaran minyak negara-negara ni supaya faham situasi bandingan epal kpd epal.

majoriti drpd negara-negara dlm list adalah negara pengeluar minyak  yg besar.. bandingkan dgn Malaysia hanya Malaysia 661,240 bbl/day

3,106,077 United Arab Emirates (OPEC)
1,522,902 Qatar (OPEC)
2,923,825 Kuwait (OPEC)
10,460,710 Saudi Arabia (OPEC)
3,990,956 Iran (OPEC)
1,999,885 Nigeria (OPEC)
2,276,967 Venezuela (OPEC)

3. POPULASI RAKYAT

kita tgk pulak populasi rakyat mereka. Majoriti negara-negara ni hanya tanggung rakyat tak sampai 10 juta org pon. bandingkan dgn Malaysia yg perlu tanggung 32 juta rakyat

United Arab Emirates -- 9.27 juta
Qatar -- 2.57 juta
Kuwait -- 4.053 juta
Bahrain -- 1.425 juta
Turkmenistan -- 5.663 juta
Bahrain 50,000 -- 1.425 juta
Turkmenistan -- 5.663 jupon

4. Special case - Egypt

hanya ada satu negara yg petrol dijual lagi murah tapi pengeluaran minyak rendah sikit drpd malaysia dan punyai rakyat lebih ramai drpd Malaysia.

Tapi adakah Egypt maju? berdaya saing? atau saing- saing Venezuela saja?

Mari kita check, pengangguran Egypt tinggi sekitar 12% dan drpd jumlah tu.. 80% penganggur ialah golongan muda.. yg menjadi punca utama revolusi arab spring.

inflasi 31%, hutang negara sekitar 88% drpd KDNK, 21% rkyat miskin, 3.8% miskin tegar

5. Rumusan

Walaupun Malaysia hanya No27 rizab minyak dunia, No25 pengeluar minyak dunia tapi berjaya berada tahap No19 minyak termurah dunia. Negara yg petrolnya lebih murah drpd Malaysia hanya negara yg rakyatnya lebih sikit atau pengeluaran minyak berganda2 banyak berbanding Malaysia.

default

KISAH SEBENAR GAMBAR MENTERI PENDIDIKAN LAWAT BANJIR JADI VIRAL

on Monday, November 13, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Saya dapati banyak pihak khususnya pembangkang yang memanipulasikan gambar DS Mahadzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia seakan-akan terlalu mulia dan suci ketika melawat mangsa banjir di sebuah sekolah di Pulau Pinang.

Gambar berkenaan sengaja ditunjukkan seolah-olah pihak sekolah terpaksa meletak meja untuk menjadikan jambatan untuk dia masuk ke kawasan sekolah.



Dengan manipulasi tersebut, maka ramai memberi komentar dengan kata kata sinis terhadap beliau.

Namun apa yang orang ramai tidak tahu ialah, meja-meja itu memang disusun untuk memudahkan pelajar dan petugas serta mangsa banjir yang datang menggunakan lori bomba untuk masuk ke dewan sekolah.

Apabila menteri pendidikan datang dan menggunakan laluan tersebut ia menjadi satu bualan hangat kononnya Dato Seri Mahadzhir Khalid begitu suci hingga tidak sanggup nak meranduk air seperti rakyat marhaen.



Kita mungkin mempunyai mungkin pandangan politik yang berbeza, namun membuat fitnah merupakan satu perbuatan yang sangat jelek. Marilah kita berbaik sangka lebih lebih lagi pada perkara yang jelas kebenarannya.

Jangan terlampau mudah terpedaya dengan propaganda serta dakyah yang dimainkan oleh pihak2 terbabit untuk menjatuhkan imej pemimpin kerajaan. Ini menunjukkan betapa rapuhnya kepercayaan dan keyakinan kita terhadap pemimpin. Wallahualam.

default

HANYA 4 JAM WAKTU TERBAIK JAWAB ISU , JIKA TIDAK FITNAH TERSEBAR

on Sunday, November 5, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata jika tempoh itu gagal dimanfaatkan, parti dianggap tewas dalam pertarungan di medan media sosial, sekali gus memerlukan usaha lebih keras untuk menangani isu dibangkitkan pembangkang.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, tindakan pantas tentera siber perlu kerana dalam persekitaran hari ini, penyebaran maklumat berlaku dalam kadar segera.

"Kita mesti cepat. Kitaran berita dalam media sosial bukan lagi 12 atau 24 jam, sebaliknya ia berterusan. Oleh itu kita hanya ada maksimum empat jam untuk memberi maklum balas kepada sesuatu isu.
"Jika tidak, isu itu akan diletakkan mengikut sudut pandangan rakyat atau netizen dan jika nak kejar semula untuk memperbaiki persepsi itu, ia sudah terlambat.

"Tempoh kitaran sesuatu isu sangat pendek dan jika tidak dapat dijelaskan dalam tempoh tiga atau empat jam, kita ketinggalan dan tewas dalam isu itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Konvensyen Media Sosial UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini yang dihadiri lebih 3,000 ahli UMNO.
Khairy yakin jentera parti dapat membentuk persepsi positif terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika setiap individu berperanan dalam medan perang media sosial.
Jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah PRU pertama yang menyaksikan medan sosial menjadi wadah penting menentukan pola pengundian, beliau berkata, PRU-14 bakal membawa perubahan sangat besar kerana lebih ramai rakyat menggunakan media sosial dalam komunikasi harian.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan jentera parti supaya tidak membuat serangan peribadi terhadap pihak lawan kerana pendekatan itu tidak disenangi rakyat dan mampu mencetuskan simpati rakyat kepada lawan.
"Kita juga mestilah informatif dalam menjelaskan dasar dan pendekatan kerajaan selain tidak mudah melenting jika dikecam.
"'Be cool'... jika kita mudah melenting, ia akan menjadi kecaman kedua," katanya.

default

NAJIB MAHU AKTIVIS MEDIA SOSIAL PRO BN DALAM MODE ATTACK

on Saturday, April 15, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah tiba masanya aktivis media sosial pro kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyerang musuh-musuh di alam maya dalam usaha mempertahankan kerajaan dan membantu mengekalkan BN di Putrajaya.

Perdana Menteri yang berkeyakinan dengan peranan yang dimainkan oleh para aktivis itu untuk kerajaan BN, mahu mereka juga melihat diri sendiri sebagai pejuang nasionalis dalam perjuangan di medan perang yang baharu.

"Kita sudah lama berada dalam 'defensive mode' (mod bertahan). Cukuplah. Kini tibalah masa untuk menyerang!" katanya menerusi blog najibrazak.com bertajuk 'Himpunan Aktivitis Media Sosial 2017.'

Najib berkata medan perang pada hari ini, misalnya dalam pilihan raya, sudah berubah dan tidak dalam bentuk fizikal atau face to face (bersemuka), tetapi alam maya atau ruang siber adalah medan perang yang baharu.

Beliau memberi contoh dalam dua pilihan raya umum yang lalu apabila kerajaan BN terdedah kepada serangan tanpa ada bala tentera yang boleh menangkis serangan itu, namun hari ini sudah ramai aktivis media sosial sebagai panglima alam maya yang setia dan tetap percaya dengan perjuangan dan dasar kerajaan BN.

Perdana Menteri bagaimanapun mengingatkan para aktivis media sosial itu supaya berpegang kepada tiga prinsip asas untuk perjuangan bersama itu.

Pertama ialah mereka perlu mengelakkan pertelagahan sesama sendiri dan komited kepada perjuangan bersama untuk menegakkan kerajaan BN dan yang keduanya ialah memperluaskan rangkaian alam maya agar mesej yang disampaikan kepada rakyat dapat disebarluaskan dengan lebih berkesan.

Prinsip ketiga ialah mereka perlu belajar daripada apa yang berlaku dalam pilihan raya umum terdahulu.

"Kita mesti tangkas dalam respons dan tidak terperangkap, sepertimana yang berlaku pada hari mengundi dalam PRU ke-13 di mana pembangkang telah menyebarkan berita palsu kononnya kita membawa masuk pengundi Bangladesh untuk mengundi, bahawa kononnya kita mewujudkan keadaan 'blackout' di tempat tertentu untuk memanipulasi undi.

"Cerita ini semua langsung tidak masuk akal, tetapi ramai terpedaya dengan berita ini yang sedikit sebanyak membawa kesan kepada pengundi dan pilihan raya itu sendiri," katanya.

Najib menjangka pembangkang akan kembali menggunakan taktik kotor serupa dengan melontarkan sesuatu yang tidak terfikir untuk membuatkan orang marah dan benci pada kerajaan BN kerana mereka berpegang kepada satu prinsip sahaja iaitu 'If you cannot convince them, confuse them' (jika anda tidak dapat meyakinkan mereka, kelirukan mereka).

Taktik kotor pembangkang, katanya amat jelas iaitu jika mereka tidak dapat meyakinkan pengundi untuk mempercayai janji-janji kosong atau kata-kata manis mereka, modus operandi mereka adalah untuk mengelirukan rakyat agar menimbulkan ketidakpercayaan serta kemarahan terhadap kerajaan BN.

Perdana Menteri menyifatkan aktivis media sosial pro kerajaan BN sebagai panglima di alam maya yang setia mempertahankan dasar kerajaan BN, mempertahankan maruah parti dan membidas segala pembohongan yang giat dipermainkan oleh pembangkang sejak sekian lama.

"Insya-Allah, dengan semangat juang dan kesepaduan sesama kita, kita mampu peroleh kejayaan besar dalam PRU 14, dan Putrajaya akan kekal milik Barisan Nasional! katanya.

-- BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.