default

KENAIKAN TOL BELUM MUKTAMAD TAPI SUDAH BOCOR BERI PERSEPSI BURUK KERAJAAN

on Saturday, June 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kenaikan kadar tol sepertimana yang didakwa masih belum dimuktamadkan.

Jelasnya, perkara tersebut hanya akan diputuskan dalam mesyuarat kabinet beberapa minggu akan datang.

Najib bagaimanapun kesal dengan kebocoran maklumat di media sosial berhubung kenaikan kadar tol dipercayai didalangi orang dalam.

"Malangnya, ada kebocoran maklumat dan ia menjadi hangat di media sosial. Jadi, seseorang telah mengkhianati kepercayaan yang diberi oleh kerajaan," katanya.


eliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC pada Jumaat.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi satu kenyataan memaklumkan, kerajaan masih berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya berhubung perkara itu.

Beberapa perkara diperinci termasuk implikasi kenaikan kadar tol berkenaan kepada pengguna lebuh raya.

Laporan media pada Jumaat mendakwa, kadar tol 16 lebih raya utama di seluruh negara dijangka naik antara 20 sen hingga seringgit pada Ogos ini, jika ia mendapat kelulusan Kabinet.


**Orang dalam yang bocor maklumat mesyuarat ini jelas berniat jahat bagi memberi imej dan persepsi  buruk kepada kerajaan. 

default

SEGALA USAHA DIGUNAKAN SELAMATKAN MANGSA GEMPA BUMI SABAH - Najib

on Sunday, June 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




- Segala usaha sedang dilakukan untuk menyelamatkan mangsa terlibat dalam kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri berkata, kejadian itu sesuatu yang amat mengejutkan seluruh rakyat selain turut berasa sedih.

“Kini rakyat berasa terkejut dan sedih di atas kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah. Segala usaha sedang dilakukan untuk menyelamat mangsa-mangsa tragedi tersebut,” katanya semasa menyampaikan sembah tahniah kepada Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, di sini hari ini.

Setakat ini 11 disahkan terkorban dalam kejadian itu manakala lapan individu masih belum dapat dikesan.

Gegaran akibat gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Ranau semalam turut dirasai di kawasan seperti Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. - BERNAMA

default

ATM HANTAR TENTERA KE OPERASI MENYELAMAT BENCANA GEMPA BUMI SABAH @HishamuddinH20

on Saturday, June 6, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Ekoran daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah awal pagi tadi , operasi untuk membantu mereka-mereka yang terkesan dan terkandas kini mula giat dilakukan.Selain daripada gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia Negeri Sabah (JBPM) bersama-sama agensi kerajaan yang lain , Pasukan tentera darat telah pun di gerakkan bagi membantu mangsa-mangsa yang terkandas di Gunung Kinabalu hari ini.

Ekoran daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah awal pagi tadi , operasi untuk membantu mereka-mereka yang terkesan dan terkandas kini mula giat dilakukan.Selain daripada gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia Negeri Sabah (JBPM) bersama-sama agensi kerajaan yang lain , Pasukan tentera darat telah pun di gerakkan bagi membantu mangsa-mangsa yang terkandas di Gunung Kinabalu hari ini.


1000 pack Rangsum Tempur Bekalan Kering (RTBK) dan 100 mes tin telah pun bersedia untuk diterbangkan ke Puncak Kinabalu dengan helikopter Pasukan Udara (PU) namun disebabkan keadaan cuaca yang tidak berapa baik , bantuan ini akan dibawa masuk melalui ground troop agar bantuan keperluan asas ini dapat sampai kepada mangsa.





Selain daripada itu beberapa aset milik Angkatan Tentera Malaysia juga turut digerakkan bagi melancarkan lagi usaha membantu mangsa yang terkandas.


Menurut laporan daripada astro awani , Gempa bumi sederhana bermagnitud 6.0 pada skala richter menggegarkan Ranau, Sabah jam 7.15 pagi tadi.

Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Pusat gempa tersebut terletak 16km Barat Laut Ranau.

Setakat ini tiada  gempa susulan dilaporkan.

Bagaimanapun Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini dari masa ke masa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah (JBPM) ketika dihubungi berkata, pihaknya kini telah memohon bantuan unit udara JBPM untuk memulakan operasi mengeluarkan pendaki di kawasan pegunungan sekitar Ranau.

Ini kerana, laporan yang diterima JBPM, berlakunya runtuhan batu yang menyebabkan halangan kepada pendaki untuk turun ke kawasan yang lebih selamat.

Selain itu, bomba turut melakukan pemantauan bangunan di sekitar pekan Ranau bersama-sama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kerja Raya untuk mengenalpasti jika ada kemungkinan untuk mengosongkan bangunan.

Buat masa kini, pihak bomba masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kemalangan jiwa.

MMI

default

TUN M TERLALU BEREMOSI SAMA SEPERTI ANWAR KETIKA ZAMAN REFORMASI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) naik ke pentas selepas acara Dialog PM Bersama NGO dibatalkan disifatkan beremosi sama seperti bekas timbalannya dulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut seorang tokoh politik veteran yang hadir pada acara itu, Tun M kelihatan terlalu beremosi dan berkelakuan seperti Anwar ketika zaman reformasinya.
“Tun M tidak sepatutnya mengambil pentas dan berucap setelah pihak penganjur membatalkan acara atas nasihat polis.
“Memadai jika beliau hanya membuat sidang media,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Tun M naik ke pentas selepas acara berkenaan dibatalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status di laman sosial Twitternya, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sememangnya berhasrat untuk hadir pada acara Dialog PM Bersama NGO pada pagi ini tetapi membatalkannya selepas dimaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Perdana Menteri sebenarnya baru hendak keluar dari rumah untuk datang ke acara ini tetapi diberitahu polis mengenai acara berkenaan dibatalkan,” katanya semasa sidang media di Pusat Dagangan dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Difahamkan, PDRM mengambil langkah membatalkan acara berkenaan untuk mengelak sebarang bentuk provokasi yang boleh mengancam keselamatan orang ramai khususnya mereka yang hadir pada acara berkenaan.
Tindakan PDRM membatalkan program dialog bersama PM ini dilakukan ekoran terjadinya kekecohan di dalam majlis yang sengaja dilakukan ‘pihak yang tidak berpuas hati’.
“Ramai yang tidak dapat masuk ke dalam dewan yang sudah penuh sesak dan tidak berpuas hati kerana merasakan seperti mereka dihalang masuk” jelas Khairul Anwar
Dewan Tun Hussein Onn di PWTC itu yang hanya dapat menampung 1500 orang namun dihadiri oleh lebih 2500 orang yang kebanyakannya tidak mengesahkan kehadiran mereka dahulu, kata Khairul Anwar.
Pintu masuk yang pada mulanya terpaksa ditutup kerana dewan penuh sesak dengan hadirin itu dirempuh secara ganas oleh ‘pihak tertentu’ lalu mengakibatkan adegan tolak menolak dan provokasi sehingga boleh mengancam keselamatan orang ramai di situ.- KLXpress-

default

6 RIBU PEKERJA MAS DIBERHENTIKAN DAPAT PEMBELAAN KERAJAAN

on Thursday, June 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Nasib kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang diberhentikan terbela apabila kerajaan menerusi Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) telah menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagi menyediakan pelan pemulihan yang berkesan kepada syarikat penerbangan nasional itu, Khazanah telah membuat perancangan yang baik dan teliti sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut beliau, secara umumnya, pelan yang dirancang oleh Khazanah itu diterima baik oleh kakitangan MAS kerana ia menepati perjanjian bersama (CA) yang dibuat sebelum ini.

"Tidak pernah ada dalam sejarah negara di mana satu pelan yang begitu mantap dirancang bagi membantu kakitangan untuk mencari pekerjaan selepas ditamatkan perkhidmatan."

"MAS mempunyai satu rancangan komprehensif seperti Pusat Pembangunan Korporat (CDC) yang secara tidak langsung dapat membantu kakitangan MAS yang diberhentikan, kita berharap dengan pelan ini MAS akan lebih cemerlang pada masa hadapan," katanya kepada media.

Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller kelmarin, pihaknya akan mengumumkan jumlah sebenar kakitangan MAS yang bakal diberhentikan dalam tempoh dua minggu lagi, kerana ia bergantung kepada keputusan 14,000 kakitangan syarikat penerbangan itu sama ada mahu menerima tawaran kerja baharu daripada MAS atau sebaliknya.

Katanya, seramai 6,000 kakitangan MAS akan menerima surat pemberhentian pekerja dan 14,000 lagi akan menerima surat tawaran kerja bermula 1 Jun, sepertimana yang termaktub dalam perancangan syarikat. -Utaranews.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.