..

..

KECOH RAMAI TERTIPU VIRAL KOS CAJ GIGI KONON NAIK , KELAS 3 KEKAL SAMA

on Thursday, February 2, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


CAJ RAWATAN PERGIGIAN RAKYAT BIASA MASIH DISUBSIDI. HANYA CAJ KELAS 1 DAN 2 UNTUK PESAKIT BERKEMAMPUAN SAHAJA YANG DISELARASKAN SEMULA

 - Apabila pekeliling dan arahan kementerian tidak ditulis betul2, akhirnya Ketua Pengarah Kesihatan terpaksa membuat satu lagi kenyataan untuk menafikan berita kenaikan caj rawatan pergigian yang diviralkan secara tidak bertanggung jawab oleh pihak tertentu. Kalau pekeliling dan surat arahan ditulis dengan cermat, berita2 palsu dan yang tersasar dari konteks boleh dielakkan dan Ketua Jabatan tidak perlu mengeluarkan kenyataan penafian atau penjelasan seperti di bawah:


KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

CAJ RAWATAN PERGIGIAN DI FASILITI KESIHATAN KERAJAAN MASIH TERUS DIBERI SUBSIDI YANG TINGGI

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Rakyat Malaysia sememangnya telah dan akan terus menerima perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi oleh Kerajaan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM, termasuk perkhidmatan bersubsidi tinggi kepada pesakit dalam Kelas 3. Kabinet telah memutuskan untuk mengemaskini kadar caj bagi pesakit warganegara di Kelas 1 dan 2 yang terkandung dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982, seperti yang dimaklumkan dalam Kenyataan Akhbar KKM pada 14 November 2016. Adalah dimaklumkan bahawa caj ini telah sudah sekian lama tidak dikemaskini iaitu sejak ianya mula dikenalkan pada tahun 1982. Namun begitu, pesakit dalam bagi Kelas 3 akan terus menerima perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi seperti sebelum ini.

KKM ingin menjelaskan mengenai mesej tular berkaitan kenaikan caj pergigian yang telah tersebar di media sosial. Adalah dimaklumkan bahawa kos rawatan yang baru tersebut sebenarnya menggambarkan kos asas semasa pada tahun 2017 bagi rawatan pergigian di Malaysia, iaitu sekiranya ianya diberikan tanpa subsidi kepada rakyat.

Namun begitu, memandangkan Kerajaan adalah terus komited untuk memberikan subsidi terutamanya bagi pesakit Kelas 3 (yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan perubatan dan pergigian), caj ini hanya dinaikkan bagi pesakit yang berkemampuan (iaitu Pesakit Dalam Kelas 1 dan 2).

KKM ingin memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah. Mereka akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti yang telah mereka terima sebelum ini.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
1 FEBRUARI 2017



Akibat arahan yang ditulis secara tidak jelas, ada beberapa blog dan portal fitnah dan yang tak bertanggung jawab cuba megambil kesempatan seperti di bawah:

Caj Cuci Gigi Di Klinik Kerajaan Lebih Mahal Dari Klinik Swasta - http://buletinonline.net/…/caj-cuci-gigi-di-klinik-kerajaa…/
Huge hike in dental charges at government clinics
http://www.freemalaysiatoday.com/…/huge-hike-in-dental-cha…/


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.